Translate

Monday, August 17, 2009

Ahli Umno tak akan masuk syurga - Nik Aziz: Bagaimana Orang DAP?


BUKIT MERTAJAM: Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata anggota Umno tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota Umno.

"Islam bawah Umno tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga".

Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir. Pengundian ialah pada 25 Ogos ini. Pilihan raya kecil itu melibatkan calon Pas, Mohd Salleh Man, 52, yang juga Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, dan calon Barisan Nasional Rohaizat Othman, 38.Kawasan itu mempunyai 20,290 pengundi berdaftar. BERNAMA

MY COMMENT:

Unbelieveable. He is not God. Syariat sudah lari. politikpun BUKAN Tuhan! Kenapa dia tak komen DAP? Orang pemabuk arak dan pengamal tegar pelacuran bagaimana?!.

I and many need explanation.

25 comments:

CT Rahmah said...

Sudah tiba masanya golongan muda yang dinamik dan bakal meneruskan perjuangan membina negara ini melihat hukum demi hukum. Fatwa demi fatwa yang melampaui batas. Generasi muda akan memikul kekhilafan golongan tua seperti TGNA. Jika benar berita ini, ianya satu malapetakan kepada Islam dan penganutnya. Palestine pun diungkitnya!

CINTA DUNIA said...

Sdr.Liza,
cuba you luangkan masa jumpa Tuan Guru ni untuk bertanya dan mengetahui apakah sebenar maksud beliau. Jgn main hentam keromoh saja. Jangan kerana sentimen kepartian anda senang-senang bantai kenyataan Tuan Guru ni.

CT Rahmah, nak komen sikit pasal komen anda. Sebenarnya anak-anak muda yang ada pendidikan agama akan faham maksud Tuan Guru ni.Hanya mereka yang tidak faham saja yang tidak akan faham.Cuba panggil Tuan guru cakap dalam TV, biar dia huraikan apakah maksud dia sebenar. Tapi geranti tak berani punya bagi slot pada Tuan guru untuk bercakap dalam TV.

Norawi said...

rimas juga aku tengok gambar tu.masa lampau telah berlalu,nampaknya orang lama menerajui minat orang baru

de cle manto said...

gua pon tekejut beb! fuf! kena buat debat dgn mufti2 dan disiar secara langsung kat tv baru tau orang tua ni sape...islam tu adil...

Senjaliza said...

Terima kasih atas komen saura-saudara.
Masalahnya bila TGNA suad cakap demikian seorah-olah itu dianggap sebagai "firman" kepada orang-orang yang taksub dengan TGNA. Misalnya dia pernah katakan "Tuhan juga mencarut". Bila interview dia, dia mula mengeluarkan banyak lagi alasan yang mampu mengelirukan masyarakat Islam. SIAPA YANG MENENTUKAN ORANG ITU MASUK SYURGA ATAU NERHAKA? saya pasti BUKAN NIK AZIZ. Kalo ada jawapan kepada soalan ini saya sedia terima dan paparkan di laman utama blog saya. Sdr. Datu Sulaiman ada cadangan? Dipersilakan. Laman ini laman terbuka untuk itu..

Salam hotmat Datu Sulaiman dan saudara semua.

kadiology said...

datu sulaiman

apakah yang nik aziz cakap tu berkias kias? perlukah ada huraian lagi?
apa susah sangat ke nik aziz nak cakap STRAIGHT TO THE POINT!

sudahlah!

dah terang lagi bersuluh! kenyataan nik aziz itu timbul dari hati nurani dan kebencian nik aziz kepada UMNO begitu meluap luap, sampai palestin pon di ungkit!

apa buruk sangat ke perangai 3 juta ahli UMNO yang beragama Islam??? ingat, islam itu milik bersama, bukan hak monopoli nik aziz atau pon PAS!

hakikatnya, nik aziz sudah TERSASUL! terima lah hakikat yang nik aziz sudah salah cakap. kalau kamu mengiyakan kenyataan nik aziz, kamu adalah PENTAKSUB!

Senjaliza said...

Siapa yang memartabatkan Islam di sebenarnya?
....."Doktrin ini selari dengan kenyataan Mursyidul Am PAS yang menyatakan Islam UMNO tidak benar dan dicedok dari Palastine dan orang UMNO tidak akan masuk syurga. Agaknya di seluruh dunia manusia lain yang tidak menjadi ahli PAS akan menjadi ahli neraka."
baca:- http://n11permatangpasir.blogspot.com/2009/08/siapa-yang-memartabatkan-islam.html

PUTERI SENJA said...

