Translate

Monday, August 31, 2009

Perpaduan dan Keharmonian: Terlalu mahal untuk digugat.

PENDUDUK Taman Putra Perdana di Puchong terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama sesuai dengan konsep 1Malaysia menyertai Program Dodol Merdeka malam tadi. M Dewi, 44 (kiri), Margie Lam, 48, (tengah) dan Mat Husin Yaacob, 35 (kanan) mengambil peluang bersama-sama mengacau dodol pada program itu. (gambar: Berita Harian)

"Sesungguhnya, perpaduan dan keharmonian terlalu mahal untuk diganggu-gugat. Membinanya sebagai landasan yang kukuh untuk sebuah kemerdekaan tidaklah semudah meruntuhkannya. Menghargainya adalah sama dengan nilai sebuah negara".

Bila kerajaan Jepun bertukar setelah lebih setengah dekad berada di bawah kekuasaan LDP, pastinya akan ada pihak-pihak parti pembangkang di seluruh dunia mula mendapat inspirasi dan suntikan baru. Seolah-olah mereka mendapat ciptaan terkini dan ilham terbaharu dari Jepun, bahawa parti pemerintah di negeri mereka juga perlu ditukar seperti rakyat Jepun menukar pemerintahnya.

Malangnya bila Zhinto Abe, bekas Perdana Menteri Jepun dulu, meletakkan jawatan kerana berlaku kekalahan teruk parti LDP di lower house dan kes Menteri Pertaniannya yang mengakui penyelewengannya dan mengambil langkah "kebertanggungjawaban" lalu meletakkan jawatan, tidak pula menjadi ikutan ramai pemimpin dunia. Malah ramai pemimpin dunia yang menghadapi tuduhan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa semakin kental dan liat pempertahankan kedudukan mereka.

Jepun berbeza dengan Negara Malaysia. Jepun mempunyai Penduduk yang hampir keseluruhannya berbangsa Jepun dan berbangga dengan negaranya,"Nippon". Di Malaysia kita mempunyai rakyat yang berwarna warni atau majmuk, dan kita tidak pula mempunyai rakyat yang satu dan sebangsa, Bangsa Malaysia.

Di Negara ini terdapat pemimpin-pemimpin politik yang telahpun dibuktikan di mahkamah telah melakukan perbuatan terkutuk dan rasuah. Namun mereka masih meneruskan perjuangannya. Pemimpin ini pula lebih lantang berbanding setengah pemimpin yang bersikap "bagai menatang minyak yang penuh" akan konsep perpaduan dan keharmonian demi kepentingan nasional.

Jika suasana politik Jepun dijadikan sandaran. maka kewibawaan politikus Jepun juga tidak patut diketepikan.

Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak, dalam perutusan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 52, telah menenyentuh mengenai perpaduan rakyat Malaysia yang kini cuba digugat oleh pihak tertentu demi mencapai agenda dan kepentingan politik peribadi sehingga mengenepikan kepentingan nasional. Saya rasa dalam ungkapan ini, Najib juga tidak mengecualikan dari memperingatkan dirinya mengenai peri pentingnya menjaga keharmonian hubungan pelbagai kaum di Malaysia.

Melihat kepada kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk di Taman Putera Perdana, Puchong (gambar di atas), hati kecil saya benar-benar tergerak dan berbisik: Apakah suatu hari nanti dodol itu sendiri terpaksa dilupakan jika kita sudah tidak peka kepada keharmonian dan leka mengejar keutamaan politik dari meletakkan perpaduan pada tahap dan faktor kekuatan negara?

Sesungguhnya, perpaduan dan keharmonian terlalu mahal untuk diganggu-gugat. Membinanya sebagai landasan yang kukuh untuk sebuah kemerdekaan tidaklah semudah meruntuhkannya. Menghargainya adalah sama dengan nilai sebuah negara.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

52 tahun pemimpin mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia, tetapi bila ada kelompok yang tamak kuasa, mereka menghasut rakyat pelbagai kaum bahawa UMNO parti perkauaman.

