Translate

Monday, June 15, 2009

HARI INI ANGKAT SUMPAH, HARI INI "LANGGAR" SUMPAH

Kemaskini gambar: Pada awalnya senjaliza bertanyakan samada tindakan Nizar adalah atas kehendaknya secara bersendirian atau atas pengaruh oleh pihak lain. Lihat gambar kemaskini ini dan lihatlah gambar asal di bawah sekali:-
Anda, khasnya rakyat Perak dan pengundi Bukit Gantang dan seluruh rakyat Malaysia amnya, lihatlah sendiri siapa yang menjadi dalang di belakang Nizar.


(UPDATED 20.38 PM 15 June, 2009)
.........................................................................................
Apakah tindakan probokasi Nizar ini atas kehendaknya bersendirian atau atas pengaruh orang lain?
.
Hari ini, Ir Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parliment Bukit Gantang. Namun pada hari yang sama beliau diarah keluar dewan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Tan Sri Pandikar adalah seorang peguam yang disegani semasa beliau aktif sebagai Peguambela dan Peguamcara kerana kepetahan dan ketajaman beliau berfikir dalam menangani isu yang dibawanya.


Pada hari Ir Nizar mengangkat sumpah, pada hari yang sama beliau melupakan sumpahnya dengan sengaja. Beliau antara lain bersumpah dengan penuh amanah mengangkat permasalahan dan amanah rakyat ke Dewan Rakyat mengikut lunas-lunas dan peraturan dewan. Amanah rakyat dengan itu diabaikan secara sengaja kerana terlalu komited kepada mengembalikan kuasa mereka yang hilang di Perak. Kiranya Nizar dibawa ke Jawatankuasa Displin dan tergantung untuk setahun seperi Speaker DUN Selangor menggangtung ADUN BN, maka amanah rakyat Bukit Gantang menjadi sia-sia.

12 comments:

mohammad azren fooldog PH yg bahalol said...

Ala... apa yang nak dihebohkan, dia ni kan ke jenis manusia takde ADAB. Sebab belajar dari komunis la tu.

Teman 'sembah derhaka' pada mike, Nizar keparat!!!...

Anak X-PKR said...

Parlimen Malaysia tidak membenarkan wakil rakyat memakai lilitan kepala atau lengan ketika memasuki Dewan Rakyat.

Pandikar Amin berkata, wakil rakyat pembangkang pada sidang Dewan Rakyat hari ini membazirkan masa selama 24 minit pada sesi pagi.

"Dewan Rakyat bukannya pasar sebaliknya institusi tertinggi negara membincangkan pelbagai perkara penting," katanya kepada ketika ditemui pemberita di pejabatnya sebentar tadi. -

Ms. Murni. said...

Nizar salah orang. Dia ingat Pandikar Amin mcm Sivakumar..ahahahaha. Dasar Penderhaka. Demikianlah halnya kalo Ahli Parliment pasar ikan masin! Nizar nizar.. baik pegi pusat pemulihan akhlak. Bukit Gantang tersalah pilih.

MURNI.

SUARA RAKYAT said...

Pada penelitian saya, umum mengatakan bahawa Nizar is driven by DAP. Tindak tanduknya di Parliment banyak didorong oleh Ngeh dan Ngo. Mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan PR sudah jatuh di Perak. Lantaran itu keputusan mahkamahpu mereka cuba ketepikan manakala mereka mula cenderung dengan keputusan mahkamah rimba.

Unknown said...

dunia politik itu dunia gila. kalau kau tidak gila maka kau akan betul-betul jadi gila.....mcm2 cara untuk dapatkan publisiti. apa yg nizar buat itu juga salah satu kaedah yg dibolehkan dalam kuntau politik. di mata penyokongnya dia seorang hero. di kalangan yg tidak sokong katalah apa saja. dia peduli apa sebab dia ada penyokong juga dan penyokongnya lebih ramai dari yang tidak sokong. tanya pengundi bukit gantang kalau tak caya.

