Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak menyatakan bahawa kemungkinan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan mengikuti jejak YB. Mohamad Radzhi Salleh, ADUN Lunas, Kedah, yang meninggalkan Pakatan Rakyat kerana telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti itu.
de Facto Ketua Umum Pakatan Rakyat , Dato Seri Anwar Ibrahim "menegaskan" (meminjam kata-kata favoritenya) bahawa keputusan meninggalkan Parti Keadilan Rakyat dan Kerajaan Pakatan oleh YB. Mohamad Radzhi itu adalah yang "final". Maknanya, tidak akan berlaku lagi perbuatan meninggalkan Pakatan Rakyat oleh pemimpinnya.
Di kalangan penyokong Barisan Nasional dan penyokong Pakatan Rakyat menilai bahawa keputusan ADUN Lunas itu adalah atas dasar prinsip dan mempunyai kebenaran. Kekhuatiran masih memuncak bahawa ramai pemimpin PR yang juga meninggalkan PR kerana prinsip seperti Radzhi. Bila ini berlaku maka nasib kerajaan di kedua-dua negeri itu akan menjadi seperti Perak.
Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat pula menganggap bahawa kehilangan ADUN Lunas itu hanyalah sebagai langkah "pembersihan" dan kehilangnnya tidak perlu dirasakan kerana dia dicap "pengkhianat". Malah mereka kononnya perlu bergembira kerana kehilangan ADUN Lunas adalah langkah "penulinan" kepada pemimpin-pemimpin yang sehati sejiwa dan sebati dengan perjuangan Pakatan Rakyat.
Umum beranggapan bahawa selepas Radzhi, ia akan disusuli oleh ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang "hilang kepercayaan" kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat yang telah terpesong dari matalamat perjuangan asal Pakatan Rakyat itu sendiri sejak kebelakangan ini.
Dalam hal ini ramai yang merasakan bahawa keadaan hanya dapat diselamatkan melalui pembubaran DUN Selangor dan DUN Kedah bagi memberikan laluan kepada pilihanraya Umum di kedua-dua Negeri dan mandat baru dapat diperolehi di negeri-negeri tersebut.
Apakah keputusan PRK Permatang Pasir akan mempengaruhi keputusan untuk mengadakan PRU di kedua-dua negeri itu? Satu kemungkinan yang perlu dianalisa dan dikuti perkembangannya dengan terperinci dan bijak.
Sudah bersediakan BN dan Pakatan Rakyat untuk bertembung? Bagaimana dengan parti-parti baru yang dikemudi pemimpin Hindraf? Apakah perpecahan Pakatan Rakyat akan berlaku?. Kita tunggu pengolakan politik yang terkini ini.....
6 comments:
biasalah sesumpah politik. berubah warna ikut keadaan tempat
Sdri Senja Liza,
Pertama sekali saya ucapkan selamat menyambut bulan ramadahan dan seterusnya menunaikan ibadah puasa...
Dalam post mu kali ini, bagi saya, ia nya bertambah menarik kerana persoalan yang ada akan juga mengundang persoalan lanjutan.
Mohamad Radzhi meninggalkan parti PKR kerana banyak masaalah peribadi beliau ( terutama sekali dari isteri beliau ke4), ada lah mudah untuk difahami oleh pemerhati politik.
kenyataan DSAI yang selalu berubah-ubah itu pun, mudah juga di fahami, kerana situasi politik negara kita yang tidak menentu.
Namun kenyataan "PM Najib Tun Razak menyatakan bahawa kemungkinan ramai lagi pemimpin Pakatan Rakyat akan mengikuti jejak YB. Mohamad Radzhi Salleh, ADUN Lunas, Kedah, yang meninggalkan Pakatan Rakyat kerana telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan parti itu", agak nya, satu perkara baru yang bukan mudah untuk di fahami.
Why? Macam mana kalau cita-cita beliau ini tidak terjadi saperti jangkaan beliau?
Secondly, dalam keadaan sekarang ini, pemimpin-pemimpin politik especially dari kerajaan sepatut nya lebih menumpuhkan perhatian untuk menangai masaalah 'economic down fall' termasuk recession?
Kini, mereka lebih mementingkan pilihan raya umum di dua negeri pula.. viz, Kedah dan Selanggor? Perak bagaimana? negeri itu pun perlu juga pembersihan dari keraguan rakyat..
Walau macam mana pun , analisis mu ini perlu juga kita fikirkan bersama.
Thanks, kerana menyiarkan komen saya. kalau ada yang silap mohon maafkan
takpe.. lepas ni kita tengok kalau ada lagi katak2 dari pakatan rakyat ni melompat.. kita tembak anwar balik ..
Sebenarnya mereka yang melompat kerana "prinsip perjuangan yang hakiki" tidak masuk kategori katak. Dan maksud tembak oleh Media Cyber ialah tembak dengan isu BUKAN dengan senjata api. Harap maklum.
Salam Sdr Arif, Solymone, dan Sdr tuan punya Media Cyber. Selamat makan sahur. jangan lupa niat yang suci untuk berpuasa esok hari dan seterusnya. InsyahAllah. Wassalam. Nak makan sahurlah ni tapi menyimbat blog kejap.
Salam Ramadan,
PR mana ada gut untuk PRU Negeri. Kedah mcm time bom. Selangor akan berkecai.
PAS takkan diam diri. Hanya mengintai peluang nak kick DAP out.
PKR: Tak payah cakap self destruct punya parti..
Salam SL,
Orang-orang Melayu PKR sebenarnya sudah bosan danmuak dengan tingkah laku Anwar Aljub yang sudah nyata dan terang pengkhianat bangsa dan agama.
Mereka mengharap juga pada PAS, tetapi PAS juga sudah termasuk dalam golongan munafik.
Apa yang mereka nampak, UMNOlah pejuang tulin untuk bangsa dan agama, maka mereka akan meninggalkan PKR.....
Post a Comment