Translate

Sunday, August 23, 2009

BIARKAN ROHAIZAT MENANG.

Pada hakikatnya Rohaizat adalah saudara kepada PAS.

1. Orang PAS patut biarkan BN menang kerana PAS tidak akan mampu menggugat kerajaan Pulau Pinang yang berada dalam cengkaman DAP. PAS juga tidak akan berdaya mengkritik DAP dalam DUN Pulau Pinang. Malah PAS akan terkunci dari mengkritik tindak tanduk dan keputusan Kerajaan Pulau Pinang. Pastinya wakil PAS nanti akan dikunci mulutnya oleh sistem Kerajaan Pulau Pinang yang dikuasai DAP.

2. Berdasarkan kepada kedudukan EXCO Pulau Pinang, PAS sudah tidak akan mendapat tempat lagi. NO Vacancy lagi. Oleh itu Rohaizat diharapkan akan dapat menjadi ADUN pembangkang yang efektif bagi mewujudkan keadaan Check and Balance.

3. Faktor usia juga memberikan kelebihan kepada Rohaizat. Dia masih dinamik dan berpendidikan bercorak universal. Soal kepartian perlu lebih flexible. Rasanya , antara Rohaizat dan Mat Seman, rakyat dan suara rakyat lebih vokal dibawa dan diwakilkan kepada orang muda yang dinamik ini.

4. Wakil rakyat yang tidak dapat membawa permasalahan rakyat dan jadi pak turut kepada system yang ada akan kurang menguntungkan rakyat satu-satu kawasan.

5. Jadi orang PAS dan UMNO perlu menangkan pemimpin yang dilihat lebih dinamik. Lim Guan Eng bukan sudara PAS tapi Rohaizat saudara PAS. Saya sokong Rahaizat di menangkan oleh penduduk Permatang Pasir.

6. PAS perlu memulakan gagasan untuk melawan pihak yang memusuhi PAS dan Islam sebenarnya. Saya nampak DAP lebih menganggap PAS musuh sebenar. Sedangkan Rahaizat adalah saudara PAS pada hakikat yang sebenar-benarnya. Bukalah hati, murnikah hati di bulan yang mulia ini. Minta petunjuk dari Allah SWT. Semoga Allh SWT membisikan dalam hati dan sanubari kita bahawa sebenarnya Rohaizat bukan musuh PAS.

7. Kerajaan yang mengamalkan "dasar dan sistem Islam" tidak mungkin dapat direalisaikan dengan DAP. Percaturan politik UMNO dan PAS sahaja yang lebih cenderung ke arah menrealisasikan matlamat itu.



6 comments:

Anonymous said...

pas tu bermatakan mata yang buta. DAP dia anggap saudara. UMNO dia anggap kafir. Tu masalahnya, pas buta sebab tok guru dia pun sesat entah kemana..

YANG GAMBI said...

Salan SJ,

Telah saya tulis semalam, bahawa PAS ini mirip kepada golongan syi'ah, yang sentiasa memerangi orang Islam lain, kerna mendkwa Islam mereka lebih mulia disisi Allah.

Bagi mereka, darah orang-orang UMNO dihalalkan, itu fatwa yang telah lama diturunkan oleh Hadi Awang, bukankah cara syi'ah.

Baru-baru ini Nik Aziz pula membuat fatwa, orang-orang UMNOa tidak akan masuk syurga, ini juga ciri-ciri ajaran syi'ah telah menyerap dalam PAS.

Jentera UMNO, teruskan perjuangan menentang pengkhianat agama dan bangsa ini. Anda juga sebagai pasukan mujahid yang berjihad memerangi munafik ini...

lagenda said...

Salam Ziarah....

Sokong Kenyataan Senjaliza .Pengundi-pengundi di Permatang pasir harus memberikan undi mereka kepada BN dan memberikan kemenangan kepada BN supaya syiar islam terus terbela di Pulau Pinang.Nak harap kat PAS pakai dok jadi pak turut ja la kerja dia DAP tekan sikit kecut perut dah.Contohnya di Selangor.......

Shah said...

Dulu membangun bersam Islam sekarang membangun bersama DAP. Dulu pemimpin bersama ulamak sekarang pemimpin ikut DAP. Dulu PAS boleh sekarang PAS untuk semua temasuk kaki bontot, samseng, perompak dll

Datu pitung said...

salam sdri senjaliza

PAS tak kan biarkan kemenangan kepada calon BN ini sewenang wenang nya..Pas ada motif tersendiri..negara islam adalah impian rakyat.

saya nak ulas kenyataan sdr media cyber ni..jgn ckp semborono tanpa bukti yg kukuh, berhujah biar berfakta bukan auta. thanks..

Anonymous said...

Kesilapan utama Pas adalah menyamakan Pas dengan Islam. Islam dicipta oleh Allah S.W.T.. Sedangkan Pas dicipta oleh manusia..