Translate

Tuesday, April 5, 2011

PEMBOHONG.. JANGAN LAGI BLOCK..BIAR RAKYAT TAHU SAPA NUWAR

Monday, April 4, 2011

47 ADALAH ANGKA "MATI TERUS"

DAP di Sarawak ini sudah menentang keputusan DSAI. Kenapa tak rujuk angka 47 dengan SIFU?.

Kebetulan atau tidak, nombor 47 itu memang angka yang dielakkan oleh Masyarakat Tionghua seluruh dunia. 47 adalah angka yang dielakkan oleh mereka sedaya upaya.

47 bermaksud "mati terus" jika disebut dalam Bahasa Tionghua. Apakah PKR akan menerima nasib "mati terus" setelah mengumumkan bertanding 47 Kerusi DUN dalam PRU Sarawak tahun 2011?

Perkara kebetulan sering juga terjadi......

PROGRAM ANWAR TAWAN SARAWAK. APA BEZANYA DENGAN TAWAN PUTERAJAYA DAN JANJI 916...?

Semua nak ditawan orang tua ini. Puterjaya dengan janji 916 adalah pendustaan politik yang amat dasyat diabad ini. Nak tawan Sarawak!?. Malah Anwar akan membawa keruntuhan politik pembangkang di Sarawak.

Kehadiran Anwar di Sarawak sempena PRU 2011 ini dilihat tidak lebih dari "tukang balun" dan "tukang ucap". Misi untuk kemakmuran rakyat dan kesejahteraan nasional tidak langsung kelihatan. Sejak PRU12, kerja utama Anwar dan penyokongnya hanyalah "Merampas Puterajaya".

Dunia melihat bahawa igauan politik Anwar itu semakin jauh dan semakin tersasar. Masih terngiang-ngiang di telinga setiap rakyat Malaysia tentang perkataan popular Anwar dulu- "we have the number" untuk merampas Putrajaya. Apa yang terjadi adalah di sebaliknya. Number yang disebut Anwar semakin berkurangan kerana beberapa MP PKR meninggalkan PKR.

Kini Anwar merencana Program Menawan Sarawak. Apakah kita tidak melihat bahawa kerja MENAWAN MENAWAN ini bukan satu kegilaan dan agenda kemaruk.

Di kala PKR diancam Tsunami Politik dan mengalami kebocoran yang besar, nafsu politik Anwar semakin memuncak. Apakah Nafsu politik seperti ini mampu menungkah fakta politik yang terbentang di hadapan mata rakyat. Sodomi II, Video Sex dan janji palsu yang menggunung ditambah pula dengan tabii kepimpinan Anwar yang sudah menampakkan "tanduk", "pekung" dan arrogant. Sahabat-sahabat rapat Anwar sudah satu demi satu membuka mulut membuka pekung DSAI. Apakah wajar negara ini dipimpin oleh pemimpin yang bergelomang dengan kontravesi?

Apakah Rakyat Sarawak bersedia menerima pemimpin yang terpalit dengan noda politik, sedangkan Sarawak TIDAK BERSEDIA MENERIMA KEPIMPINAN PARTI LUAR!. PKR tak faham ker kemahuan dan gelagat pengundi Bumi Kenyalang ini?

Ramalan dan fakta politik Sarawak kini jelas menunjukkan bahawa kehadiran Anwar dan PKR sekadar mengeruhkan keadaan/suasana politik Sarawak dan meretakkan hubungan kaum yang telah sekian lama terjalin.

Ramai yang mengatakan bahawa kehadiran Anwar di Sarawak tidak ubah seperti 'QUEEN OF SPADE". Di mana saja dia berada "unsur permusuhan" dan kebencian ditiupkan di benar setiap rakyat Sarawak. Apakah kualiti pemimpin Nasional yang sebegini kita harapkan dan menjadi wadah dan tempat generasi muda kita sandarkan harapan ?

Atau Anwar memang begini...Dia tidak pedulu nasihat dan pandangan orang lain..dia hanya inginkan kemahuannya diketengahkan. "Follow or being shacked" by DSAI.

ANWAR: SNAP Tidak boleh dipercayai.

