Translate

Wednesday, July 21, 2010

Saya Tidak Berbohong-Mufti Perak

Percaturan Politik Malaysia antara PAS dan UMNO (klik disini)

Apabila Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan bahawa beliau TIDAK BERBOHONG mengenai pertemuan pemimpin PAS dan UMNO, Siapa yang cuba berbohong?

Pemimpin PAS agaknya terlalu takut menyatakan kebenaran dan mengharapkan dengan pasrah semua keputusan dibuat oleh TGNA. Kenapa Presiden PAS tidak diberi peranan? Apakah kerana kes Kerajaan Perpaduan yang pernah dibawa oleh Presiden TGHA?

Apakah ada arahan dari DAP, terutama Lim Kit Siang, supaya PAS mengawasi TGHA dan Ustaz Nasa maka PAS mendengar arahan itu seoalah-olah ianya satu AMANAT?

Kini TGNA berkata lagi mengenai perpaduan Orang Melayu demi kekuatan Islam. Apakah dengan melemahkan kepimpinan Melayu maka Islam dapat diperkuatkan? Atau Islam dapat diperkuatkan hanya dengan kekuatan kepimpinan dan kuasa Politik Melayu? ATAU Apakah orang Melayu sendiri sudah FIKIR SEHABIS HABISNYA bahawa perkataan Melayu itu sudah tidak releven lagi dalam politik maka itu mereka bebas untuk berpecah dan bebas untuk dipecah-pecah dan akhirnya diperintah oleh mana-mana kuasa di dunia termasuk penjajah dan Zionist?

RELATED:
-edisi-terkejut-ketua-pemuda-pas-sokong PAS-UMNO bekerjasama

2 comments:

SUARA RAKYAT said...

ooooooohhhhhhhh apa jadi fatwa mufti.. bohong juga kah?

Senjaliza said...

Kalau dahulu Ustaz Nasha di panggil "sampah" oleh TG Nik Aziz gara-gara dikatakan hendak mewujudkan "kerajaan perpaduan" dengan Umno, TG Haji Hadi pula terpaksa diam menikus walaupun berjawatan Presiden Pas kerana mungkin "takut" dimarahi.