Translate

Tuesday, July 7, 2009

WANITA MCA GO..GO...Ketua Menteri, Lim Guan Eng Tak Mampu Urus Anai-Anai!

Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang. "LGE pindah rumah baru kerana ada anai-anai di Seri Teratai". Agaknya anai-anai ini di impot dari Kota Melaka!
.
Guan Eng tak fikir nasib Kampung Buah Pala

BUTTERWORTH: Wanita MCA membidas Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang berpindah ke banglo mewah dengan alasan anai-anai, semut api dan musang tanpa memikirkan nasib penduduk Kampung Buah Pala yang bakal kehilangan tempat tinggal. Ketua Wanita MCA Pulau Pinang, Tan Cheng Liang, berkata tindakan Guan Eng berpindah rumah baru ketika penduduk sedang memperjuangkan nasib mereka menunjukkan beliau tidak tahu menilai tanggungjawab. "Bila baca akhbar, saya lihat tajuk (surat khabar) beliau (Guan Eng) pindah ke rumah baru lebih besar berbanding isu Kampung Buah Pala. Mana satu yang lebih penting? Adakah berpindah ke rumah baru hanya kerana ada anai-anai di satu almari di kediaman rasmi Ketua Menteri (Seri Teratai) penting baginya....
SELANJUTNYA....
.
NOTA SENJALIZA

Dulu bila mula-mula jadi Ketua Menteri Pulau Pinang, orang Kota Melaka ini nak tunjuk dia tak suka hidup mewah dan sering menunjuk perangai "the people leader". Pengikutnya selalu memberikan gambaran bahawa LGE orangnya simple dan care for the peoples' complains!. Now, lari dari tanggungjawab dan angkat tangan dengan meminta bantuan kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah di Pulau Pinang. Maka jadilah dia "the fox jump over the wild cat leader" yang hanya mengarah pengikutnya menulis dan berkarya, menaip depan PC untuk mengabui mata rakyat seluruh negara bahawa dap itu adil, tidak rascist, bertoleransi, bernorma tinggi, dan the people parti. Nahhh! lihatlah sekarang apa dah jadi!!! Semua terbalik.... Anai-anaipun tak mampu diurus oleh Ketua Menteri Pulau Pinang kee? Berhenti saja jadi Ketua Menteri!. Siapa yang terlalu racist dan menguburkan semangat toleransi di bumi Malaysia ini? kenapa bersembunyi dalam lubang tikus dan lari dari penduduk Kg Buah Pala?

Wanita MCA bangkitlah dan perangilah sikap "double standard" yang menjadi resepi utama dap dalam berparti dan cara berkerajaan dap. Agaknya terlalu bongkak dengan menggunakan alasan anai-anai dan berpindah rumah besar dan mewah... Wanita MCA binalah semula jambatan perpaduan yang telah dirobohkan dap.

3 comments:

torashah said...

Salam SL..

Kalau masalah kecil seperti anai-anai pun dia tak boleh nak uruskan, bagaimana nak uruskan sebuah negeri dengan rakyat-rakyatnya? Harap-harap rakyat Penang dah buka mata untuk memilih pemimpin yang sebenarnya pemimpin dalam PRU-13 nanti...

www.umnopuncakalam.blogspot.com

USD said...

Salam, Bukankah ini pemimpin yg mcontohi Kh. Umar Abd Aziz...haha, kena kencing org Penang hidup2!

Unknown said...

semalam saya sms LGE tentang anai-anai tu. Dia balas sms "anai-anai tu penyokong BN" saya mau marah atau mau ketawa? fikir punya fikir betul juga jawapan LGE..maksud yang tersirat KM Pulau Pinang akan pindah dari rumah KM kerana penyokong BN ramai macam anai-anai...