Dr. Jeffrey tidak dilantik sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah. Apakah masa depannya dalam PKR? Apakah dia akan bertahan? (gambar: Sabahkita..dengan izin)
Azmin Ali pada dasarnya telah menyatakan bahawa perlantikannya sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah adalah bersifat sementara. Sejak awal Dia dijangkakan akan meletakkan jawatan itu dengan sesegera mungkin kerana dia sendiri merasakan bahawa kedudukan itu tidak sesuai dipikulnya. Cuma bila kredibilitinya dicabar dan dipersoal, dia pasti akan melenting dan mempertahakan dirinya sebagai orang politik.
Terkini, Azmin telah mengotakan janjinya. Dia meletakkan jawatan sebagai Ketua Perhubungan Sabah. Cuma uar-uar mengatakan bahawa Dr. Haji Hamzah Amir yang kononnya dinamakan Azmin sebagai bakal penggantinya tidak menepati ramalan awal. Penganalisaan awal juga yang mengatakan bahawa Dr. Jeffrey Kitingan, Naib Presiden PKR Kebangsaan adalah bakal pengganti Azmin, yang disebut-sebut secara meluas, juga diberitakan tidak menjadi kenyataan.
Orang yang menjadi pilihan PKR bagi mengetuai PKR Sabah dikhabarkan oleh sumber terdekat dalam PKR ialah Setiausaha Perhubungan PKR Sabah, Tamrin Haji Zaini manakala Ajis Abdul Hamid diberikan peranan sebagai Ketua Umum PKR Sabah.
Persoalan yang akan timbul ialah, apakah kepimpinan Dr. Jeffrey Kitingan dalam PKR Sabah akan betah. Apakah dia akan bertahan sebagai Naib Presiden PKR Malaysia?. Keputusan PKR melantik Tamrin Haji Zaini, seorang veteran USNO dan Bekas pejuang UMNO, atau orang lama dalam politik Sabah, sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah dapat menjelaskan kepada kita bahawa langkah PKR ialah menjurus dan mensasarkan kerusi-kerusi BN dari Parti UMNO. Apakah PRK akan kehilangan sokongan KDM jika Jeffrey meninggalkan PKR atau ada maksud tersirat dalam penyusunan agenda PKR?

3 comments:
Salam S.Liza, kawan yakin Jefrrey Kitingan akan meninggalkan PKR, sikap Jefrrey memang sudah terkenal dengan berubah-ubah parti yang mana dia boleh mendapat kedudukan tinggi parti.... kalau dia diketepikan, maka dia akan meninggalkannya.....
Salam Senjaliza,
Kerana Berita ini maseh lagi belum sah, agak susah juga untuk kita memberi pandangan atau ulasan tentang perkara ini.Ya?
Especially tentang persoalan yang menyentuh ala tuju Dr Jeffry dan sahabat-sahabat nya dalam PKR masa kini.
However, perkembangan ini agak menarik juga untuk di ikuti selanjut nya.
Semuga sukses
Sdr. Yang Gambi dan Sdr. Solymone, Tamrin Zaini sebagai Ketua Perhubungan PKR Sabah sudah sah dan confirm. Terpulang kepada Jeffry ke mana arahnya. PKR pun sudah meraakan bahawa Jeffrey tidak mampu merobah politik Sabah dengan kosep KDM yang dibawanya. KDM tidak sama seperti Jeffrey. KDM ramai yang bersifat universal, berpendidikan tinggi dan terbuka.
Terima kasih di atas kunjungan dan komen saudara berdua.
Post a Comment