Translate

Saturday, July 9, 2011

TABIAT POLITIK MEMPERALAT ATAU MENGGUNAKAN INDIVIDU DAN ORGANISASI.

Ambiga bakal Perdana Menteri Malaysia?..Kenapa pemimpin-pemimpin parti yang berdaftar secara sah ini berselindung di sebalik organisasi yang haram? Apakah mereka terlalu berlebihan kepintaran mereka dalam skill memperalat sehingga mereka tidak cenderung dan tidak berani menggunakan organisasi mereka sendiri? Apakah kerana suburnya sikap "MEMPERALAT" dalam bidang dan amalan politik mereka sehingga perkara memperalat ini berterusan diamalkan di arena yang lain?

RELATED
-50 Ribu Hadir Perhimpunan Bersih, Cerita Bohong! 

Kemenangan atau Pencabulan Terhadap Demokrasi.

Negara ini memang mengamalkan Demokrasi berpelembagaan BUKAN sosialisma Bukan Komunisma dan bukan juga Apartheid.

Amalan berdemonstrasi dilakukan sebagai menunjukkan perasaan ketidaksetujuan dan ketidak puasan hati terhadap dasar dan amalan pemerintah atau amalan organisasi. Menunjuk perasaan adalah langkah memberi makluman dan kesedaran kepada umum mengenai "keputusan" yang tidak menyenangakan dan tidak disetujui umum akan akibat dari dasar dan amalan yang diputuskan. Tunjuk perasaan ini dilakukan sebagai menyampaikan mesej kepada pembuat dasar dan keputusan. Bantahan disampaikan kepada umum agar turut membantah dengan harapan dasar dan keputusan itu dapat diubah ke satu dasar dan amalan yang dapat diterima umum.

Demo Bersih 2 dipandang oleh penyokong baju kuning sebagai "kemenangan kepada demokrasi". Seolah-olah negara ini sudah mati demokrasinya!. Penduduk negara ini lebih kurang 27 juta orang. Mereka hidup dalam negara yang mengamalkan demokrasi berpelembagaan yang sudah diterima umum sekian lama sebagai demokrasi "mengikut acuan Malaysia" dan dipersesuai dengan sifat negara ini yang dihuni masyarakat majmuk. Kita telah sekian lama menikmati keharmonian dan kemakmuran. Apakah kemakmuran dan pembangunan yang kita telah kecapi sejak merdeka ini hasil dari "apartheid, komunisma atau sosialisma?"

Umumnya demo bersih 2 ini gagal mencapai matlamat yang digariskannya . Sebab utamanya ialah kerana "NAWAITUNYA YANG SALAH". Dari hendak membersihan daftar pengundi sebagi nawaitu ke  agenda peribadi dan politik bagi MENCETUSKAN HURU HARA seterusnya MENJATUHKAN KERAJAAN yang sememangnya mengamalkan sistem demokrasi. Apakah ini "kemenangan kepada demokrasi atau pencabulan kepada demokrasi?

Apakah kerugian ratusan juta ringgit para peniaga dan orang awam akibat demonstrasi Bersih 2 sebagai satu kemenangan kepada demokrasi?

Selepas ini, tanyalah rakyat Malaysia, apakah keberhasilan demo bersih 2 dalam konteks kemakmuran rakyat dan negara? Apakah sistem, dasar dan amalan yang berubah akibat dari demo Bersih 2?

Apakah penganjur demo bersih 2 dan peserta demo akan membayar gantirugi kepada mereka yang mengalami kerugian akibat demonstrasi itu?

Apakah dengan mengumpul 10,000 demonstrants maka hak dan suara lebih kurang 27 juta rakyat Malaysia sudah diwakili? Apakah 10,000 sudah menunjukkan kemenangan demokrasi terhadap lebih kurang 27 juta  rakyat Malaysia?

Jika saban hari masyarakat sudah dihujani dengan mesej dan informasi melalui media dan media cyber, apakah terlalu relevent bagi bersih untuk berdemo sekadar memberitahu kerajaan dan rakyat bahawa daftar pengundi itu "KOTOR dan perlu diBERSIHkan?"

Atau demo bersih 2 mesti juga dilakukan kerana 'agenda yang tersembunyi" yang lebih besar kerana selama ini impian merampas puterajaya mengalamai kegagalan?

