Translate

Friday, August 28, 2009

ISU ARAK SELESAI - DR HASSAN ALI.

Inilah wajah Dr. Hassan Ali kita semasa mendesak supaya Ronnie Liu dilucut jawatannya semasa campurtangan dan isu perrampasan arak di Kedai Serbaneka di Shah Alam. kata Dr kita ni-lebih kurang gulanya.. " Saya resign atau Ronnie dilucut". Mana semua kata-kata itu dihembus bayu?

“Saya tekankan bahawa enakmen ini bertujuan mengembalikan keharmonian dan kestabilan dalam masyarakat serta dalam masa yang sama membina paksi asas dalam masyarakat terutamanya yang menyentuh masyarakat Melayu dan Islam,” Dr Hassan Ali.

Mengikut Seksyen 18 enakmen berkenaan, orang Islam yang mengambil minuman memabukkan di kedai atau tempat awam adalah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM3,000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

Seksyen itu turut menyebut orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamer, menyimpan atau membeli apa-apa minuman memabukkan boleh didenda tidak lebih RM5,000, penjara kurang tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Petikan di atas dari blog BIAQPILA ....

Kita masih lagi hangat dengan hukuman RM5,ooo dan sebatan 6 kali terhadap Dewi Kartika Sukarno yang ditangguh semantara bulan ramadan, bulan puasa dan Al Mubarak. TGHA kata hukuman ke atas kartika terlalu lebut. Sepatutnya antara 40 hingga 80 sebatan mengikut Hukum Islam. Mufti Perak lagi keras dentuman katanya, 80 sebatan...Inikah yang afdal?

Dengan pengumuman Dr. Hassan Ali pesuruhjaya PAS Selangor nyatalah kepada kita semua bahawa inilah wajahnya dan wadahnya. Sekadar menutupi malunya yang gagal seribu kali gagal mencabar kehendak Ronnie Liu yang dilindungi DAP dan Abdul Khalid Ibrahim MB Selangor yang mulia di mata DAP.

Hukuman yang diterangkan dan diwartakan itu sekaligus menerangkan lagi bersuluh kepada masyarakat Malaysia sebenarnya bahawa pakar motivasi seperti Dr yang satu ini hanya pandai berkata-kata membelitkan lidah namun hukum yang diperjuangkannya sekadar alat dan jauh menyimpang dari dilaksanakan sesuai dengan kehendak syarak selaras dengan apa yang diutarakan oleh TGHA.

Bagaimanapun kononnya "ISU ARAK DI SELANGOR SELESAI"- Dr. Hassan Ali. Tak semudah itu menutup bau hanyir bangkai seekor gajah yang busuk lagi membusukkan..

SELESAI!!!! Mudahnya.... Telur lalatlah! selesai. Inilah akibatnya bila kita keterlaluan mengatakan bahawa "I'm more Islamic than thou". Walaupun statementnya mengatakan "mengambil minuman" tapi seluruh ummah memahami bahawa orang itu akan ambil minuman itu the chances are 99% akan meminumnya di tempat lain. Ataupun apakah maksud mengambil di situ maksudnya "consume"nya?. Ini lagi teruk... NAUJUBILLAH.

6 comments:

Ashley Ahmed said...

Salam,

Inilah ularmak, sbb lidahnya.

Anonymous said...

ini bukan ularmak, ini PUKIMAK. Siap tambah rumah urut beb!

Zainal A. Kasim said...

Salam,

1. Apabila orang politik cuba untuk "mengislamkan" politik itu, inilah jadinya;

2. Tidak mungkin orang politik yang berkiblatkan kuasa mampu untuk menapis nafsu-nafsinya terhadap kuasa;

3. Sekiranya Hassan Ali mahu memperjuangkan agamanya, beliau tidak payah masuk politik. Kekal sahaja sebagai pakar motivasi dan perjuangkan hak-hak agamanya;

4. Dalam isu arak di Selangor ini, kredibiliti beliau dan PAS Selangor nyata jatuh tergolek di tahap paling rendah sekali;

5. Jelas, PAS dan Melayu di dalam Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa langsung di dalam mempertahankan hak-hak agamanya an juga hak-hak bangsanya;

6. Keadaan ini sungguh memalukan orang Islam dan orang Melayu;

7. Tanpa mengambil kira pegangan atau kepercayaan politik kita, orang Islam/Melayu di Selangor wajar menilai "tragedi politik Melayu/Islam" di Selangor dengan mendalam serta bertanya kepada diri sendiri "apa yang saya mahu sebenarnya"?

Anonymous said...

SLM SL..MEREKA NI VERSI ULAMAK "MEE SEGERA" (SEPERTI APA YG ANAK TGNA PENAH UNGKAP DLU) TERMASUK LAH TOK GURUNYA SEKALI HUHUHU

Kuda Perang said...

SL salah tafsir enakmen ni...

Senjaliza said...

Terima kasih atas pandangan saudara-saudara sekelian. Saya terpanggil mempaparkan tajuk ini kerana saya tahu masalah arak di Selangor amat teruk dan tidak semudah itu sesesai.

Bila Dr Kita ni cakap demikian saya tercari sebab apa dia buat demikian... Andapun tahu kenapa dia buat?

Kuda Perang, Saya tak tafsir enakment itu. Itulah enakment yg diagung-agungkan oleh orang PASPKR MCM Biaqpila dan DR. Hassan Ali yg mereka hebahkan dalam SINARHARIAN. Minta ampun pada Tuhan dik kerana cepat menuduh tanpa usul periksa.. BANYAK-BANYAKKAN BERGURU DIK... JANGAN BERGURU PADA YANG MENYESATKAN KAMU DAN AQIDAH KAMU. Ingat juga bahawa "Allah Tuhanku, Muhammad SAW Nabiku, Al Quran imanku dan Islam Agamaku" Kalo ada ajaran di luar itu, jangan berguru padanya kerana dia adalah di bawah pengaruh SYAITAN .. Awasi mereka yang mengatakan bahawa Partinya sebati dengan Iman!!!