Translate

Saturday, December 18, 2010

Sejak Jadi TP, Kokok Azmin Berbunyi Annnwwaarr.

Kakok PRU13 Azmin sama seperti Kokok 916 DSAI.
Titanic II Milik PKR semakin menyembah dasar Laut Cina Selatan.

DSAI sudah lama berkokok berderai-derai mengenai 916. Rakyat tahu ekornya bergemomang tahi. DSAI semakin ditelan usia. 1 janjinyapun tiada yang tertunai. Namun nafsunya merampas Puterajaya semakin meluap-luap. Rakyat sudah nampak ekornya yang begelomang tahi. Manakala Titanic II Kapal mikik Pakatan Rakyat semakin karam menyusuri Titanic.

Rakyat semakin cintakan kedamaian, kemakmuran, dan mahu bersaing di persada antarabangsa dengan progresif. BUKAN meraung di jalan-jalan dan merata persisiran memekikkan "reformasi" yang sudah dibunuh sendiri oleh pemimpinnya. Parliment Malaysia diperlaku seperti "medan reformasi yang songsang". Awal-awal lagi sikap jalanan dirancang untuk diheret ke Dewan Rakyat. Sebab itulah berlaku demikan rupa sehingga DSAI, Karpal, Sivarasa dan Azmin digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat.Tangguh-tangguh bahas sama seperti tangguh-tangguh Sodomi II.

Politik "main wayang" is over!. Jika Azmin terus-terusan menjadi burung tiung yang melafazkan apa saja yang keluar di mulut DSAI, Azmin akan disisihkan termasuk oleh Ahli Keluarganya.

Azmin berkokok seperi kokok DSAI. Lihatlah ekor mereka yang bergelomang tahi. Sikit-sikit soal rakyat, hak rakyat, pakatan rakyat. tetapi tiadapun kelihatan pembangunan untuk kemakmuran rakyat pada hakikat sebenar yang diperjuangkan mereka secara yang jitu dan pada hakikat sebenar. Di Pulau Pinang, Selangor, K

Pakatan Rakyat semakin goyah. Nik Aziz seolah sedang bertaubat apabila mengatakan "dasar Pakatan Rakyat mesti Islam" pada konvensyen Pakatan Rakyat.di Pulau Pinang Agaknya dia akan terus berusaha untuk menyunat @ mengkhatan DAP atau seolah-olah itu mentaubatkan akidah perjuangan PAS yang selama ini diranapkan ditundukkan oleh DAP dengan buaian lagu "puterajaya". PAS sedikit sedikit dipesong asas perjuangannya setelah tali siratul rahim PAS-DAP di ikat DSAI sekadar memenuhi impian liarnya merampas puterjaya.

Azmin, setelah digantung dari menghadiri Sidang Rakyat, terus berkokok. PRU13 konon PKR akan menegakkan kerajaan dan BN akan kalah kerana dia dan geng-gengnya serta "tuan" partinya digantung. Rakyat tak perlu terbuai dengan ungkapan ini. Ungkapan ini tidak jauh berbeza dengan kokok DSAI semasa dia bermimpi 916. Bunyi kokoknya berderai-derai. Ekor tetap bergelomang tahi. Tanpa mereka sedari, Titanic II milik PKR semakin menyembah dasar Laut Cina Selatan.

Friday, December 17, 2010

Alahai Azmin-Katalah apa saja dengan link ini. Perjuangan Azmin semakin jauh tersasar.

Lain hulu lain parang, kawan dulu sekarang perang!

Dulu Azmin berbaik dengan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat. Tapi kerana Anwar digantung oleh Parliment Malaysia selama enam bulan bersama rakan pembangkang yang lain, maka Azmin melenting!. NOW baca berikut: Dari blog UMMI Hafilda.

Memang ramai yang sudah awal-awal lagi menduga bahawa Pembangkang akan melakukan sesuatu dalam Dewan Rakyat kerana akan ada usul membawa DSAI ke JK Tatatertib Parliment.....Kalo tidak dari mana plakad yang begitu banyak sempena hari malang sidang parliment itu.
SL lebih yakin bahawa itu memperlihatkan kepada rakyat wajah dan "tanduk @ pekung" sebenar pembangkang walaupun tindakan menggantung mereka dibuat pada penghujung sidang parliment bagi tahun 2010.

Ianya hanya akan jadi modal tak produktif pembangkang yang sememangnya hanya mencari helah. Ianya hanya laku kepada "among" penyokong kental pembangkang. Rakyat semakin ragu terhadap keupayaan membangkang. Nawaitu mereka semakin tersasar JAUH dari ASPIRASI NASIONAL"

Thursday, December 16, 2010

“mahkamah kanggaro” hanya bagi "Kanggaro". Bila "kanggaro" tak mengaku "Kanggaro"..

 DSAI memang gemar tunding jari. Kanggaro memang gemar berlari dengan dua kaki!
KUALA LUMPUR, 16 Dis — Parlimen pagi ini menggantung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan tanpa membahaskan sama sekali laporan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dibentangkan kelmarin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu digantung ekoran dakwaan beliau mengenai isu berkaitan APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia.

