Translate

Saturday, October 25, 2008

KENAPA MUKHRIZ MAHU PEMUDA UMNO 'BERANI BERUBAH'?

MUKHRIZ MAHATHIR:
Berani Berubah.
Oleh: LUKMAN ABDULLAH

Apapun orang kata tentang Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir tidak boleh tidak terfikir atau tidak terlintas nama mantan Perdana Menteri yang menerajui negara selama 22 tahun.Mukhriz sememangnya boleh mendapat apa saja keistimewaan, tidak kira di mana mahupun untuk memegang jawatan tinggi dalam kerajaan mahupun parti sekiranya Tun masih menerajui parti dan jadi Perdana Menteri.Tapi hakikat itu hanya boleh diperkatakan saja, ianya tidak berlaku. Kalau berlaku pun, bukan Mukhriz tapi mungkin abangnya Mokhzani yang satu ketika sudah berada dikalangan pimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.
.
Kini, dalam usia 44 tahun anak ketiga Tun menawarkan diri untuk menerajui Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia bersama calon-calonnya Khairy Jamaluddin Datuk Abu Bakar yang kini Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, mantan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan pemimpin muda Perlis Datuk Zahidi Zainol Abidin

Dari Agendadaily
Read more.....
http://www.agendadaily.com/tips/index.jsp

Thursday, October 23, 2008

STIMULUS USD700 BILLION-DIAM; STIMULUS MYR5 BILLION -BISING: INCONSISTANCY?

Wang Rasuah atau Stimulus?
(Gambar Hiasan)
Stimulus USD700 billion: Diam
Stimulus MYR5 Billion: Bising.
“inconsistancy”?.


Bila Ahli Parlimen Sg Burong jolok sarang isu exco Kerajaan Perak yang terlibat dengan rasuah, Ahli Parliment Gombak, Anak Emas DSAI, YB. Azmin Ali, mula melenting dan telinganya mula berdiri lalu dengan hujah yang tersusun indah dan dengan wajah serius mengatakan bahawa Exco Kerajaan Perak yang rasuah itu adalah permainan BPR dan dia ada bukti kukuh. Itulah intipati perkataan Azmi di Parliment Malaysia. Seolah-olah bila orang KeAdilan melakukan rasuah ianya “Halal”. Seolah-olah bila orang keadilan menerima “sedekah sex” ianya “diluluskan” dan yang salah ialah BPR. Inconsistancy?

Barangkali bagi Azmin Ali, selaras dengan isu di atas, akan mengatakan bila manusia digoda oleh hawa nafsu dan syaitan dan tewas oleh godaan, yang salah ialah hawa nafsu dan syaitan bukan manusia yang melakukan perbuatan terkutuk itu. Di manakah kitab rujukan Azmin Ali ini?. Adakah Azmin Ali memperkecilan dan membelakangkan para alim ulama negara dengan penyataan demikian semata-mata kerana membela sahabat seanutan parti politik yang 100% menerima “sedekah sex” seperti yang dia sendiri akui? Demikianlah pendirian seorang “anak emas”. Inconsistancy?

Nah, ini inconsistancy besar. USD700 billion diluluskan oleh kerajaan Amerika untuk meyelamat institusi-institusi kewangannya. Demokrat dan sebahagian Republikan mengutuk langkah itu. Kepimpinan dunia, sebahagian besarnya mengkritik langkah Amerika itu kecuali Presiden Filipina Gloria Macapoagal Aroyo yang memuji dan menyanjung tinggi langkah itu. Fasal duit memang GMA pasti akan puji. Inconsistancy?

Di Malaysia orang pertama yang saya terbaca pandangannya ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tun kata bahawa suatu waktu dulu US mempersoal tindakan “bail out” Malaysia khasnya oleh Petronas, kini kita lihat USD700 billion diluluskan oleh orang yang menuduh Malaysia suatu waktu dulu, sebagai mengamal “bail out”. Inconsistancy?

Orang pertama yang saya harapkan untuk membuat komen ialah DSAI. Dia adalah orang pilihan pertama Margaret Thatcher, bekas Perdana Menteri British, untuk dijadikan sebagai Menteri Kewangan British kiranya keadaan mengizinkan. Malangnya, dalam kes USA ini, DSAI tidak menonjokan diri. Pakar kewangan dan ekonomi dunia bagi Margaret Thatcher ini sepi seribu bahasa. Seolah-olah dia telah menutup mata dan hatinya mengenai isu bail out Amerika yang berjumlah USD700 billion. Barangkali bila ada berita di dada akhbar mengenai bail out USD 700 billion ini, DSAI skip, “tak nak bace”. Inconsistancy?

