Translate

Tuesday, March 31, 2009

KHAIRY JAMALUDDIN: KETUA PEMUDA UMNO

Khairi Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO. Kemenangannya banyak dipersoal. Kenapa?
Dalam menghadapi sesuatu yang tidak disenangi, seorang hamba mempunyai dua kemungkinan sikap: rela atau sabar. Rela adalah sikap utama yang disunnahkan, sedangkan sabar adalah sikap yang wajib bagi seorang Mukmin.

Orang yang rela terkadang mampu melihat hikmah dan kebaikan dalam cobaan yang diberikan oleh ‘Allah dan tidak menuduh serta berburuk sangka terhadap ketentuan-Nya. Bahkan terkadang ia mampu melihat keagungan, kebesaran dan kemahasempurna-an Dzat yang memberikan cobaan kepadanya sehingga dia tidak mengeluh dan tidak merasakan sakit atas cobaan tersebut. Yang mampu bersikap seperti ini hanyalah para ahli ma’rifat dan mahabbah saja. Mereka ini bahkan merasakan musibah dan ujian tersebut sebagai suatu nikmat, lantaran jiwanya bertemu dengan kecintaannya.
READ MORE....

3 comments:

Cik Lee said...

Salam Kakak...

Kakak salah faham dengan penyataan ini. Sabar dan rela ini bila menghadapi ujian. Tapi kalau melihat kemungkaran di depan mata, kita tak boleh hanya sabar dan rela sahaja. Kita menegur atau menentang, paling lemah iman kena tak setuju dalam hati.

Dalam kes KJ, kalau dia menang kerana rasuah - kita tak boleh menerima sahaja. Begitu juga pemimpin lain - adakah bersih dari rasuah? Jadi kalau kita sokong pemimpin rasuah, kita pun samalah golongan yang menyokong rasuah.

Senjaliza said...

Cik Lee. Thank you. But Read URL completely. Tidak bermakna saya menyokong dia. I prefer Mukhriz atas dasar dia lebih memiliki pendekatan yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Andainya rakyat Malaysia yang mengundi Ketua Pemuda, kemungkinan Mukriz menang. But Siapa yang dapat menghalang ketentuan Allah SWT. Ketentuan Allah SWT tidak dapat dirasuah. Read more...

JomoSamaTuaran said...

Ketentuan Allah SWT tidak dapat dirasuah.... I love this word, yes..that's how to answer silly questions from `bongok' people like them... Yeah, you go girl..