Translate

Thursday, March 25, 2010

FITNAH II. FITNAH SIAPA?- 300 Ahli dan Penyokong PKR Sertai Komponen BN.

Jika Fitnah II itu benar, kenapa pendokong perjuangan reformasi di selangor ini meninggalkan PKR beramai-ramai?

Dalam kesibukan pencacai Pakatan Pembangkang melebel Sodomi II sebagai Fitnah II, semakin pula terbongkar usaha pemimpin Pakatan pembangkang cuba merekayasa perbuatan FITNAH. Terbentang di hadapan mata kita kini bahawa mereka yang mendakwa diri difitnah rupanya "Juara Membuat dan Merekacipta Fitnah".
Pendedahan Yb Zulkifli Nordin, MP Kulim Bandar Baharu "Antaranya saya diminta membuat akuan bersumpah Perdana Menteri dan Datin Seri Rosmah terlibat dalam kes tersebut. "Malah saya sendiri pernah diminta membuat surat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dengan pembunuhan Altantuya. "Ganjaran yang ditawarkan boleh menggoyangkan iman. Namun Datuk Yang Dipertua saya bersyukur kerana Allah melindungi saya daripada terlibat dalam fitnah tersebut," kata Zulkifli, adalah BUKTI YANG NYATA bahawa mereka yang mengatakan FITNAH adalah juga  orang yang sama MEREKA-CIPTA FITNAH. So siapa yang mendengar dan menerima fitnah ini?
Oleh kerana bahang permainan FITNAH ini, rakyat mula hilang kepercayaan dan keyakinan. Amat malang bagi negara ini jika pemimpin seperti ini diberikan peluang untuk memimpin.

Semakin DSAI kata dia difitnah semakin ramai meninggalkan PKR. Ramai sudah tidak yakin dengan kepimpinannya. Semakin ramai yang menolak tuduhan itu, Sodomi II, satu fitnah.

Kehilangan keyakinan ini jelas ternyata apabila seramai 300 ahli dan penyokong PKR di Kawasan Telupid , Sabah dalam kawasan Parliment Kinabatangan, meninggalkan PKR dan menyertai komponen Barisan Nasional, iaitu UPKO pada 22 Mac, 2010 yang lalu.. Kumpulan itu diketuai oleh Alexius Michael Angkangon. Alexius menyatakan bahawa "kami telah kehilangan kepercayaan kepada kepimpinan PKR". Alexius juga menyatakan bahawa akan berlaku exodus yang lebih ramai dari PKR ke Barisan Nasional selepas ini. Penyertaan mereka disambut oeh YB Datuk Ewon Ebin, Naib Presiden UPKO.

Now, Jika fitnah II yang digembar-gembur Pakatan Pembangkang berasas, kenapa semakin ramai yang meninggalkan PKR?.  Ringkasnya, jika pembohongan semakin tersingkap, maka  menuduh Fitnah II juga merupakan gerakan sia-sia dan membuang masa. Semuanya memuakkan rakyat.

Related:
-Hilang kepercayaan: 100 ahli PKR sertai UMNO

7 comments:

Suara Pemuda said...

Pemimpin pembangkang tengah cari idea dan dalam proses membuat cerita untuk menyedapkan hati masing2...

House PK said...

Aku harap rakyat akan sedar dengan permainan halus AL JUBURI WALIWATI ni!

Senjaliza said...

Salam dan Terima Kaih Sdr. Suara Pemuda dan Sdr. House PK.

Temtasi pencacai Pakatan Pembangkang "mencipta Fitnah" semakin memudarkan PKR dan kepimpinan utamanya, DSAI. Janji palsu dan plastik DSAI memusnahkan harapan PKR untuk menjadi political force pada PRU13. Kemungkinan PKR tidal sampai ke PRU 13 semakin kelihatan.

PR dan PAS pula kelihatan lebih diconteng arang oleh stail dan kerakusan politik DSAI merampas Putrajaya.

PKR menjadi sejarah semakin jelas.

CUCU TOK WAN said...

Salam SL

Corak berpolitik baru yang diamalkan dan menjadi makanan ruji Anwar Ibrahim sambil cuba dipraktikkan oleh PAS secara meluas, sebenarnya lebih membuka tembelang dan pekung di badan masing-masing.

Sememangnya permainan emosi merupakan cara paling mudah dalam jangka pendek untuk mendapatkan sesuatu. Namun perlu diingat, pilihanraya di seluruh Tanah Melayu ini hanya berlangsung 4-5 tahun sekali.

Dengan kata lain, walaupun dalam jangkamasa singkat, permainan emosi itu berjaya tetapi apabila ia terus dimainkan untuk tempoh yang panjang, ia akan bertukar menjadi senjata makan tuan.

Itulah yang dialami oleh Pakatan Rakyat. Pembohongan dan pendustaan bersama-sama dengan fitnah tidak mungkin dapat dikekalkan. Akan ada manusia-manusia beriman dan bermoral yang berasakan, berbohong, berdusta dan menfitnah adalah kerja-kerja terkutuk... maka mereka inilah yang akan bermufarakah dan kemudian mendedahkannya kepada umum.

Kita akan tengok beberapa orang lagi wakil dari PKR yang akan keluar dan kemudian menelanjangkan Anwar Ibrahim serta barisan Pakatan Rakyatnya.

Tunggu tengoklah.

Wong Pencen said...

Pendedahan Zahrain. Pendedahan Zulkifli. Penipuan Anwar.

Apa juga maklumat yang kita terima, elok kalau diteliti. Jangan sampai kita terus percaya hanya kerana orang yang menyampaikan kelihatan berada di pihak yang sama dengan kita. Jangan pula terus ditolak kerana maklumat tersebut datangnya dari pihak satu lagi. Itu baru namanya celik maklumat.

DATU SULAIMAN said...

Sdr.Liza,

Kalau ikutkan berita ahli PKR masuk komponen ni, nampak gaya sudah habislah ahli PKR..Daripada ahli biasa,pemimpin dan wakil rakyat PKR masuk komponen,macam sudah tidak ada lagi yang tinggal dalam PKR..Lucu punya sandiwara !

Yang sebenar, walau apapun gampak yang berlaku, rakyat tetap bersama PKR dan PR. sokongan semakin bertambah, lihatlah sampai BN tidak berani berhadapan dengan PRK di Perlis...Kalau betul-betul kuat, mengapa perlu pujuk ? Tidak perlulah beri apa alasan.. cakap saja tidak bersedia dan tidak yakin menang..!

anakkulim said...

Kawan...

Kenapa kawan-kawan rapat dengan Anwar tinggalkan dia...Itu sudah cukup membuktikan kebenaran dipihak sebelah mana...

Yang kat bawah tu memang tak kenal rapat...macamana nak sedar...