Bila Menteri Kewangan Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengemukakan stimulus ekonomi dengan suntikan modal sebanyak MYR5 billion, DSAI, pilihan no.1 Margaret Thatcher ini mula bangkit mengaum dan mengatakan bahawa “kerajaan tidak bertanggungjawab”. Tapi kerajaan US tidak pernah DSAI kata tidak bertanggungjawab. Nampaknya bila stimulus US700 dia diam, Stimulus MYR5 billion dia bising. Nampaknya inilah persamaan “Anak Emas dengan Bapa Emas”. "Bapa Borek Anak Rintik" atau "trademark". Bagi Bapa emas, kalau sahabat, USA, buat stimulus ekonomi USD700 billion dia “thumb up”, Malaysia buat, dia “thumb down. Bagi anak emas, kalau pemimpin PKR melakukan rasuah, belum sempat siasatan dibuat, dia kata yang salah BPR, kalau orang BN, belumpun dibuktikan bersalah dicop sebagai “Pengkhianat Negara”. Inconsistancy?

Wednesday, October 22, 2008

Laporan Polis Terhadap TPM dan Menifestonya: Usaha di Lorong Sempit dan Kesempitan

16 September 2008 telah berakhir tanpa ada “yang tertunai”. Janji Oktober berakhir dengan janji baru, “Janji Sebelum Aidil Adha” . Itulah beberapa siri Janji Yang Berhormat Dato Seri Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia khasnya para penyokongnya untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke enam.

Entah penyair dari dunia mana yang berupaya mindanya menggambarkan bertapa “setianya”mereka yang mendokong janji-janji DSAI yang tiada penghujung itu. Barangkali lebih mudah digambarkan dengan mata pena yang sering diraut dan duduk dimeja bersuluhkan pelita antiq kiranya mereka dan DSAI “menyalahkan rakyat kerana memilih Barisan Nasional”.

Sehingga kini kemenangan BN bagai merupakan satu hakikat yang DSAI dan pengikutnya tidak dapat terima dengan hati terbuka dan murni. Apabila YAB Dato Seri Mohamad Najib Tun Razak akan bakal dinobatkan sebagai Perdana Menteri, lorong-lorong sempit terpaksa diharung bagi menghalang “penobatan” itu walau ianya semakin sempit dan menyempitkan.

Menifesto Najib yang tersiar dalam Malaysiakini adalah satu “naked truth” yang menunjukkan sebarang usaha akan dilakukan oleh mereka yang kesempitan fakta bagi memburukkan maruah dan imej bakal Perdana Menteri Malaysia itu. Penulisnya atau penyumbang artikal itu, Wong Choon Mei, dilapurkan meletakkan jawatan dari media itu kerana mengakui kesilapannya. Ini menunjukkan bahawa ianya bertanggungjawab terhadap kesilapannya; tetapi hasil tulisan itu masih terpampang dimedia itu sehingga tulisan ini dibuat. Apakah sikap media itu bertanggungjawab?

Apakah ini cara intelek "Bangsa Malaysia" membuat laporan polis?


Kenapa tidak pernah ada banner sebegini sehingga terpaksa saya guna foto manipulasi.

Dalam keadaan yang “normal” sesebuah laporan polis terhadap kesalahan seseorang individu atau mana-mana kumpulan atau sebagainya dibuat tanpa perarakan. Paling maxima ianya disertai oleh peguam yang membawa fail yang mengandungi rekod yang ingin dilaporkan. Bukalah mata dan hati kita. Renungkanlah cara sebuah laporan polis yang dibuat terhadap bakal Perdana Menteri Malaysia. laporan itu di buat di ibu pejabat polis Dang Wangi, Kuala Lumpur tengah hari ini, 21 Oktober, 2008 oleh kumpulan tertentu pro DSAI yang berselindung di sebalik tabir di ruang terbuka. Kepastian mengenai affiliation dan association mereka 99.99%.

Keganjilan cara dan “style” yang lengkap dengan “banner” ini bagi saya adalah satu budaya ganjil dalam cara membuat laporan polis. Bagi saya inilah “retorik yang asli” ciptaan dan ramuan pembalun. Apakah mereka ini “bersungguh” membuat laporan polis atau lebih kepada menunjuk dan menonjolkan keghairaan yang melampau?. Apakah ini model “Bangsa Malaysia” yang kita inginkan? Apakah ini kaedah para professioal dan para intelek? Atau sekadar Usaha-usaha Di hujung lorong Sempit dan Kesempitan?.

