Translate

Tuesday, November 17, 2009

Kebebasan Bersuara Patah: "Privileges Committee" Yang Tiada "Privilege"


Media massa telahpun meuar-uarkan tuntutan Bank Islam ke atas MB Negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai hutangnya sebanyak RM66.6 juta yang diperolehinya semasa membeli saham Guthrie Group pada tahun 1998. Perkara ini dibawa ke Persidangan DUN Selangor oleh YB. Datuk Momamed Satim semasa perbahasan Belanjawan Kerajaan Negeri Selangor.

Bagaimanapun, Mohamed Satim bakal menghadapi kemungkinan dihadapkan Priviledge Committee DUN Selangor, SELCAT atas tindakannya dan berkemungkinan bakal digantung dari menghadiri Sidang DUN Selangor. Sekaligus segala kemudahan alaunnya akan dinafikan. Mohamed Satim sebenarnya hanya mempersoalkan kredibiliti MB Selangor itu sebagai seorang yang disyaki tidak melangsaikan hutang yang menjadi tanggungjawabnya kepada Bank Islam dan rakyat yang melabur dalam Bank berkenaan.

Alasan MB Selangor hanyalah kerana dia telah memperolehi kebenaran Mahkamah untuk menjawab tuntutan Bank Islam itu dan dia merasa diaibkan. Kes itu pula "pending" di mahkamah.

Beberapa hari yang lalu, kita telah mendengar tuduhan Tian Chua, MP Batu ke atas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Afdal di Parliment Malaysia. Namun kita tiada terdengar Tian Chua dihadapkan ke Priviledge Committe di atas tuduhan liarnya. Manakah kes yang lebih serius dan liar antara tuduhan Tian Chua ke atas Shafie dan komen Datuk Mohamed Satim terhadap Khalid?

Sebelum ini kita juga telah mendengar Kes MP Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung dari menghadiri Dewan Rakyat setelah committee yang serupa mengambil tindakan menggantungnya dari menghadiri Dewan Rakyat selama setahun. Gobind ju dinafikan alaunnya sebagai MP. Gobind bertindakbalas dan memenangi kesnya dan dibayar alaun yang dia layaki. Kesnya lebih kurang serupa dengan apa yang diimpikan Priviledge Committe DUN Selangor. Kenapa perkara seperti ini masih dijadikan senjata?. Akah Mantan MB Selangor, Dr Khir Toyo dan empat lagi ADUN BN di Selangor yang diambil tindakan serupa seperti Gobind tidak berhak dihakimi seperti Gobind?

Jika selama ini kita dihidangkan dengan isu kebebasan bersuara (yang tidak melampaui batas), apakah "Priviledge Committe" pula berfungsi untuk menyekat kebebasan ini?. Di manakah ketelusan yang cuba diperjuangkan oleh semua terutama Pakatan Rakyat yang melaung-laungkan "kebebasan dan ketelusan agar tiada ketirisan" di segenap pelusuk negara? Di mana pula kebebasan bersuara dikuburkan oleh DUN Selangor melalui Priviledge Committe ini? Apakah privilege committee means no previlege at all? Apakah Selangor memiliki special privilege memegang "Licence to Kill" yang tidak boleh dimiliki DUN lain atau Dewan Rakyat?

Trend mematahkan privilege Wakil Rakyat ini untuk bersuara dilihat tidak selari dengan konsep "Kebebasan Bersuara dan Ketelusan Berkerajaan". Malah ianya tidak selaras dengan konsep kebebasan bersuara antarabangsa. Jika trend ini berterusan dan menjadi amalan pengurusan kerajaan, maka akan kembalilah kita ke era kuku besi yang berteraskan hukum rimba, bagai enau dalam belukar. melepas pucuk masing; survival of the fittest. Di manakah tapak kita akan kuburkan demokrasi yang dilaung-laungkan oleh sebilangan besar pemimpin kita jika Priviledge Committe sendiri dibiarkan menghambat privilege untuk bersuara?

2 comments:

Anonymous said...

Apa khabar senjaliza?
Saya sangat suka topik-topik yang saudari papankan di blog anda. Topik ini juga harus dibincangkan oleh seluru rakyat malaysia. Keadilan lawan UMNO. Siapa yang betul ni? Siapa yang melibatkan harta dan wang rakyat?
Selagi kamu bercakap benar!

YANG GAMBI said...

Salam SLiza, inilah bayangan kerajaan 'pakatan', kalau mereka benar-benar bekuasa, jangankan wakil rakyat pembangkang, rakyat pun tidak mungkin boleh bersuar mencabar mereka macam mana yang mereka buat kepada kerajaan UMNO sekarang...

Entah-entah lebih kezaliman dari apa yang mereka dakwa kepada UMNO....

Kepada Anonymous, ke mana sebenar hati tuan sebelum membuat komen .... kalau hati tuan ke arah pembangkang, maka itulah sahaja yang tuan nampak, semuanya keburukan UMNO-BN, sehingga membutakan mata di atas kemungkaran 'pakatan'......