Translate

Thursday, April 2, 2009

ANNE CEMBURU HABISSS!


Teaming up team lama ini buat orang semakin cemburu.

Bacalah sendiri surat Anne War ini. Kesedaran rakyat yang ditunjukkakan dalam 3 PRU kali ini lebih menakutkan Anne. Sendiri yang buat allegation sendiri yang guna alasan... dengan bantuan penulis tempatan ke "Media Asing". Sejak bila DSAI ke luar negara tanpa memburuk-burukkan negara ini di mata luar...?.
Memburuk-burukan Negara ini di luar negara adalah perbuatan derhakan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung.

2 comments:

rahman,ahchong,muniandy said...

MENGIKUT satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951). Fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah satu-satunya pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Semenjak ditubuhkan PAS sudah mempunyai 8 orang Presiden yang mendasari perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Jikalau berdasarkan 4 tujuan yang tersebut tanpa ada sebarang pindaan sejak 1951 hingga sekarang maka bekas MB Perak tidak berbohong ketika berbahas di dalam Dewan Undangan Negeri Perak. Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika masih bergelar Menteri Besar, amat menarik kerana secara jelas Nizar mencabar supaya dibuktikan PAS hendak menubuhkan sebuah negara Islam. Berdasarkan rakaman tersebut, isu berkenaan dibangkitkan oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli yang menyatakan PAS kini sudah lari daripada matlamat asal mereka untuk menubuhkan Negara Islam.


Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan. “Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar. (agendadaily.com)

Nizar tidak berbohong. Pembohong paling besar adalah partinya sendiri yang memainkan isu-isu penubuhan sebuah negara Islam sebagai gimik menghadapai setiap kali pilihanraya. PAS hanya BERHASRAT untuk menubuhkan sebuah negara Islam. Hasrat dan niat tidak salah tetapi janganlah ianya dijadikan polimik berpanjangan bagi menagih sokongan daripada pengikutnya yang taksub.

Apabila slogan 'Membangun Bersama Islam' yang menjadi moto pilihanraya 2004 bertukar kepada 'Negara Kebajikan' dalam pilihanraya 2008 ianya bukan sesuatu yang memeranjatkan. Anwar Ibrahim sendiri telah membuat kenyataan,“Isu negara Islam bukan lagi satu isu bagi PAS. Mereka tidak bercakap mengenainya atau membangkitkan isu ini sejak tiga tahun yang lalu. Saya tidak fikir ianya relevan untuk dibangkitkan sekarang," (Malaysiakini.com)

Kalau PAS boleh berbohong dengan penubuhan negara Islam tidak mustahil juga PAS berbohong mengenai perlaksanaan hukum Hudud. Bagi penyokong PAS yang boleh berikir terutama pengundi-pengundi di Bukit Gantang supaya jangan lah sampai ditipu sepanjang hayat. Bagi mereka yang suka berdemontrasi atau yang baring di atas jalanraya......udah-udahlah tu. Janganlah menjadi alat dan 'kambing hitam' kerana perjuangan kamu betul tetapi perjuangan kamu itu tidak ada pun tertulis di atas mana-mana dokumen sebagai bukti kejujuran pemimpin-pemimpin kamu. Sedarlah pemimpin -pemimpin kamu samalah dengan pemimpin-pemimpin politik yang lain. Sama busuk kentutnya iaitu perebutan untuk mendapatkan KUASA.

Senjaliza said...

Assalamualikum, Terima kasih dan syukur terhadap infomasi ini. Amat berguna ebagaia bahan rujukan. Terima kasih. Salam Perjuangan.