YANG GAMBI said...

Kalau dulu yg kat belakang tu juga suruh derhaka kat Sultan Perak, ni kat SRPB YDP Agung pulak. Nizar jadi boneka DAP, DAP belajar dari PKM, macam tulah.......... Tak pe, Nik Aziz kata jangan jadi boneka UMNO sudah....

Lepas ni Nga dan Ngeh akan hidang dua 6 ekor lagi khinzir buat sambut kejayaan Nizar buat kacau di Parlimen........

Ajin b. Gagah said...

Liza,
Terlalu mudah dan selamat kan kalau lah semua nya ahli-ahli Dewan dari pembangkang tidak banyak persoalan?
Duduk dan diam; tiap-tiap bulan dapat gaji.

Alang kah indah dan nyaman nya susana Dewan Parlimen ini, kalau semua nya ahli-ahli Dewan hadir semata-sama untuk bersetuju dengan segala cadangan yang di syorkan olih parti pemerentah.

Alang kah mudah nya kalau semua ahli Dewan, terutama sekali dari ahli dari pembangkang; datang ke Dewan semata-mata untuk menyanyikan lagu Malaysia kita dan Negara Ku.

Alang kah bahagia nya kalau semua ahli Dewan tidak sekali-kali mempersoalkan kuasa Speaker Dewan.
Kuasa beliau di anggapkan sebagai ' malaikal maut. " Any thing you say or do , would go against you and the penalty is death".
Terima kan lah, kedudukan Speaker Dewan ini seakan-akan saperti Hitler atau Mussolini.

Dimana setiap perkara yang bertentangan dengan perlembagaan mereka; secara automatik dikenakan hukuman.
Hukuman nya ada lah di tembak sebanyak 12 das di depan masyarakat.

Rasa nya, kalau ideology ini dapat di terima dengan hati terbuka oleh semua ahli-ahli Dewan (tanpa syarat) pasti nya suasana di Dewan akan lebih changgih dan aman selama nya.

Salam dan fikir-fikirkan lah

AL AMIN said...

"Apa juga gelagat di luar dewan, saya tidak kisah tetapi jangan buat gelagat di dalam dewan yang di luar daripada Peraturan Mesyuarat." - Pandikar Amin

P.Amin, Nijar ini biasa mesyuarat bawah pokok... di sana dia biasa berkokok. Ngeh yang lekat dekat topi Nijar, Ngo yang batu api. Kejap lagi kena ajak MAKAN BABI dia nak juga le tu kalau syaitan dah merasuk! INILAH SPECIES MANUSIA YANG AKAN TUNDUK KEPADA PERINTAH DAJJAL.

Anonymous said...

LAMA2 SUMPAH DIA MKN DIRI SENDIRI..TAKPUN DIA JADI SUMPAH2..HEHEHEH

Senjaliza said...

MEMANG PATUT PUN KENA HALAU
DASAR KERAS KEPALA
Depa-depa ni memang syok dok kena halau.Boleh la cuti 2 hari tak payah mai sidang dewan.Dasar jenis pembangkang-pembangkang juga la.Syok juga jadi pembangkang ni apa tak payah buat bangkang ja pas tu rehat dapat gaji.Jenis keras kepala macam ni la baru ari ni angkat sumpah lepas tu boleh buat kurang ajar dalam dewan .Cukup-cukuplah Nizar oii buat hal dalam di Dewan Undangan Negeri Perak janganlah dok bawa ke Parlimen pula.Banyak hal yang lebih penting lagi untuk kepentingan rakyat yang hendak dibincangkan bukan nak tengok hang dok buat problem saja.Lepas dua hari ni buat hal lagi dapat cuti lagi.Macam tu ja la kerja pembangkang.Macam mana la hempa ni nak memerintah Malaysia asyik buat hal ja.Kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tahniah atas ketegasan tuan speaker dan jangan bagi muka kepada puak-puak ni.

Dari Blog lagendabaling.

ANAK X-PKR said...

Selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Nizar melaungkan "Bubar DUN!" dan mengenakan ikat kepala. Bagi sesetengah anak muda, tindakan Nizar itu dilihat sebagai satu keberanian.Tindakan "berani" inilah yang akan "mengikat" anak muda untuk terus menyokong beliau.

Memandangkan PRU13 masih lagi jauh -- lebih tiga tahun dari sekarang -- kita boleh menjangkakan Ahli-ahli Parlimen akan menampilkan pelbagai strategi bagi menghalang anak muda yang berpolitik nomad berhijrah ke pihak lawan.

Strategi inilah yang menjadikan Parlimen Malaysia berwarna-warni, dan sesekali kelihatan seperti sarkas!
http://nobisha.blogspot.com/2009/06/politik-nomad-sarkas-di-parlimen.html

oster said...

"Kiranya Nizar dibawa ke Jawatankuasa Displin dan tergantung untuk setahun seperi Speaker DUN Selangor menggangtung ADUN BN, maka amanah rakyat Bukit Gantang menjadi sia-sia."

1. Adakah saudari kenal dengan niat hati para pengundi Bukit Gantang?

Saudari mengatakan bahawa amanah mereka disia-siakan, tapi bagaimana pula sekiranya majoriti Bukit Gantang yang memilih Nizar sebenarnya mengamanahkan beliau untuk terus menentang BN di Perak?

Hanya Tuhan saja yang tahu isi hati dan niat pengundi-pengundi Bukit Gantang.

2. Kalau pun Nizar digantung, apa salahnya.

Telitikanlah sistem Parlimen kita dan bandingkan dengan sistem Parlimen negara lain.

Dalam sistem kita, perwakilan pembangkang langsung tidak mempunyai sebarang kuasa, dan segala usul mereka wajib ditolak parti kerajaan.

Di UK, parti pembangkang boleh menjawat kedudukan "shadow cabinet" dan jawatan-jawatan ini diiktirag secara rasmi. Maka mereka diberi publisiti dan hak-hak bersuara di Parlimen yang mencukupi.

Di US pula, komiti-komiti Parlimen (COngress) mereka mempunyai kuasa benar dan ahli-ahli dipilih berdasarkan kuasa parti. Maka, komiti "Ways and Means" yang mengawal isu-isu perbelanjaan kerajaan turut mengandungi ahli parti Republican yang kini adalah parti minoriti.

Di Malaysia pula, bukan saja komiti-komiti Parlimen jarang atau langsung tidak melibatkan ahli pembangkang, ianya tidak mempunyai sebarang kuasa langsung. Ini ditunjukkan apabila pengarah JPN (pegawai cabang Eksekutif) menolak permintaan Bernard Dompok (ahli cabang Perundangan) untuk menjawab persoalan di Parlimen.

Sekiranya cabang Perundangan US (Congress) meminta kehadiran mana-mana ahli cabang Eksekutif, maka mereka wajib hadir dan menjawab segala persoalan Perundangan.

Inilah "checks and balances".

Oleh sebab cabang Eksekutif amat rakus dengan kuasa, maka ianya menjadi cabang kerajaan yang paling kuat dan tidak boleh ditentang. Ini menghancurkan konsep "checks and balances" kita.

Oleh itu, sebenarnya ahli pembangkang tidak perlu hadir pun di Parlimen. Sebab apa-apa usul yang dicadangkan mereka, walaupun bernas, tidak akan diterima pihak kerajaan kerana ahli-ahli Parlimen dikawal oleh "whip" dan terpaksa mengundi berdasarkan parti. Maka, kehadiran ahli pembangkang tidak boleh mengubah apa-apa, berlainan dengan sistem demokrasi di negara-negara maju.

Jangan dikatakan ahli pembangkang pecah amanah, sedangkan mereka hadir pada sesi Parlimen walaupun tidak ampuh mengubah apa-apa dalam sistem Parlimen kita. Kalau betul, diorang tia payah datang pun.