Translate

Sunday, March 29, 2009

RUKUN PERJUANGAN-AMANAT PAK LAH KEPADA AHLI UMNO.


Pesanan PM untuk ahli Umno

DATUK Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan jawatannya sebagai Presiden Umno, semalam meninggal pesan untuk ahli Umno yang dinamakan Rukun Perjuangan bagi dijadikan panduan parti.
Berikut kandungan Rukun Perjuangan yang diilhamkan Abdullah:

Mencapai matlamat sejagat:

  • Agama dimuliakan
  • Negara didaulatkan
  • Bangsa dimartabatkan
  • Ekonomi dimakmurkan

Berpaksikan:

  • Al-Quran dan as-Sunnah
  • Perlembagaan negara
  • Rukun Negara
  • Adab dan Adat Berpandukan:
  • Iman dan takwa kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada raja dan negara

Pengabdian kepada rakyat Bersandarkan prinsip:

  • Keikhlasan
  • Kejujuran
  • Keadilan
  • Integriti

Menghormati hak yang absah (legitimate rights) semua rakyat, dari segi memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera, serta menjaga kepentingan sah kaum lain.

Memperjuangkan kehidupan dan masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat. Umno wujud bukan untuk tujuan memenuhi kepentingan diri, tetapi sebagai wadah membolehkan ahlinya untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara.

Kembalikan tumpuan kepada perjuangan asas:

  • Membebaskan warga dari belenggu kemiskinan
  • Melaksanakan keadilan bagi mereka yang lemah
  • Memastikan kesaksamaan buat semua
  • Menjamin kemakmuran rakyat jelata.

2 comments:

ustazSAID said...

salam, jika rukun ini dihayati, insyaAllah semuanya akan berjalan lncar...bolehkan dihayati?

Senjaliza said...

Salam Ustaz..Doa kita akan mengiringi perjuangan ini agar tidak tergelincir dan sentiasa mendapat keberkatanNya. InsyaAllah. Terima kasih Ustaz.