Translate

Monday, November 3, 2008

TAHNIAH BUAT DATUK SALLEH

Melihat blog sahabat-sahabat yang mengucap tahniah buat Datuk Salleh atas kemenangannya sebagai Ketua UMNO Bahagian P.169 Kota Belud, tergerak hati saya untuk menulis sepatah dua. Pada beberapa bulan yang lalu, saya telah memberikan sedikit komen mengenai keadaan UMNO Kota Belud. Rata-rata warga UMNO Kota Belud telahpun meluahkan kehendak mereka yang menginginkan Salleh untuk kembali menerajui UMNO Bahagian Kota Belud yang sudah tidak ditadbirurus dengan baik dan tidak mengikut tatasulila dan ketertiban pentadbiran.

Masalah yang menjadi hambatan kepada keinginan warga UMNO Kota Belud ialah keadaan politik memilih "kem" oleh pucuk pimpinan UMNO Negeri. Salleh dan rakan-rakan disingkirkan dari politik negeri dalam PRU12 walaupun ternyata mereka mempunyai karisma dan pengaruh yang kuat di kalangan masyarakat bukan sahaja di Kota Belud dan kawasan mereka, malah segenap pelusuk negeri dan peringkat Nasional. Ramai yang mempersoal tindakan ini, terutama tindakan YAB Pengerusi Perhubungan Negeri yang ternyata membelakangkan pucuk pimpinan UMNO Malaysia dan tidak disenangi oleh pimpinan UMNO Pusat.

Langkah memilih bulu dan "kem" ini ternyata tidak digemari oleh ahli UMNO Sabah. Kerana itu jika diperhatikan kini, ramai pemimpinan akar umbi yang kecundang gara-gara sistem dan amalan "kem". Sebenarnya amalan "kem" ini amat bertentangan sekali dengan amalan demokrasi. Malah ianya menyuntik dan menanam semangat pilih kasih di kalangan sesama ahli UMNO sendiri. Seakan terdapat "boundry" di antara sesama ahli.

Apabila ahli-ahli UMNO kembali kepada "mendemokrasikan UMNO", maka akibatnya para pengamal politik "kem" ini mulai satu persatu tumbang dan kecundang.

Tahniah buat ahli-ahli UMNO yang telah berjaya membaca dengan tepat kehendak rakyat yang ingin demokrasi itu wujud dan subur semula dalam UMNO.

Kembali Menerajui UMNO Kota Belud: Datuk Salleh Tun Said Keruak

Pada kesempatan ini saya Ucapkan SETINGGI-TINGGI TAHNIAH BUAT DATUK SALLEH TUN SAID di atas kemenangannya menerajui semula UMNO Kota Belud.

Saya doakan Salleh akan berjaya membuka lembaran baru bagi menghidupkan "demokrasi dalam UMNO" dan dapat mendekatkan diri dengan masyarakat terutama mereka yang "segan" bertemu beliau dan masyarakat desa yang benar-benar memerlukan pembelaan. Mudah-mudahan perancangan pembangunan dan agenda mengajak masyarakat agar dapat bersama-sama bergiat dalam arus perdana pembangunan, terutama aspek-aspek memajukan ekonomi dan taraf hidup, dapat segera di rancang, direalisasikan dan dijelmakan sebagai satu wadah baru.

Tahniah Datuk dan seluruh anggota AJK Bahagian UMNO P.169 Kota Belud. Sesungguhnya Kota Belud sebagi tempat lahirnya anak sulung UMNO Sabah mesti berusaha dengan gigih membela masyarakat yang memerluka kepimpinan yang dinamik.

Wednesday, October 29, 2008

MB Selangor, Sudah Jadi Kerbau Dicucuk Hidung

Ronnie Liu-DAP dan Tian Chua-PKR mengapit Khalid Ibrahim. Mana Orang PAS?
Dulu KI dijadikan alat mengemukakan Bantahan Toll. Kini dia jadi alat untuk lantik pegawai kesukaan mereka tanpa menhiraukan PAS, Tanpa Menghiraukan Hiraki Pegawai.

