Translate

Thursday, July 9, 2009

BEBERAPA TRANFORMASI DALAM REFORMASI.

Antara Tranformasi dalam Reformasi.

Sejak Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan memperkenalkan gagasan "Tranformasi", semakin banyak kejadian yang berlaku pada gagasan "Reformasi" yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, tidak bermakna "transformasi" tidak berlaku.

Pungutan umum Kumpulan "Meredeka" mendapati sokongan dan keyakinan terhadap kepimpinan Najib semakin meningkat. PPSMI telah juga dipersetujui untuk dihapuskan. Barangkali ada juga pihak yang tidak lena dengan penghapusan PPSMI ini terutama mereka yang sudah menyediakan perkhidmatan seperti perisian komputer dan buku teks serta lain-lain keperluan bagi program PPSMI. Bagi mereka yang merasa terpinggir dalam keperluan pendidikan, Biasiswa Nasional sudahpun diperkenal bagi keperluan mereka ke menara gading. Liberalisasi terhadap beberapa perkara terutama aktiviti ekonomi yang melibatkan pelaburan asing dan galakan pelaburan asing diperkenalkan. WTO dan AFTA memanglah menetapkan dan mengutamakan liberalisasi ini bagi kelangsungan perjalanan perniagaan antarabangsa.

Harga minyakpun sudah diturunkan pada tahap yang rendah dan munasabah. Malaysia tidakpun bankrup dengan penurunan ini malah semakin merapatkan hubungan rakyat dengan pemerintah. Inilah sebahagian dari hasil Transformasi gagasan Najib.

Bila gagasan Transformasi mula mengambil tempat, gagasan reformasi Pakatan rakyat juga mengalami transformasi. Antara transformasi itu ialah:-

1. Khidmat Presiden PAS, TGHH dan Timbalannya, NASA tidak diperlukan seperti dahulu. Kartun yang saya garap dari blog rakan dapat menggambarkan bertapa Presiden dan Timbalan Presiden PAS dikongkong kebebasan dan pergerakannya.

2. Dulu, gerakan Reformasi menuntut supaya DSAI dibebaskan dari ISA agar ke liwatnya dapat dibawa ke muka pengadilan atau di Mahkamah. Selepas Transformasi, DSAI berulangkali menangguhkan kesnya dari dibawa ke Mahkamah malah ada gerakan tersusun dan berjadual membawanya ke mahkamah rakyat yang menyokongnya sahaja.

3. LGE dahulu yang membawa perwatakan dan sikap merendah diri dan bersedia menghadapi rakyat di mana jua dan bila-bila masa sahaja. Kini, hanya menemui beberapa kerat masyarakat Kg. Buah Pala setelah LGE tidak mampu bertahan di "lubang tikus". Dia juga mula mengubah cara hidup dengan berpindah ke rumah mewah dengan hanya memberi alasan takut pada "anai-anai, biawak dan musang".

4. Dalam gagasan Reformasi, DSAI diagung-agungkan sebagai "boss" dan seterusnya menjadi boss Pakatan Rakyat. Setelah transformasi, boss reformasi diarah untuk letak jawatan dan disuruh untuk bertaubat.

5. Dalam era awal reformasi dan Pakatan Rakyat, PAS disanjung oleh rakan-rakan yang kini dalam Pakatan Rakyat sebagai parti yang solid yang sukar ditembusi oleh idelogi "sembronoh", songsang, dan keliru. PAS konservatif terutama dalam soal-soal agama Islam. Setelah Transformasi, PAS mengalami liberalisasi dan innovasi sehingga fahaman erdogan yang liberal mula menyusupi PAS. Golongan Ulamak pula terpaksa berhadapan dengan golongan erdogan yang lebih pro kepada kepimpinan DSAI dari kepimpinan PAS terutama Presiden dan Timbalannya. Golongan erdogan hanya perlu mempastikan TGNA sebagai Mursyidul Am PAS menyebelahi mereka manakala yang lain hanyalah akademik sahaja.

6. Golongan reformasi dalam Pakatan dulu saling hormat menhormati, bagai menarik bulu dari tepung. Kini, main kasarpun dilakukan. Contohnya: DAP di Kedah meninggalkan Kerajaan Pakatan dan menelanjangkan kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah kepada umum. Di Majlis Perbandaran Sbrang Prai PAS diberi 2 slot sahaja DAP dapat 10 PKR dapat 9. Nampak sangat PAS dipandang ringan.

7. Dan lain-lain. Saya yakin, anda lebih arif.

11 comments:

SUARA RAKYAT said...

Salam.. Dahulu AnWar adalah pemimpin yang mendapat tempat di hati rakyat di Sabah, akan tetapi setelah terjadinya transormasi reformasi kepimpinan di Sabah, dan sekarang diambil alih oleh Azmin Ali, PKR Sabah ibarat ayam kehilangan ibu.

Anak X-PKR said...

Nampaknya Sabahkinipun mengalami transformasi. Dulu Sabahkini kata tiap saat blogger mesti check blog agar tahu dan faham isu dan perkembangan semasa. Kini setelah transformasi Sabahkini melalui PBS Persatuan Blogger Sabah-tidak semua, mungkin Presiden penajanya sahaja)kata buang masa ada blog atau ICT seperi Datuk Seri Lajin Haji Okin pernah syorkan. Macam-macam tranformasi berlaku. Rujuk:http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1680:pbs-tentang-hasrat-lajim-dalam-ict&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

Datu Sulaiman said...

suadara Liza...