Again, kita tanya..Apakah menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi kerana sering gagal memenangi suara rakyat melalui pilihanraya merupaka "KEMENANGAN KEPADA DEMOKRASI"?

Menangkah demokrasi di Iraq? Menangkah demokrasi di Afghanistan? Menangkah demokrasi di Uganda?

Jika BUKAN KITA yang mengiktiraf demokrasi di negara kita, siapa lagi?

Apakah demokrasi hanya berlaku dan benar di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah sahaja?

Masih terngiang-ngiang ditelinga SL bila PR memerintah Perak dikatakan demokrasi mantap di Perak. tetapi apabila sahaja PR jatuh kerana kehilangan simple majority maka pemimpin PR mula memekikkan di DUN Perak dan di jalanan bahawa "Demokrasi berkubur di Lembah Kinta"...Demokrasikah sikap begini?

Sesungguhnya Rakyat Malaysia semakin bijak dan rasional. Kerana itulah Bersih 2 gagal  mencapai matlamatnya. PRU13 bakal menghidupkan dan menyuburkan Demokrasi Berperlembagaan Mengikut Acuan Malaysia. Pastinya nawaitu yang kotor akan gagal dan pemimpinnya yang bacul dan tidak bermaruah akan kecundang......Takbir.

RELATED
-Perhimpunan Bersih Gagal, Rakyat Lebih Cintakan Keamanan 
-Peniaga Tutup Kedai, Pelanggan Tiada Ekoran Perhimpunan Haram  

BINTANG "BLUE LAGOON" BERAKSI

Peminat bergambar dengan bintang kesayangan!
Skrip I: 
"Demo adalah hak perlembagaan saya! saya tak kisah untung rugi peniaga, pemandu teksi, penjual pisang goreng, dan kain batik made in Kelantan, penggilap kasut, urut kaki, jam-jam tiruan, VCD cetak rompak dan bunga-bunga etc. mengalami kerugian..itu bukan urusan saya. Yang penting hak saya untuk berdemo mestilah saya tuntut selaras dengan perlembagaan. Oleh itu.. to hell dengan hak orang lain!

Skrip II:
"I nak lawan scud dengan patriot". Ada yang cakap seperti gagah perkasa tapi tak ada "biji". Lihatlah saya. Polis minat kat saya dan tangkap gambar dengan aksi dan pose yang menawan"..

Skrip III:
"Yang sui pula ialah ke mana perginya mereka yang berbaju merah?"

Skrip IV..
"kamu semua telah tinggalkan aku apabila ako digari. Apakah dalam keadaan yang lain juga kamu akan tinggalkan ako?..ako akan balik ke Blue Lagoon bersenda dengan "mermaid".."

'HAVE A WONDERFUL AND PEACEFUL DAY" 
From SL.

Penerima Anugerah Pelakon Terbaik filem "Manusia Jalanan"

kejap dia sedar..kejaplagi dah tak sedar..CHIPMORENWAR!
Lelah di sini tapi tak lelah di ranjang!
Yang ini pulak dah mula pakai neck guard! Waduhh...real ya!
Siapa tak kenal dengan Pengarah dan Pelakon terkenal ini. Dia pernah berlakon dalam filem Fitnah I dan Fitnah II. Selain itu filem Sodomi I dan Sodomi II memenangi anugerah bintang 916. Dalam apa keadaan sekalipun dia tetap menolak sorotan filem DNA kerana tidak sanggup menerima kenyataan.

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, dia ditunggu-tunggu oleh pemberita antarabangsa/international bagi melaporkan episod lakonannya yang terkini. Malangnya fungsi dan agenda pemberita antarabangsa ini sekadar memenuhi kehendak tuan-tuan mereka agar melaporkan perkara Negatif mengenai kerajaan agar negara ini dikutuk di peringkat antarabangsa....

Lakonan ini sebenarnya adalah kerja terkutuk..

Boleh tak ambil darah pelakon ini untuk ujian DNA?
By the way, does that also mean Anwar won't be able to attend court next week to answer the sodomy charge against him? Of course he can't! How could anyone in this condition possibly be fit enough to do that! Sneaky Heheh! But to Anwar: This is modal lama laa. And for your own sake, please cut out the excessive over-acting. When you've done this once too often, people eventually catch on...selanjutnya di sini

RELATED

Friday, July 8, 2011

Siapa semakin tenggelam punca dalam menghadapi kebangkitan rakyat?