 
SNAP Tidak Boleh Dipercayai-Anwar.

Di Pulau Pinang, Negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, seramai 3,226 ahli Parti KeADILan Rakyat, kebanyakannya dari rakyat Malaysia masyarakat India telah meninggalkan parti PKR itu kerana kehilangan kepercayaan terhadap kepimpinan dan perjuangan parti itu. Mereka meninggalkan PKR beberapa hari selepas berita mengenai video sex yang melibatkan Anwar Ibrahim tersebar luas dalam media massa.

Di Sarawak pula, Anwar bin Ibrahim mempersoalkan SNAP. Anwar menuduh SNAP pro BN dan menerima sogokan dari kepimpinan BN Sarawak!. Kerana itu SNAP konon tidak boleh dipercayai!

So SNAP dan Anwar dan PKR sering TIDAK MEMPERCAYAI ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN. Mahukah Rakyat Sarawak mempercayai Anwar dan SNAP...?

Jika di Semenanjung Malaysia Anwar sudah mula ditolak rakyat, termasuk ahli-ahli dan sebilangan kepimpinan PKR sendiri, apakah alasan Anwar mendapat tempat di hati dan sanubari Rakyat Sarawak, Bumi Kenyalang?

Style dan pendekatan politik konfrontasi Anwar memang TIDAK SESUAI di Sarawak. Budaya Sarawak adalah budaya lemah lembut dan hormat menghormati. Cara Anwar "MAIN KASAR" dan "Menghina peribadi" sesama insan. Sedihnya dia lupa keperibandian dirinya sendiri!

Rakyat Sarawak...TOLAK Anwar dan kuncu-kuncunya di Sarawak... Anwar tidak mempercayai SNAP setelah gagal memujuk SNAP mengikut TELUNJUK ANWAR, SNAP dihina Anwar.

Barangkali selepas PRU Sarawak ini dan Anwar dan PKR terkubur, Rakyat Sarawak pula akan dihina PKR seperti Haji Hadi Awang menghina penduduk Batang Ai sebagi "tak reti pakai aka memakai cawat".

RELATED
video sex. Anwar Diam Tak Terkata (kaku)

Sunday, April 3, 2011

PULANGLAH.

Sepandai-pandai Tupai melompat..

SURAT SERUAN..

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.  Walaupun jatuh ke tanah, sememangnya tupai akan terus melompat kerana itulah sahaja "kepandaian tupai". Sia sangka Tupaipun pandai main belakang!

Dengan kesedaran yang tinggi dan bangga terhadap kelembutan penduduk peribumi atau indigenous people of Sarawak, saya dengan rendah hati memohon kepada DSAI agar balik sajalah ke Semenanjung atau Ke Permatang Pauh. Kawasan itu perlu bantuan MP yang mereka pilih.

Kehadiran Dato Seri ke Sarawak bagai kehadiran pemimpin Yahudi atau Zionist yang bersorak riang memperlaga-lagakan penduduk  di dunia Arab sesama mereka. Dato Seri pula memperlaga-lagakan penduduk Sarawak yang lemah lembut dan memiliki adat dan budaya yang saling menghormati antara satu dengan lain. Tolenrasi mereka amat agung. Keaslian budaya mereka TIDAK HARUS dikotori dengan kerakusan kuasa dan kemahuan politik yang ultra dan hyper. 

Ku titipkan ini Dato Seri:-

Pulanglah Dato Seri. 
Tinggalkan Sarawak. Jangan tanamkan bibit-bibit kebencian sesama  kami, rakyat Sarawak. Telah sekian lama terbina jambatan perpaduan pelbagai kaum di Bumi Kenyalang ini. Titik peluh darah dan pedih perih pemimpin dan moyang kami terdahulu  tidak ternilai demi mewariskan kemakmuran kepada generasi hari ini. Jangan robohkan jambatan ini Dato Seri kerana tidak semudah itu untuk  kami membinanya semula.

Pulanglah Dato Seri
Bawalah parti keramat bagimu, isterimu dan anak beranakmu. Aku tahu, Sarawak TIDAK biasa menerima campurtangan luar yang ganas. Rajah Brooke telah banyak mengajar rakyat Sarawak tentang garam usang...seusang perjuangan reformasimu yang dikaburi nafsu dan kerakusmu merampas puterjaya. Di bumi ini, menggapai  agenda peribadi tidaklah semudah itu Dato Seri. 

