Translate

Thursday, October 16, 2008

Nik Aziz yakin tubuh kerajaan baru pusat, Pakatan setuju pilih Anwar

Saya yakin bahawa kenyataan dalam artikal ini adalah BUKAN kenyataan Tuan Guru yang sebenarnya dan sepenuhnya. Hanya Tuan Guru yang dapat mengesahkannya.

Bila saya terbaca tulisan bertajuk tersebut di atas yang tersiar di blog DSAI, saya terus saja melihat Harakah Daily Online. memang saya suka membaca Harakah. Saya mula mencari kenyataan seperti tajuk tersebut di atas. Agak terkejut saya kerana tajuk besar seperti ini tidak langsung terdapat dalam Harakah Daily. Beberapa persoalan bermain di kepala saya. Apakah ini pernyataan sebenar Yang Mulia Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat?. Saya semakin menjadi "curious". Saya terus melayari beberapa blog yang lebih cenderung menyiarkan penyataan Tuan Guru, namun saya tidak menemui penyataan ini.

Akhirnya saya kembali meneliti dan membaca dengan detail artikal ini dalam blog DSAI. Ianya adalah tulisan Oleh G. MANIMARAN, satu nama yang terlalu asing bagi saya yang sering membaca akhbar tempatan. Akhirnya saya mula meragui seragu ragunya penyataan dalam artikal ini. Saya pasti meragui sesuatu itu adalah hak saya.

Pada hemat saya, setelah sekian lama DSAI berjanji mengenai mengambil alih kerajaan persekutuan, satu janjipun belum pernah dikotakan. Kini DSAI berjanji lagi dan akan mengotakannya pada bulan December, 2008 di ambang Aidil Adha dan menegaskannya sebagai "bukan olok-olok". Namun bagi saya dan bagi rakyat kebanyakan, janji itu tidak lebih dari janji palsu dan janji "terang bulan".

Ramai pemerhati dan para pesimpati terhadap perjuangan PKR, mula melupakan PKR dengan mengatakan bahawa sebenarnya mereka tidak bersetuju dengan pengumuman berulangkali mengenai MP BN Lompat PKR dan tarikh mengambil alih Kerajaan Persekutuan seperti digembar-gembur DSAI. Lebih-lebih lagi apabila janji itu gagal ditunaikan DSAI dan sering berubah-ubah. Kini lebih ramai para professional dan para kader-kader PKR mula meninggalkan PKR. Mereka sebenarnya kecewa kerana mengharapkan PR menjadi "Check and balance" dalam urustadbir negara. Namun mereka kecewa kerana anggapan dan harapan mereka meleset. Saya pernah duduk semeja dengan mereka, kerana itu saya berani berkata demikian dan yang terpenting saya TIDAK berbohong mengenai soal ini.

Saya memberanikan diri bertanya seorang individu yang dianggap sebagai "konsultan" PKR dan seorang lagi bekas AMT PKR samada terdapat 30 + MP BN melompat PR; dia menjawab dengan yakin "sebenarnya tidak ada, mana ada" sambil menadah tangan kosongnya. Katanya lagi, dia pernah menjalankan rundingan dengan Para MP Sabah, namun tiada seorangpun yang berminat melompat ke PR atau PKR. Atas dasar inilah saya yakin dengan sebenar-benarnya yakin bahawa DSAI telah berbohong dan akan berbohong lagi.

Dari itu, di sini saya menyimpulkan bahawa artikal mengenai penyataan Tuan Guru ini adalah satu artikal yang tidak dapat dipercayai dan telah diputarbelitkan. Artikal ini bagi saya adalah merupakan satu muslihat penulis yang hanya berniat mengheret Tuan Guru dalam kancah pendustaan DSAI dan berniat membuat kenyataan yang seolah-olah benar agar rakyat mempercayai DSAI yang selama ini membuat janji palsu. Penulis menggunakan Tuan Guru kerana bagi saya dan umum tahu bahawa Tuan Guru tidak berbohong seperti DSAI.

Saya kira, kiranya posting itu adalah satu kenyataan sebenar Tuan Guru, ianya pasti menjadi tajuk "Muka Depan Harakah" ataupun ditulis oleh mereka yang lebih rapat dan memahami secara dekat akan Tuan Guru. Ini satu "topik besar" dan "Breaking News". Malangnya ia disiarkan dalam Blog DSAI dan di tulis oleh orang yang saya kira hanya taksub dan fanatik PR.

Kiranya ini satu kenyataan yang diputarbelitkan, alangkah tambah malang bagi PKR dan PR dalam membuat keputusan menyalahgunakan "kenyataan" Tuan Guru. Bukankah ini sebagai satu tindakan "desperado" atau terdesak dan bakal menambah kebencian atau memadamkan kepercayaan terhadap agenda DSAI samasekali. Malah mencemar nama baik Tuan Guru, Mursyidul Am PAS yang saya amat hormati.
.
Read more...

