Nik Aziz lebih dari manusia biasa
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my
Dr M 'bangga' kebolehan MB Kelantan
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebagai 'seorang yang lebih daripada manusia biasa' kerana mampu menentukan seseorang memasuki syurga atau neraka.
Justeru, bekas Perdana Menteri berkata, beliau 'berbangga' dengan kebolehan Menteri Besar Kelantan itu memandangkan tiada manusia biasa lain dapat berbuat sedemikian. "Dia boleh bagi secara jelas (siapa masuk syurga dan neraka). Orang lain semua tidak boleh, jadi dia seorang yang lebih daripada manusia biasa.
"Manusia biasa, dia mati baru pergi ke syurga atau neraka tetapi tidak balik untuk ceritakan. Kita pun tidak tahu sama ada Nik Aziz akan ke syurga atau neraka. Itu kita tidak boleh kata.
"Cuma, kita tahu kita kena hidup sebagai seorang yang baik tetapi (jika) hendak kata kerana baiknya itu tidak pergi ke neraka pun tidak boleh. Kadang-kadang ada juga buat silap. "Jadi, saya 'berbangga' dengan kebolehan Nik Aziz menentukan siapa yang menjadi ahli syurga dan siapa akan ke neraka. Sesiapa yang perlu, lebih baik pergi dan tanya dia," kata Dr Mahathir sinis pada sidang akhbar selepas Konvokesyen Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), di sini semalam.
Dr Mahathir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Perubatan oleh IMU, manakala 95 graduan menerima ijazah masing-masing. Hadir sama Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Canselor IMU, Tan Sri Dr Sulaiman Daud; Pro-Canselor, Datuk Dr Lim Kee Jin; dan Presiden, Tan Sri Dr Abu Bakar Suleiman.
Diminta mengulas mengenai keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataan Nik Abdul Aziz, Dr Mahathir berpendapat perkara itu tidak perlu.
"Tidak payah keluarkan fatwa. Tidak ada manusia dalam dunia ini yang boleh menentukan selepas kita meninggal dunia, kita akan memasuki syurga atau neraka. Orang yang betul-betul warak sekali pun mungkin dia ada buat niat tidak baik, dia juga akan ke neraka," katanya. Mengenai cadangan menggugurkan ruangan kaum pada borang rasmi kerajaan, Dr Mahathir berkata, ia wajar turut meliputi agama kerana untuk mengenalpasti kaum di negara ini boleh ditentukan berdasarkan nama individu.
Berhubung wabak H1N1, beliau berkata, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada rakyat mengenai bahaya virus berkenaan kerana masih ramai yang mengunjungi kawasan sesak tanpa memakai topeng mulut sebagai langkah keselamatan.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Dr Mahathir berkata, setiap doktor perlu memahami profesion perubatan adalah untuk berkhidmat kepada masyarakat dan bukan sebagai sumber pendapatan semata-mata atau meraih pendapatan lumayan.

2 comments:
Tak payah Nik Aziz,saya yang dangkal ni pun boleh bagi tau boleh masuk syurga ke tak.Hak masuk syurga ke tak memang Hak muttak Allah,tp harus di ingat,Allah ada menyediakan garis panduan untuk ke syurga atau ke neraka.Allah tak akan ubah nasib sesorang hambaNya kecuali dia yang ubah sendiri.Nabi pun pernah janjikan Syurga pd sahabat2nya.Ikut lah garis panduan yang Allah tela tunjukkan samada nk kesyurga atau ke neraka.Apala ngok sgt,mufti pun ikut ngok sma
Salam,
Kebolehan yang menyesatkan umat Islam, sama macam Anwar Aljuburi yang berkebolehan memutarbelit perbuatan terkutuknya, yang diliwat yang kena hina, bukan dia.....
Itulah kebolehan syaitan iblis yang menyamar jadi manusia warak untuk mengoda anak Adam ke neraka....
Post a Comment