Translate

Sunday, April 17, 2011

PAS: Kalah semua kerusi yang ditandingi dalam PRU Sarawak. Mungkin hanya dapat jadi "alat" bantu DAP menang..

 DAP Di Tetas PAS. Apakah Perjuangan Sebenar PAS hanya sekadar melahirkan dan merealisaikan impian DAP?
Pas nyata tidak mendapat tempat di hati rakyat Sarawak apabila empat lagi calonnya iaitu Nani Sahari yang bertanding di DUN Tanjung Datu; Noraini Hamzah (Muara Tuang); Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi (Sadong Jaya) dan Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Beting Maro) menerima nasib yang sama seperti Adam.
PAS perlu mengkaji semula landasan perjuangannya. Di Sarawak, dalam PRU 2011 yang baru berlalu, PAS kalah dalam semua kerusi yang ditandinginya. DAP sudah pasti tidak merasa apa-apa  kesan dari kekalahan PAS. Memang tidak dinafikan PAS bekerja keras membantu calon-calon DAP untuk meraih kemenangan di kerusi yang ditandingi DAP.

Apakah ini matlamat perjuangan PAS? Apakah berkerjasama dengan DAP ini menguntungkan PAS dan membantu merealisasikan perjuangan PAS?

DAP, semasa berkongsi kem dengan PAS menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dalam kesepakatan "Barisan Alternatif", selepas PRU 11, akhirnya meninggalkan PAS bersendirian dalam Barisan Alternatif kerana mendakwah PAS merugikan DAP dan bersekongkol dengan PAS TIDAK menguntungkan DAP. Lalu DAP mengistyiharkan keluar dari Barisan Alternatif. 

Apakah keuntungan yang PAS perolehi dalam kontek "Ideolog Perjuangan" bersama DAP dalam Pakatan Rakyat.? Untungkah PAS di Sarawak atau sekadar jadi ALAT DAP di mana jua PAS berada?

4 comments:

anak X PKR.. said...

YG Teruk awal-awal lagi pencacai Orang Tua gatal yg melanggan pelacur kata "Sarawak Sudah Jatuh Ke Tangan Pakatan Rakyat". DASAR PEMBOHONG!

Mana OMEGA..Jam OMEGA?

Anonymous said...

TERBUKTI PAS MEMANG `HAMPAS'

usin said...

selama inipun pas hanya jadi perkakas dap. dah berkali2 ahli akar umbi pas merintih, & menyatakan keruntunan hati pas diperalatkan dap. sampai sekarang inipun penguasa pas masih begitu bangga berjuang untuk survival dap, sedangkan pas sendiri kurus kering kelaparan. bagi dap, kalau pas tidak menguntungkan, dap akan tinggalkan pas begitu shj. sekarang ini pas amat berguna kpd dap demi memporakperandakan perpaduan melayu islam. pas kelihatan komited dgn tugasan ini. sebab itu pas amat berguna kpd pas. selepas prn sarawak, pas wajar melihat semula hubungan terlarangnya dgn dap. siapa perkuda siapa, siapa untung siapa rugi. buat post mortem hubungan terlarang itu. masih releven @ merugikan survival parti. kalau dirasakan bahawa halangan terbesar adalah penguasa pas yg terlalu gilakan kuasa hingga menggadai maruah parti dan agama, tumbangkan dalam muktamar. ALLAHUAKBAR!!!

Anonymous said...

KALAH MEMANG DAH KALAH 5-0,TU PUN DOK BANGGA SANGAT PASAI DAPAT UNDI BANYAK KONON.TU PUN PAKAT DOK HARAP PENYOKONG DAP UNTUK DAPAT BANYAK UNDI,TU PUN DOK MEGAH BUKAN MAIN.