Translate

Thursday, August 27, 2009

SENDIRI JADI PENDAKWA SENDIRI JADI HAKIM SENDIRI JUGA PUNYA MAHU SENDIRI MAHU SENDIRI SENDIRI

Sendiri juga tuduh ADUN BN buat kecoh dan tidak ikut peraturan!
Sendiri juga tuduh ADUN BN naik meja
Walaupun kao mau sendiri sendiri tapi kami juga tahu sendiri!

Semua tahu, duniapun tahu bahawa kerajaan Negeri Perak Darul Redzwan ditadbir urus oleh kerajaan Barisan Nasional. Oleh itu sendiripun tahu bahawa kerajaan di Perak sekarang ialah Kerajaan Barisan Nasional. Ini berikutan melompatnya 3 ADUN dari Kerajaan Pakatan Rakyat ke Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat kehilangan simple majoriti. Sendiripun tahu tapi sendiripun tak mahu faham atau pura-pura tidak tahu.

2 September, 2009 nanti , sidang DUN Perak akan diadakan. Pelbagai spekulasi dan andaian kemungkinan perkara yang tidak berasaskan "norm" akan berlaku. Penggunaan perkataan "kemahuan rakyat", "kuasa rakyat", "kehendak rakyat" dan "kerajaan rakyat" akan dikumandangkan. Semuanya hanya menggunakan perkataan rakyat atau berselindung atas nama rakyat sedangkan perkara yang lebih jelas dan terang lagi bersuluh adalah kemahuan sendiri, kehendak sendiri dan didorong oleh kemahuan sendiri oleh kumpulan individu manakala yang menjadi mangsa ialah "rakyat".

Awal-awal lagi Sivakumar telah menyaman SUK Perak. Nijar Jamaludin, mantan MB Perak juga sudah menyatakan bahawa kerajaan BN sekarang di Perak adalah "Kerajaan Haram". Umum sudah membayangkan bahawa dengan penyataan itu, persidangan DUN Perak tidak diyakini akan tidak kecoh. Biarpun Nijar Jamaluddin membuat kenyataan bahawa sidang itu kelak TIDAK akan berlaku kekecohan, melihat gelagat pembangkang yang diselaputi oleh keinginan demo, membakar lilin, berbaju hitam dan berarak menunjukkan penentangan, sebarang kemungkina boleh berlaku.

Sesuatu pasti dirancang Nijar bersama kuncu-kuncunya, DAP, yang diketuai "Ngango". Semua masih ingat "gara-gara" yang dilakukan oleh Nijar semasa mengangkat sumpah sebagai MP Bukit Gantang di Parliment sedikit masa lalu sehingga Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia menggantung dia dari menghadiri dua sesi sidang dewan.

kiranya Nijar dan DAPnya masih mengamalkan SENDIRI JADI PENDAKWA SENDIRI JADI HAKIM SENDIRI JUGA PUNYA MAHU SENDIRI MAHU SENDIRI SENDIRI, ketenteraman dan ketertiban sidang DUN Perak pada 2 September nanti sukar diyakini.

Masyarakat luar yang sentiasa memerhati perkembangan politik Perak Darul Redzwan siapakah sebenarnya yang mementingkan diri sendiri dan memutuskan perkara sendiri sendiri.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Kumpulan samseng Perak ini lebih kurang gambar SL itulah..... bila si rimba baru dapat komputer...... bukan reti nak guna adab....

Kuda Perang said...

Zaman dah berubah; orang rimba mengguna tamaddun moden, orang moden mengguna tamddun rimba...
terbalik kkot..!!!

Senjaliza said...

Golongan muda adalah pewaris kepimpinan negara. jika mereka terheret dengan kemulut politik pertentangan sesama ummah bermakna tugas mereka lebih berat lagi untuk mengembalikan keamanan dan keagungan ummah. Mungkin hanya akan bermimpikan keagungan itu dalam sejarah seperti keagungan kerajaan Yunani.. atau Kulafa Hu Rasyidin..