Translate

Tuesday, August 25, 2009

PILIHAN SELEPAS PERMATANG PASIR.

Jika anda menyuruh saya memilih antara dua gambar ini saya akan undi gambar sebelah kiri. Saya tidak racist tetapi saya rasa keharmonian dan ketenteraman politik Malaysia hanyalah terpancar di antara percaturan UMNO dan PAS.

Keputusam Permatang Pasir telahpun diketahui. Seperti yang diduga, PAS menang dengan majoriti yang besar. Permatang Pasir memang kubu PR kerana ia berada di bawah Permatang pauh, Kawasan Parliment de Facto Ketua Pembangkang, Dato Seri Anwar Ibrahim. Tambahan pula ia berada dalam negeri pembangkang yakni Pulau Pinang. Keputusan itu hanya akan mengejutkan jika Barisan Nasional melalui Rohaizat berjaya merampasnya dari Pakatan Rakyat.

Tahniah kepada PAS kerana dapat memenangi kawasan itu. Pilihanraya berakhir dan masa untuk menunaikan kewajiban kepada ADUN yang baru bermula.

Kalaupun diserahkan kepada saya ballot undi untuk mengundi di Permatang Pasir, amat sukar untuk saya memilih kerana saya menganggap calon PAS dan calon BN dari UMNO, kedua-duanya adalah saudara saya dan sebenarnya mereka bersaudara.

Saya berpandangan bahawa situasi pergolakan politik di Malaysia akan reda jika politik Malaysia diterajui oleh dua parti yang besar yakni PAS dan UMNO. Dalam hal ini, usaha merisisik, menghalang dan menghadang pihak tertentu pasti diberi keutamaan supaya UMNO dan PAS tidak sama sekali dapat bermuzakarah atau berunding mengikut formula yang dipersetujui masing-masing masing..

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam SL,

Bagaimana pun tahniah dan syabas kepada anda dan pejuang-pejuang UMNO-Bn yang bertunkus lumus mempertahankan maruah UMNO di Permatang Pasir. UMNO masih ada sokongan di sana......

Unknown said...

Salam SL, saya sedang menunggu pantun seloka Jeanbara dalam depakata "pada muka kita"..