Translate

Thursday, October 29, 2009

PKR Sabah: Apakah kejutan dalam kotak "Hadiah Selamat Tinggal" yang bakal diserahkan


Apakah kejutan dalam kotak "Hadiah Selamat Tinggal" yang bakal diserahkan Dr. Jeffrey dan Christina Liew ini? Adakah ianya hanya kotak kosong seperti janji-janji yang pernah didendangkan kepada mereka? Atau bugkusan ini bererti "Return to Sender"


Telah lebih Sembilan tahun Christina Liew bersama PKR dan tetap setia sehingga nama “Pakatan Rakyat” tercipta walaupun sebenarnya wujud hanya pada nama. Dia telah mengorbankan masa dan hartabendanya kerana sayangnya pada PKR. Cintanya pada PKR mendapat restu ibunya yang tersayang.

Dia pernah bertanding di DUN Luyang menentang Melanie Chia tetapi katanya “saya tidak kalah. Cuma saya belum menang”. Inilah kata-kata "semangat berjuang" Christina yang sukar dilupakan begitu saja. Kegigihanya sebagai wanita kerana berpresidenkan seorang wanita tetap terserlah. Melanie yang menang atas tiket BN sudah lama meninggalkan Barisan Nasional. Tetapi Christina Liew yang belum menang tetap setia kepada PKR. Setianya setia kerana restu ibunya.

Ternyata “Politik is the game of possible” adalah benar. Christina yang setia dengan komitmentnya selama Sembilan tahun tersingkir. Sokongan ke atasnya semasa PRU12 tidak diambil kira. Dia digugurkan sebagai orang no2. PKR Sabah dan digantikan dengan mantan orang kuat LDP yang pernah menentang bossnya, Chong Kah Kiat dan mantan ADUN Tanjung Kapur Kudat yang berhijrah ke DUN Seri Tanjung, Tawau. Seri Tanjung pula dimenangi DAP melalui calonnya Jimmy Wong,

Dalam PRU 12, Christina menentang Dr. Yee Moh Chai seorang yang sudah lama berakar umbi pengaruhnya di kalangan PBS dan pengundi DUN Api-Api. Namun Christina hanya kalah dengan 174 undi. Dia juga sekaligus berhentap di Parliament Kota Kinabalu pada ketika itu menentang gergasi politik dari DAP dan BN yang kuat dalam serba serbi, namun dia hanya kalah 106 undi di tangan DAP. “Saya tidak kalah Cuma saya belum menang”. Barangkali inilah juga alasan Christina selepas PRU12.

Pengaruh dan sokongan ke atas Christina Liew ini semuanya tidak diambil kira oleh PKR Pusat. PKR Pusat tidak perlu risau kerana kawasan ini bakal ditandingi oleh rakan lain dalam Pakatan Rakyat seperti DAP menjelang PRU13. Pengorbanan dan perjuangan Christina Liew dengan mudah dilupakan. Bak kata orang tiada PKR, ada DAP. Apakah atas dasar itu Christina Liew disingkirkan?. Apakah persepsi rakyat diketepikan bulat-bulat?

Dalam politik alasan memang mudah diberikan namun setiap “kejujuran ada harga dan nilai  yang bermaruah  an beretika masih dipandang oleh rakyat” . Jika dasar itu diguna pakai “apakah Jimmy Wong dari DAP-DUN Seri Tanjung akan digugurkan pada PRU13 dan diganti dengan Kong Hong Ming dari PKR?

Rakyat Sabah di kalangan penyokong PKR terutama dari KDM, tidak mudah melupakan pengorbanan Dr. Jeffrey. Road Show seluruh Sabah kebanyakannya atas usaha Jeffrey dan penyokongnya. Malah dia mengalami kemalangan jalanraya yang telah mencederakannya semasa road show ini. Dia terlantar di Hospital dan dilawati abangnya DS Pairin Kitingan. Saya tidak ingat samada Datuk Seri Wan Azizah, Presiden PKR ada melawatnya semasa dia terlantar di hospital.

Impian Jeffrey untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Sabah bukanlah rahsia yang tersembunyi. Namun impiannya itu kini berkecai. PKR Pusat telah melantik Encik Ahmad Thamrin Haji Zaini sebagai Pengerusi PKR Sabah menggantikan Azmin Ali.

Ekoran dari itu Jeffrey dan Christina liew telah merasa terkilan. Jeffrey meletakkan semua jawatanya dalam PKR manakala Christina Liew meletakkan Jawatannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi PKR Pusat. Apakah ini bukan "amounted to" meninggalkan PKR?

Walaupun Jeffrey dan Christina masih mengekalkan keahliannya dalam PKR, namun setiap yang meneliti dan menilai perkembangan terkini ini pasti membuat kesimpulan bahawa mereka akhirnya akan meninggalkan PKR. Hanya masa yang menentukan.