Mereka tidak sedar bahawa mereka juga perkauman, kalau tidak mengapa DAP tidak dibubarkan dan serap ke dalam Parti PAS....

Anonymous said...

bETUL TU....
memang ada sudah yang mengulung-gulung lengan baju, berkira-kira mo bertanding jadi calun pembangkang...apa lagi yang sudah lama bermimpi-mimpi mahu pergi ke PUTRAJAYA...aduhai, tambah indahlah mimpi MAT JENIN.

Sayapun memang suka juga mimpi dan berangan-angan BERBINI LEBIH DARI SATU, tapi...bila nampak MAAM besar dirumah tu...baik lagi saya kena kasih makan lada daripada dengar dia `menyanyi'...anduh bahhh!!!!

Ajin b. Gagah said...

Salam Liza,
Memang betul, tiada siapa yang menduga ada nya ‘Regime Change’ di New Zealand, Australian, USA dan kini kerajaan LDP di Jepun, telah kalah kepada sebuah parti yang pada mula nya tidak begitu terkenal. Parti yang hanya ditubuhkan pada tahun 1988 atas gabungan beberapa buah parti pembangkang.

Namun rakyat di negara-negara tersebut telah memutuskan untuk memilih kerajaan baru satelah beberapa abad bersama kerajaan yang lama, kenapa? Destiny atau fenomena (global scenario chance for the sake of changing)?

Dari kontek doctrine, stylio dan pentadbiran parti LDP di Jepun tidak lah banyak perbezaan nya dengan kerajaan BN di Malaysia.

Antara lain, kedua-dua kerajaan mempunyai kebolehan membantu rakyat melalui program pembangunan yang changgih, saperti pembangunan infrastruktur, pembangunan rakyat, pendidikan, industry dll. Disamping itu kerajaan ini juga telah berjaya memodenkan lagi negara ketahap yang paling ideal selaras dengan negara-negara maju yang lain.

Secara menyeluruh nya tiada banyak kelemahan yang ketara dalam sistem kerajaan tersebut. Kecuali kelemahan biasa saperti scandal peribadi, corruptions, pecah amanah dsn.
Namun malang nya rakyat Jepun maseh juga mahu berubah , memilih party dari pehak pembangkang, Democratic Party of Japan(DPJ) sebagai kerajaan. Sedangkan latar belakang party DPJ pun bukan nya cheria sangat. Sebuah parti baru dan kurang dikenali kewibawaan nya

Justru itu, tidak rugi juga kalau kerajaan BN, dengan telus nya mengulang kaji punca-punca kekalahan parti Liberal Democratic Party(LDP) di Jepun baru-baru ini sebagai rujukan.

Salam dan semuga kalian sukses

Senjaliza said...

Terima kasih atas komen saudara Yang Gambi, Jomosama dan Solymone.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Jepun adalah "Nippon" kepada rakyat Jepun. Mereka patriotik terhadap Negara Mereka. Mereka tiada negara lain selain "Nippon".

Rakyat kita mengaku "Malaysian" bila berada du luar negara. Bila balik negara mulalah mempersoal pelbagai perkara tentang Malaysia. Pemikiran mereka di spin oleh perbalahan politik sehingga mengaburi "jalur gemilang" dan hukum hakam bernegara.

Rakyat jepun mengubah politik negaranya tetapi Nippon tetap Nippon. Malaysia tidak mungkin seperi Nippon. Sebilangan rakyat Malaysia mahu menjadikan Malaysia sebagai "Malaysian Malaysia" dan sebilangan menjadikannya "1Malaysia"

Pemimpin politik kita juga tidak seperti politikus "Nippon". Pemimpin kita yang terbukti melakukan mungkar dan penyelewengan masih selesa menduduki kerusinya tanpa rasa malu dan segan. Politikus Jepun tentunya sudah meletakkan jawatan atau mengambil keputusan "harakiri".

Oleh itu Malaysia tetap Malaysia yang lain dari "Nippon".

Terima kasih atas komen kalian.