Tiada perbahasan diadakan berhubung usul menggantung Anwar selepas Speaker Tan Sri Pandikar Amin mendakwa pembangkang bertindak tidak sopan, menunjukkan mereka tiada berhasrat untuk membahaskan usul tersebut.

“Saya tidak melihat adanya hasrat di pihak pembangkang untuk membahaskan perkara ini. Jadi, kita akan meneruskan dan akan mengundi perkara ini tanpa dibahaskan,” kata Pandikar walaupun ada kedengaran rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli Barisan Nasional.

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dari awal lagi telah berusaha untuk melengah-lengahkan penggantungan Anwar dengan cuba mencela dan mempertikaikan Pandikar dari semasa ke semasa.

Mereka juga kelihatan membawa pelekat-pelekat yang membawa mesej “mahkamah kanggaru” ke dalam Dewan Rakyat. -klik di sini.
Tidak pelulah diceritakan kisah tangguh-tangguh kes sodomi DSAI. Ditangguh-tangguh dan diputar belit dan akhirnya apabila sukar ditangguh dan dibelit, DSAI dan teamnya, termasuk KS yang pernah mendakwa bahawa DSAI adalah "pengamal homosex yang teruk" mengkanggaro supaya hakim perbicaraan DSAI menarik diri dari perbicaraan Sodomi II.

Di Parliment, Speaker yang sering dibujuk dan dirayu pembangkang supaya mewujudkan "parliment kelas satu" kini seolah-olah diajak pula supaya ada "parliment kelas tercorot" supaya tunduk dengan kemahuan "politik" pembangkang. Apakah pembangkang sudah lupa masalah rakyat pabila "keinginan merebut kuasa diutamakan"? Siapa sebenarnya "Kanggaro" dalam kontek ini? seolah olah terpampang di hadapan rakyat bahawa "kuasa didahulukan, keinginan merebut kuasa diutamakan!!"

RELATED:
-'SAYA CABAR TAN SRI LETAK JAWATAN, KITA BERTANDING' - AZMIN ALI
-CILI KASI TARUK! APABILA PARLIMEN BERTUKAR MEJADI ZOO..... 
-Dari Sarawak: "Mengapa Angkuh Sangat Azmin Ali?"
-Beruk-Beruk Pakatan Meroyan Di Dewan Rakyat  
-Institusi tercemar bila MP Pembangkang bersifat binatang.. 
-Awas!!! Beruk terlepas di Dewan Rakyat- drama murahan Pakatan bertaraf sampah  

JANJI AUTONOMI SARAWAK. JUAL NAMA NEGARAPUN SUDAH DIBUAT..ASALKAN DAPAT KUASA..RAKYAT HANYA NAMA...

 
"Dulu I kawan dengan you sebab I ingat you I bole guna you gugat Negara Malaysia, Negara you sendiri. You nak kuasa. So I guna you, u guna me. Tapi Husband I mengajar I erti perjuangan. Now I know you pun tak guna!-Agaknya itulah gambaran wajah Hillary dalam illustrasi ini..
PRU Sarawak...Takkan Rakyat Sarawak mudah lupa dikatakan tak reti pakai pakaian...pakai cawat saja konon!!
Janji PKR Beri Kuasa Autonomi Di Sarawak Dianggap Tak Masuk Akal 
 KOTA KINABALU, 15 Dis (Bernama) -- Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyifatkan kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak jika pakatan pembangkang memerintah negara ini sebagai tidak berpijak di bumi nyata.

Katanya kenyataan itu hanya bertujuan mengelirukan rakyat khususnya penduduk Sarawak".

Rosnah berkata barisan pemimpin PKR kini sanggup membuat apa sahaja termasuk untuk meraih sokongan rakyat berikutan pelbagai masalah yang melanda parti itu termasuk berhadapan dengan krisis keyakinan terhadap barisan kepimpinan sedia ada.

"Janji-janji kosong yang ditawarkan pemimpin pakatan pembangkang termasuk yang terbaru untuk memberi kuasa autonomi kepada Sarawak amat tidak masuk akal," katanya dalam satu kenyataan. -klik di sini

Lihat, dengar dan pandang..Kemudian fikir...Sarawakpun nak diberi autonomi. Sarawak tak pernah menuntut autonomi. Tapi kerana terlalu terdesak dan kemaruk akan "kuasa" sanggup diperlaku segala-gala. Ini sudah menggugat keamanan dan keharmonian Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia dalam Malaysia.

Layakkah manusia seperti ini jadi pemimpin nasional..atau sekadar telah kehilangan AKAL NASIONAL dik kerana "tamak kuasa"? Mungkin terdesak...? Azmin azmin!!!

Tuesday, November 30, 2010

Nak Ketuanan Rakyat, Seolah-olah Melayu BUKAN Rakyat Pada PKR. Kenapa Ketuanan Melayu Di Kacau!!!?

