Translate

Wednesday, November 18, 2009

"DSAI Underpaid, Tak Boleh Di Persalahkan Dalam Isu RM392 Juta Tambahan Khas Budget Selangor 2010"


 Gambar terkini PM dengan DSAI.
"Dato Seri PM, Kalo engkau nak ambikalih Kerajaan Selangor ambilklah, Dorang  bayar aku gaji RM1.00 sebulan. Tak patut. Aku advice dia cukup-cukuplah. RM392 juta tuu ahh. Engkau ambilah Selangor tu balik. Perak tu kira gone case ahh"

Belum sampai sebulan Dato Seri Anwar bin Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, sudah kedengaran "dentuman" menghentam dan mempersoal keupayaan DSAI merobah keadaan Ekonomi Selangor. Tun Mahathir Mohamad, bekas boss DSAI sudah memulakan pandangan sinisnya dengan mengatakan bahawa DSAI hanyalah pakar berhujah tetapi bukan pakar ekonomi. Bagi Tun Mahathir,  “Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,”  .Tun M merujuk formula yang diketengahkan DSAI berhubung dengan tindakan IMF dan kegiatan spekulator matawang yang ladeni George Soros pada tahun 1997-98, tahun krisis ekonomi Malaysia, akibat angkara penyangak dan spekulator matawang.

Nyatanya Tun M, dalam soal ini, memang tidak sependapat dengan Margaret Thatcher, semasa menjadi PM Britain, yang pernah mengatakan bahawa jika dia diberi kebebasan memilih Penasihat Kewangan Kerajaan Britain, sudah tentu dia pilih DSAI. Barangkali juga kerana Margaret Thatcher menyedari bahawa dia tidak memiliki kebebasan itu maka dia berseloroh mengungkapkan perkataan yang mustahil sekadar untuk mengusik atau menyenangkan hati DSAI dan rakyat Malaysia di Britain dan di Malaysia.

Budget Kerajaan Negeri Selangor 2010 sudahpun dibentangkan. DSAI pun sudah ditauliahkan sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor dengan gaji RM1.00 sebulan sebelum itu. So, jika DSAI sendiri TIDAK perform sewajarnya, rakyat dan Kerajaan Negeri Selangor TIDAK boleh menyalahkan DSAI kerana gaji itu tidak memadahi. Malah lebih jauh rendah dari gaji pembantu rumah Indonesia, Nirmala Bonet, yang pernah di dera majikannya di Selangor. Dengan gaji RM1.00 (Ringgit Malayia: satu sahaja) sebulan, biasakan DSAI dipersalahkan jika berlaku sesuatu yang "kurang enak" dalam ekonomi Selangor?. Tugas berat dengan permainan yang lecek!

Pembentang Budet Negeri Selangor menyaksikan Datuk Mohamed Satim bakal dihadapkan ke SELCAT kerana mengungkit hutang Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebanyak RM66.6 juta kepada Bank Islam. Soal ini dikaitan dengan keputusan Kerajaan Negeri Selangor " to buy over " hutang Talam Corporation yang bernilai RM392 Juta kepada agensi-agensi kerajaan Negeri Selagor. Kalo Mohamed Satim diusulkan untuk diadili SELCAT, dia pembangkang. Samada memang privillegenya atau tidak, kerajaan Selagor memang sengaja cari alasan untuk menyahkan dia dari DUN Selangor..

Bagaimanapula dengan cerita ini. Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehuddin Hasyim yang membuat kenyataan berikut::-


"We must get Khalid to answer," .."Was this matter ever discussed in detail with PKR state exco? This is an old trick used by the crooks in the corporate sector. Are we using them as consultants?" ...."Have we totally forgotten our promise to the rakyat? Or is it politics as usual for us who promised change and yet perpetuate old tricks? ...."I am embarrassed even for this matter to have seen the light of day. Either we are totally ignorant or we don't care!"-Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim. Datuk Salehuddin sendiri pernah diuar-uarkan dan dispekulasikan meninggaklan PKR sedikit masa lalu.

Jika orang kuat PKR sendiri menuduh tindakan Abdul Khalid itu sebagai "old trick used by crook" dalam sektor korporate, apakah dia juga akan terpaksa dihadapkan ke SELCAT?. Atau barangkali  Mr. Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor telah memberikan nasihat ekonomi yang silap kepada Kerajaan Negeri Selangor.  Dia sudah tentu TIDAK boleh dipersalahkan kerana dia underpaid, RM1.00 sebulan!!.

2 comments:

Anak X-PKR said...

Ini cerita Mr. Penasihat Ekonomi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang bergaji RM1.00 dalam menasihat ekonomikan Kerajaan Malaysia:-

Dia begitu taksub dengan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF - International Monetary Fund) dan Bank Dunia sehingga menerima bulat-bulat nasihat Michel Camdessus (pengarah urusan IMF) dan James Wolfensohn (presiden Bank Dunia dan sahabat karibnya) supaya negara ini mengurangkan perbelanjaan Kerajaan untuk mencapai surplus, menaikkan faedah pinjaman bank dengan tinggi supaya peniaga kekeringan modal dan tidak dapat berniaga, memendekkan masa untuk membayar hutang bank daripada enam bulan kepada tiga bulan untuk menjadikan yang berhutang muflis dan bank dibeban dengan hutang tak berbayar (non-performing loans), supaya bank tidak dapat berfungsi dan memerlukan suntikan modal dan bermacam lagi tindakan yang melemahkan dan memburukkan lagi ekonomi negara ini supaya terpaksa mendapat bantuan IMF dan Bank Dunia dengan syarat ekonomi Malaysia diserahkan kepada institusi-institusi ini.

Anonymous said...

[url=http://www.23planet.com]casino[/url], also known as settled casinos or Internet casinos, are online versions of circadian ("chunk and mortar") casinos. Online casinos decide apart gamblers to ambitiousness and wager on casino games at best the Internet.
Online casinos habitually rib uncivil odds and payback percentages that are comparable to land-based casinos. Some online casinos definite forth higher payback percentages in the gulp down of major trouble whatnot games, and some issue payout enamour audits on their websites. Assuming that the online casino is using an aptly programmed unsystematically slew generator, facts games like blackjack clothed an established borderline edge. The payout allotment after these games are established ethical getting on in years days the rules of the game.
Uncountable online casinos equip extinguished or make turn up their software from companies like Microgaming, Realtime Gaming, Playtech, Supranational Proficiency Technology and CryptoLogic Inc.