Translate

Thursday, August 13, 2009

"....Saya Rasa Malu Dengan Orang Melayu..."

Apakah kerana Malu dengan Perangai Melayu, TGNA "thumb Up" dengan Lee Kuan Yiew . Zaman Jahiliah dulu, musuh bertandang juga diberi penghormatan.
.
"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," TGNA.

Demikianlah seru Mursyidur Am PAS. Satu seruan yang agak lama tidak kedengaran. Dulu bila Anwar membalun pemimpin terutama Mantan Perdana Menteri dari Tun Mahathir dan Tun Abdullah dan kini Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak, seruan seperti ini tidak pernah kedengaran. (memang target DSAI serang PM jee). Kenapa agaknya?

Kini bila DSAI dilabel sebagai Pengkhianat Negara, Pengkhianat perjuangan Melayu dan Pengkhianat bermacam-macam lagi, TGNA pula merasa "malu dengan orang Melayu". Maksudnya malu dengan perangai orang Melayu? (Correct me if i'm wrong). TGNA tak segan silu kata "Tuhan itupun mencarut". Dia hanya segan dan silu mengatakan pemimpn DAP itu menghina Agama Islam atau mencarut!!

Perangai orang DAP seperti Loke Siew Fook, Ronnie Liew dan Jeffry Ooi yang jelas memperkecil dan menghina Islam, mendakwa Islam pengganas; dan di sokong pula YB Senior, Teresa Kok yang mengatakan Rony itu hero; semuanya TGNA tak rasa malu. Ronny kata meng"halal"kan Beer TGNA tak juga rasa dimalukan dan dihina. Barangkali kerana mereka bukan Melayu. Bagi TGNA Melayu saja yang membuat dia malu. Teruk sungguhkah Melayu ini di mata TGNA?

Barangkali TGNA fikir Melayu itu mudah dijual beli dan diseru supaya mengundi DAP. "Melayu itulah yang mudah dirayu" dengan "kata-kata hilkmat TGNA supaya melayu mengundi DAP, PKR atau PAS. Melayu saja, "none other", dicap sebagai memalukan bagi TGNA bila batang hidung rakan-rakan Pakatan Rakyat terkena.

Aganya Melayu diseru TGNA menyerang tubuh badan UMNO dan NGO yang menyokong UMNO dan ISA supaya TIDAK MEMALUKAN. Selain itu, terutama "saudara-saudara TGNA dari DAP dan PKR, " jangan orang Melayu sentuh. Memalukan! atau memalukan Bangsa Melayu.

Ada ura-ura sedikit masa lalu mengatakan TGNA hendak bersara. Bila agaknya......? Malu Melayu.

9 comments:

BUJANG SUSAH said...

Saudari x terasa malu ke bila zahid hamidi bermukabalah dgn pemimpin yahudi isreal? isreal yg terang2 nak menghancurkan umat islam.. yg benci pada umat islam..? Apa agama saudari? Siapa saudara saudari? yahudi ke islam? kot saudari x tahu agaknya.. boleh tengok >>klik disini

Dan saudari pun x malu ke klau org mengaku islam buat mcm ni>>> >>klik disini

Adakah ini sebenarnya contoh org islam yg kita kena sanjung.. betul ke islam? islam tu dah sempurna ke bila hanya dilahirkan dari keluarga islam? wallahualam.

Datu pitung said...

salam sdri senjaliza

Media sgt berperanan penting dlm mnyebar maklumat mgkn ada slh anggap media di situ..mgkn juga TGNA ada dalil sendiri dgn isu ini sepertimana apa yg di ulas oleh sdr si rengit...apa2 pun kita tggu ja.

soal DSAI pengkhianat bangsa itu hanya permainan politik semata2..mmg org melayu hilang malu dlm dunia politik..

this is reality..thanks..

Pro Belantan said...

PAS rela "dipijak kepala"! PAS sanggup! Demi menjaga setiakawan "politik" Pakatan Rakyat, PAS rela berkorban prinsip dan pegangan agama Islamnya. Begitulah "keteguhan" ikatan "Perosak Rakyat" dipersada politik negara. Salahuddin dengan "bangga"nya menjawab kepada para wartawan tentang persoalan "apakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat". Walaupun sejak terciptanya ikatan "Pakatan Rakyat" (yang tidak didaftarkan sebagaimana BN) PAS telah berkali "dipijak kepala" oleh PKR dan DAP, PAS tetap "tegar".

Dahsyat sungguh "pegangan" PAS kepada politik! Pengakuan Salahuddin menunjukkan PAS meletakkan kedudukan "politik" melebihi kedudukan agama Islam dan agenda nasionalismanya. Bukankah sepatutnya kedudukan Islam itu diletakkan pada kedudukan yang paling atas sekali dalam prinsip pegangan politik? Berlainan pula prinsip PAS kali ini.

Dari Belantan.

Senjaliza said...

Salam semua. Sdr.Bujang Susah, Datu Pitung, Pro Belantan. Terima kasih atas kunjungan dan komen saudara sekelian.

