Translate

Sunday, July 12, 2009

BRAZILIAN BUTT: ASLI DAN TIRUAN: Keindahan dan Kemiangan - Obama pun jeling!

Kejelitaan itu hak milik seorang wanita. Tak perlu orang lelaki mencemburuinya kecuali mereka yang terlalu ”cemburu” untuk menjadi wanita. Lalu mereka (akan) tukar jantina. Namun tidak akan mendapat tittle yang sebenar sebagai wanita. Mereka mungkin mendapat gelaran pondan, mak nyah tetapi bukan wanita yang dengan ”kejelitaan”. Mahukah anda dipanggil seorang pria yang jelita?
.
Gambar: Kim Kardashian, pemilik Brazilian butt yang jelita. Apa agaknya pertama orang jeling bila bertemu si jelita ini?
.
Antara ciri kejelitaan yang menjadi idaman wanita zaman ini ialah memiliki ”brazilian butt”. Satu rupa bentuk ponggung yang bulat, berisi, ”menonjol” dan sedikit ”tertonggek”.

Di Negara-Negara Barat, kelinik-kelinik kejelitaan sudah berlonggok menawarkan khidmat ”Brazilian Butt Lift” untuk memiliki punggung ala brazilian ini. Tentunya untuk mereka memiliki ciri-ciri kejelitaan yang diidamkan. Samada kerana mereka menghadapi masalah minda atau masalah susuk badan itu satu perkara yang berkaitan hak individu. Kalaupun para ’naturalist” membantah, mereka juga harus melihat isu dan sudut penggunaan make-up dan pelbagai ramuan perubatan kesihatan dan kejelitaan. Asli atau tiruan tetap menjadi isu yang berterusan tetapi hak individu perlu dihormati.

OBAMA diperhatikan Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy (kanan) memandang belakang Tavares dalam sesi bergambar di sidang G8, kelmarin. Gambar kecil wajah Tavares. Obama menjeling "brazilian butt" Mayara yang asli. Apakah Obama melihat keaslian dan keindahannya atau dia sudah jemu melihat punggung ala brazil yang tiruan di negaranya?

Kini, dunia heboh dengan jelingan Presiden Barack Hussien Obama yang menjeling punggung Mayara Tavares yang baru berumur 16 tahun. Mayara hadir bersama rakan-rakan yang dikenali sebagai 'Junior 8' atau J8 hadir bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Seorang wakil setiap delegasi nasional berpeluang bertemu pemimpin negara mereka untuk mengambil gambar sebagai proses sosialisai dan menanam semangat kesedaran tentang isu pemanasan global dan kemiskinan. Kenapakah Obama kelihatan seperti miang melihat dengan jelingan brazillian but milik Mayara?
Gambar: Wanita Islam berdua ini juga menjeling ke arah wanita barat ini. Apa agaknya diminda mereka?. Apakah mereka juga kepingin untuk memiliki brazilian butt?
.
Apakah kerana di Amerika sudah berlambak brazilian butt tetapi hampir kesemuanya ”palsu” atau tiruan?.
.
Barangkali juga dia teringin mengetahui sejenak yang asli dan yang tiruan!. Soal dia menghargai kejelitaan yang indah atau kerana ada ciri ciri kemiangan sukar untuk kita mengertikan kerana bukanlah mudah untuk menyelamai mindanya. Sama sukarnya kita menyelami pemilik brazilian butt atau mereka yang ingin memilikinya. Bukanlah sukar bagi Obama berkunjung ke Rio de Jenario, Brazil. Tetapi di situ akan bebaur dengan sebati dan kental isu kemiskinan dan pemanasan global. Barangkali pantainya akan dipenuhi dengan senario ”brazillian butt” yang bakal mengalpakan kemiskinan. Natijahnya, isu kemiskinan itu terus menjadi krisis dunia dan akhirnya pemimpin dunia boleh membuat alasan...”Blame it On Rio”.
.
NOTA....
Kamu yang berkempen di Manek Urai.."don't even dream of brazilian butt". Ha ha. Ingat di sana tak ada parti lawan! yang ada parti kawan.

4 comments:

Ajin b. Gagah said...

liza,
Brazilian butt ? siapa bilang lelaki mencemburi kejelitaan seorang wanita yang cantek molek ?

Apa lagi kalau body wanita itu mempunyai bentuk ponggung yang bulat, berisi, ”menonjol” dan sedikit ”tertonggek”.
Atau pun lebih ringkas lagi; wanita mempunyai Brazilian butt?

saya tidak dapat mengulaskan penelitian liza dalam isu ini. However, saperti Obama pasti saya akan tersentap dan rasa rugi kalau tidak menjeling ( curi pandang) keaslian dan keindahannya wanita yang berpunggung ala brazil butt ini... sungguh dahysat
'But Off course', bukan yang tiruan tau.

Pernah Orang berkata, amat sayang kalau ada mata, 'tidak melihat', kalau ada hati 'tidak di pendamkan' dan lain-lain lagi.

Jangan marah tau, ini cuma pandangan saya...Aduii dogo

Apa-apa pun salam dan semoga success

Senjaliza said...

Salam Tuan Engineer Solymone.
Tengok boleh tapi jangan mi---g nanti terlupa bini di rumah. Kalo dia sporting lagi teruk dia kasi beli video Kim Kardashan... Nah! adoi dogo..aramaiti...Kada mogihom suai kie alamat poh asogitan.

BATU GADUNG said...

Teringat kata2 sifu saya beberapa tahun yang lalu...Nafsu mengatakan perempuan cantik atas dasar rupanya... Akal mengatakan perempuan cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya...Dan hati mengatakan perempuan cantik atas dasar akhlaknya.

Anonymous said...

Adoiii....
Mana boleh tak tengok, perempuan buat macam itu untuk dipertontonkan pada mata-mata umum, betul tidak Bro Solymone....

Macam pak haji satu ni cakap...lalu depan dia, dia mengucap astaga,astaga,astaga..
bila perempuan tu pegang dia.. dia ucap, syukur alhamdulillahhh.