Translate

Thursday, September 25, 2008

JANJI TERANG BULAN YANG BARU.

Menurut Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), tarikh baru pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat telah ditukarkan kepada 1 Oktober 2008.

Kemungkinan tarikh tersebut akan bersamaan dengan tarikh Umat Islam merayakan Hari Raya Aidilfitri. Saya terus tertanya-tanya; adakah PR sebenarnya bercakap benar atau sekadar janji terang bulan? Pertukaran kerajaan ini adalah satu perkara yang besar. Barangkali ini disengajakan supaya perkara besar ini tidak menjadi kenyataan dan momentum dan talian hayat tetap masih dapat digunakan?. Siapa yang umum? Kenapa Tian Chua yang umumkan bukan DSAI? Takut dicap pembohong atau takut tak mampu menjadikan rakyat permainan?.

Apakah tukar kerajaan ketika umat Islam berhari raya Aidilfitri? Sesudah 16 dan 23 September tinggal angan-angan, ada pula kenyataan baru untuk terus mengelirukan rakyat. Bilakah Anwar Ibrahim akan memohon maaf ke atas 916 dan 239? Janji TERANG BULAN YANG KE BERAPA INI?

Bacaan Tambahan....

Mimpi Yang Tidak Menjadi Kenyataan

http://www.drkhir.com/2008/09/mimpi-yang-tidak-menjadi-kenyataan.html

Anwar's lying again, says PM

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Thursday/Frontpage/2352982/Article/index_html

2 comments:

Anonymous said...

Mulanya saya menyangka DSAI bercakap benar kerana sejak Mei, 2008 dia meletup sana sini akan menggantikan PM Abdullah yang ternya banyak kelemakan dalam urustadbir negara, walaupun dia seorang yang baik,. Yernyata semua kata-kata DSAI adalah illusinasi semata-mata. Rasanya bagaiman mampu DSAI mempertahankan kepercayaan penyokongnya sendiri bia ernyta dia "berbohong"? Apa pula alasan penyokongnya sendiri dengan kebejatan pembongan ini? Ramai yang telah mengucapkan selamat tinggal kepada PKR dan PR setakat ini teutama setelah PKR gagal mendapat sebarang kerusi di Sabah. Kepimpinan PKR Sabah juga terus berbalah manakala pemimpin akar umbi tidak menunjukkan disiplin yang dapat dicontohi.

Anonymous said...

Saya melihat permainan politik yang diketengahkan oleh DSAI hanya diterima oleh penyokong yang "taksub" dan tidak lagi menggunakan petimbangan pemikiran yang waras. DSAI berjaya menjebat mereka yang tidak lagi menggunakan pemikiran positif sehingga tidak bisa melihat kebenaran elain isu tukar kerajaan. Saaya tidak nampak kemunasabahan PR mengganti kerajaan. Hanta DAP yang menolak DSAI agar terus berjalan. Apakah rasionalnya usaha itu bagi mewujudkan kerajaan stabil?