Translate

Wednesday, November 4, 2009

DEMOKRASI YANG TUMPUL. dan HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA" SUDAH TIADA HARAPAN LAGI DI MALAYSIA TIMUR?


 Masalah krisis kepimpinan PKR Sabah bukanlah sekadar masalah demokrasi, ianya melampaui demokrasi yang cuba tidak  ingin difahami PKR Pusat.

i. DEMOKRASI YANG TUMPUL.


Perkataan demokrasi yang begitu indah mula disalahaguna dan diperguna oleh dua kumpulan bertelagah yang dalam merebut kepimpinan PKR Sabah. Demokrasi seakan menjadi senjata dalam krisis ini. Kemp Thamrin mempersoalkan gerakan pihak lain yang ingin menjatuhkan Ahmad Thamrin Haji Zaini dengan cara yang “undemocratic”. Manakala di pihak Kem Dr. Jeffrey Kitingan mengatakan bahawa mereka memiliki sokongan yang ramai dan mereka mempunyai hak demokrasi untuk memimpin PKR Sabah.

Bagaimanapun, demokrasi yang dicanangkan Parti KeADILan Rakyat dalam kontek dua kumpulan bertelagah di Sabah, tidak melambangkan demokrasi sebenar. Apa yang berlaku masing-masing menggunakan perkataan demokrasi semata-mata mengalahkan lawan. Ini jelas apabila proses pemilihan  kepimpinan dilakukan di Pusat manakala pengundian dalam memilih peneraju kepimpinan PKR Sabah tidak pernah berlaku. Sebelah sana kata “dia banyak orang”, “sebelah sini kata dia banyak orang”.

Dalam kekeruhan ini, apa yang berlaku kini ialah gerakan persediaan mengumpul pasukan masing untuk menggantikan pasukan yang lain. Demokasi atau tidak, bukan lagi fundamental yang menjadi amalan. Kiranya kem Jeffrey dan Christina berjaya merampas kepimpinan PKR dari Thamrin, maka kumpulan Jeffrey akan mengenepikan kumpulan Thamrin begitulah sebaliknya. Demokrasi dalam kontek ini amat tumpul sekali dan tidak bermakna. Bak “survival of the fittest”. Inikah amalan PKR?.

Demokrasi juga tidak menjadi ukuran PKR Pusat pada keputusan awal mereka memilih Thamrin untuk mengepalai PKR Sabah. Bukan juga “Merit” kerana Jeffrey dan Christina lebih senior dalam PKR berbanding Thamrin. Dalam kontek kemelut PKR Sabah, Asas-asas demokrasi pada hakikat yang sebenar, sudah berkubur. Christina mengakui keadaan ini dengan kenyataan bahawa "I told them that the numbers don't matter anymore. The issue has now gone beyond numbers but they don't seem to get it”. Dia menbuat komen ini setelah PKR pusat sedang sebuk mengatur strategi damai bagi sekurang kurangnya “ayam terlepas tangan tidak berbau tahi”. Namun damai yang disebut ini hanyalah kata-kata penyejuk kerana tolak ansur antara kem Jeffrey dan Kem Thamrin sudah tidak wujud walaupun sebenarnya Thamrin dan Jeffrey adalah rakan karib sebelum krisis ini tercetus..

ii. HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA" SUDAH TIADA HARAPAN LAGI DI MALAYSIA TIMUR?...

UMNO yang mesti berubah atau rebah, telahpun berubah dan masih terus berusaha melakukan perubahan. Di segi pucuk pimpinan, Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Puteri telah berubah sehingga gagasan 1Malaysia telah menjadi wacana menegakkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. 1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan; sudah mula berbunga di hati rakyat Malaysia. Kerana itu ada cakap-cakap umum “PKR pula yang berkrisis dan UMNO semakin stabil”.

