Translate

Thursday, October 29, 2009

DEMOKRASI ATAU NO TEARS NO GOODBYE?


“saya telahpun membakar jambatan saya..."I can always do something else."-Jeffrey


Tiada niat saya untuk memperkecil kepimpinan mana-mana individu, Niat saya hanyalah ingin mengetengahkan demokrasi yang dilaung-lalungkan sesetengah pemimpin tetapi dibunuh dengan zalim kerana kuasa dan mandate ada di tangannya. Suara cabang-cabang/bahagian-bahagian sudah tidak dihiraukan dan dihormati.

DSAI, deFacto  Leader PR, mengguanakan segenap liang lingkup kuasanya membunuh demokrasi yang dilaung-laungkannya.; tetapi bila yang dibunuhnya tak mati maka memujuk rayulah DSAI.

DR. Jeffrey Kitingan dan Christina Liew @ Oi Liew Jin, dua pemimpin senior PKR Sabah, yang dikatakan mendapat sokongan 18 dari 25 Cabang /Bahagian PKR Sabah yang mencadangkan Jeffrey menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Sabah telah diketepikan tanpa perundingan awal. Dan Kini mood bahagian-bahagian ini muram dan bakal memberontak malah mereka "menghentak meja".

DSAI memujuk dan mambujuk Jeffrey supaya terus bertuankannya  sambil menawarkan plan damai. Namun Jeffrey yang sudah "cedera" dan popular dengan tindakan “tiada pusingan u” tidak lagi berpaling. Lalu, Anwar hantar bekas pemimpin SUPP, Micheal Bong, dari Sarawak ke Kota Kinabalu untuk memujuk Jeffrey dan menawarkan plan damai, namun Jeffrey membalasnya dengan “pulang paku buah keras’. Jeffrey mengatakan bahawa “saya telahpun membakar jambatan saya”…” . “I may decide sooner before the three months end,” ...."I can always do something else." . Merujuk kepada tindakannya ”bercuti-cuti politik” sehingga pertengahan Januari tahun depan.

DSAI juga cuba menghubungi Jeffrey melalui telefon tetapi gagal. Jeffrey tidak menjawabnya . Dia sekadar memberi jawaban sinis, “law battery” dan lupa charge. Bagai  "skel low batt" bila dihubungi oleh mereka yang tidak dikehendaki". Tetapi dengan tegas Jeffrey mengatakan bahawa “Anwar himself has not been in contact with me for some time,…. “We are no longer going to be used by these people (in Kuala Lumpur) for their own politics.”

Menyentuh mengenai sokongan cabang-cabaf/bahagian-bahagian PKR Sabah yang menyebelahi Jeffrey, Jeffrey mengatakan bahawa “mereka tetap akan bersama saya ke mana saja saya pergi”.

Demokrasikah ini atau "no tears no goobye", seperti datangmu tidak diundang dan pergimu tidak dipersila...?

LAYARI JUGA... .....
http://www.sabahdaily.com/2009/10/jeffrey-quits-as-vp-sabah-pkr-sinking/

2 comments:

Anak X-PKR said...

Salam SL da Noreen.
Terkini terdapat individu yg mengemukan formula bagi membawa Jeffrey ke meja perundingan. Formula ini banyak mendedahkan "pekung" emimpin PKR sendiri dengan melebel mereka dalan UMNO dan dalang PBS, malah traitors!

Formula ini sebenarnya mengemukan kaedah bagaimana menjatuhkan Jeffrey dengan jalan undian..Apa Jeffrey ini bodoh sangatkah menerima formula itu?

Bila Jeffrey mengatakan “saya telahpun membakar jambatan saya..."I can always do something else." dan “We are no longer going to be used by these people (in Kuala Lumpur) for their own politics.” ; orang PKR Sabah perlu faham bahasa. Ini bermakna Jeffrey akan tinggalkan PKR..Nak Pujuk...BUANG MASA dan TENAGA..DSAI sendiri sudah tidak terpujuk Jeffrey..

Inilah typical PKR..kawan sendiri "dibunuh" dan akan "dibunuh sekali lagi". Kawan lain diaibkan dituduh dalang..Apakah setiakawan dalam PKR tidak pernah wujud..

Jangan mimpi krisis PKR akan berakhir deng segera. Sampai ambang PRU13, PKR akan masih bersengketa..keran itulah DSAI muak dan muak dan muak lagi... sehingga menemui PM Najib beberapa kali...Keran itulah ramai PKR..ADUN Pelabuhan Klang dan Malah SU PKR Malaysia contemplating untuk meninggalkan PKR... PKR Nak Demonstrasi lagikah mendesak Anwar Letak Jawatan?????

Datu Sulaiman said...

Sdr.Liza,

saya fikir eloklahDr.J meninggalkan PKR Sabah. Tidak perlu menungu lama, alang-alang meletak jawatan dalam parti, langkah yang lebih utama ialah mengumumkan meninggalkan parti. Ketua-ketua bahagian yang menyokong beliau juga perlu mengambil langkah yang sama sekiranya benar mereka menyertai PKR kerana Dr.J, bukan kerana parti.

Kita mencabar ketua-ketua bahagian ini supaya segara mengumumkan kedudukan mereka. Jika tidaklah mahu berkhidmat kepada parti, segara letak jawatan dan umumkan keluar parti. Dengan itu boleh PKR Sabah disusun segara. Dr.J harus menjawab kepada PKR tentang mengapa beliau gagal menghadiahkan walau satu kerusi pun daripada kawasan KDM di Sabah dalam PRU 12 lalu? Adakah ini menunjukkan Dr.J sudah tidak berpengaruh lagi dikalangan KDM? Beliau tewas di Bingkor.... Jadi bagaimana mungkin ketua-ketua bahagian yang menyokong beliau mengharapkan agar beliau dilantik mengetuai PKR Sabah? Jika ada ketua-ketua ini yang membaca, sila jawab....!