Assalmualaikum semua,
Hak dan kuasa menentukan samada seseorang umat itu masuk jannah atau nerhaka di tangan hakiki Allah Subhanawataalah. Tugas ini tidak pernah diturunkan kepada manusia. Hak manusia ialah berdakwah ke jalan yang benar mengikut ajaran Al Quran dan Sunnah Rasul S.A.W.

Kenyataan TGNA itu diselaputi oleh dakyah politik BUKAN dakwa. Siapa yang taksub terhadap kenyataan itu bisa memesongkan akidah umat. Takutlah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Dia yang menentukan segala-galanya, BUKAN manusia biasa, Bukan Politik, Bukan Mursyidul Bukan juga wali.

PENDIKAR KEBENARAN said...

salam,

undi PAS taket ke syurga nampaknya...hehehe

Ashley Ahmed said...

Salam,

Ceramah kuat, kerja malas, apa yg boleh di tawarkan?

apa yg bukan miliknya.

Senjaliza said...

Dulu TGNA kata "1. Tuhanpun mencarut" 2.UMNO SAMA DENGAN AYAHPIN DAN KOMUNIS", Kini: "ahli UMNO tak akan masuk syurga (diubahsuaianya: Penyokong UMNU tak akan masuk syurga". Sebahagian penyokong dan ahli PAS sendiri telah merasai panasnya kenyataan Nik Aziz ini. Mereka juga fikir itu tidak wajar diungkapkan. Bezanya orang lain criticises terbuka dan mereka pendam dalam atau lahirkan kepada sesama sahabat.

A. Azman said...

Kenyataan TG Nik Aziz di putar belit oleh akhbar.Ini adalah taktik kotor yang selalu di gunakan oleh mereka yang tak bertanggung jawab.TG Nik Aziz tak pernah menyentuh tantang ahli UMNO,tp Beliau menyentuh tentang DASAR yang d bawa oleh UMNO.Beliau berkata "Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno".

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ini adalah taktir kotor yg d gunakan lebih2 lagi menjelang pilihan raya..

Akhbar sekarang sudah menjadi akhbar UMNO..xhairan lah jika kenyataan TG Nik Aziz d putar belit utk tujuan kepentingan tertentu dan motif politik...

MINTA SAUDARI LIZA CHECK BETUL2 SEBELUM POSTING..DAPATKAN BUKTI2 KUKUH N THEN BARU POSTING.K.

Senjaliza said...

Sdr Azman,
1. Dalam Blog MSO ada menyebut bahawa yg dimaksudkan oleh TGNA ialah Penyonong UMNO dan BN bukan ahli IMO. Tetapi asasnya sama iaitu "mengkhafirkan" sesama saudara Islam.

2. Siapapun maknusia biasa tidak memiliki kuasa menentukan "Siapa masuk syurga siapa masuk nerhaka"

3. "Bolehkah dan betulkah TGNA menentukan siapa masuk syurga siapa masuk nerhaka?.

4. Kalopun orang DAP kebanyakkannya khafir harbi, Beranikah TGNA katakan bahawa mereka yang kafir ini bakal masuk nerhaka secara terbuka? Jadi kenapa TGNA tega mengatakan atau mengeluarkan kenyataan yang selari maksudnya... kepada sesama Islam? Saudara Azman..Pls.

Senjaliza said...

Isu mengkhafirkan UMNO oleh TGNA ini bukannya isu baru, ianya sudah bertahun lamanya. Orang PAS ramai yang tidak setuju dengan tindakan TGNA. Soalnya mereka tak berani konfrant dan tak berani tegur. Saya berani posting kerana saya bernai menyatakan yang benar. Saya tidak akan menutupi sesuatu yang memudaratkan HUKUM ISLAM.

A. Azman said...

Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?

Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.

Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;

"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.

"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."

Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.

Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.

"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.

"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.

Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.

Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.

Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.

Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.

"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.

"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.

"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.

Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.

Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.

Buat apa TGNA nak war2 kan kepada DAP yang mereka tu masuk neraka,diorang adalah kafir,war2kan atau tidak tetap juga akan masuk neraka.Adakah dengan tdak mewar2kan kpada DAP yang mereka masuk neraka,mereka akan masuk syurga?

yang bahaya nya ialah org islam yang tdak mengambil islam sbagai ad din,peringatan perlu kpda mereka supaya mereka kembali kpd ajaran islam..

