Hormati Haknya.
Ustaz Nasaruddin Md. Isa menang dalam Pertandingan pemilihan jawatan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar ke 55 PAS mengalahkan Husam Musa dan Mat Sabu. Nasa menang dalam pemilihan melalui undi perwakilan. Kenapa pula orang yang tidak mengundi mengarahkan atau meminta dia meletak jawatan. Di mana letaknya demokrasi ?
Apa pula hak orang luar PAS meminta dia meletakkan jawatan? Bukankan isu Kerajaan Perpaduan sudah timbul sebelumpun Muktamar PAS ke 55 diadakan (please correct me if i'm wrong)?. Kenapa Nasa masih tetap juga dipilih? Hendaknya janganlah terlalu diperkecil keputusan para perwakilan yang memilih Nasa.
Berkaitan:
UPDATE:
10 comments:
Daun Ustaz Nasa telah naik. Valuenya di mata rakyat sudah begitu tinggi. Adalah tidak logik memfitah TGNA seolah-olah TGNA mengeluarkan kata-kata mahukan Ustaz Nasa meletakan jawatan. TGNA seorang pemimpin warak dan bijaksana, tidak ada tanda-tanda?? ucapan demikian berasal dpd TGNA
Salam perjuangan,
Betul... Kerajaan perpaduan dicetus Hadi Awang selpas PRU12 dan sebelum Muktamar 55 PAS.
Biasalah, orang tua beremosi. Paham2ler.
salam liza, mmg benar bahawa isu perpaduan telah timbul sebelum pemilihan timbalan presiden PAS. jelas, Nash,salahudin ayub termasuk presiden HJ Hadi adalah puak yang pro kepada kerajaan perpaduan. perwakilan yg memilih Nash juga tahu kecenderungan Nash ke arah itu. makanya soal dia harus letak jawatan seperti dikatakan Tok guru Nik aziz tidak timbul kerana mandat penuh telah diperolehi dari perwakilan.
Apa lagi nak kita gelar manusia yang tak suka kan keamanan dan perpaduan demi keutuhan umat Islam di Malaysia tercinta ni selain "Pencinta Kebencian". Inilah Nik Aziz atau lebih senang di panggil Tuan Guru. Guru apa? guru kebencian, guru kemusnahan, guru kehancuran dan guru perpecahan umah. Nik Aziz rela PAS "di kuda" oleh DAP dan PKR dari bekerjasama dengan UMNO untuk menegakkan dan memperkasakan Islam dan Bangsa Melayu. Siapa sahaja yang membantah cakap nya akan di herdik, di halau dan di hina, nasib yang sama menimpa Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa apabila kesediaan beliau untuk mempertimbangkan hasrat UMNO untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS.
Nasharudin di halau dari PAS oleh Tuan Guru. Aku guna perkataan halau, sama je la dgn ayat "Nik Abdul Aziz turut meminta Nasharudin supaya keluar daripada Pas dan menyertai UMNO kerana tindak-tanduknya itu lebih banyak menimbulkan kecelaruan kepada ahli parti itu." Kenapa lah agaknya Nik Aziz begitu bencikan UMNO? Nik Aziz tak dapat memaafkan UMNO sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR yang terang2 menentang perjuangan PAS selama ini! Dulu PAS di hentam teruk oleh DAP, tapi kenapa Nik Aziz boleh memaafkan DAP tapi tidak UMNO? Ya Tuan Guru, kita bukan malaikat, kita manusia biasa. Janganlah terlalu sombong dan bongkak. Apa Tuan Guru ingat di Malaysia ni Tuan Guru sahaja lah yang bijak dalam hal ehwal Islam? Nik Aziz lebih suka Nizar dari Nasharudin, sebab Nizar suka buat kecoh, suka bergaduh, menimbulkan kebencian org, sombong, tamak dan penderhaka.
Aku nak tengok sejauh mana ketelusan PAS dalam memperjuangkan ISLAM di Malaysia. Ini lah masa nya untuk kita semua menilai, SIAPA PAS sebenarnya.
Dari: Malaysian 2day.
Salam Lebaiman,
Kata-kata itu "live" diucap oleh TGNA. Lihat "TV PAS" dan ada juga tersiar dalam Berita TV3.Ini bukan fitnah kerana diantaranya yg keluar dari mulut TGNA "letak jawatan Parlimen Bachok tanding semula, Sampah, Keluar PAS masuk UMNO".
Sepatutnya menghormati keputusan Muktamar tentang Nasha dan Hj.Hadi berserta idea perpaduannya, TGNA yang tegas tak setuju yg patut keluar PAS.
Demikian baru terbukti telahan Nik Aziz yang PAS termakan jerat UMNO. Soalnya siapa yang terjerat? Tak lain Nik Aziz sendiri! Siapa yang menjerat? Sendiri pasang, sendiri masuk!
SALAM SL
PAS TAKU BAYANG2 SENDIRI. BILA USTZ NASHA KOMEN PSL KETERBUKAAN PAS, TGNA MELENTING BAGAI KENA POLONG. NAMPK SGT DIA FOBIA PD SESUATU YG BAIK..ALAHAII AJIS2!
Slam Cyber Saudara Semua. Terima kasih setinggi gunung atas komen kalian. Lebaiman, memang benar seperti kata penpusaka. SL sendiri telah pos video itu pada awalnya. Tetapi keranan melambatkan downloading maka di "remove" untuk keselesaan pengunjung. Sukar mau memahami pendirian TGNA sejak akhir-akhir ini terutama bila dia pernah berkata "alangkah manisnya hidup" semasa perasmian Koridor Pantai Timur dengan PM Pak Lah. TGNA kini bagailkan berubah 360 degree. Teringat saya bila dia mengatakan bahawa "Tuhan juga mencarut".
Sampai ketem lagi di alam cyber.
Have a nice day to you all. Love Senjaliza.
kepada lebaiman : Kalau dah keluar dari mulut TGNA sendiri..apa lagi tanda-tanda yang diperlukan
terimalah ustaz nasa masuk umno..big boss pas dah halau..terima lah dia..dia boleh jadi ular dalam semak umno
Anonymous June 18, 2009 6:38 AM.
Agaknya anda lupa tengok muka dicemin masa anda buat komen ini. I suke nak banding u ngan Ust Nasa tapi lebih baik you sendiri banding diri u dengan Nasa. Adili diri kamu.
Post a Comment