Translate

Thursday, April 16, 2009

Japlin - Update..

Japlin tak perlu letak jawatan Adun, Pembantu Menteri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman hari ini, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Japlin Akim tidak perlu meletak jawatan Adun dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kerana belum dibuktikan bersalah. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata demikian mengenai kedudukan Japlin yang ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu bagi membantu siasatan kes politik wang.

UPDATE II.

Tak Perlu Rombakan Kabinet-Musa Aman

.......Musa turut mengulangi kenyataannya bahawa kedudukan Japlin sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Usukan tidak akan terjejas berikutan keputusan Lembaga Disiplin dan beliau sudah pun berjumpa Japlin untuk membincangkan perkara itu. "Dia disiasat saja... siapa pun boleh disiasat. Tapi dia belum dikenakan apa-apa pertuduhan oleh mahkamah, jadi tiada apa-apa tindakan perlu diambil terhadapnya," katanya ketika ditanya mengenai kedudukan Japlin dalam Kabinet.........

BERITA HARIAN ONLINE...

6 comments:

Rakyat Malaysia said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Ramai yang masih melihat bahawa Japlin hanyalah "kambing hitam" atau diperalat. Lebih dari itu kononnya Japlin tidak mengamalkan politik "goreng pisang", lalu dia berkata apa yang sebenarnya belaku. So kita jangan buat ketetapan sendiri. Belum tentu Japlin yang dipanggil kerana disiasat bersalah. Barangkali ada orang diluar sana yang masih terbahak-bahak ketawa didepan kita, tidak dipanggil SPRM, tetapi sebenarnya mereka lebih bergelomang rasuah dan tidak tidur nenyak bila ada spekulasi bahawa SPRM akan tangkap jerung.

Senjaliza said...

Komenlah "hasil tulisan dan idea yang terkandung dalam tajuk ini dan idea dalam ulasan para pengkeritik. Jangan komen peribadi Penulis (anda tidakpun kenal saya) dan mereka yang memberi ulasan". Anggaplah ruang ini "padang permainan" milik saya. Boleh diguna untuk bersukan BUKAN untuk tempat "berjudi". Di sini tempat meluah isi hati dan nurani.

Anonymous said...

Wakakaka.....sian ko Senajliza.
Mangkuk hayun mana juga yang meninggalkan komen `gila babi' dalam blog ko ni...???

Tapi...ndak apalah...itu sudah jadi resam dunia sekarang. Terpulang pada kita..nak layan atau tidak...Denakan Solymonepun banyak dan sudah puas kena begitu.. hinggakan tempiasnya pun termasuk dalam blog saya.

Seperti yang saya katakan tadi... biarkan mereka... BIARKAN MEREKA TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA... kita tidak dapat tutup mulut manusia macam menutup mulut tempayan...kann!!

Keep it up...SIS.!!

nisyshy said...

navigate to this websitethis page Check This Outadditional info find thisdiscover here

sateaur said...

y8q61v3k56 j0i25w3d51 b3a25c6f38 r7a36i8r58 x6f86d5k49 g1n72r0h25