Translate

Thursday, September 1, 2011

Komunis dan Bukit Kepong-Bila Melayu Lawan Melayu.

Hero Bersih: dan Keldai Bukan Melayu khasnya Ambiga. Mungkinkah dia jadi Hero jika dia menyebelahi Komunsi dalam Tragedi Bukit Kepong?

Catatan sejarah BUKAN lah isu yang terlalu significant kepada sesetengah politikus terutama bila catatan sejarah itu tidak menguntungkan politik mereka dan pihak mereka.

Peristiwa Bukit Kepong terjadi semasa pemerintahan penjajah British. Sesetengah poliltikus terus jump into conclusion bahawa mereka yang terkoban mempertahankan Balai polis di Bukit Kepong sebagai mempertahankan "Kerajaan Penjajah British", BUKAN mempertahankan Tanahair dari diancam untuk dikuasai Pengganas Komunis. "Mereka BUKAN pejuang Kemerdekaan" kononnya. Apatah lagi mereka yang terkorban itu berkhidmat di bawah kerajaan dan pentadbiran Penjajah British. Oleh itu, bagi sesetengan politikus, mereka BUKAN pejuang kemerdekaan sebaliknya perjuang mempertahankan Kerajaan Penjajah!. Logik tetapi tidak semestinya benar.

Andainya bertolak dari jatuhnya Bukit Kepong kerana tidak langusng dipertahankan oleh "polis dan keluarga mereka" dan kegiatan komunis tidak dibendung askar dan polis Malaya kerana mereka "Bukan Wira" negara lantaran berkhidmat dengan penjajah British, apakah Malaya ketika itu lebih dasyat dari sejarah komunis di Vietnam dan Komboja (Kompuchea kini)?

Ramai yang mensyukuri kemakmoran dan nikmat yang kita kecapi selepas merdeka. Tidak kurang yang yang masih "belum puas" dengan yang dikecapi dengan nikmat kemerdekaan ini. Tetapi jika hendak mencapai "kepuasan" semata-mata, sampai kiamat kepuasan itu tidak akan dapat dicapai atau dipenuhi. Hakikat bahawa sumber dan keupayaan terhad sedang kemahuan tidak terbatas hendaklah diterima. Keadaan ini perlu ditangani dengan menggunakan "kekuatan kuasa minda" barulah kita dapat menyelesaikan scarcity atau kekurangan dan keterbatasan sumber dan keupayaan. Jika kita tidak mampu kita harus berusaha memampukan diri kita. Jika kita hanya mempunyai RM1,500.00, janganlah berbelaja dengan membeli jam tangan yang berharga RM5,000.00.

Perbalahan Melayu VS Melayu di Negara ini ialah  perbalahan kerana ingin merebut "kuasa". Dalam masa yang sama perebutan kuasa orang-orang Melayu ini melemahkan Melayu itu sendiri. Kuasa itu pula terbatas untuk membentuk kerajaan. Tidak akan ada lebih dari satu kerajaan dalam satu Negara!

Agaknya jika Mat Sabu hidup di saat Tragedi Bukit Kepong itu, mungkinkah dia memerangi "Polis British" dan berada di pihak komunis? Atau penyataannya adalah semata-mata kerana satu usaha "merebut atau mengambilalih kuasa" dari kerajaan yang ada? Perdulikan Mat Sabu dengan fakta sejarah  sekiranya dia masih dapat mempertahankan penyokongnya demi merebut kuasa?

Dalam isu ini, sekali lagi Melayu berbalah dengan Melayu. Agaknya bila pemimpin Melayu dikedua-dua belah pihak ini diberikan senjata untuk mempertahankan pendapat dan pegangan masing-masing, akan berbunuh-bunuhankah Melayu ini?

Jika Melayu berbubuh-bunuhan dengan Melayu, ke mana perginya BUKAN Melayu dan Kumpulan Indigenous? Ke mana perginya Sabah dan Sarawak yang rakyatnya juga pernah berkorban nyawa semasa kerajaan British menentang komunis?

Jika Melayu berbalah dengan Melayu, jika Melayu berbunuh-bunuhan dengan Melayu, masih layakkah dan mampukah mereka mempertahankan hak-hak istimewa Melayu dan kumpulan indigenous? Masih layakkah mereka berkata-kata mempertahakan hak Melayu? Dan jika Melayu berperang dengan Melayu, siapa agaknya yang menang?

1 comment:

rakab said...

Puak pro ulamak pas tersenyum sinis melihat puak pro anwarinas bertungkus-lumus mempertahankan Mat Sabu.

Seluruh negara sedang memerhatikan gelagat bodoh mereka.

Mempertahankan benda yang palsu memperjuangkan perkara yang salah dan menafikan sesuatu yang hak.

Penuh kecelaruan serta penuh kekeliruan.

Setelah mengutuk arwah-arwah polis Bukit Kepong sebagai barua British,..Hari ini Mat Sabu cuba merasuah keluarga mereka dengan menawarkan khidmat guaman percuma demi mendapatkan sedikit kesenangan di dunia.

Apa dah jadi dengan Pas sekarang ?

Rakyat semakin keliru kerana Pas semakin celaru !!.