(We should take care not to make the intellect our god; it has, of course, powerful muscles, but no personality.- Albert Einstein)
.......
Read More......
DPM unveils manifesto for top Umno job

Sunday, October 19, 2008

Datuk Shafie Haji Afdal Cacat Sejarah.

Datuk Shafie Haji Afdal Pemimpin dari Sabah yang telah dapat mendalami budaya politik di semua peringkat Persekutuan dan Negeri

Shafie catat sejarah
Oleh Saufi Hamzah, Siti Nur Almizan Aripin, Bennie Zie Fauzi dan Nurul Farina Nazlan bhnews@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal mencatat sejarah sebagai pemimpin Sabah pertama melayakkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada pemilihan parti itu Mac tahun depan. Sehingga malam tadi, Shafie mengumpul 26 pencalonan selepas mendapat pencalonan dari Kemaman, Raub, Pokok Sena, Padang Rengas, Merbok, Gelang Patah, Kinabatangan, Batu Sapi dan Alor Star. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut layak apabila meraih 21 pencalonan termasuk dari Bachok, Padang Rengas dan Tebrau. Syarat layak bertanding jawatan Naib Presiden ialah 20 pencalonan.

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein masih mengungguli pencalonan jawatan Naib Presiden apabila mengumpul 38 pencalonan termasuk dari bahagian Merbok, Padang Rengas, Pokok Sena, Raub, Bachok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pula mengumpul 17 pencalonan selepas meraih pencalonan dari Kemaman, Bachok, Pokok Sena, Merbok, Tebrau dan Gelang Patah. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar kini mendapat lapan pencalonan termasuk dari bahagian Kemaman sambil bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis menerima pencalonan dari Raub untuk mengumpul tiga pencalonan setakat ini, manakala bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menambah dua lagi pencalonan masing-masing dari Padang Terap dan Padang Besar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan masih dengan dua pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, Tan Sri Isa Samad (empat) dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim (lima). Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus berada di depan untuk merebut jawatan Presiden apabila mengumpul 43 pencalonan setakat malam tadi. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendahului pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden apabila mengumpul 37 pencalonan termasuk 13 semalam. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing masih dengan tiga pencalonan setakat ini bagi saingan jawatan Timbalan Presiden.

Saturday, October 18, 2008

TUBUH SURUHANJAYA DI RAJA: BILA MUSANG BERBULU AYAM.

Tidak semestinya musang terus menerus
menang melawan keluarga ayam.
.
Bila politik sudah menjadi hidangan sarapan, makan tengahari, dan makan malam akibatnya perut telah masuk angin rasa kenyang bagai telah menjamu selera di hari raya terbuka hari pertama. Tidurpun bagai dibuai mimpi berada di taman, dengan anak-anak sungai mengalir riang, sedang bidadari dengan bau wangi-wangian memenuhi udara yang cukup nyaman dan mengasyikkan.

Cuma barangkali, bagi orang politik hyper dan sewel pasti akan merasa boring berada di sana kerana bidadari akan tetap enggan memasang poster “undilah saya” atau memasang banner “tubuh suruhanjaya di raja”. Orang politik pasti akan marah dan menghentak meja. Tanpa tak sedar dia menghentak kepala isterinya yang tidur lena di sisinya. Astagfirullah ilaziim.. Teruknya orang politik.

Dalam Kes Video Linggam dulu desakan pernah dilakukan agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi membersihkan Badan Kehakiman dan sistem judiciari yang lebih terus. Sudahpun tertubuh dan laporan Suruhanjaya telahpun dibuat. Namun kesannya semakin banyak klip video di net yang dimulakan dengan “CORRECT, CORRECT, CORRECT”. Rungutan terhadap Badan Kehakiman tidak juga terhenti. Barangkali inilah yang dikatakan “mulut manis, hati lain-lain” . Maka membuat helahlah si musang. Musng berbulu ayam.

