Translate

Monday, March 30, 2009

DRACONIAN LAW?


YB. Ong Boon Piau ADUN Tebing Tinggi, Perak DR: berdepan kehilangan Kerusi DUNnya di bawah Akta Penapisan Filem tahun 2002. LKS kata akta ini "Draconian Law" yang mesti dihapuskan terutama apabila terkena orangnya
.
1. Kedaulatan undang memperkukuhkan kenyataan bahawa “the law is the law”. Bermakna penguatkuasaan undang-undang semestinya tanpa mengira pangkat, darjat dan keturunan, undang-undang mesti dilaksanakan dengan saksama. Dalam pada itu “due process of the law” (DPL) diamalkan di Negara ini. Sebagai Negara Demokrasi Berperlembagaan proses DPL adalah bagi menjamin sesorang individu atau kumpulan dan sebagainya itu tidak teraniayah dan mendapat pembelaan yang adil. ISA satu-satunya peruntukan dalam undang-undang negara yang masih kontrovasial dan masih bertahan tanpa melalui DPL kerana ianya tercipta atas dasar untuk melindungi keselamatan negara terutama ketika dharurat.

2. ISA dianggap oleh sesetengah sebagai “draconian law” terutama bila ianya disalahgunakan. Banyak lagi perkara yang baik bila disalahgunakan akan menjadi dan memberi kesan yang buruk.

3. Terakhir kini, Film Censorship Act 2002 dilanggar. Pihak yang ditangkap polis ialah ADUN Tebing Tinggi, Perak Ong Boon Piau dari DAP atau lebih mesra dengan panggilan Ah Piew oleh teman-temannya. Dia berhadapan tuduhan melanggar akta ini kerana tindakannya telah mengeluarkan dan mengedar filem atau DVD mengenai “Democracy Tree” tanpa memperolehi Sijil B dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia. Sekiranya Ah Piew disabitkan kesalahan, dia boleh didenda minima RM5,000.00 (Ringgit Malaysia: Lima Ribu sahaja) hingga RM30,000.00, tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

4. Siang-siang lagi, Lim Kit Siang sudahpun bingkas dan mengecam bahawa Akta ini sebagai “Draconian Law” yang mesti dimansuhkan. Ini kerana andainya anak buahnya Ah Piew disabitkan kesalahan maka secara langsung Ah Piew akan kehilangan YB secara mandatori dan DAP akan kehilangan khidmat Ah Piew. Bermakna PRK lagi.

5. LKS sendiri orang yang pro “the law is the law”. Tetapi bila kena pada anak buahnya dia bingkas dan segera melebel undang-undang yang tidak menyebelahinya dan orangnya sebagai “Draconian law” yang mesti dimansuhkan. Agaknya dia juga bisa “tukar warna” dalam lain situasi. Inikah yang dipanggil “double standard yang tulin?". Orang dia yang langgar undang-undang, orang lain yang disalahkan...Mengapa?. Dan yang lebih teruk dan maha dasyat, orang dia yang langgar undang-undang tapi "Undang-undang dan akta pula di salahkan".
Related....
MILIKI 520 VCD DIDENDA RM1.04 JUTA?

4 comments:

Apai Ngelai said...

Assalamualaikum senja liza,

Salam perkenalan. Selamat berjuang dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. Blog saudari mempunyai artikel yang baik dan berkualiti. Teruskan usaha anda.

Senjaliza said...

Terima kasih. Salam perkenalan di alam cyber. "Wahi guru gerai nyamai" (Maaf kalau tersalah ejaan)

JomoSamaTuaran said...

Draconian law kalau terkena batang hidung sendiri...tapi kalau kena pada BN...mereka kata `PADAN MUKA KITA...' JUSTICES HAS BEEN DONE.

Memang patutlah saranan seorang YB SARAWAK semalam, yang mencadangkan KERPALA SINGH CILAKA & SON diusir dari Dewan Rakyat. Diusir keluar juga dari rumah, kampung, bandar, negeri dan negara.... kalau boleh dari DUNIA ini terus. APA JUGA SUMBANGAN MEREKA PADA NEGARA...walaupun sudah 20-30 tahun berkhidmat sebagai PEGUAM & WAKIL RAKYAT?? Buat hal banyaklah...

SABAHKITA said...

ASKM,kiranya L.K.Siang menuduh demikian dan hapuskan akta itu maka bebas merdekalah CD Cetak Rompak,Beif melanda pasaran,dan VCD haram jadi "halal". Penyanyi popular dan bermaruah menjadi mangsa rompakan perompak cetak yang di HALALKAN L.K. Siang. Dengan demikian FITNAH akan berleluasa penjenayah cetak rompak jadi penegak "law is the law", law tanpa penapisan LKS-Law Kerana Saudara.

Nampaknya ada lagi pilihanraya kecil menyusul memandangkan denda MINIMA akta ini RM5,000. Ah Piew AUTOMATIK lucut YB. Ini yang menghantui dan mendrakuli L.K. Siang. Lalu dia sanggup "mendera akta" yang ada.

Now, kita nak lihat, benarkah kerajaan akan menegakkan akta ini memandangkan KOS PRK agak tinggi. Persoalannyanya apakah menegakkan Kedaulatan undang-undang berpegang kepada konsep dan Kepercayaan "SAVE COST" lalu didera lagi undang-undang dengan "andang-andang" The Law Of Saving Cost?