Translate

Friday, July 29, 2011

KU LI - JANGAN DEHAKAI PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR

PKR memang telah lama GERHANA kerana krisis kepimpinan, Tidak semudah Ku Li menerangi kemalapan PKR ini.

Sudah sekian lama DSAI cuba mendekati Ku Li. Tetapi semasa DSAI merasakan dirinya masih kuat, Ku Li tidak dilamar tidak diperlukan.

Sekurang-kurangnya nyata dengan jelas kepada rakyat Malaysia bahawa Pakatan Pembangkang sudah ketandusan kepimpinan yang berkalibar, yang mampu bersaing di pentas antarabangsa, apabila Ku Li cuba diramal mereka untuk menjadi ketua. Alasan kepimpinan PR ialah Hadi dan barisan kepimpinan PAS tidak mempunyai pemimpin yang diterima DAP bagi mengepalai Pakatan Pembangkang.

Kenyataan bahawa PAS tidak mempunyai pemimpin yang diterima oleh DAP bagi menjadi ketua mereka, membuktikan dengan jelas bahawa PAS sebenarnya hanya menjadi "tool" @ perkakas @ alat DAP bagi menggalas agenda mereka (DAP). Isu ini bukanlah perkara yang baru bagi PAS. Namun PAS menolak kenyataan ini dengan berbagai alasan. Malah PAS terus menganjung, menyanjung dan melambong DAP begitu tinggi sehingga ke darjat yang tidak sepatutnya.

Ku Li pernah menerajui Semangat 46 menentang BN. Ku Li pernah bersama-sama pemimpin PAS dalam menyatakan pendiriannya mengenai Royalti Minyak. Ku Li juga bersama dengan BN mengepalai PRK menentang calon Pakatan Pembangkang dari PAS.

Pemimpin seangkatan Ku Li dalam BN, rata-rata telah berada di luar "gelanggang utama politik" walaupun masih aktif sekali-sekala dalam arena politik.

Bila dicongak-congak, Ku Li tidak mungkin derhaka dan mengajak rakyat menderhaka kepada perjuangan asalnya iaitu menegakkan perjuangan yang berteraskan agama, bangsa dan tanahair. Sebagai pemimpin veteran, Ku Li juga pastinya lebih menyedari hakikat ini.

Soalnya sekarang, apakah Ku Li akan menerima lamaran Pakatan Pembangkang untuk menggantikan DSAI yang sekian lama kelihatan menjadi "puppet kuasa luar" dan menjadi senjata ampuh DAP menggoda kepimpinan PAS menerima ideologi DAP dan menggadai maruah dan ideoloy asas kerwujudan PAS, yakni Islam sebagai "way of life' dan Negara Islam...

BTW..DSAI adalah pemimpin yang dianggap berkalibar semasa dalam BN, tetapi setelah menderhakai asas perjuangan asalnya, agama, bangsa dan tanahair, PLUS Sodomi I. Sodomi II dan video panas.. dia akhirnya menjadi "faded leader", yang overtaken by time dan dimamah senja. 

RELATED

Thursday, July 28, 2011

SEMOGA BERJAYA MALAM INI.....

Semoga berjaya Malam ini..Orang Bersih tak sokong takpe..Bersih buat riot di studium..taulah penyokong Harimau Malaysia .. apa nak buat... jangan jadi pengacau...

SEMOGA BERJAYA

Wednesday, July 27, 2011

Pakatan anti Skim Rumah Pertamaku Bantu Golongan Muda Milik Rumah

 Perdana Menteri DS Najib Tun Razak ketika melancarkan Skim Rumah Pertamaku pada 8 Mac, 2011.
Skim Rumah Pertamaku dengan loan rumah atau pinjaman 100% seperti yg telah diwar-warkan semasa pembentangan budget 2011 tahun lepas bermatlamat untuk membatu belia-belia atau golongan muda mempersediakan diri membina masa depan mereka.

Melalui skim ini, individu, terutama golongan muda yang berpendapatan bulanan kurang daripada RM3,000 boleh mendapat pinjaman 100 peratus daripada institusi kewangan terpilih untuk membeli rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000 dengan tempoh pembayaran sehingga 30 tahun.

Bagaimanapun, kerana kerajaan ternyata membantu golongan muda yang berpendapatan kurang RM3,000.00 merancangan masa depan dengan diupayakan memperolehi Rumah Pertama, maka Pakatan  gusar. Gusar kerana UNDI golongan muda swing dan tidak lagi menyokong PAKATAN PEMBANGKANG yang hanya mampu mengajak golongan muda ini berdemo di jalanan dan mensia-siakan masa depan mereka.