Kalau niat untuk membersihkan nama YAB Dato Seri Najib Tun Razak, bakal Perdana Menteri; maka Suruhanjaya Diraja ditubuh, seperti syor Lim Kit Siang, konon agar Perdana Menteri Malaysia tidak jadi bahan lelucuan dunia, amat ketara di depan mata kita “niatnya adalah lain-lain”. Maaf saya katakan kiranya itulah niatnya, membersihkan nama Najib, itu adalah niat “kura-kura”. Siapa yang mencemar Najib?. Hatta, tiba-tiba orang BN lain yang jadi Perdana Menteri, misalnya Dato Jamluddin Jarjis sekalipun, pasti dicaci dan dikata oleh orang-orang seperti LKS dan cyber troopernya (CT). Mereka tidak akan pernah puas. Barangkali, andainya Lim Guan Eng jadi perdana Menteri barulah LKS an CT bernada lain.

Perkara ini tidak lebih dari helah mereka yang subscribe kepada budaya “musang berbulu ayam” disangka rakan sebaya tetapi sebaliknya pemangsa yang licik. Saya kira lebih tepat niat disebalik kemahuan dan desakan menubuhkan Suruhanjaya Diraja tersembunyi niat dan persoalan “kenapa Najib jadi PM bukan Anwar”. So, sila siasat. Jangan nanti suruhanjaya menjadi "suruhaniayah".
.
Jawaban saya amat ringkas dan padat-"Anwar dan PRnya kalah dalam pilihanraya kerana itulah Anwar tidak jadi Perdana Menteri. Kalau kalah jangan buat-buat menang".
.
Najib tidak terlibat dengan kes Altantuya dan telah bersumpah. LKS tak akan faham makna “sumpah” kerana ketebalan keraguan dihatinya.

Kalau video Linggam masih “korek, korek, korek”, kes Altantuya tetap akan jadi “Mongolia, Monggolia, Monggolia”. Akhir ul kalam tidak banyak berubah. Sebaiknya jangan dipersenda suruhanjaya di Raja dek ketagihan, kecanduan, dan kerakusan politik. Bina maruah, bina bangsa dan tanahair yang merdeka, bermaruah dan bertamadun.

Friday, October 17, 2008

Apakah Salah Malaysia Pada Anwar?

Rakyat Indonesia Anti Malaysia di Indonesia suatu waktu dulu. Apakah mereka dipenasarankan?

Lawatan kerja DSAI ke Indonesia baru-baru ini menampakkan kita bagaimana DSAI mengerjakan Malaysia. Dia mengupas Malaysia menggunakan pisau tumpul dan berjeriji. Malaysia yang menjadi pilihan sebilangan besar rakyat Indonesia untuk mencari peluang ekonomi dengan pekerjaan digambarkan DSAI sebagai “negara pasung” tempat rakyat Indonesia didera dan diekploitasi. Kegembiraan, nikmat hidup yang lebih baik, dan ketinggian keinginan rakyat Indonesia untuk menjadi penduduk tetap Malaysia tidak langsung disentuh. Pendiknya, hanya gambaran yang negatif mengenai rakyat Indonesia yang bekerja di Bumi Malaysia diberikan keutamaan dengan cara mercikkan api kemarahan rakyat Indonesia kepada Kerajaan Malaysia.

Pada hari berikutnya, ternyata rakyat Indonesia di bumi Indonesia tiba-tiba menjadi “penasaran” kerana baranya ditiup DSAI.

Akhbar-akhbar di Indonesia mula menyiarkan rakyat negaranya yang teraniya di Malaysia. Digambarkan kanak-kanak bawah umur dibiarkan menjadi buruh memungut buah kelapa sawit di Malaysia. Digembar-gemburkanlah beberapa pembantu rumah yang didera majikannya. Kesemuanya digambarkan seolah-olah seluruh warga Indonesia mendapat layanan yang tidak berperikemanusiaan di bumi Malaysia. Seolah-olah tindakan tidak berperikemanusiaan oleh segelintir para majikan yang zalim adalah tindakan Malaysia. Seolah-olah Negara Malaysia adalah Negara yang kejam dan zalim terhadap rakyat Indonesia.

Apakah salah Malaysia terhadap DSAI dalam kes ini?. Bukankah semakin hari semakin ramai rakyat Indonesia yang menginginkan untuk bekerja di Negara ini. Kalau boleh mereka memohon untuk diberi kerayaatan Malaysia. Bukankah ini gambaran bahawa mereka lebih senang berada di bumi Malaysia.

