Translate

Monday, October 26, 2009

PENYATAAN LIM KIT SIANG BERSALUT MUSLIHAT?

Apakah Lim Kit Siang sebenarnya tunjang kekuatan Pakatan Rakyat? Atau sekadar tauke laga ayam?

To restore public confidence in Pakatan Rakyat, PR component parties should make a 10 or 20-year commitment to abide by the PR common principles and impose discipline among their leaders to uphold and protect PR image and integrity
- Lim Kit Siang


Apakah maksud tersirat Lim Kit Siang dalam menyatakan syornya seperti tersebut di atas?

LKS sebenarnya meminta supaya ahli-ahli komponen PR berikrar taat setia kepada kemahuannya dan kemahuan DAP. Lebih ketara, penyataan LKS itu ditujukan kepada PAS dan kepimpinannya yang selama ini menampakkan pertentangan dari segi idelogi dengan DAP. LKS tahu benar PKR akan menyebelahinya jika syor ini diketengahkan. Bila ada komitment seperti yang dia syorkan, setidak-tidaknya dia dan DAPnya ada senjata dan alasan supaya PAS patuh kepada tuntutannya dan kemahuan DAP seperti akur janji dalam komitment 10-20 tahun. Jauh di sudut hatinya, dia percaya PKR akan tetap meyebelahinya kerana dalam PKR sudah tumbuh subur tamanan idelogi dan orang DAP di dalamnya.

Syor ini hampir sama dengan syor Israel kepada Hamas dan Fatah di Palestine supaya "restore order" tetapi dalam masa yang sama Israel mengatur strategi untuk menyerang dan membunuh rakyat Palestine dengan sewenang-wenangnya.

Jelas kepada kita bahawa, di saat-saat PAS menghadapi krisis kepimpinan, DAP pula berusaha mengenakan berbagai kondisi kepada kepimpinan PAS supaya melakukan komitmen. Seolah-olah komitmen ini berbau ugutan bahawa jika tiada "komitmen" seperti yang dia syorkan maka jangan mimpi DAP akan menyokong atau menyebelahi pemimpin PAS yang sedang menghadapi krisis kepimpinan.

Akan adakah pemimpin PAS yang akan menyambut syor LKS dan DAP ini semata-mata hendak mempertahankan dan mengekalkan kedudukan atau posisi mereka dalam PAS? Atau menganggap LKS lebih suci dari UMNO?

Penyataan LKS ini tidak lebih dari "menanguk di air yang keruh", mengambil kesempatan pada saat-saat rakan dalam PR mengalami masalah dalaman maka dia mengharap akan sujud padanya meminta bantuan tetapi bantuannya "bersyarat". Syaratnya buat komitmen dengan berikrar 10-20 tahun patuh dan akur pada kehendak PR yang dipandunya bagi menjamin DAP mendapat sokongan PAS dan tetap dekat di hati ahli-ahli PAS sekurang-kurang 10-20 tahun mendatang.

Komitment 10-20 tahun adalah satu muslihat politik yang perlu anda ketahui maksud tersiratnya. Atau sememangnya LKS tidak percaya pada PAS dan kepimpinannya atau sudah mula terhidu bau penolakkan dan penentangan PAS ke atas ideolgi DAP?

noreen

5 comments:

Anak X-PKR said...

Nik Aziz mahukan EGM kerana bisikan setan Aljub ke telinganya yang ingin menyingkirkan pemimpin-pemimpin Pas pro-Hadi Awang dan kumpulan ulamak.

DAP mengambil kesempatan ini dengan bisikan syaitan Erdogan pimpinan Syaitan yang sering menjelma di tengah-tengah Lim Kit Siang dan Nik Aziz dengan berlagak sebagi penyelamat Negara.

dino.yp@gmail.com said...

baru hamPAS tau langit tinggi rendah, selama ni depa menunggang DAP/PKR, sekarang ni depa kena tunggang, kesian lah jugak sebab depa orang Islam, tapi tak insaf2 ...nak buat camno

lagenda said...

Salam Ziarah....

Betol tu Senjaliza semua orang tahu LKS ni banyak muslihat dan dia tidak mahu puak-puak yang pro kerajaan perpaduan ada didalam PAS sebab itu dia menyatkan hilang kepercayaan kepada PAS kononya untuk mengugut PAS.Jika puak-puak yang pro kerajaan perpaduan ini masih ada lagi didalam PAS cita-cita beliau untuk menjadi sekurang-kurangnya TPM atau lebih besar lagi PM negara kita Malaysia tidak akan tercapai.

PUTRA MERDEKA said...

salam liza,
kit siang ni bukan kecik anak, bapak dia lee kuan yu, dato dia yahudi, bagi kit siang DAP dah duduk di arus perdana politik semasa dan memegang tampuk kuasa, soal Anwar, PKR dan PAS hanya sebagai landasan untuk dia menghidupkan semangat malaysian malaysia nya, kit siang bijak menghentak pemimpin PAS disamping menjaga hati pengikut DAP yang tidak mengundi PAS dalam PRK Bagan Pinang yang lalu, itu cara kit siang berpolitik
terima kasih

YANG GAMBI said...

Salam S.Liza, DAP tahu selagi ada kumpulan UG di dalam PAS, mereka tidak akan berjaya menjadikan Malaysia sebuah republik, menghapuskan kuasa Raja Berpelembagaan, hak-hak Melayu-Bumiputera dan Islam sebagai agama rasmi negara.

LKS nampak perkara ini, sebab itu dia gunakan Anwar untuk mempengaruhi Nik Aziz yang riak takbur ini agar dapat mengenepikan kumpulan UG dari PAS....