"Saya Tak Nak Bertuankan Melayu"
Mengacau Ketuanan Melayu!. So Orang Melayu Tak Perlu Undi PKR!!? Benarkah Kan Wan pun BUKAN Melayu? Kita tahulah Zaid itupun Anak Melayu Juga!
SHAH ALAM, 30 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Pakatan Rakyat memperluaskan mesej konsep “Ketuanan Rakyat” di kalangan pengundi di negeri-negeri dikuasai perikatan tiga parti itu ekoran serangan Umno mengenai isu itu sejak Sabtu lalu.

Mengambil pendirian isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Presiden PKR, yang dilontarkan Sabtu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” telah diputarbelitkan oleh beberapa pemimpin elit dari Umno-BN.

“Tanggungjawab negeri-negeri (pimpinan Pakatan Rakyat) ialah untuk menegaskan pendirian dalam soal konep Ketuanan Rakyat,” kata Anwar dalam ucapan penutup Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri kerajaan negeri Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

“Ungkapan Ketuanan Melayu telah diputarbelitkan oleh satu kumpulan yang kaya raya dan orang Melayu yang berkuasa. Mereka kaya kerana dasar-dasar pro-Melayu,” katanya. - Promo ‘Ketuanan Rakyat’ bukannya ‘Ketuanan Melayu’, Anwar nasihati Pakatan
Zaid kata, PKR hanya sekadar mengundi memancing pengundi Bukan Melayu dalam segenap tindak tanduk mereka terutama dalam menghancurkan melayu dan konsep "Ketuanan Melayu". Tetapi mpnyokong Hindraf sudahpun dinafikan layanan yang adil oleh PKR semasa persidangan Perwakilan PKR yang baru berakhir. Bukankah ini adalah BUKTI jelas bahawa HANYA SOKONGAN yang diperlukan oleh kepimpinan keluarga dalam PKR, BUKANNYA perjuangan untuk rakyat Malaysia. Untuk Pangkat dan kuasa by hook or by crook!

Benarkah PKR dapat menjamin keutuhan rakyat Malaysia yang Bukan Melayu? Atau sekadar retorik dan instigate dan indoktrine rakyat Bukan Melayu untuk meletakkan "Seseorang supaya jadi PM". Selain itu- "ke pinggir" atau akan dipinggirkan!!-walauipun terpaksa merobohkan jambatan emas perpaduan yang telah dibina dan terbena atas nama keharmonian oleh Kerajaan Malaysia selama ini. Atau PKR persetankan dengan keharmonian asalkan tercapai pangkat PM!!!?

Benarkah Orang Melayu  mendabik dadanya kepada rakyat Malaysia kerana dia merupakan "Tuan" di Tanah bertuah ini? Bukankah perkataan "Tuan" itu adalah warisan dari Penjajah?


Benarlah Sibaji, the boss...POORRAAHHH.

SHHHHHHT! Kak Wan tak mahu bertuankan Melayu.....(diam-diam jangan bagi tahu orang lain)...Barangkali dia mahu Obama jadi PM Malaysia!!

RELATED:
-Kenyataan Dr Wan Azizah Mengenai Ketuanan Melayu Memalukan Orang Melayu
-GEMPAR! ANWAR TOLAK KETUANAN MELAYU DAN HINA TUN DR M!
-ANUAR LEPAS JAWATAN
-HARUN TAIB SAHKAN ANWAR IBRAHIM GILA KUASA DAN PEMBOHONG BESAR!  

Sunday, November 28, 2010

SPOT THE DIFFERENCES!

Spot the differences!

PKR: Hindraf Semakin dilupakan setelah diperalat.

Keratan Akhbar-Dari BH.

Dulu semasa bermula dan meningkatnya demonstrasi Hindraf, Anwar sendiri turun padang bersama ahli-ahli Hindraf. Masa itu DSAI berjaya memperalat Hindraf untuk menempuh pelbagai kepayahan menghadapi pasukan keselamatan. Gas pemedih mata, pancutan air dan perisai pasukan keselamatan dihadapi penyokong Hindraf.

Kini, dalam pemilihan kepimpinan PKR, penyokong Hindraf dipinggirkan PKR dan Anwar sendiri.  Mereka, yakni penyokong Hindraf, terpaksa bergelut dengan kuncu-kuncu DSAI dan kader-kader PKR. Apa dah jadi? Agaknya dalam proses kepimpinan kali ini Hindraf TIDAK diperlukan DSAI dan PKR. nanti pilihanraya, akan kembali lagi DSAI melutut kepada Hindraf!. "Tolonglah ako jadikanlah ako PM Malaysia!!!!". Masa ini, mereka kena ikut sahaja telunjuk DSAI sekeluarga dan PKR!. Inikah yang dikatakan PORAAAH!

Tidak hairanlah jika wujud "Sivaji the boss..poorrahhh!".

RELATED NEWS:
-Delegates asks PKR, if there is a 'gang of four' in the party?