PKR “proclaim” dirinya sebagai juara melakar sejarah dengan gagasan “merobah landskap politik Malaysia” dan membawa perubahan. Bagaimanapun PKR kini kelihatan mulai condong menanti rebah. Beberapa pemimpin dan Wakil Rakyat (YB) PKR telah meninggalkan PKR kerana kehilangan kepercayaan kepada pimpinan dan gagasan PKR. Kehadiran PKR dalam Pakatan Rakyat pula dianggap kebanyakan sebagai “tukang damai kalau bukan tukang kipas” antara PAS dan DAP. Di Pulau Pinang, Di Kedah, Di Perak dan Selangor tidak menggambarkan proclaimation yang Pakatan Rakyat laungkan.

Rakan-rakan karib DSAI dulu seperi Nallakarupan dan Ezam Md. Noor mula mengeluarkan kata-kata sinistik seperti “meminta Presiden PKR iaitu Isteri DSAI sendiri untuk memecat DSAI. Hindraf pula sudah memiliki Parti Makkal Sakti yang pro BN. Rakan Pakatan, PAS pula mula berkrisis dan menyalahkan campurtangan DSAI dalam hal ehwal dalam rumah PAS. Kes liwat DSAI ditangguh-tangguhkan dan kini dijadual semula pada 23 Novemver 2009 menambahkan lagi getir Pakatan Rakyat..

Di Sabah, kemelut PKR kian kusut. Tanda-tanda ianya akan terurai dalam masa terdekat tidak kelihatan. Jeffrey sudah “membakar jambatan perhubungannya” dengan PKR. Kenyataannya bahawa dia dan penyokongnya tidak rela menjadi alat pemimpin Kuala Lumpur yang berjuang semata-mata kerana kuasa politik lebih pahit dan pedas ditelan PKR. Pemimpin-pemimpin yang pro kepada Thamrin, pemimpin pilihan PKR Pusat, pula lebih ghairah agar Jeffrey dan kuncu-kuncunya disingkirkan dari PKR.

Sejarah “struggle” Jeffrey dalam krisis kepimpinan tidak pernah menyebelahinya. Perebutan kedudukan dalam PBS telah mengheretnya meninggalkan PBS atas alasan kehadirannya tidak diperlukan. Krisisnya dengan Tan Sri Pandikar dalam AKAR menyaksikan dia tunduk dengan keputusan Ahli Majlis Tertinggi AKAR. Dia kembali ke PBS sebelum berhijrah ke PBRS. Dia berpindah kapal ke PBRS dengan membawa bersama 27 Pemimpin PBS. Tindakannya melukakan hati Pucuk Pimpinan PBS dan abang kandungnya sendiri, DS Joseph Pairin Kitingan. Walaupun begitu ramai pemimpin yang dibawanya ke dalam PBRS, apakala berlaku krisis kepimpinan dalam PBRS antaranya dengan Joseph Kurup, Jeffrey sekali lagi kecundang.

Kini dia berada di tengah-tengah kemelut kepimpinan PKR Sabah. Kelihatan pucuk pimpinan PKR Pusat lebih menyebelahi kumpulan Thamrin Haji Zaini. Sekali lagi Jeffrey berada dalam kategori seperti “underdog atau disadvantage”. Apakah Jeffrey akan sekali lagi terlepas genggamannya dalam kepimpinan PKR Sabah? Atau dia bakal melepaskannya sendiri kerana merasa khidmatnya tidak diperlukan dan jasanya tidak dikenang?

Jeffrey, sebagai mantan peneraju Pengerusi Penyelaras PKR Sabah dan Sarawak, Naib Presiden PKR Malaysia, dan yang terlibat langsung dalam pergelutan kuasa politik PKR Sabah, tentunya akan memberi impak yang besar kepada imej Pakatan Rakyat secara am khasnya Pakatan Rakyat Sabah dan Sarawak.