Pulanglah Dato Seri
Bawalah parti keramatmu bersamamu. Bumi Kenyalang memang menghormati kedatangan pelancong, tetapi BUKAN petualang yang TIDAK menghormati adat dan budaya warisan Anak Jati Bumi Kenyalang. Tidak juga seorang pelanggan pelacur di Carcosa atau pelakon dan pendusta yang petah memutar lidah.

Pulanglah Dato seri,
Terimalah hakikat bahawa petang dan senja telah memamah usia dan perjuangmu. Bumi Kenyalang menolak jasad seorang petualang.

Pulanglah Dato Seri.
Tak perlu menunggu sehingga aib menimpamu. 
Bumi ini milik kami.

~kenyalang asli~
Baklalang.


Carcosa Seri Negara: Masih Basah?-

 Gambar Hiasan. Mana Jam Omega?
"......Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks kononnya beliau mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita tidak dikenali di hotel Carcosa Seri Negara bulan lalu...." di sini.
Terang lagi bersuluh kapada umum bahawa perbuatan mendedahkan video XXX yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan seorang pelacur asing adalah perbuatan DATO T aka Dato Trio. Kenapa Dato Trio TIDAK diheret ke Mahkamah oleh DATO SERI ANWAR BIN IBRAHIM?

Kenapa DSAI dan Pembangkang "double standard" dengan tidak menyetujui SURUHANJAYA PENYIASATAN DIRAJA....? Bukankah Bersih demo hingga ke Istana Selangor menuntut Suruhanjaya DiRaja dibentuk untuk menyiasat apa yang DSAI pangggil Correct!  correct!

Apakah kerana Carcosa Seri Negara Masih basah dengan bukti-bukti yang sukar ditepis...? Atau sarat mengandung dengan noda dan dosa seorang Manusia Anugerah Yang Palsu..?

Saya ingat dulu PKR dan DSAI kaki saman...napa tak saman Dato T nowadays yang terang-terang mengaku  menajadi pemegang dan penayang video itu?

Seeing is believing....Tayanglah di Parliment.  Nak "live" jam 10.00

HWP - Semakin terserlah.

Lakonan ini penyebab utama HWP PKR Di Sarawak.

Kemahuan memang tidak terbatas. Tetapi keupayaan terhad. Kuasa minda sahaja yang dapat menyelesaikan kekurangan dari keupayaan yang terbatas ini. Jika kuasa minda gagal dan kemahuan tidak dibendung terjadilah "kecatatan" dan kesilapan manusia-"human error"- akan berterusan. Perbuatan belakon, berpura-pura, hipokrasi dan seumpamanya akan berlaku. Pokok pangkalnya ialah "kemahuan yang tidak dibatasi oleh kuasa minda". Akan rosak binasalah individu yang mengejar kemahuannya itu.

Kemahuan PKR untuk menguasai setiap ruang lingkup politik di Negeri-negeri di Malaysia ini adalah kerana didorong oleh "kemahuan" DSAI untuk menjadi Perdana Menteri. Rakyat Malaysia AMAT SEDAR AKAN KENYATAAN INI.

PRU Sarawak memperlihatkan tabii kemahuan yang tidak terbatas ini. PKR ingin menguasai politik Sarawak kerana konon DSAI adalah Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Bakal PM dan Manusia Anugerah Tuhan. Oleh itu SEMUA KEPIMPINAN PARTI POLITIK PEMBANGKANG DI SARAWAK MESTI TUNDUK DAN PATUH KEPADA KEMAHUAN ANWAR. Tetapi keupayaan ANWAR TERBATAS. Kekotoran terlalu banyak terpalit di wajah dan wadah perjuangannya!. Kerana itulah SNAP menguburkan "wajah dan wadah PKR dan Anwar di Sarawak. Sekaligus memberitahu Rakyat Sarawak bahawa PKR TIDAK MENGHORMATI KEMAHUAN PARTI YANG BERTUNJANGKAN BUMIPUTERA/PRIBUMI SARAWAK. Apakah alasan mengatakan bahawa PKR dan DSAI menghormati Rakyat Sarawak? Atau sekurang-kurangnya mendengar rintihan rakyat Sarawak?...