Ada kumpulan yang cuba bermain isu perkauman dengan menyatakan bahawa tindakan MB Selangor melantik Pn. Low Siew Moi sebagai pemangku GM PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, mendapat tentangan atas dasar bahawa "kerana Pn Loh Siew Moi adalah berbangsa Cina".
.
Dengan mengatakan demikian maka akan timbul kerisauan atau ketegangan bahawa orang yang berbangsa Cina ditindas atau diketepikan haknya maka orang-orang Cina akan jadi penasaran atau marah. Itulah yang diharapkan oleh kumpulan ini. Dengan demikian mereka akan dapat sokongan dari orang-orang Cina kerana kononnya Bangsa mereka dinafikan hak mereka semata-mata kerana mereka itu Cina.
.
Kumpulan ini tidak kisah mengenai fakta. Cukup andainya mereka dapat meniupkan isu perkauman. Dalam masa yang sama mereka akan menuduh bahawa orang lain bersifat perkauman sedangkan "mereka adalah yang sebenar-benarnya bersifat perkauman". Bagai sibelanga menuduh buntut sikuali terlalu hitam"' Khalid Ibrahimpun bagai kepala kura-kura keluar masuk dari tempurungnya. Takut dituduh MB racist oleh orang-orang yang racist.
.
Apabila orang-orang PAS, khasnya Selangor Pas commissioner Datuk Dr Hasan Mohamad Ali, membantah perlantikan Lo sebagai Pemangku GM PKNS oleh MB Khalid Ibrahim, PAS pun dipersoal, "Merit doesn't count", colour matters...are we heading backwards?". Sekaligus satu tamparan kepada PAS yang dituduh berfikiran mundur.
.
Mengapa dua Pegawai Melayu yang hirakinya lebih tinggi dari Loh tidak dilantik?. (Timbalan Pengurus Besar (Pentadbiran dan Pembangunan, Tuan Haji Md. Nasir bin Md. Arshad PPT AMN dan Timbalan Pengurus Besar Teknikal, Encik Abdul Ghani bin Hashim).
.
Ternyata Khalid Ibrahim kini bagai kerbau dicucuk hidung yang hanya sekadar ikut kemahuan orang tertentu dalam PKR dan DAP. Dulu KI lah orang yang "juara diperalat" mengemukan kertas kerja orang lain membantah TOLL. Kini dia juga juara diperalat dan tulang belakang utama melantik Loh dengan menafikan dua pegawai "Melayu? yang lebih tinggi hirakinya dalam PKNS.
.
Apakkah MEMANG BENAR BAHAWA PKR HANYALAH KUDA TUNGGANGAN DAP?.. Dan inilah sebabnya bantahan PAS sekalipun sebagai rakan kongsi dalam PR, sudah tidak perlu didengar oleh Khalid Ibrahim? Apakah Khalid Ibrahim sudah bersedia mengenepikan PAS? Manakala PKR dan DAP juga sudah bersedia menghalau PAS dari Pakatan Rakyat?
.
Bagaimanapula semangat rakyat Selangor, Apakah mereka sekadar menjadi penonton dan menjadi mangsa sehingga terbuai oleh dodoian Sang Penglipur Lara yang menjanjikan "Keadilan", dihypnotise dengan janji tukar kerajaan.
.
Commond.. Rakyat Malaysia kita tidak mampu untuk menghancurkan keharmonian yang dibena sekian lama kerana ketamakan pangkat..
.
Katakan pada Ronnie Liu kita anti "pelacuran",. Katakan pada Khalid kita tak mahu pemimpin "Kuda tunggangan" dan seperti "kerbau dicucuk hidung", Katakan pada Tian Chua main isu basikal ke parlimen tak laku.
.
Apa kata mereka yang arif..
'
PAS opposed the appointment of Mdm Low as the new GM of PKNS on the grounds that she was part of the management team which caused PKNS to lose Billions of Ringgit. In order to ensure an effective change, a new management made up of new people needs to be appointed. PAS’s opposition is NOT based on race.
Read more......
..
Pas Unhappy With Siew Moi's Appointment As PKNS Boss
http://www.bernama.com.my/bernama/state_news/news.php?id=367743&cat=ct

