Translate

Monday, March 22, 2010

PELACUR POLITIK DAN DUA PAKAR TUNDING JARI MALAYSIA.

Tak payah bagi tahu rakyat Malaysia siapa pakar tunding jari di Malaysia. Mereka semua dah tahu!

Rakyat Malaysia sedang mengkuti perkembangan pendedahan Dato Seri Zaharin Hasyim mengenai pembohongan Dato Seri Anwar Ibrahim semasa dia melaung-laungkan gagasan 16 September @ 916 dan "I have the number". Orang orang PKR, tiada seorangpun dari PAS, tidak juga Dato Haji Mahfoz Omar, diarah menjejaki MP-MP BN yang mengadakan lawatan sambi belajar di Taiwan. Elizabeth Wong, Tuan Chua dan Saifuddin Nasution (semua budak-budak PKR dan tiada seorang pun dari PAS) menjadi gembala dalam program "jejak MP BN" di Taiwan. Zaharin sebagai orang kuat dan sahabat akrab DSAI tentu tahu apa formula yang dibawa budak-budak PKR ke Taiwan. Sahabat Akrab sudah tentu tahu!!

Zaharin sudah pasti tahu "formula DSAI yang digunakan untuk menyelesaikan 916 dan "I have the number". Bila Zaharin meninggalkan PKR dan bercakap mengenai formula itu, Mahfoz pula kata ada Pelacur politik yang tidak patut bersarang di Parlimen. Benarkah Mahfoz lebih tahu, berbanding Zaharin, tentang apa yang berlaku dalam formula mathematik 916 dan "I have the number" yang berlaku dalam lab politik PKR? Atau Mahfoz sekadar menggunakan kepakarannya menunding jari?
"Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat. "Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat. Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat," - Pakar Tunding Jari Malaysia, Mahfoz Omar
Tidakkah Mahfoz sedar bahawa Zaharin yang meninggalkan PKR mempunyai "legitimate right" memegang jawatannya sebagai MP? Siapa sebenarnya yang menjadi pelacur politik sehingga ke peringkat pelacuran politik antarabangsa? Jika rakyat Malaysia, even rakyat biasa, tahu siapa yang melacurkan politik Malaysia hingga ke luar negara, takkan Mahfoz tak tahu!. Species ini even menjaja perbuatan sumbangnya ke luar negara. Kalau ini Mahfoz tah tahu, saya TAK TAHU apa nak kata lagilah!.

Kepakaran menunding jari kedua-dua Pakar Menunding Jari ini sukar ditandingi di Malaysia.

Anyway, Mahfoz ini memang gemar menunding jari ke arah orang lain. Janganlah pula lupa jenguk-jenguk orang sebelah tuu.. Dia lagi pakar tunding jari yang sudah terkenal. dan termasyur seantero Malaysia dan Nusantara. Yang pasti Zaharin lebih tahu kepakaran mantan sahabat akrabnya itu. Dia lah de Facto leader tunding jari Malaysia sebenarnya.

4 comments:

Anonymous said...

orang kampung semua dah kenal siapa mereka ni terutama saudara Mp kedah tu cuma orang bandar je masih sayang.

Anonymous said...

orang kampung semua dah kenal siapa mereka ni terutama saudara Mp kedah tu cuma orang bandar je masih sayang.

Anonymous said...

nuar buat lah apa je..org semua dah tahu dah sapa anuar tu...

Tamingsari said...

Kenapa tiada pemimpin Pas atau Dap menuduh Anwar sebagai pembohong berhubung isu 16 Sept ? Sebabnya Pas dan Dap juga parti pembohong. Pas parti No.3 dalam PR dari dulu lagi mengamalkan pembohongan dan putar belit. Pas menang dengan tendangan penalti je. MP dia mengaku bai'ah talak tiga, pemimpin atasan nafikan.
Yang punya diri terlibat buat bai'ah nafi pebenda!