Rakyat Indonesia yang ditimpa kemalangan apabila tongkang/boat/kapal yang membawa mereka karam semasa cuba menyusup secara haram ke Malaysia adalah insiden malang yang mampu jadi iktibar. Ini menunjukkan ada segelintir pihak yang menjalankan aktiviti yang menyalahi undang-undang di kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia, yang cuba mengekploitasi rakyat Indonesia. “Ada pembeli maka adalah penjual; ada permintaan maka adalah penawaran”. Tetapi aktiviti ini bukan aktiviti Kerajaan Malaysia. Boat bukan boat rakyat Malaysia.

Amerika, Australia dan England adalah negara-negara yang telah maju. Isu pendatang tanpa izin masih mereka hadapi. Presiden mereka silih berganti namun masalah pendatang tanpa ini berterusan. Apakah dengan DSAI menjadi PM maka negara ini bebas dari pendatang tanpa izin? aApakah pula kata-kata pujian Gus Dur terhadapa DSAI mampu mempengaruhi rakyat Indonesia?

Mudah-mudahan hubungan baik negara dan rakyat kedua negara ini tidak mampu dipenasarankan oleh mana-mana pihak.

Ingat catatan sejarah. Sejarah bilamana batalion tentera elite Indonesia mendarat di Kalabakan Sabah dalam usaha “mengganyang Malaysia”. Setibanya mereka di situ tiada siap yang “ingin berperang dengan mereka” kerana sebenarnya Kalabakan masa itu aman damai. Apa yang berlaku hanyalah gestapo di Indonesia yang diterajui oleh mereka yang berfahaman komunis. Meraka berjaya mempanasarankan tentera elite Indonesia lalu meninggalkan buminya dan akhirnya tidak dapat mempertahankannya kerana mereka di Kalabakan.

Penjelasan Kepada Fitnah Mengenai IMF

Sejak peristiwa mengangkat sumpah ini, janji-janji semakin banyak ditabur tetapi bertebaran. Strategi apa sehingga Tajuk lain Isi lain pada artikal bertajuk di atas? Turut kelihatan Ialah Dato Sei Nazri Azizi dan YB Zaid Ibrahim yang belumpun meletakkan jawatannya sebagai Senator sehingga kini.

Penjelasan Kepada Fitnah Mengenai IMF
http://anwaribrahimblog.com/2008/10/16/penjelasan-kepada-fitnah-mengenai-imf/

Saya melayari blog DSAI kerna tertarik mengenai tajuk "Penjelasan Kepada Fitnah mengenai IMF. Saya juga ingin mengetahui kalau-kalau ada alasan ataupun penjelasan DSAI mengenai hubungan baiknya dengan Barat sehingga dia di sambut dengan lebih terhormat dari seorang Perdana Menteri suatu waktu dulu.

Saya mula menggeleng kepala apabila yang saya temui dalam melayari tajuk besar ini ialah TV PAS yang menerangkan janji DSAI mengambil alih kerajaan Persekutuan...."jangan risau mengenai 16 September (2008), tidak minggu ini , minggu depan, tidak minggu depan minggu yang satu lagi....kita berada di atas landasan...mungkin dua tahun lagi..mungkin sebelum Aidiladha......"

Saya mengambil pendirian bahawa DSAI hanya ingin menggunakan Tajuk Besar ini, tetapi isinya TV PAS. Seakan-akan menguatkan lagi kebenaran kenyataan saya bahawa DSAI "menumpang" kredibiliti YAB. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk menggoda kepercayaan masyarakat Melayu bagi memperbaiki imejnya yang remuk dan lumat dek pendustaan. Apa tidaknya Tajuk mengenai isu IMF, isi TV PAS.

Ungkapan demi ungkapan DSAI dalam TV PAS terutama mengenai "pengambilalihan Kerajaan Persekutuan" cukup menampakkan degree ketidak yakinan yang tinggi DSAI sendiri dengan apa yang beliau ungkapkan.

Dari seri menepati tajuk posting, saya nyatakan bahawa isi kandungannya benar-benar keluar tajuk namun saya tidak hairan. Sedangkan janjinya lebur, apatah lagi menepati tajuk utamanya. Saya merasa bagai terperangkap dek muslihat tajuk ini.....
Update: 17 Okt.
Baiklah. TQ sebab Video sudah tukar.

Thursday, October 16, 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar

Saya yakin bahawa kenyataan dalam artikal ini adalah BUKAN kenyataan Tuan Guru yang sebenarnya dan sepenuhnya. Hanya Tuan Guru yang dapat mengesahkannya.