Tuesday, October 28, 2008

PERTANDINGAN KETUA PEMUDA UMNO

Mukhriz, Khairy dan Dr Khir Toyo.
Apakah P.O.L.I.T.I.K adalah lesen untk memperkecil-kecilan dan menghina mereka?

PERTANDINGAN MEREBUT PEMUDA UMNO: KATA ORANG PAS.

Rengkasnya beginilah kata orang PAS; mereka yang bertanding khasnya Khairy dan Mukhriz BUKAN orang marahen. Dr. Khir pula tak dapat lawan Teresa Kok. Bila Mukhriz diumum layak bertanding, semua bersorak; tetapi bila Khairy diumum semua boo. Konon yang lebih layak bertanding adalah orang yang tidak bertanding seperti Mokhzani, abang Mukhriz, kerana beliaulah yang aktif politik sebagai bekas Bendahari Pemuda UMNO. Semuanya tak kena dengan pencalonan ini dari kacamata orang PAS.

Terkadang, sokong Khairy supaya mereka bisa membalun Khairy yang mempunyai rekod terbanyak dalam simpanan “peti balun” di stor PAS. Mukhriz pula dicop sebagai “menang sorak” di samping Tun Mahathir yang “menyalak”. Manakala Dr. Khir hanya kelam, ada pancing sejengkal yang tak mampu berhujah dengan Teresa Kok. Akhirnya, Khairy pula disuruh “bungkus awal” bila PM, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan tahun 2009.

Semua ini kerana politik. Semua orang UMNO tak layak. Yang layak orang PAS, orang PR. Di Perak bila ada kes “sedekah sex” dan rasuah yang dipersalahkan BPR; manakala hukum Allah SWT tidak diperkatakan dan dikaitkan denga kes itu. Semuanya kerana P.O.L.I.T.I.K.

Ternyata isi dan kandungan tulisan ini berintipatikan bahawa semua “contenders” tak layak. Lalu mereka seharusnya konon berbalah sesama sendiri agar orang PAS dapat menonton mereka “live” bergaduh sesama sendiri. Rupanya kerana P.O.L.I.T.I.K. juga bisa menjadikan manusia kurang rasional. Apapun, orang luar dari UMNO dan tiada kaitan dengan UMNO tidak wajar menjadi pencatur kepada pertandingan dalam UMNO. Mereka sekadar penonton “pertandingan” tanpa membeli tiket. Mereka memang sah tidak layak menjadi pengadil atau memberi kritikan sebagai mempengaruhi “efundi”.

Cuma yang harus mereka lakukan ialah berwaspada agar “jangan terlebih”. Pada pengamatan saya mereka “terlebih sudah” kerana mereka langsung mengenepikan nilai-nilai yang positif seorang insan, malah mereka menjadi “penghina”. Apakah amalan menghina insan lain itu salah satu amalan yang disyorkan oleh PAS dalam kepimpinannya? Atau kerana P.O.L.I.T.I.K. si penulis mendapat lesen sah lalu “examted” dari dosa walaupun perbuatan memperkecil-kecilkan dan menghina insan lain? Apa pula hukuman bagi melaga-lagakan orang lain?

Read....

Mukhriz hanya menang sorak

Puteri: Rosnah 'rampas takhta' pencalonan

YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Pemilihannya sebagai Ketua Puteri UMNO Malaysia akan bakal merapatkan integrasi Nasional antara Sabah dan Kerajaan Pusat.

Naib Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin kembali mendahului pencalonan bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia dengan jumlah keseluruhan pencalonan sebanyak 59

PEMILIHAN.

