Translate

Wednesday, June 17, 2009

Konspirasi 1998 Berulang ?

Gambar Hiasan: DSAI dibayangi TS Khalid Ibrahim.

Keputusan perbicaraan kes DSAI mengenai tuduhan liwat 1998 dulu mengatakan bahawa terdapat kenyataan dan keyakinan mahkamah bahawa sebenarnya "perbuatan liwat itu telah berlaku" namun secara teknikal, mengikut teknik-teknik, process teknikal perundangan maka DSAI dibebaskan dari tuduhan liwat itu. Jadi kiranya mahkamah sendiri yang membebaskan DSAI setuju bahawa sebenarnya liwat terjadi maka konspirasi 1998 berulang yang dikatakan secara tidak berapa yakin kerana ada tanda soal (?) maka benarlah bahawa liwat atau konspirasi 1998 yang berulang pada 2009 ini ada asasnya berulang perlakuan liwat jika diandaikan sama seperti 1998.

Sumpah laknat Saiful di Masjid dan tidak bersumpah laknatnya pihak tertuduh juga banyak menjadi sandaran umum untuk mempercayai seperti yang pernah dipercayai oleh hakim-hakim mahkamah pada 1998 bahawa perbuatan liwat itu telah mengambil tempat.

Bila DSAI mempaparkan dalam blognya bahawa isu konspirasi 1998 berulang? berhubung rapat dengan liwat ini, sudah tentu tertuduh sendiri tidak "layak" memberikan keputusan kerana sudah pasti ianya nyata akan condong dan memihak kepada dirinya sendiri. Bagaimanapun, Prosess penghakiman 2009 akan terpaksa ditunggu.

Kes kali ini berbeza. Kali ini DSAI tidak ditahan di bawah ISA atau dilebamkan matanya. Saya sendiri dan ramai lagi merasa simpati dan mengatakan bahawa perbuatan melebamkan mata adalah pertanda kezaliman pihak tertentu. Dulu ramai mendesak supaya kes liwat 1998 dibicara dimahkamah dan DSAI dibebaskan dari tahan ISA. Kini DSAI sudah bebas. Kalau dulu dibuat desakan supaya kes dibicarakan dimahkamah maka adalah bercorak "double standard" jika "due process of the law" kali cuba ditahan, dihalang atau ditangguh-tangguhkan. Sejajar dengan ini, pada masa ini, tahun 2009, kita tidak perlu mengganggu tugas badan kehakiman atau mengapi-apikan segelintir rakyat untuk membenci atau mengutuk Mahkamah.

Sesungguhnya yang benar akan tetap mengalahkan yang bathil. Kita tunggu dan ikuti kes dan perbicaraan ini kelak mulai 1 July, 3 hari sebelum Hari Kemerdekaan Amerika Syarikat.

3 comments:

Unknown said...

Cerita konspirasi ini amat menarik minat saya. Orang Melayu dari awal zaman memang suka berkonspirasi. Lihatlah fitnah keatas Hang Tuah, Mahsuri, Tun Mutahir, Hang Nadim dan ramai lagi. Dalam buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU yg saya terbitkan bulan Mac lepas, satu chapter saya ulas tentang konspirasi politik melibatkan semua pihak seperti didakwa Anwar Ibrahim. Pls sms adress kat handfon saya, atau email muslihjoli@gmail.com akan kirim i copy utk Liza, FOC to share info.tq

Unknown said...

Politik Melayu sejak zaman dulu banyak berkonspirasi. Lihatlah fitnah keatas Hant Tuah, Mahsuri, Tun Mutahir, Hang Nadim dan ramai lagi. Dalam buku KONSPIRASI POLITIK MELAYU, terbit Mac, saya ulas satu bab ttg konspirasi yang melibatkan kes DSAI. to share info pls kak Liza email alamat saya akan kirim satu copy FOC.tq

Senjaliza said...

Terima kasih Adik Musli. Tawaran Istimewa tu. Tapi I dan beli di KL buku you tu. RM25 dicounted RM5.00. Tambah pengetahuan.