Jika momentum PKR dan DSAI seperti ini berterusan di Sarawak sehingga pembuangan undi dalam PRU Sarawak, jelas dan teranglah lagi bersuluh bahawa CALON-CALON PKR DALAM PRU SARAWAK TAHUN 2011 INI AKAN MENDAPAT HWP......

HWP ialah Hilang Wang Pertaruhan aka Hangus Wang Pertaruhan.

RELATED:
-Video Seks wajar ditayang di Parlimen
-SENARAI CALON-CALON BN dalam PRU 2011-Sarawak, Bumi Kenyalang.
"Agi idop Agi Nelaban"

PKR SEJARAH. KETUA WANITA PKR DINYAHKAN DARI SIBU.

Zuraidah..Nyah kao dari Sibu, Sarawak!
“PKR Sibu tidak membenarkan Zuraidah menggunakan pejabat cabang parti itu sebagai bilik gerakan. Malah PKR Sibu juga menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon muda di kawasan berkenaan,” kata sumber berkenaan. di sini
Di sana sini ternyata PKR semakin menjadi "sejarah". Di Sabah, suara PKR sudah lama tenggelam.  Di Sarawak PKR sudah menampakkan kerakusan sehingga mengenepikan SNAP.  Pemimpin kecil PKR Sarawak HANYA BERHASRAT UNTUK MENGGUNAKAN PKR UNTUK DAPAT BERTANDING.  Tiada tanda-tyanda positif yang dapat digarap bahawa PKR akan memperjuangkan hak rakyat di Sarawak, khasnya masyarakat BUMIPUTERA Sarawak. Kita tidak hiran jika calon-calon PKR dalam Pilihanraya Umum Sarawak akan kalah semuanya dan kesemua atau kebanyakannya akan "Hilang Wang Pertaruhan Pilihanraya" .

Video XXX yang dikatakan melibatkan pemimpin kanan PKR sudah disahkan tulin adalah penyumbang utama tenggelamnya PKR.  Penafian demi penafian dibuat namun video ini tidak dapat ditangkis dengan mudah. Mereka yang sudah hilang KEWARASAN SAHAJA menyokong pemimpin yang terlibat dengan video XXX lalu terus menyokong PKR.  Tidak keterlaluan dikatakan bahawa mereka menyokong PKR kerana "kedegilan dek keterlanjuran"!

Ribuan rakyat Pulau Pinang, negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, telah meninggalkan PKR. semasa PM melawat Pulau Mutiara itu sempena program Santapan Bersama Rakyat. Tiada alasan yang logik kenapa RAKYAT SARAWAK dan rakyat Sabah dan Rakyat Malaysia amnya harus mennyokong PKR yang semakin tenggelam dan ditinggalkan ribuan ahlinya. "Sink and Swim" dengan sebuah parti politik adalah satu jenaka yang tidak "funny". Unwise to fight a losing battle...itulah PKR, tenggelam dan mula 'desserted" untuk menjadi catatan sejarah.

Ramalan SL, pemimpin yang "berkulit PKR" tetapi "berwadah DAP", lambat laun pasti akan bersama DAP dan akan meninggalkan PKR. Hitunglah hari dan hitunglah mereka dengan jari. Rakyat Malaysia mengenali mereka. Mereka  yang berwadah DAP ini menggunakan PKR untuk sementara sahaja kerana memerlukan UNDI PAS. (read my lips).

Nah..bila Zuraidah, Ketua Wanita PKR sudah tidak dilayan di Sibu, siapa kata Pemuda PKR dan Anuwar akan dilayan?

Bila keadaan begini berterusan..selepas PRU Sarawak...PKR akan jadi sejarah.....Karpal Singh pula semakin menjadi TRIPLE STANDARD, akan benar-benar memaksa Anwar BERTAUBAT. 

Azmin Ali tak bagi tau kee "kekasih awal dan akhirnya" bahawa KS itu jua "tak boleh dipercayai"?