Melihat kepada situasi politik Malaysia kini, Rosnah merupakan pilihan yang lebih wajar memandangkan Rosnah mampu merapatkan hubungan antara Sabah dan Negeri-Negeri di Semananjung Malaysia melalui Pergerakan Puteri. Ini tidak bermakna calon-calon yang lain tidak berkebolehan atau berkelayakan. Mereka semua mempunyai ilmu dan pengalaman yang dapat dibanggakan. Rasanya Rosnah dapat membawa puteri Malaysia untuk melihat Malaysia dalam prospek yang lebih besar bila puteri melebarkan sayapnya ke Sabah. Ramai yang belum pernah ke Sabah, malah barangkali enggan ke Sabah kerana anggapan dan secara statistikal "Sabah adalah Negeri Termiskin" di Malaysia. Namun itulah yang seharusnya menjadi perangsang kepada golongan muda, para puteri, untuk menembangkan sayap ke Sabah.

Jejakilah Sabah bila Rosnah menjadi Ketua Puteri. Lihatlah bertapa anggapan itu tidak semuanya benar belaka.

Read more....
http://agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e226cbb9-7f000010-1ab7a890-19f4aeb6

Saturday, October 25, 2008

KENAPA MUKHRIZ MAHU PEMUDA UMNO 'BERANI BERUBAH'?

MUKHRIZ MAHATHIR:
Berani Berubah.
Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Apapun orang kata tentang Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tidak boleh tidak terfikir atau tidak terlintas nama mantan Perdana Menteri yang menerajui negara selama 22 tahun.Mukhriz sememangnya boleh mendapat apa saja keistimewaan, tidak kira di mana mahupun untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun parti sekiranya Tun masih menerajui parti dan jadi Perdana Menteri.Tapi hakikat itu hanya boleh diperkatakan saja, ianya tidak berlaku. Kalau berlaku pun, bukan Mukhriz tapi mungkin abangnya Mokhzani yang satu ketika sudah berada dikalangan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
.
Kini, dalam usia 44 tahun anak ketiga Tun menawarkan diri untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama calon-calonnya Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pemimpin muda Perlis Datuk Zahidi Zainol Abidin

Dari Agendadaily
Read more.....
http://www.agendadaily.com/tips/index.jsp

Thursday, October 23, 2008

STIMULUS USD700 BILLION-DIAM; STIMULUS MYR5 BILLION -BISING: INCONSISTANCY?

Wang Rasuah atau Stimulus?
(Gambar Hiasan)
Stimulus USD700 billion: Diam
Stimulus MYR5 Billion: Bising.
“inconsistancy”?.


Bila Ahli Parlimen Sg Burong jolok sarang isu exco Kerajaan Perak yang terlibat dengan rasuah, Ahli Parliment Gombak, Anak Emas DSAI, YB. Azmin Ali, mula melenting dan telinganya mula berdiri lalu dengan hujah yang tersusun indah dan dengan wajah serius mengatakan bahawa Exco Kerajaan Perak yang rasuah itu adalah permainan BPR dan dia ada bukti kukuh. Itulah intipati perkataan Azmi di Parliment Malaysia. Seolah-olah bila orang KeAdilan melakukan rasuah ianya “Halal”. Seolah-olah bila orang keadilan menerima “sedekah sex” ianya “diluluskan” dan yang salah ialah BPR. Inconsistancy?

Barangkali bagi Azmin Ali, selaras dengan isu di atas, akan mengatakan bila manusia digoda oleh hawa nafsu dan syaitan dan tewas oleh godaan, yang salah ialah hawa nafsu dan syaitan bukan manusia yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Di manakah kitab rujukan Azmin Ali ini?. Adakah Azmin Ali memperkecilan dan membelakangkan para alim ulama negara dengan penyataan demikian semata-mata kerana membela sahabat seanutan parti politik yang 100% menerima “sedekah sex” seperti yang dia sendiri akui? Demikianlah pendirian seorang “anak emas”. Inconsistancy?

