"Bila tumbang BN nanti Islam ada tempatnyanya". Inilah kenyataan Abang Mat Sabu (menghormati keinginannya untuk dipanggil abang).
1. Saudara blogger sekelian, penyataan itu tidak lebih dari penyataan seorang pemimpin politik. Tidak bermakna dia bukan pemimpin Islam. Memang dia juga pemimpin Islam. Dia adalah abang Mat yang memang pandai ceramah. Pandai ceramah tentang Islam.
2. Kenyataan abang Mat bukan tidak boleh disangkal. Memang boleh disangkal terutama bila tidak betul. Bila matlamat perjuangnya dirasakan tak sampai ke matlamatnya. Jangan kita jadi pak turut manusia seperti kata TGNA yang berbunyi "tolong merdekakan diri kita dari pemikiran manusia......".
3. Perak (sedikit masa lalu), Pulau Pinang, Selangor nampak jelas Islam tidak mendapat tempat seperti yang dicita-citakan PAS dan seperti yang dikatakan oleh Abang Mat. Malah Islam "terketepi". Pemimpin dalam DAP dan setengah dalam PKR sudah nyata dan jelas tidak memberi ruang kepada cita-cita abang Mat. Jelas sejelas-jelasnya. Sedih juga melihat Dr. Hassan Ali ditekan kerana bertindak membela Islam. YB Zulkifli Nordin memang amat terkedu bila nampak Hassan Ali memeluk bahu Ronnie Liu kerana "politik" telah mengenepikan dan "melesukan" perjuangannya menentang "kemungkaran". YB Zulkifli barangkali tidak akan melaungkan "takbeer"! takbeer! takbeer! lagi
4. Exco Pulau Pinang berapa sahaja orang Islam untuk menjayakan seperti yang diidamkan abang Mat. Berapa? Apakah jumlah itu akan dapat menegakkan sistem Islam di Pulau Pinang? Apakah pula Kerajaan Pulau Pinang "lebih Islam" dari kerajaan Johor, Pahang dan Melaka? Apakah Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang lebih Islam dai Kerajaan Negeri Kelantan atau kerajaan Negeri Kedah? Apakah keimanan Islam lebih dikalbu Lim Guan Eng dari di kalbu Ali Rustam atau di kalbu Abdul Ghani Othman? Abang Mat boleh tak ceramah pasal ini?
5. Abang Mat.. apakah Islam lebih subur dihati Karpal Singh, Lim Kit Siang dan di hati Lim Guan Eng berbanding di hati Tun Abdullah dan di hati Najib Tun Razak atau di hati Tuan Guru Nik Aziz atau di hati Tuan Guru Haji Hadi Awang?.
6. Sejarah seharusnya mengajar kita. "PAS itu asalnya dari tulang rusuk UMNO". Apakah Islam tidak akan subur di hati pemimpin UMNO bersama-sama pemimpin PAS? Perbetulkan niat dan nawaitu yang sebenar-benarnya. Seperti tegas TGHA.. kenali siapa sebenarnya "jamaah" dan "musuh Islam" dalam erti kata yang sebenarnya.
7. Jadi, bayangkan tumbang BN nanti apakah jaminan bahawa Islam akan dapat di tegakkan di Bumi Tercinta ini?. Bumiputera di padam, undang-undang yang berteraskan Islam diliberalisasikan, Ketua Polis Negara digantikan dengan yang boleh kerjasama dengan the leaders of the "underworld", SPRM mestilah yang ikut telunjuk "perasuah"..." orang Islam nak murtad diberi hak jadi murtad" Naaujubillahi Min Zaaliq. Ini abang Mat kena tentang... Allahuwallam BSW.
8. Abang Mat, pendapat saya yang kerdil ini, hanya sebagi pemilik ruang kerdil ini, hanya pemimpin -pemimpin Islam yang di hatinya subur dengan fahaman Islam dan nur Islam sahaja barulah Islam itu dapat ditegakkan dalam sistem. Selain dari itu, hati saya sering meraguinya. Hati orang kerdil ini sering merasa sukar menerimanya. Abang Mat.. nak jadi Omar Mokhtar biar seluruh wang para pelakon dan producers di hollywood campur wang pelakon-pelakon dan producer di boolywood, tak akan mampu jadi "the real lion of the desert" yang sebenarnya. Jadi wayang atau mainan wayang bolehlah!
9. Jadi, Bila BN tumbang nanti, Islam pasti ada tempatnya. Di mana entahlah!
10. Di Perak, di Selangor, di Pulau Pinang dan di Kedah, golongan Islamlah yang berjuang. Golongan Islamlah yang berdemonstrasi,. Golongan Islamlah yang baring di jalanraya menahan kenderaan Sultan Perak. Golongan Islamlah yang berdemonstrasi menentang ISA. Golongan Islamlah yang berdemonstrasi menentang PPSMI. Saya lihat kini Islam belum mendapat tempatnya. Siapa yang mendapat kuasa? Siapa yang kita nak berikan kuasa ini? Sekali lagi Allahuwallam BSW.

2 comments:
Salam SL,
Terima kasih menjawab komen Kudabelang dalam blog saya.
Puak-puak 'penyamun tarbus' ini selalu menipu umat Islam dengan kata-kata macam mat sabu. Tetapi apa yang kita lihat Islam semakin menjadi bacul dan dayus sebagaimana di Pulau Pinang dan Selangor.
Inilah golongan munifik yang bakal dilaknati di hari kemudian...
Salam,
gila kuasa, mata pun buta!
Post a Comment