Translate

Sunday, March 21, 2010

Perkiraan Nyamuk.

Perkiraan Nyamuk: Akan berbunyi di telinga anda supaya meremangkan buru roma anda lalu mudahlah ia menyuntik "jarumnya"

Tsunami Politik sudah "tak main lagi". Dulu dilaung-laungkan ke hulu ke hilir terutama selepas saja PRU12. Kini laungan Tsunami Politik itu tidak lagi menguntungkan kerana Tsunami itu beralih arah Dia menyerang Parti Keadilan Rakyat-PKR sehingga bahteranya separuh karam. Pemimpin-pemimpin PKR dan rakan karib DSAI sendiri meninggalkan PKR dan dipecat atas kehendak "nyamuk" yang semakin kenyang darah anak-anak pribumi. Darah PAS sudah memenuhi perut nyamuk.

Melihat keadaan PKR yang terumbang-ambing, nyamuk sudah tidak lagi yakin dengan pengaruh dan kekuatan PKR. DSAI sudah tidak lagi relaiable bagi memberikan dan menjual sokongan-sokongan anak-anak pribumi. TGNA pun sudah tua. Jika mampu di rejuvenate , for whatever it takes, wahever its costs pasti akan dilakukan nyamuk. Tool pentinglah katakan!.  

The fading, DSAI, sudah tidak lagi mampu membisikan kata azimat di telinga TGNA. lambat laun ikatan DSAI-TGNA akan longgar dan bakal putus. Jika nyamuk bergantung harap pada ikatan ini, lambat laun, darah di perutnya akan akan kering. Ikatan itu terpaksa ditinggalkannya seperi nyamuk meninggalkan PAS dalam Barisan Alternatif suatu waktu dulu. Merugikan dan menjadi bebanan.

Nyamuk kini selalu terbang ke Sabah mencari darah baru. Darah anak-anak pribumi di Bumi Di Bawah Bayu. Kota Kinabalu, Penampang dan Keningau menjadi sasaran. Konon di sini ramai anak-anak pribumi yang tergamak melawan anak-anak pribumi sendiri! OTAK nyamuk penghisap darah!

Anak-anak Pribumi yang tidak tahu rasist diajar racist. Perpaduan anak-anak pribumi di Negeri Di Bawah Bayu cuba diracuni. Namuk tetap Nyamuk. Tindakan ini menguatkan lagi tanggapan bahawa "satu lawan satu dalam PRU 13" semakin kelihatan mustahil. DAP akan menguatkan cengkamannya di Sabah walaupun anak-anak pribumi sudah kenal nyamuk. menghisap darah dan membawa penyakit. Kerusi Parliment DAP kini majoriti dalam Pakatan Pembangkang. Nyamuk rasa yakin mampu menghisap darah anak-anak pribumi Sabah dengan senjata dan jarum-jarum itu. Dia mahu terus mengiyangi telinga anak-anak pribumi agar meremang bulu roma mereka dan mudah dia menyuntik jarum-jarumnya yang beracun itu.

Tapi, anak-anak pribumi Sabah ramai yang menggunakan "kelabu beracun".  Mereka bijaksana. Nyamuk jangan lupa di Negeri Di Bawah Bayu ini ramai kumbang dan rama-rama. Mereka juga bebas terbang. Jangan hairan kawasan-kawasan yang menjadi taman permainan anak-anak pribumi Sabah juga menjadi sasaran. Dan jangan hairan jika kawasan-kawasan  DUN yang menjadi sasaran untuk ditawan, akan menjadi milik Barisan Nasional lantaran di samping nyamuk yang menghisap darah ada  kumbang dan rama-rama  borneo yang juga cenderung menghisap madu. Upset sering menjadi cerita lumrah seperti selalu. Masa itu, semuanya akan hanya jadi sesalan yang tiada berguna.

Anak-anak pribumi Sabah. Awas! Jangan membuang sampah di merata-rata  tempat yang menjadi takungan dan syurga pembiakan Nyamuk Aedes. Nyamuk ini memang penghisap darah dan pembawa penyakit demam denggi. Terlalu berbahaya jika sampai ke tahap Deman Denggi Berdarah.

Ingatlah! Tiada Aedes Tiada Denggi.

4 comments:

Anak X-PKR said...

Hi Liza,
Musim kemarau, nyamuk aedes dapat membiak kee? Sediakan Ridsect habis mampos tu nyamuk. Ha aha ha

Suri Rumah said...

No wonder Demam Denggi menyerang Selangor dengan teruk dan menjadi pemegang rekod kes denggi terbanyak di Malaysia. Hapuskan Nyamuk Aedes.

CUCU TOK WAN said...

Nyamuk ni Allah Taala jadikan perbandingan kepada manusia. Itulah sebabnya Namrud atau Nimrod yang begitu hebat, agung pun mati disebabkan seekor nyamuk. Malah gajah yang besar tu pun, allergic sungguh dengan nyamuk.

Kita yang mampu menyekat 'pembiakan' nyamuk ni. Kalu kita biarkan nyamuk-nyamuk membiak dengan segar-bugar, jawapannya, kita sendirilah yang menempah penyakit. Tapi kalau dah tak ada langsung nyamuk, lagi masalah sebab ramai pemimpin yang akan bertukar wajah menjadi Namrud... tu pasallah dah Rancangan Malaysia Ke-10 pun, masih ada kampung-kampung di Negeri Bawah Bayu yang masih belum menerima bekalan air bersih.

ISAC said...

Dekat kawasan taman perumahan, apabila kemarau nayamuk lebih banyak kerana ada berlaku takuangan dilongkang2...

Kalau hujan lebat longkan2 akan bersih dan air yang lama bertakung akan dibawa ke sungai2 dan laut....

Nyamuk pun X akan dapat membiak....

Begitu lah juga halnya dengan "nyamuk2 politik"....Bila ada masalah....Kemelesetan ekonomi misalnya lebihlah mudah mereka membiak dan cucuk .....