Nah, ini inconsistancy besar. USD700 billion diluluskan oleh kerajaan Amerika untuk meyelamat institusi-institusi kewangannya. Demokrat dan sebahagian Republikan mengutuk langkah itu. Kepimpinan dunia, sebahagian besarnya mengkritik langkah Amerika itu kecuali Presiden Filipina Gloria Macapoagal Aroyo yang memuji dan menyanjung tinggi langkah itu. Fasal duit memang GMA pasti akan puji. Inconsistancy?

Di Malaysia orang pertama yang saya terbaca pandangannya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun kata bahawa suatu waktu dulu US mempersoal tindakan “bail out” Malaysia khasnya oleh Petronas, kini kita lihat USD700 billion diluluskan oleh orang yang menuduh Malaysia suatu waktu dulu, sebagai mengamal “bail out”. Inconsistancy?

Orang pertama yang saya harapkan untuk membuat komen ialah DSAI. Dia adalah orang pilihan pertama Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri British, untuk dijadikan sebagai Menteri Kewangan British kiranya keadaan mengizinkan. Malangnya, dalam kes USA ini, DSAI tidak menonjokan diri. Pakar kewangan dan ekonomi dunia bagi Margaret Thatcher ini sepi seribu bahasa. Seolah-olah dia telah menutup mata dan hatinya mengenai isu bail out Amerika yang berjumlah USD700 billion. Barangkali bila ada berita di dada akhbar mengenai bail out USD 700 billion ini, DSAI skip, “tak nak bace”. Inconsistancy?

Bila Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengemukakan stimulus ekonomi dengan suntikan modal sebanyak MYR5 billion, DSAI, pilihan no.1 Margaret Thatcher ini mula bangkit mengaum dan mengatakan bahawa “kerajaan tidak bertanggungjawab”. Tapi kerajaan US tidak pernah DSAI kata tidak bertanggungjawab. Nampaknya bila stimulus US700 dia diam, Stimulus MYR5 billion dia bising. Nampaknya inilah persamaan “Anak Emas dengan Bapa Emas”. "Bapa Borek Anak Rintik" atau "trademark". Bagi Bapa emas, kalau sahabat, USA, buat stimulus ekonomi USD700 billion dia “thumb up”, Malaysia buat, dia “thumb down. Bagi anak emas, kalau pemimpin PKR melakukan rasuah, belum sempat siasatan dibuat, dia kata yang salah BPR, kalau orang BN, belumpun dibuktikan bersalah dicop sebagai “Pengkhianat Negara”. Inconsistancy?

Wednesday, October 22, 2008

Laporan Polis Terhadap TPM dan Menifestonya: Usaha di Lorong Sempit dan Kesempitan

16 September 2008 telah berakhir tanpa ada “yang tertunai”. Janji Oktober berakhir dengan janji baru, “Janji Sebelum Aidil Adha” . Itulah beberapa siri Janji Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia khasnya para penyokongnya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke enam.

Entah penyair dari dunia mana yang berupaya mindanya menggambarkan bertapa “setianya”mereka yang mendokong janji-janji DSAI yang tiada penghujung itu. Barangkali lebih mudah digambarkan dengan mata pena yang sering diraut dan duduk dimeja bersuluhkan pelita antiq kiranya mereka dan DSAI “menyalahkan rakyat kerana memilih Barisan Nasional”.

Sehingga kini kemenangan BN bagai merupakan satu hakikat yang DSAI dan pengikutnya tidak dapat terima dengan hati terbuka dan murni. Apabila YAB Dato Seri Mohamad Najib Tun Razak akan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri, lorong-lorong sempit terpaksa diharung bagi menghalang “penobatan” itu walau ianya semakin sempit dan menyempitkan.