3 comments:

Anonymous said...

Impian PR untuk menubuhkan kerajaan hanya akan berkubur tanpa nisan. Jika anda melihat AMT PKR Malaysia, anda pasti memikirkan bahawa PR akan mati naturally tanpa PAS. Jadi, Kenapa DSAI membiarkan orang Hindraf menggunakan blognya? lagipun saya lihat blog DSAI banyak artikal tulisan orang Barat. Kenapa penulis tempatan yang berwibawa..tak ada kee dalam PKR? Untuk apa mengagung-agungkan penulis asing? adakah mereka tahu sebenarnya hjal ehwal negara kita dan politiknya. Memang benar kes PKR sabah meninggalkan PKR kerana muak dengan kepimpinan PKR yang asyik bertelagah sesama sendiri dan janji Anwar yang basi.

Ajin b. Gagah said...

PRELUDE
Saudari Senjaliza,
Bukan mudah untuk mengomen atau pun mengeritik penulisan sesaorang secara rasional kalau kita di pengaruh kan oleh emosi yang berunsur-unsurkan prasangka . . Pandangan kita berbeza, seakan-akan saperti lagu ‘singkong dan keju.’

Pandangan kita agak berbeza, seakan-akan saperti ayat-ayat dalam lagu ‘singkong dan keju.’

Saya boleh terima doctrine DSAI berdasarkan perjuangan beliau. Pada pandangan saya sangat relevan dengan keadaan yang di alami oleh orang sabah masa kini.
Dengan mohon maaf, saya rasa saudari tidak dapat terima semua ini.

ANALISIS SECARA ' POSITIVE THINKING'
Dengan berkonsepkan ‘ Positive Thinking ‘saya cuba memberi pandangan bebas saya terhadap komen-komen yang kamu utara kan dalam blog ini, berasaskan rumusan berikut;
1) Pandangan kamu terhadap DSAI yang telah berbohong dengan janji-janji do tarang bulan yangmana hingga kini belum kesampaian.
2) Penulis blog DSAI sangat bijak memutar belitkan fakta sabenar sehingga kan mengelirukan ramai pembaca, termasuk kamu.
3) Tindakan Desperado.
4) Ciri-ciri ‘defamation of character ‘ terhadap Tok Guru Nik Aziz ( I think).

Secara am nya saya tiada masaalah dengan pandangan kamu terhadap DSAI. Kerana Itu ada lah prerogative kamu sebagai empunya blog.

On the other hand, Saya liberal kan pandangan saya terhadap sumbangan DSAI terhadap orang Sabah.
Beliau pernah datang ke Sabah dan mengingatkan orang-orang di sini bahawa menurut world bank, Sabah ada lah negeri yang termeskin di Malaysia.
Untuk rekod saya telah membuat kajian sebagai pengesahan.

JANJI DO TARANG BULAN
Soal janji DSAI untuk menubuhkan kerajaan demi hari bertukar ganti, saya tidak kisah sangat. Dalam pengalaman saya, hal-hal saperti ini ada lah mainan , gimik dan strategi politik.

Saya lebih tertarik dengan isu pokok, ia itu ada kah kerajaan dan pemimpin-pemimpin sekarang ini telah melaksanakan tugas yang terbaik untuk rakyat?

Atau di sebalik nya mereka telah mengabaikan tanggung jawab sehingga memberi banyak ruang untuk kemasukan ideologi –ideologi yang di lebilkan negatif dari PKR, DAP, PR , DSAI dsn?

PENCEMARAN MINDA
Kini ‘ foreign elements’ yang dulu nya kabur-kabur telah ujud dan telah mencemarkan minda kita. Kita yang di lahirkan di negeri di bawah bayu ini. Kenapa?

Kata orang ‘Kalau tiada angin bertiup mana kan pokok bergoyang .’( kecuali kalau banyak monyet2 dan gawir tempatan yang berteduh di pokok tersebut). Kita fikir lah bersama.

PENUTUP
Now, soal kenyataan yang di putar belitkan sebagai tindakan ‘Desperado’ dan ‘ an act of defamation to the Tuan Guru, Mursyidul Am PAS, saya tiada komen.
Kerana saya rasa,hal ini saudari telah jutifikasikan dengan fakta kajian.

EPILOG
At last but not least, apa-apa pun pendapat dari kita masing-masing, bagi saya tidak akan mengubah kan masaalah kemiskinan dan pengangguran yang sedang melanda rakyat di bumi kita yang tercinta kini.
EPILOG
There is no real answer actually, because the answer has been blown by the wind..
Denga hormat dan mohon maaf kalau terlanjur kata.

Anonymous said...

jgn percaya anwar brahim laaaa... dimana2 dia akan bercerita soal kemiskinan sebagai senjata ampuh utk menarik simpati rakyat.

dimana2 pun sekarang gelombang penolakan anwar sedang bermula.

Zul