Perginya nanti Jeffrey dan Christina pasti akan membawa “orang-orang mereka” bersama. Apapun alasan Kong Hong Ming yang mengatakan bahawa peletakkan jawatan Jeffrey dan Christina tidak memberi kesan kepada PKR Sabah, itu hanyalah “alasan politik”. Pengaruh Jeffrey dan Christina dalam PKR sudah teruji dan berakar umbi. Lihatlah nanti, Jeffrey dan Christina pasti melakukan satu kejutan sebagai reaksi terhadap perkembangan politik PKR ini. Malah jika pemergian mereka benar-benar terjadi, ianya pasti merupakan “ombak tsunami” bukan saja kepada PKR malah kepada Pakatan Rakyat. Apakah pengikut mereka berdua dapat disekat dengan mudah oleh Pakatan Rakyat?

Ramai yang melihat bahawa penyingkiran Chrstina Liew adalah “durian runtuh” kepada DAP tetapi penyingkiran Jeffrey adalah kepedihan kepada KDM. Apakah ada tangan-tangan ghaib yang menusun strategi ini demi kelangsungan DAP?. Masihkah anda ingat sikap Jeffrey memberi amaran kepada Teresa Kok supaya tidak mencampuri urusan politik pembangkang di Sabah di ambang PRU12 dulu?

Teka-teki masih bermain di fikiran kita. Ke mana arah Jeffrey dan Christina membawa penyokong mereka. Masihkah mereka mahu sekapal dengan pihak yang menyingkir mereka? Atau mereka bersama penyokong akan menyerahkan “hadiah selamat tinggal”, bukan sahaja kepada PKR tetapi kepada Pakatan Rakyat?

Apakah nanti mereka berkata “wahai rakyat, lihatlah kami yang berjuang dengan seluruh tenaga, masa dan harta benda kami, namun kami disingkir..apakah jaminan bahawa kamu tidak diperlaku seperti kami?”

3 comments:

CINTA DUNIA said...

Salam sdr Liza..

Memang ada kejutan akan berlaku. konon cerita Christina dan Dr.Jeffry akan menyertai SAPP. Baguslah kalau begitu. SAPP pada PRU 13 nanti akan memenangi sokongan KDM dan Cina manakala PKR pula akan menyaingi UMNO untuk memenangi sokongan bumiputera Islam..Jika ini berlaku, tidaklah lagi BN Sabah boleh goyang kaki..

Senjaliza said...

Salam dan Terimakasih Datu.
Dalam konteks Sabah, perkara seperti Datu katakan sukar berlaku kerana kerusi yg menjadi rebutan SAPP, DAP dan PKR terlalu sedikit. Dgn demikian mereka juga terpaksa menghadapi LDP,PBS, MCA an Gerakan. KDM tidak akan menyertai Jeffrey selagi PBS, UPKO dan PBRS berada dalam BN. Jadi ini melemahkan Pakatan Rakyat dan pembangkang dan memudahkan BN utk menang dalam PRU13. Kes Jeffrey dan Christina aka menjadi isu di peringkat Pusat yg menggambarkan perjuangan PKR hanya sekadar mempososikan impian seseorang pemimpin. Ia lebih kelihatan seperti meanuver DAP yang ingin mengusai sebilangan kerusi tambahan di Sabah. PAS sukar bertempat di Sabah walaupun ia mempunyai sokongan. Tetapi harus ingat..sebahagian besar PAS di Pusat sudah benci dan muak Pakatan Rakyat da DAP. Kemarahan mereka membuk dan akan direalisasi pada PRU13. Ini adalah kemenangan besar BN yang sudah lebih cepat berubah dari PAS DAP dan PKR yang masih pada tahap lama dan pimpinan takok lama yang menebal.

Anak X-PKR said...

"Typical of Jeffrey". Apa saja parti yang disertainya dia mau jadi Boss. Dan parti itu akan mengalami krisis kepimpinan di kala "penyatuan diperlukan". Dia masuk SAPP pun akan membawa budayanya dan akan melawan YTL yg menyebabkan krisis lagi. Dari segi pengarug DR J sudah luntur. Christina hanya akan jadi mangsa. Seolah-olah jalan mudah bagi DAP telah dirintis oleh "tangan-tangan ghaib" DAP dalam PKR Pusat. Hancur Pakatan Rakyat oleh Jeffrey. Tahniahlah buat Jeffrey dan Christina yg menghancurkan harapan Pakatan Rakyat di Sabah menjelang PRU13.

Ingatlah "DI MANA ADA DR. J, DI SITU ADA KRISIS KEPIMPINAN".
Typical of him.

BTW..Berapa kali sudah Anwar jumpa Najib untuk dia diampunkan dan menyokong 1Malaysia? Saya dengan dah banyak kali....No wonder dia diam-diam....