Kerana UNDI skim yang baikpun dianggap beban oleh Pakatan Pembangkang. Bayangkan pinjaman 100% (tanpa deposit). Berapa ramaikah golongan muda yang MENYEWA RUMAH ATAU BILIK yang dapat/mampu diupayakan untuk mendapat Rumah Pertama melalui Skim Rumah Pertamaku ini? Bandingkan sewa rumah atau bilik dengan bayaran bulanan di bawah skim Rumah Pertama; Mana yang berbaloi ?...

Skim Rumah Pertamaku 2011.
INI KATA ORANG PAKATAN PEMBANGKANG.
“Langkah yang diambil melalui Skim Rumah Pertama tidak lebih dari melepaskan batuk ditangga kerana ia tidak menyelesaikan masalah asas iaitu harga rumah yang terlampau tinggi, sebaliknya hanya menyediakan jaminan wang cengkeram yang hanya menambah hutang pembeli,” -Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli. .

Menurut Rafizi, undi golongan muda adalah undi penentu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. Justeru, sewajarnya apa-apa tindakan yang merugikan golongan muda dikaji semula oleh BN.
Bangkitlah rakyat Malaysia. Binalah benteng yang teguh agar Pakatan Pembangkang yang kemarukkan kuasa  ini tidak mampu menembusi pemikiran anak-anak bangsa kita dengan dakyah, muslihat dan putar belit. Professionalisma mereka yang tamakkan kuasa ini sudah semakin mencandui akal mereka dan pertimbangan mereka sehingga sanggup dan tergamak menghalang golongan muda untuk maju dan berjaya merancang hidup ke arah kejayaan.

Tuesday, July 26, 2011

PRU 13: Bila suis di petik.

Mereka ini akan mengundi PRU13 nanti. Apakah tanah mereka akan dikembalikan semata-mata mahukan undi mereka?
Ramai yang tidak sabar lagi menunggu saat suis PRU 13 di petik. Pakatan Pembangkang sudah mulai tugas membangkangnya dengan demo Bersih 2. Manakala SPR sudah mencadangkan formula penggunaan biomatrik dalam PRU13 nanti sebagai menyempurnakan tanggungjawabnya. UMNO juga tidak ketinggalan membuka seleranya berpilihanraya setelah mengadakan simulasi pilihanraya atau dry run atau unjuran PRU secara olok-olok.

Kegagalan Bersih 2 yang didokong Pakatan Pembangkang dan usaha Pembangkang menarik sokongan luar dilihat sebagai usaha terdesak Pembangkang menghidupan "reformasi" dan momentum sokongan rakyat dalam PRU12 yang lalu. Usaha ini dilakukan bagi menguji samada rakyat masih menyokong Pembangkang atau sebaliknya menjelang PRU13 nanti. Namapaknya momentum itu sudah jauh menurun. Kini pembangkang tercari-cari ramuan baru bagi menyambung talian hayat mereka. Apakah ini pertanda bahawa suis PRU 13 akan dipetik memandangkan pembangkang kucar-kacir?

Dalam Bulan Ramadhan kemungkinan besar suis PRU13 itu tidak disentuh. Selepas itu Shawal dan Deman Hari Raya. Masa itu kelak proses bermaaf-maafan berjalan; kemeriah berjalan; perpaduan diperteguh; hulu-menghulur berjalan dengan mudah; lampu berkerlipan menunjukkan hati-hati rakyat sudah tidak lagi terguris luka atau melupakan gurisan itu; rakyat lebih tinggi rasa "kemaafannya"..nah tunggu cuti sekolah (nak ambil hati ceku-cekgu); suis PRU 13 akan mula di tinguk tinguk...on off on off. Bersedialah...

Dari segi kemantapan dan kestabilan ekonomi Negara, Najib has done a very good job. Pembangkang pula cuba menyanggah usaha Najib agar ekonomi negara merudum..Pembangkan anjur Demo Bersih sebagai senjata menyanggah kemajuan ekonomi Negara...Tapi Bersih 2 gagal segagal gagalnya...

Kes Sodomi II dan video Panas bagaikan bangkai gajah. Bertolak di sini Pembangkan bercanggahan. Malah sesama sendiri dalam satu parti bercanggahan pendapat. PAS vs PAS berlaku. Pakatan Rakyat lebih jelas kelihatan kehilangan spirit "sepakat". Pemimpin pujaan Pakatan Rakyat sudah dianggap liabiliti kini bukan sahaja oleh lawan tetapi juga oleh kawan dan peringkat antarabangsa.

Polis dan Pasukan keselamatan sudah jelas tidak dihormati Pembangkang.... Tanda-tanda suis PRU 13 perlu dipetik sudah semakin jelas.

Arahan-arahan untuk menggerakan jentera puilihanraya sudah mula berkumandang di udara dan di alam cyber. PAS menekankan kehendaknya agar Undi Pos dijalankan dengan telus dan penggunaan "dawat celup jari" diberi laluan dalam PRU13. Nik Aziz ok jer pasal penggunaan BIOMETRIK. Hadi pula bimbang dia tak reti nak pakai.