Bila saya terbaca tulisan bertajuk tersebut di atas yang tersiar di blog DSAI, saya terus saja melihat Harakah Daily Online. memang saya suka membaca Harakah. Saya mula mencari kenyataan seperti tajuk tersebut di atas. Agak terkejut saya kerana tajuk besar seperti ini tidak langsung terdapat dalam Harakah Daily. Beberapa persoalan bermain di kepala saya. Apakah ini pernyataan sebenar Yang Mulia Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat?. Saya semakin menjadi "curious". Saya terus melayari beberapa blog yang lebih cenderung menyiarkan penyataan Tuan Guru, namun saya tidak menemui penyataan ini.

Akhirnya saya kembali meneliti dan membaca dengan detail artikal ini dalam blog DSAI. Ianya adalah tulisan Oleh G. MANIMARAN, satu nama yang terlalu asing bagi saya yang sering membaca akhbar tempatan. Akhirnya saya mula meragui seragu ragunya penyataan dalam artikal ini. Saya pasti meragui sesuatu itu adalah hak saya.

Pada hemat saya, setelah sekian lama DSAI berjanji mengenai mengambil alih kerajaan persekutuan, satu janjipun belum pernah dikotakan. Kini DSAI berjanji lagi dan akan mengotakannya pada bulan December, 2008 di ambang Aidil Adha dan menegaskannya sebagai "bukan olok-olok". Namun bagi saya dan bagi rakyat kebanyakan, janji itu tidak lebih dari janji palsu dan janji "terang bulan".

Ramai pemerhati dan para pesimpati terhadap perjuangan PKR, mula melupakan PKR dengan mengatakan bahawa sebenarnya mereka tidak bersetuju dengan pengumuman berulangkali mengenai MP BN Lompat PKR dan tarikh mengambil alih Kerajaan Persekutuan seperti digembar-gembur DSAI. Lebih-lebih lagi apabila janji itu gagal ditunaikan DSAI dan sering berubah-ubah. Kini lebih ramai para professional dan para kader-kader PKR mula meninggalkan PKR. Mereka sebenarnya kecewa kerana mengharapkan PR menjadi "Check and balance" dalam urustadbir negara. Namun mereka kecewa kerana anggapan dan harapan mereka meleset. Saya pernah duduk semeja dengan mereka, kerana itu saya berani berkata demikian dan yang terpenting saya TIDAK berbohong mengenai soal ini.

Saya memberanikan diri bertanya seorang individu yang dianggap sebagai "konsultan" PKR dan seorang lagi bekas AMT PKR samada terdapat 30 + MP BN melompat PR; dia menjawab dengan yakin "sebenarnya tidak ada, mana ada" sambil menadah tangan kosongnya. Katanya lagi, dia pernah menjalankan rundingan dengan Para MP Sabah, namun tiada seorangpun yang berminat melompat ke PR atau PKR. Atas dasar inilah saya yakin dengan sebenar-benarnya yakin bahawa DSAI telah berbohong dan akan berbohong lagi.

Dari itu, di sini saya menyimpulkan bahawa artikal mengenai penyataan Tuan Guru ini adalah satu artikal yang tidak dapat dipercayai dan telah diputarbelitkan. Artikal ini bagi saya adalah merupakan satu muslihat penulis yang hanya berniat mengheret Tuan Guru dalam kancah pendustaan DSAI dan berniat membuat kenyataan yang seolah-olah benar agar rakyat mempercayai DSAI yang selama ini membuat janji palsu. Penulis menggunakan Tuan Guru kerana bagi saya dan umum tahu bahawa Tuan Guru tidak berbohong seperti DSAI.

Saya kira, kiranya posting itu adalah satu kenyataan sebenar Tuan Guru, ianya pasti menjadi tajuk "Muka Depan Harakah" ataupun ditulis oleh mereka yang lebih rapat dan memahami secara dekat akan Tuan Guru. Ini satu "topik besar" dan "Breaking News". Malangnya ia disiarkan dalam Blog DSAI dan di tulis oleh orang yang saya kira hanya taksub dan fanatik PR.

Kiranya ini satu kenyataan yang diputarbelitkan, alangkah tambah malang bagi PKR dan PR dalam membuat keputusan menyalahgunakan "kenyataan" Tuan Guru. Bukankah ini sebagai satu tindakan "desperado" atau terdesak dan bakal menambah kebencian atau memadamkan kepercayaan terhadap agenda DSAI samasekali. Malah mencemar nama baik Tuan Guru, Mursyidul Am PAS yang saya amat hormati.
.
Read more...