Tidak benar sama sekali pendapat saudara yang melihat bahawa pergerakan PAS dan PKR dikongkong atau dikuasai oleh DAP.Coba sdr lihat di Kedah, PAS tidak pun gentar kepada gertak DAP..Ini menunjukkan tuduhan bahawa kononnya PAS diperkudakan oleh DAP adalah tidfak benar dan berniat jahat.

Tentang 'kediaman mewah'LGE..jika pihak yang tidak berpuashati merasakan ada perlakuan janayah dalam isu ini maka silakan untuk membuat aduan kepada SPRM. Membuat tuduhan semata-mata tidak memberi apa-apa kebenaran kepada fakta yang disebut.

Mengenai isu LGE dan Kg.buah Pala, sepatutnya kerajaan pusat tidak boleh lepas tangan kerana khabarnya isu itu adalah masalah yang bermula pada zaman kerajaan BN dulu..Jadi siapa yang lepas tangan sebenarnya?

Datu Sulaiman said...

Berkenaan PKR Sabah, saya bersetuju dengan Sdr.Rakunman bahawa PKR Sabah sedang malap pengaruhnya.Tetapi mungkin PKR pusat masih belum dapat melihat siapakah yang boleh ditonjolkan untuk mengepalai PKR Sabah..Ansari Abdullah suatu kektika dulu dilihat sebagai ketua yang ideal tetapi beliau sendiri mengambil keputusan meletak jawatan...Memang benar sekarang bahawa PKR Sabah nampaknya berada dipersimpangan. Mungkin tidak salah untuk mengilap tokoh baru, yang lebih bersih dan berpendidikan.

me said...

Saya tak faham kenapa fahaman "Erdogan" dikatakan liberal. Sedangkan Erdogan di Turki dianggap amat konservatif dan "Islamist".

Anak X-PKR said...

Saya setuju DAP tidak memperkuda di Kedah. Tapi DAP mengheret PAS dalam situasi keruh kerana mempermain isu babi. Itu di Kedah. Lihat di Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Di Sana PAS BUKAN SAJA diperkuda malah "diperunta". Ini hakikat yang sepatutnya TIDAK dinafikan PAS dan penyokongnya kerana ini jelas merugikan PAS samada jangkla pendik atau jangka panjang. Di Kedah, DAP minoritipun boleh menggertak PAS dan MB PAS. PAS tidak boleh linean kalo tidak mahu diheret DAP. Dalam PKR ada DAP tapi tiada PAS. Mahu tekan PAS ada. Pada Datu Sulaiman, amaran DAP Kelantan kepada TGHH dan NAS supaya menjauhi Manek Urai membawa erti apa?

Aanak X-PKR said...

Saudara Me ada pergi Turkey kee?. Bar bebas dengan apa jua jenis minuman secara terbuka. Pemimpin dikecam bila isterinya memakai Tudung. Turkey terkenal sebagai negara "sekular" dan mereka berbangga dengan kedudukan ini. Malaysia mahu dikenali "Negara Islam" dan diiktiraf dunia sebagi Negara Iskam tetapi dikecam sebagai negara sekular terutama oleh rakyatnya sendiri. Usaha menegakkan Malaysia sebagai "Negara Islam" ditentang habis-habisan oleh DAP. Nizar kata apa mengenai matlamat PAS menubuhkan negara yang mengamalkan sistem Islam?

Senjaliza said...

Salam Cyber dan salam damai buat saudara-saudara sekalian. Terima kasih di atas pandangan saudara-saudara. Saya amat menghargai dan menghormatinya. Selalunya (bukan kadang-kadang) untuk mencapai keputusan dan hasil yang baik ialah melalui pertembungan pendapat, argument, brainstroming tetapi kita mestilah "agree to diagree" denga mengemukakan fakta bagi mempertahankan point masing-masing. Bagi saya itu adalah jalan yang "matang". Ada juga orang PAS yang mengatakan DAP diperkuda DAP walaupun TGNA kata tidak. Politik ada perkiraan yang berlapis-lapis. Saya pasti Datu Sulaiman tahu lapisan-lapisan ini.

Doakan kali sihat wal afiat dan jumpa lagi dilain topik. Wassalam.

eXception said...

Ya betul tu... So penulis blog Senja Liza, sudikah kiranya memuatkan blog hamba ke dalam blog list tuan hamba?

http://exception2008.blogspot.com/

Paparian said...

Salam Sdri Liza,
Ramai tidak mempersoal LGE pindah rumah. Itu memang hak dia sebagai CM. Tapi orang mempersoal "cara" dia. Besar kepalanya menggunakan alasan anai-anai , musang dan biawak..seolah-olah mengolok-olok dan tunjuk kuasa dan besar kepala. Kenapa tak guna alasan pindah kerana lebih selesa?. Datu syor bawa kes ke SPRM!. Nanti Nuar pula kata sikit-sikit SPRM..sikit sikit SPRM.. SPRM alat BN!, ikan bilis ditangkap tapi jerung dibiar bermaharaja lela. Berapa orang yang yakin bahawa DSAI akan bersara politik dalam masa yang terdekat?

Senjaliza said...

Sdr. eXception. Insyallah. Sudah. Janganlah panggil I Tuan Hamba, I orang biasa jee.