Antara masalah yang dihadapi Umat Islam di Negara ini ialah SIKAP MENGAKU "I'M MORE ISLAMIC THAN THOU". Juga bererti bahawa keislaman saya lebih dari saudara Islam yang lain. Bila keadaan ini timbul, maka tanggapan seperti Bujang Susah tambah menyusahkan Umat Islam kerana Golongan BUKAN ISLAM lebih dihormatinya walaupun mereka menindas dan menghina saudara sesama Islam. Inilah yang membawa BUJANG SUSAH mempersoal keIslaman orang lain. INI ALLAH SWT YANG menentukannya samada BUJANG SUSAH atau NIK AZIZ atau saya atau Zahid Hamidi lebih Islam atau tidak. Kenapa mempersoal samada saya Yahudi?

Kalo dirumah ada cermin besar tanyalah orang di dalamnya!"Apakah keIslaman saya lebih dari orang lain. Kalau ya bersyukurlah dan jangan riak. Jangan tanya orang lain tentang keIslamannya agar kemurkaan Allah SWT tidak menimpa kita.

Kelemahan sebahagian kita ialah "Salah kita benarkan" yang ada asas kebenarannya kita tolak.

Astagfirullah Il'azimm

Anak X-PKR said...

ASKM Sis, jangan marah. Sabar.
Orang PAS memang sayang sama Ronnie Liu, Elizabeth Wong, Loke Siew Fook, Nga Koh Ham, Teresa Kok Anwar Al Juburi dan semua yang khianat kepada perjuangan Melayu dan Islam melalui UMNO. Bagi mereka Islam PAS sajalah Islam dan DAP saja yang setia dan ahli jaamah mereka. Tunggulah. Barisan Alternatif dulu PAS dah tinggalkan PAS. Kejap lagi PAS akan dipijak kepalanya oleh DAP. Tambah susahlah orang BUJANG kecuali dia belajaq "MINUM ARAK" dan Makan bak kut teh!. Jangan Melampau kalo tak mau disbut melampau.!

Senjaliza said...

Bujang Susah setujukah dengan saranan TGNA bahawa orang DAP boleh hina Islam asalkan BUKAN ahli PAS?

Minda 1Merdeka said...

Salam Ziarah Sdri Liza.
Sebaiknya "ambil wudhu" sembahyang sunat. Minta agar "kesusahan membujang" berakhir dan kesempitan minda dapat diperluas.

Perbuatan segelintir pemimpin DAP itu memang "laknat" siapa pila yang menghalalkannya?. Hanya org yang berTuhankan politik sahaja. Orang Islam tidak patut berbuat demikian.

BUJANG SUSAH said...

Jangan salah bicara.. Fahamkah anda dgn ulasan beliau? ataupun anda x mendengar pun ulasan beliau. atau setakat mendengar dari media? Sudahkah anda tanya beliau berkenaan kenyataan beliau? (Video kenyataan nik aziz klik disini)

Dalam situasi ini beliau cuba membezakan bahawa org2 kafir, jika mereka menentang hukum islam, tidak menjadi satu kehairanan.. Tetapi org islam yg menentang islam itu sendiri apa yg sepatutnya kita bahasakan?.

Mungkin anda pun tidak pernah mengkaji berkenaan undang2 arak di malaysia ni.. siapa yg sebenarnya mengubal dan menghalalkan arak itu sendiri.. Jika anda rasa anda seorang yg bijak dan ingin tahu serta cuba mencari kebenaran, anda boleh klik disini.

Semoga kita sentiasa mengulas sesuatu itu dgn bukti dan berilmu. Bersamalah kita mencari kebenaran jika sudi.. wallahualam.

X-ERDOGAN said...

Nik Aziz BUKAN Malaikat, BUKAN Nabi, BUKAN TUHAN. Dia ORANG POLITIK. Dulu dia rujuk Al Quran Ur Karim. Kini banyak merujuk orang sekelilingnya seperi Anwar Ibrahim, Husam dan Para pemegang Phd. dari erdogan.

Anwar faham sangat dengan orang PAS. Kalo ada statement yang ingin disampaikan kepada PAS supaya orang PAS sanggup "bermandi darah, berkerat leher, Anwar cium tangan Nik Aziz dan minta dia umum". Percayalah bahawa orang PAS akan percaya "bulat-bulat" mcm lembu "tutup mata bila menanduk" entah entah terkena "HARDROCK".

SEBAB ITULAH KADANG KITA TERUS MEMBUAJANG dan TAK PANDAI SENANG-SENANg.. duduk menanadah tangan ke langit minta Nik Aziz bubuh Otak di Kepala Kita.

Saya cukup didik.Tapi masih mau berguru dengan TGNA. Yang baik saya ambil yang tak betul saya buang. Saya percaya NIK AZIZ BUKAN MALAIKAT. SAYA PRO TGHA DALAM POLITIK TAPI TAK ANTI TGNA.Saya mempunyai ramai sahabat orang PAS tapi saya sering menjauhi orang extreme dan "narrow minded" tak kira siapa. Saya juga ANTI DAP.