Hi..Negeri-negeri di bawah Pembangkang nak juga PRU sama-sama dalam PRU13?Atau apakah DAP akan meninggalkan Pakatan seperti yang dilakukannya semasa Barisan Alternatif dulu?

So congak punya congak suis PRU13 sudah hampir pasti ditekan. Campur tolak kali dan bahagi...Lepas Raya+tenang sikit+cuti sekolah+..ON. Setuju. Tunggulah nanti....

NEGARA KEBAJIKAN pula potong "api" rakyat!.

Bila nanti kezaliman seperti Kezaliman Barat terhadap Muslimah di Iraq berlaku barulah kita sibuk dengan "kebajikan"

 Peniaga Pasar Lama Arked MPKB Bantah Pemotongan Elektrik
"Biasanya peniaga memperolehi sekitar RM1,000 atau RM2,000 sehari dan bagi kedai-kedai yang agak besar atau cuti umum, mungkin mencecah sehingga RM5,000 sehari. Bayangkan kalau sebulan kami tak dapat berniaga, berapa kerugian yang akan kami tanggung, inikah konsep negara berkebajikan yang dilaungkan sebelum ini," di sini

Kalo macam ni, Konsep Negara Kebajikan itu dah tak betol lagi lah!

Ini pula lain: Nik Aziz Sokong, Hadi pula Bantah...

Dua dua angkat tangan tanda setuju. Tapi hati lain-lain. Itu sebab berlakunya seperti isu Kerajaan Perpaduan.
ISU cadangan  penggunaan sistem biometrik oleh SPR.

Ini Kata Nik Aziz
Mengulas lanjut, Nik Aziz bagaimanapun tetap menegaskan bahawa apa juga sistem yang membawa kepada ketelusan dalam pilihan raya, maka beliau akan menyokongnya, sebaliknya menolak apabila terdapat unsur ‘kotor’. “Ia begini, mula-mula sekali memerintah diri, kemudian jiran, terus kepada negeri dan negara adalah (berlandaskan) agama, satu daripada cara supaya benda boleh dapat berjalan dengan baik (ialah) mesti ada kerajaan. “Jadi, untuk membentuk kerajaan sekarang ini, mesti melalui mengundi, tak boleh cara lain. Apa saja cara bersih saya sokong,” katanya. di sini
 Ini pula kata Abdul Hadi Awang
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, malah ia juga terdedah kepada manipulasi pihak yang mengendalikannya kerana hanya segelintir sahaja yang ada kepakaran dan terlibat mengendalikan biometrik...."PAS tetap berpendirian untuk mendesak supaya SPR menggunakan dakwat celup jari ketika mengundi bagi membasmi pengundi hantu dan juga pengundi yang mengundi banyak kali dalam setiap pilihan raya," ujarnya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.Katanya, begitu juga dengan pendaftaran pemilih secara automatik."Kita pelik bagaimana SPR boleh bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dalam pengendalian biometrik ini, tetapi tidak boleh bekerjasama dalam mengendalikan pendaftaran pemilih secara automatik," ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang. di sini
 SL nak tanya sikit...Sistem Pilihanraya dalam negara ini sapa yang patut buat? Pembangkang ker? Kerajaan ker? SPR ker? atau Bersih ?

SPR buatlah dengan tegas dan telus.
Taktik-taktik orang lain "put aside" siapapun mereka..

KEDAH SOKONG. SELANGOR TAK BANTAH KER?

Serah memo kerana pulisiti ke nak menyatakan pendirian sebenar?. Bila memo ke Selanor nak diserahkan?
Dewan Pemuda PAS menyokong MB Kedah atas tindakannya melarang Pusat Hiburan dibuka 24/7 sepanjang Bulan Ramadhan. Bagaimanapun MB Selangor sudah menyatakan keputusan Kerajaan Selangor bahawa Pusat Huiburan diseluruh Negeri Selangor terus beroperasi 24/7 sepanjang bulan Ramadhan.

Nak tanya DEWAN Pemuda PAS, tak nak hantar memorendum membantah ker kepada MB Selangor dan Kerajaannya?. Nampak fishylah sikit!. Sana kat Kedah sokong STOP operasi tapi sini kat Selangor pula SOKONG GO AHEAD operasi!. Fishy fishy....

DULU PAPA KURUS KERING. KINI ANAK SEMAKIN KURUS.TAUBATLAH.

PAPA NURUL SELEPAS KELUAR PENJARA..KURUS KERING..
Lepas Papa keluar Penjara...nampak kurus sangatlah Nurul...kesian. Kasutpun terlepas..longgar sangat ker?

BILA NAK TAUBAT DEMI ANAK ISTERI...