Apapun,penjelasan tentu ada dari TGNA sendiri,Beliau bercakap tentu ada dalilnya..kita kena tengok dari dua perspektif..jgn asyik menunding jari dan menghentam TG sahaja..

wassalam..maaf zahir batin..

Senjaliza said...

Assalamualikum Sdr Azman.
Saya suka orang yang berfikiran terbuka seperti Sdr Azman.

Saya petik inidari komen saudara.. Bukan bertujuan untuk mencari kesilapan atau kelebihan (advantage, atau kesalahan. Sekadar berkongsi dengan semua pengunjung.

"....Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga......"

Soalan:
1. Lim Guan Eng KM Pulau Pinang, adakah dia bercita-cita untuk menegakkan Islam?

2. Khalid Ibrahim MB Selangor, adakah dia bercita-cita untuk menegakkan Islam?

3. Karpal Singh, Pengerusi DAP Malaysia "Over my dead body"... adakah dia bercita-cita menegakkan Islam.

4. Anwar Ibrahim.. yang ternyata selesa dengan Regime Zionist dan menghadapi tuduhan liwat dan pro Inter Faith Council... Adakah dia bercita-cita menegakkan Islam.

5. Adakah dalam mana-mana manuscript PAS yang mengatakan PAS nak menubuhkan Negara Islam Malaysia..?

6. Sanggupkan Sdr Azman menegur TGNA atau mana-mana pemimpin PAS yang khilaf atau mengatakan kepada mereka "Subhanallah".. contohnya TGNA menyamakan orang UMNO sama seperti ayahpin dan Komunis?

7. Adalah PAS lebih baik berkerjasama dengan UMNO atau bekerjasama dengan DAP Laknatullah!?

8. Aapakah PAS lebih rela membimbing DAP yang sukar menganut Islam atau PAS lebih bersedia mengajar orang UMNO untuk memperbaiki akidah mereka.

9. Salam dan Semoga Allah SWT memberikan kita semua kekuatan untuk berfikir.

Senjaliza said...

ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah S.W.T.

1. Bila TGNA mengeluarkan kenyataan mengenai "tak akan masuk syurga" bererti dia telah mengambil alih kuasa Mutlak Allah Subhanawataalah. Anda setuju kee?

2. Ada pihak yang mengatakan bahawa golongan erdogan telah menyusup dalam lingkungan TGNA tak henti henti menasihati TGNA dengan nasihat dan skill masing-masing. Konon sebagai innovasi dalam PAS. Mereka dikatakan berjaya membuatkan TGNA menerima liberalisasi dalam Islam. Apakah ini positif kepada PAS?

Orang PAS, Perlu nak terang sikit...

SABAHKITA said...

Kerajaan Perak sebelum ini di bawah Nijar tak mampu mengawal kekuasaan DAP. Saya lihat DAP lebih memperalatkan PAS dari mendalami idelogi PAS. Pertentangan dan perbezaan DAP PAS amat jauh. Dulu PAS ditinggalkan DAP semasa Barisan Alternatif kerana tak menguntungkan DAP; kini DAP mengaut keuntungan. Saya yakin PAS is better off tanpa DAP.

A. Azman said...

Apapun,kita lihat la mcmana kesudahan permainan politik ini..
Allah maha adil dan bijaksana..klu btul tndakan TGNA,Allah akan tunjukkan kebenaranNya,juga klu slh tindakan TGNA,Allah juga psti aksn tunjukkn kslhasn itu..

Cuma yg pasti,Allah terangkan dlm Al quran,sesiapa yg mmbntu agama Nya,nescaya Allah permudahkan urusanNya dan juga akan membantunya..

smoga ada hikmahnya..
Wallahulam
Maaf zahir batin..

A. Azman said...

Apapun,kita tggu apa kesudahan yang akan terjadi kpd permainan politik ni.Jika tindakan TGNA adalah bnar,Allah pasti akan tunjukkan kebenaranNya,dan sebaliknya jika ia slh,Allah juga pasti akan tunjukkan kebenaran yg spatutnya.

Tetapi yang pasti, Allah menerangkan dlm Quran, sesiapa yang mmbantu agama Allah,nescaya Allah akan mmpermudahkan segala urusan nya d dunia dan juga akan membantunya.

Meaning to say, Allah knows those who wants to make Islam as their way of life and also knows who don't..

moga2 ada hikmahnya..
wallahualam
Maaf zahir batin..

