"Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," YB. Mohd. Radzhi Salleh, ADUN LUNAS dan EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia."....Pas mempunyai 16 Adun dan tujuh daripadanya dilantik sebagai ahli Exco. BN pula mempunyai 14 Adun manakala DAP hanya mempunyai seorang Adun,". - Bernama
Sebenarnya, komposisi Kerusi DUN Kedah adalah Barisan Nasional mempunyai 15 Kerusi DUN, PAS 15, PKR 4 (tinggal empat setelah 1 keluar). DAP 1 dan kini BEBAS yang menyokong BN 1. Jumlah keseluruhan DUN Kedah ialah 36 Kerusi. Manakala bagi Kerusi Parliment Pula: BN 15 kerusi, PAS 8 Kerusi, PKR 7 Kerusi. Jumlah keseluruhan ialah 30..YB Dato Mohamad Radzhi mengambil pendirian tegas dan sanggup meninggalkan Jawatan EXCO dan kemewahan kerana berpegang kepada prinsip yang disebutnya di atas. Jawatan EXCO sudah tidak penting baginya demi prinsip dan setia kawan dengan AJK Bahagian yang membubarkan Bahagain PKR Padang Serai. .Ada pihak yang cuba membuat andainya sendiri dengan mengatakan bahawa Radzhi sepatutnya. tidak keluar PKR dan menikamati kemewahan dan pangkat:..".......Tiada tekanan dari dalaman parti terhadapnya. Dan kedudukan sebagai Exco Pelancongan Pembangunan dan Sumber Tenaga Manusia itu juga sudah lumayan buatnya. Kedudukan itu sudah cukup untuk menyara dia dan anak bini setahun dua ini. Apa lagi yang kejar dalam politik kalau bukan kedudukan?. Tetapi Radzhi tidak sama dengannya atau orang lain.
Radzhi tidak mengejar kedudukan, tidak tamak pangkat dan harta untuk menyara anak bini semata-mata. Barangkali orang lain yang cari kedudukan dan harta melalui perjuangan politik tidak akan melakukan seperti tindakan Radzhi. Radzhi tidak buat seperti itu. Dia menyatakan prinsipnya. Pertimbangan orang lain tidak sama dengan pertimbangnnya. Kerana itulah yang membezakan Radzhi dengan orang lain.
Radzhi menjadi YB dan pemimpin. Orang lain tidak. Orang lain hanya jadi pengkutuk Radzhi. Tetapi andainya orang lain akan mempertahankan jawatan dan harta dan mengenepikan prinsipnya sendiri itu namanya "pejuang kepentingan peribadi". Seolah-olah orang lain berkata "....kalau aku ada pangkat macam Exco Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga manusia, aku tak mau keluar PKR, sekuarang-kurangnya aku dapat kemewahan , pangkat dan dapat menyara anak bini barang setahun dua, di panggil YB pula tu dan kerita Mercedez. Aku memang mengejar kedudukan"... Manusia berbeza keutamaan. Kita tak boleh paksakan keutamaan kita untuk diterima bulat-bulat oleh orang lain. Radzhi ada hak dia sendiri. Orang lain tidak perlu untuk buat penghinaan terutama bila penghinaan itu hanya spekulasi yang dipenuhi perkataan BARANGKALI BARANGKALI DAN KEMUNGKINAN DAN KEMUNGKINAN.... Kerana kebarangkaliannya tidak seperti yang kita kata. lalu kita BERDOSA.
Radzhi tidak sama dengan Elizabeth Wong yang nyata dan jelas telah melakukan kerja-kerja "immoral" tetapi masih mendambakan jawatannya. Kerana itulah berpura-pura meletakkan jawatannya dan bercuti di Thailand yang hampir dengan Malaysia bagi memudahkan urusan komunikasi dan dapat kembali dengan segera bila keadaan menjadi "sejuk dan selamat" untuk mengambil semua jawatan yang diletakkannya dengan pura-pura dan dengan hati yang berat. Siapakah menyambut kembalinya Elizabeth ke pejabatnya dengan kalungan bunga?..jawabnya Ronnie Liu..Radzhi ada prinsip dan katanya "Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," YB. Mohd. Radzhi Salleh, ADUN LUNAS dan EXCO Pelancongan, Pembangunan Masyarakat dan Sumber Tenaga Manusia. Saya berdoa prinsip itu benar.
Bila Kebenaran dipertahankan saya turut terharu... BACA link ini
5 comments:
Salam Ziarah.....
Kebenaran akhirnya terserlah .ADUN PKR sendiri tidak yakin dengan perjuangan PKR inikan pula kita sebagai rakyat biasa .Diharap kepada pengundi-pengundi selepas ini janganlah mengundi PKR lagi yang jelas memperjuangkan untuk kepentingan individu bukan untuk rakyat.Kepada pengundi Permatang Pasir undilah calon BN yang sudah terbukti boleh membantu anda sampai bila-bila
Salam,
anwar penuh emosi mula mengutuk radzi, padan muka ko anwar!
Sdr Lagenda dan Sdr Juna. Terima kasih dan Selamat Berpuasa. Sebenarnya apa yg terjadi di Permatang pasir ialah balik asal. Di Kedah adal satu perubahan. Inilah yang perlu ditekankan. Penyokong BN di Permatang Pasir memang ada cuma tidak cukup mengimbangi pengaruh PAS dan PKR yg bertapak sekian lama di situ. Kalo kawasan lain yang neutral yg dimenangi PAS itu barangkali satu tamparan kpd UMNO khasnya. Pegilah PRK di Sabah dan biaq PAS tanding.. pasti ceritanya lain. Jangan patah semangat. Dan jangan terlalu ghairah. Selamat berjuang.
navigate to this websitehop over to this website Sourcenext page newshop over to this site
read more Dolabuy Hermes see page replica gucci browse this site Dolabuy Hermes
Post a Comment