 "terdesak" untuk menghadapi kebangkitan rakyat?

Tsunami politik yang melanda Malaysia selepas PRU12 telah reda walaupun kesannya masih dirasai. Setelah beberapa tahun berlalu, negeri-negeri yang diperintah pakatan rakyat hanya memperlihatakan "kebangkitan rakyat" buat sementara. Menilai kejayaan dan pencapaian Negeri-negeri di bawah pakatan rakyat tidaklah seindah yang digebar gemburkan melalui "kertas", program pembangunan yang diumumkan kepada media untuk pengetahuan rakyat.

Pulau Pinang lebih menampakkan penyisihan @ penafian hak rakyat yang memerlukan pembelaan. Pemusnahan gerai-gerai perniagaan tanpa program alternatif bagi penempatan semula perniagaan mereka jelas menunjukkan bahawa hak rakyat diketepikan. Gerakan ini lebih dirasakan oleh Masyarakat Melayu Pulau Pinang.

Tindakan melenyapkan Kampung Buah Pala yang diiringi tangisan rakyat Malaysia yang berketurunan India lebih menyayat hati. Apakah ini menjadi agenda yang boleh dikategorikan sebagai "kebangkitan rakyat" menentang Kerajaan Malaysia atau kebangkitan rakyat menentang kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat?.

Pengunaan "kebangkitan rakyat" oleh hanya "segelintir rakyat" dan oleh "segelintir pemimpin" sahaja tidaklah memenuhi atau menepati kehendak istilah "kebangkitan rakyat". Mungkin Kebangkitan Segelintir" rakyat yang berjaya dihasut atau menganut ideogi politik tertentu sahaja. Dalam keadaan inilah istilah "rakyat" disalahgunakan atau "abused".

Tuntutan Bersih 2 yang berkehendakkan agar bersih senarai pengundi dengan demonstrasi jalanan sudah pasti TIDAK menepati hasrat membersihkan daftar pengundi. Apa yang berlaku jika sekiranya demonstrasi berlaku dijalanan ialah kemusnahan awam dan kerugian kepada ramai pihak terutama peniaga, pemandi teksi dan rakyat sekitar yang terganggu urusan mereka kerana "ketakutan" akan berlaku rusuhan dan keganasan.

Dengan senjata yang disita oleh pihak keselamatan sudah pasti demonstrasi itu mengarah ke kejadian yang tidak diingini atau kacau bilau yang merugikan semua pihak. Ianya juga TIDAK menguntungkan pihak penganjur kerana KEBENCIAN rakyat akan meningkat lantaran hak mereka untuk hidup dalam keadaan selamat dan harmoni tercabul.

Buktikanlah kepada dunia bahawa perhimpunan bersih bermatlamatkan untuk membersihkan daftar pengundi! Lihatlah dan dengarlah nanti bila bersih berhimpun di dalam studium..apakah isu mereka...DAFTAR PENGUNDI ATAU POLITIK ATAU HENDAK MERAMPAS KUASA seperti yang berlaku di negara Timur Tengah...

Apakah tidak benar bahawa Demonstrasi Bersih 2 ini BUKAN untuk menghidupkan semula semangat "reformasi" yang sudah sekian pudar dan dilupakan lantaran "morality" kepimpinan pembangkang yang semakin 'runtuh"? dan kerana kepimpinan Pakatan Rakyat sudah ramai yang beralih arah kerana telah sedar akan kepincangan dalam parti itu sendiri?

SL tidak fikir dengan waras bahawa organisasi haram akan melakukan aktiviti "halal" dengan lebih berkesan. Soalnya lagi KENAPA ORGANISASI YANG HARAM digunakan sebagai vehicle sekiranya niat membersihkan daftar pengundi sahaja yang menjadi agenda utama?

Rakyat Malaysia akan mengadili perhimpunan organisasi haram, Bersih, di DALAM STUDIUM. Walaupun anih kerana terdapat "organisasi yang halal" berselindung di sebalik organisasi haram, kenyataannya inilah yang berlaku kini. 