Menifesto Najib yang tersiar dalam Malaysiakini adalah satu “naked truth” yang menunjukkan sebarang usaha akan dilakukan oleh mereka yang kesempitan fakta bagi memburukkan maruah dan imej bakal Perdana Menteri Malaysia itu. Penulisnya atau penyumbang artikal itu, Wong Choon Mei, dilapurkan meletakkan jawatan dari media itu kerana mengakui kesilapannya. Ini menunjukkan bahawa ianya bertanggungjawab terhadap kesilapannya; tetapi hasil tulisan itu masih terpampang dimedia itu sehingga tulisan ini dibuat. Apakah sikap media itu bertanggungjawab?

Apakah ini cara intelek "Bangsa Malaysia" membuat laporan polis?


Kenapa tidak pernah ada banner sebegini sehingga terpaksa saya guna foto manipulasi.

Dalam keadaan yang “normal” sesebuah laporan polis terhadap kesalahan seseorang individu atau mana-mana kumpulan atau sebagainya dibuat tanpa perarakan. Paling maxima ianya disertai oleh peguam yang membawa fail yang mengandungi rekod yang ingin dilaporkan. Bukalah mata dan hati kita. Renungkanlah cara sebuah laporan polis yang dibuat terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia. laporan itu di buat di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini, 21 Oktober, 2008 oleh kumpulan tertentu pro DSAI yang berselindung di sebalik tabir di ruang terbuka. Kepastian mengenai affiliation dan association mereka 99.99%.

Keganjilan cara dan “style” yang lengkap dengan “banner” ini bagi saya adalah satu budaya ganjil dalam cara membuat laporan polis. Bagi saya inilah “retorik yang asli” ciptaan dan ramuan pembalun. Apakah mereka ini “bersungguh” membuat laporan polis atau lebih kepada menunjuk dan menonjolkan keghairaan yang melampau?. Apakah ini model “Bangsa Malaysia” yang kita inginkan? Apakah ini kaedah para professioal dan para intelek? Atau sekadar Usaha-usaha Di hujung lorong Sempit dan Kesempitan?.

(We should take care not to make the intellect our god; it has, of course, powerful muscles, but no personality.- Albert Einstein)
.......
Read More......
DPM unveils manifesto for top Umno job

Sunday, October 19, 2008

Datuk Shafie Haji Afdal Cacat Sejarah.

Datuk Shafie Haji Afdal Pemimpin dari Sabah yang telah dapat mendalami budaya politik di semua peringkat Persekutuan dan Negeri

Shafie catat sejarah
Oleh Saufi Hamzah, Siti Nur Almizan Aripin, Bennie Zie Fauzi dan Nurul Farina Nazlan bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mencatat sejarah sebagai pemimpin Sabah pertama melayakkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Sehingga malam tadi, Shafie mengumpul 26 pencalonan selepas mendapat pencalonan dari Kemaman, Raub, Pokok Sena, Padang Rengas, Merbok, Gelang Patah, Kinabatangan, Batu Sapi dan Alor Star. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut layak apabila meraih 21 pencalonan termasuk dari Bachok, Padang Rengas dan Tebrau. Syarat layak bertanding jawatan Naib Presiden ialah 20 pencalonan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mengungguli pencalonan jawatan Naib Presiden apabila mengumpul 38 pencalonan termasuk dari bahagian Merbok, Padang Rengas, Pokok Sena, Raub, Bachok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengumpul 17 pencalonan selepas meraih pencalonan dari Kemaman, Bachok, Pokok Sena, Merbok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kini mendapat lapan pencalonan termasuk dari bahagian Kemaman sambil bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menerima pencalonan dari Raub untuk mengumpul tiga pencalonan setakat ini, manakala bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menambah dua lagi pencalonan masing-masing dari Padang Terap dan Padang Besar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan masih dengan dua pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad (empat) dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim (lima). Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada di depan untuk merebut jawatan Presiden apabila mengumpul 43 pencalonan setakat malam tadi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila mengumpul 37 pencalonan termasuk 13 semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing masih dengan tiga pencalonan setakat ini bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.