"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," YB. Mohd. Radzhi Salleh, ADUN LUNAS dan EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia
- ADUN Lunas keluar PKR- 23/08/2009 11:48am - KUALA LUMPUR 23 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi wakil rakyat bebas. Bahagian PKR Padang Serai turut dibubarkan. - Utusan Malaysia
- 200 ahli PKR keluar parti: 23/08/2009 11:32am- KUALA LUMPUR 23 Ogos – Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Padang Serai hari ini bertindak keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinannya dan mendakwa perjuangan parti itu kini tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya. Keputusan pembubaran bahagian itu diumumkan oleh pemangku ketua bahagiannya, Jamaludin Abu Hassan dalam satu sidang akhbar di Hotel Legend. di sini sebentar tadi.
- Turut mengikut jejak sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Mohd. Radzhi Salleh yang mengumumkan keputusan keluar parti untuk menjadi wakil rakyat bebas. Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatan selaku ahli exco Kedah yang memegang portfolio pelancongan, pembangunan masyarakat serta sumber tenaga manusia. -Utusan
Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Pengerusi Penyelaras PKR bagi Sabah dan Sarawak. Kehadiran Azmin Ali, MP Gombak, sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, sukar diterima rakyat Sabah. PRU 12. PKR mendapat KOSONG kerusi di Sabah. Kini para pemimpin dan meraka yang berangan-angan menjadi pemimpin dalam PKR sering berbertindak tikam kawan dari belakang. Malah ada yang berjinak-jinak dengan UMNO untuk dapat peluang bercalun PRU 13 sebagai calon BN dan sebok merancang kini walau terpaksa menikam "Pemimpin UMNO tertentu" dari belakang.
- Baru-baru ini Parti Bersatu Sabah (PBS), menerusi naib presidennya Herbert Timbon Lagadan, telah menghulurkan jemputan terbuka kepada naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan untuk menyertai semula PBS. Dr Jeffrey harus mengkaji secara serius kedudukannya dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), yang kini lebih cenderung kepada tindakan menimbulkan keganasan dalam corak politik yang disemai ke arah keterlaluan.
- Saya menggesa Dr Jeffrey, seorang penggalak keamanan dan undang-undang, supaya keluar dari pembangkang dan kembali semula kepada PBS sebagai bantahan dengan tingkah laku tidak etika beberapa pemimpin PKR, kata Timbon dalam kenyataan beliau.Timbon mendakwa penyokong Dr Jeffrey, dalam dan luar PKR, telah mengadu mengenai sikap penasihat PKR Datuk Anwar Ibrahim yang merendahkan kedudukan hal ehwal Malaysia Timur serta tidak menghormati secara terbuka layanan terhadap pemimpin Sabah.
- Selanjut nya Herbert menegaskan, PBS sentiasa mempelawa Dr Jeffrey supaya kembali kepada PBS berikutan dia merupakan tokoh penting dalam penubuhan PBS pada 1983 dan 1984,” kata Timbon, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri.
Nota Dari Sarawak:
Jawah Gerang: Veteran Politik yang tidak pernah kalah sebanyak 5 penggal, tapi kecundang di Batang Ai, Sarawak setelah menyertai PKR. Selepas itu Anwar atau PKR Pusat tak menjenguk beliau lagi. Beliau juga menghadapi tekanan untuk ditikam dari belakang oleh rakan-rakan dalam PKR.
Penggunaan isu perkauman dan kebencian terhadap institusi keselamatan, kehakiman dan sebagainya, hanya merugikan negara dan rakyatnya dalam jangka pendik dan jangka panjang namun menguntungkan orang politik PKR dalam jangkamasa yang terlalu pendik.
Kalau saya katakan Anwar Ibrahim pembohong...anda lagi tahu siapa dia.
- Keputusan PRK di Batang Ai, di mana calon PKR Barisan Nasional Malcolm Mussen Lamoh telah mengalahkan Calon PKR, Jawah Gerang, seorang tokoh politik yang tidak pernah kalah mengikut rekodnya. Di bawah PKR, bagaimanapun, Jawah kalah dengan hanya mendapat 2,053 undi berbanding calon muda dan pendatang baru, Malcom Mussen yang mendapat 3,907 undi.
- Ini adalah gambaran bahawa PKR ditolak di Sarawak dan akan ditolak pada PRU akan datang di Sarawak.
Penggunaan isu perkauman dan kebencian terhadap institusi keselamatan, kehakiman dan sebagainya, hanya merugikan negara dan rakyatnya dalam jangka pendik dan jangka panjang namun menguntungkan orang politik PKR dalam jangkamasa yang terlalu pendik.
Kalau saya katakan Anwar Ibrahim pembohong...anda lagi tahu siapa dia.
1 comment:
Parti Keadilan Rakyat tidak bertindak dan berfungsi mempertahankan hak rakyat Malaysia khususnya Melayu tetapi hanya mempergunakan rakyat sebagai alat untuk melaksanakan demonstrasi dan reformasi yang tidak mendatangkan faedah kepada rakyat. Di sini kita boleh menilai Parti Keadilan Rakyat sebenarnya untuk apa, wujudnya Parti Keadilan Rakyat untuk apa? Balas dendam?
Post a Comment