Now, kita tepuk dada dan tanya selera: Siapakah sebenarnya yang terdesak menghadapi kebangkitan rakyat setelah Tsunami Politik mula membadai Pakatan Rakyat.

Rakyat tidak akan mengangkat maruah pemimpin atau individu yang runtuh kernan perbuatan mereka sendiri. Sodomi II dan Video XXX panas tidak akan tertutup dengan baju kuning. Rakyat Malaysia semakin matang dengan percaturan @ permainan politik terutama mengenali "politik pembohongan dan menghalalkan cara dalam mencapai matlamat".

SL melihat secara keseluruhan PRK yang diadakan menampakkan TSUNAMI POLITIK jelas beralih arah..dan belum ada PRK selepas Sodomi II dan Video XXX panas.

Berjayakah "baju kuning" menyambung nafas reformasi dan "kepala" reformasi yang semakin pening dan memeningkan?

RELATED

Wednesday, June 29, 2011

BUBAR SAHAJA DEWAN UNDANGAN NEGERI JIKA TAK YAKIN DENGAN PROSES PILIHAN RAYA – SHAFIE

Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

SEMPORNA, Naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta empat kerajaan yang diperintah parti pembangkang supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing jika tidak yakin dengan proses pilihan raya selama ini. selanjutnya di sini

Sunday, June 26, 2011

Isu Moral dan Isu DSAI Letak Jawatan.

 Didesak letak jawatan, Letak Jawatan atau membawa rebah!
Pas dicabar desak Anwar letak jawatan
Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Jun - Pemimpin Pas dicabar mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang selepas rakaman video seks yang menyerupai pemimpin pembangkang itu disahkan tulen oleh pakar. Yang Dipertua Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, Pas perlu lebih tegas dengan menolak Anwar dan memilih wakil yang lebih bermoral serta tidak mengambil pendekatan berdiam diri.

Katanya, Pas sebelum ini menolak 'bertuankan' pemimpin yang tidak bermoral namun parti itu tidak mengambil tindakan serupa terhadap Anwar.

''Di mana pemimpin Pas yang dipanggil ulama dan apakah pendirian mereka mengenai isu moral Anwar ini? klik di sini

Jika dinilai dari segi PRINSIP politik, DAP sudah lama mengkhendaki DSAI untuk meninggalkan politik dan seterusnya bertaubat. DSAI memang benar telah banyak membawa kemusnahan dan kerosakan dalam negara terutama ke atas perpaduan kaum dan politik negara. Karpal Singh sudah lama menyuarakan keperluan untuk DSAI meletak jawatan politik.

Bagaimanapun, apabila meneliti bahawa DAP tidak akan mengalami kerugian  dengan mendesak DSAI berhenti dari politik, PENYINGKIRAN DSAI DITANGGUHKAN. Seterusnya, isu mendesak DSAI meletak jawatan kerana PRINSIP tidak perlu ditimbulkan buat sementara waktu. Dengan kata lain DAP masih menikmati keuntungan dengan keberadaan DSAI dalam arena politik pembangkang. Sekaligus, bermakna DAP sudah tidak mementingkan PRINSIP dalam konteks DSAI dan maruahnya berkait SODOMI II dan VIDEO SEX. Dalam soal ini DAP lebih utamakan "untung" dari prinsip. Bagi DAP PRINSIP TAK PENTING!

Bagi PAS yang sekian lama memperjuangkan Negara Islam, yang tiba-tiba meninggalkan PRINSIP perjuangan asal itu masih menjadi tanda tanya. Apakah dalam soal DSAI yang sudah tidak lagi bermaruah masih menjadi pemimpun yang disanjung sanjung PAS a.k.a. 'idola PAS"?

Soalnya jika DSAI yang tidak lagi bermaruah menjadi pilihan PAS, apakah PAS juga sudah membuka pintunya untuk menerima pimpinan yang tidak bermaruah setelah meninggalkan PRINSIP negara Islam....? Apakah halal haram juga tidak lagi diperdulikan PAS asalkan PAS "untung politik"?

BTW..ESKAY kata pelakon dalam video panas itu bukannya mirip Anwar tetapi "memang Anwar"... 

RELATED