Senjaliza said...

Sebaiknya Azman sebagai pendokong PAS menjawab soalan supaya sekurang-kurangnya dapat memberitahu umum bahawa kebenaraan itu dipertahankan. Jika mula berhujah lari dari tajuk yang dipersoalkan ini sama dengan tabiat TG biasa. Sikit-sikit menggunakan perkataan Allah dan Al Quran. Kalau silap guna boleh menyesatkan dan menyebab ada kemurkaan.

Lebih menyedihkan kiranya nama dan perkataan Allah dan Al Quran Ul Karim dan Hadis diperguna untuk menutup kesalah dan kekhilafan. Naujubillahi Min Zaliq.

Senjaliza said...

".....Cuma yg pasti,Allah terangkan dlm Al quran,sesiapa yg mmbntu agama Nya,nescaya Allah permudahkan urusanNya dan juga akan membantunya....." ini saya petik dari komen Sdr Azman.

PAS bantu DAP... Betul atau tidak?
Sila lanjutkan komen sesui deng komen ini.

A. Azman said...

Sy maksudkan siapa yg bercita nak mmbntu agama Allah,Allah juga akan bntu dia.Ini adalah ayat am.
Ini xda kena mengena dengan PAS bntu DAP.Sdr suka sngat nak mngaitkan PAS dgn DAP..seolah2 PAS sama dengan DAP..PAS mcm DAP.walaupun mereka ini sama2 atas nama pembangkang..

Sdr tidak persoalkan UMNO membantu MCA?UMNO membntu MIC?

Klau ada gambar pmimpin PAS dgn DAP ke?PKR ke? terus kita fikir yang mereka ni ada la sama..di sini Akhbar da main peranan memanipulasikan dan memutar belit..Inilah peranan akbar sekarang kan..telah di kuasai sepenuhnya oleh kerajaan..Sehinggakan rakyat berfikir apa shj yg dilakukan pmbngkang adalah salah dan tdak relevan..
Masalah kita sekarang ialah kita tdk mnjdikan islam sbg cara hidup..itu shj..
apa kata saudari cdgkan kpada UMNO untuk paggil TGNA mmberi penjelasan d media2 dan TV TV supaya ia lebih telus lagi..

Senjaliza said...

Kenyataan Rasmi Majlis Fatwa berhubung kenyataan Nik Aziz
Posted by Aspirasi Labels: Islam

KENYATAAN PENUH PENGERUSI JAWATANKUASA MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN

MERUJUK kenyataan yang dikeluarkan media pada 18 Ogos 2009 seperti Utusan Malaysia mengenai isu atau dakwaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyokong/ahli UMNO tidak akan masuk syurga.

Sebenarnya isu ini telah dibincangkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan sejak tahun 2000 lagi dan keputusan muzakarah itu telah diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-188 pada 21 hingga 23 Mac 2001 iaitu ketentuan seseorang Islam masuk syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah SWT.

Dari itu, dakwaan bahawa pengakuan dan sokongan kepada orang, pertubuhan atau parti-parti tertentu diperlukan sebelum seseorang itu layak masuk ke syurga atau neraka adalah salah menurut ajaran Islam.

Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan juga berpendapat sesiapa sahaja yang mengajar atau menyebarkan pandangan atau fahaman seperti ini adalah salah dan menyeleweng dari ajaran Islam sebenar.

Sehubungan itu, saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan ingin menasihatkan kepada umat Islam terutamanya kepada mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan tentang Islam hendaklah berhati-hati dan tidak menimbulkan perkara-perkara yang tidak betul atau bidaah yang boleh mengelirukan dan memecah-belahkan umat Islam.

Kepada orang ramai, ingin saya nyatakan bahawa dalam ajaran Islam yang sebenar, tidak sesiapa boleh menentukan seseorang itu berhak masuk syurga atau neraka.

Hanya Allah SWT sahaja yang mempunyai hak mutlak dan boleh memasukkan seseorang itu ke syurga atau neraka berdasarkan kepada keimanan dan ketakwaan seseorang itu atau sebaliknya.

Oleh itu, janganlah kita mudah terpengaruh dengan pandangan-pandangan yang aneh, jauh dari kebenaran dan boleh menyesatkan kita.

Anonymous said...

off white outlet
kd 14
palm angels
kobe
off white
golden goose
off white shoes
bape clothing
supreme
yeezy