Translate

Friday, October 17, 2008

Penjelasan Kepada Fitnah Mengenai IMF

Sejak peristiwa mengangkat sumpah ini, janji-janji semakin banyak ditabur tetapi bertebaran. Strategi apa sehingga Tajuk lain Isi lain pada artikal bertajuk di atas? Turut kelihatan Ialah Dato Sei Nazri Azizi dan YB Zaid Ibrahim yang belumpun meletakkan jawatannya sebagai Senator sehingga kini.

Penjelasan Kepada Fitnah Mengenai IMF
http://anwaribrahimblog.com/2008/10/16/penjelasan-kepada-fitnah-mengenai-imf/

Saya melayari blog DSAI kerna tertarik mengenai tajuk "Penjelasan Kepada Fitnah mengenai IMF. Saya juga ingin mengetahui kalau-kalau ada alasan ataupun penjelasan DSAI mengenai hubungan baiknya dengan Barat sehingga dia di sambut dengan lebih terhormat dari seorang Perdana Menteri suatu waktu dulu.

Saya mula menggeleng kepala apabila yang saya temui dalam melayari tajuk besar ini ialah TV PAS yang menerangkan janji DSAI mengambil alih kerajaan Persekutuan...."jangan risau mengenai 16 September (2008), tidak minggu ini , minggu depan, tidak minggu depan minggu yang satu lagi....kita berada di atas landasan...mungkin dua tahun lagi..mungkin sebelum Aidiladha......"

Saya mengambil pendirian bahawa DSAI hanya ingin menggunakan Tajuk Besar ini, tetapi isinya TV PAS. Seakan-akan menguatkan lagi kebenaran kenyataan saya bahawa DSAI "menumpang" kredibiliti YAB. Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat untuk menggoda kepercayaan masyarakat Melayu bagi memperbaiki imejnya yang remuk dan lumat dek pendustaan. Apa tidaknya Tajuk mengenai isu IMF, isi TV PAS.

Ungkapan demi ungkapan DSAI dalam TV PAS terutama mengenai "pengambilalihan Kerajaan Persekutuan" cukup menampakkan degree ketidak yakinan yang tinggi DSAI sendiri dengan apa yang beliau ungkapkan.

Dari seri menepati tajuk posting, saya nyatakan bahawa isi kandungannya benar-benar keluar tajuk namun saya tidak hairan. Sedangkan janjinya lebur, apatah lagi menepati tajuk utamanya. Saya merasa bagai terperangkap dek muslihat tajuk ini.....
Update: 17 Okt.
Baiklah. TQ sebab Video sudah tukar.

3 comments:

Anonymous said...

Sayapun ada melihat posting ini pada awalnya. Klip videonya lain dari yang ada sekarang. Klip Video asal pasal YB. Anwar ambil alih kerajaan sebelum aidil adha. Bagus juga Sejaliza buat penyataan awal. Thank Sejaliza. Jumpa lagi

Anonymous said...

Senjaliza...
ni yang dipanggil `indah khabar dari rupa'.... tapi, cute ler video 2 budak kembar tu... ajar sikit camna nak paste kat blog...

theatay said...

replica bags wholesale in divisoria replica bags aaa replica bags high quality