PRU Sarawak yang di ambang waktu mencemaskan Pakatan Rakyat khasnya PKR Sarawak. Impak dari krisis kepimpinan Sabah lebih dilihat sebagai “gara-gara” kegagalan pucuk kepimpinan PKR pusat dalam melihat dan mendalami kehendak dan gelagat akar umbi di Malaysia Timur. Malah Jeffrey menuduh diperalat pemimpin PKR Kuala Lumpur. Dia juga mendedahkan isu kemahunan DSAI untuk sekadar memperolehi sejumlah kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak sebagai pencukup bagi merampas kerajaan Persekutuan dan bertaktha di Puterajaya. Pendedahan Jeffrey ini adalah menifestasi dari kekecewaannya kepada kepimpinan DSAI dan gagasan Pakatan Rakyat sendiri secara tidak langsung. Tindakan Jeffrey ini seolah-olah menyatakan kepada rakyat Sabah dan Sarawak, Rakyat Malaysia di Malaysia Timur bahawa kepimpinan DSAI sebagai deFakto Leader Pakatan Rakyat tidak boleh dipercayai.

Dalam krisis ini, Mantan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Tuan Haji Ansari Abdullah muncul mendokong pemilihan Thamrin Haji Zaini sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Sabah yang baru. Walaupun sebagai Mantan No. 1 PKR Sabah, perlantikan Thamrin tidak membuat Haji Ansari terkilan. Katanya “ dia akan terus berbakti kepada PKR samada memegang jawatan atau tidak. Ternyata perjuangan Tuan Haji Ansari dalam Parti KeADILan Rakyat lebih telus, ikhlas dari mereka yang mementingkan pangkat dan kedudukan. Sekaligus menyindir kemahuan Jeffrey dan Christina yang ingin menjadi peneraju.

Dengan tindak tanduk, mantan Pengerusi Penyelaras PKR Sabah dan Sarawak, membuat pendedahan demi pendedahan mengenai apa yang disebutnya sebagai “memperalat” atau “memperguna” kepimpinan PKR di Sabah dan Sarawak, dan kemungkinan besar akan disusuli dengan berbagai pendedahan demi pendedahan baru lagi, apakah “Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia” sudah tidak ada harapan lagi di Malaysia Timur? Apakah pula Jeffrey akan menjadi “figure” yang menjadi agenda dalam Kongres PBS menjelang minggu pertama November tahun ini? Masa akan menentukannya.


LAYARI JUGA....
http://belantan.blogspot.com/2009/11/anwar-lah-punca-sebenar-perbalahan.html

5 comments:

eXception said...

Demokrasi yang diagungkan Anwar bukalan demokrasi namanya tetapi lebih kepada demo karat sih...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Anonymous said...

Begitu juga dgn di Sarawak, Gabriel Adit yg merupakan salah seorang general nya dah keluar. Ramai muka lama kecewa kerana Anwar lantik orang baru, Baru Bian jadi ketua. Rakyat Sarawak dah hilang keyakinan pd PKR. Tak lama lagi berkuburlah tu.

ice.

Anak X-PKR said...

Salam SL,
Saya lihat momentum terkini tidak menyebelahi PKR. Sabah, Sarawak semua sudah dihancurkan An War. Agaknya kerana dia sudah pasti akan diketepikan PAS dan disingkir DAP dalam Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat ciptaanya penuh dengan impian yang sukar menjadi kenyataan. Lebih dari itu tidak sesuai dengan semangat nasional.

Pakatan rakyat hanya mampu bertahan satu pusingan dan pusingan itu berlalu selepas pertengahan 2009. Kini hanya tinggal nama. Kerana itu DAP seperti memperguna segala peluang yg ada sebelum kuasanya pupus dan hilang.

Senjaliza said...

Salam Exception, Ice dan Anak X-PKR. Kita masih menunggu Kongress PBS yg akan berlangsung hujung minggu ini. Dari situ kita akan mampu menganalisa samada PKR hanya akan menumpukan ke kawasan Pengundi Melayu yang di kuasai UMNO. Kalo demikian halnya sekali lagi PKR Sabah hanya diperalat.

YANG GAMBI said...

Salam S.Liza, doa Tok Guru sudah terbalik kepada mereka.....

Cuma kita renung betul-betul, kenapa dalam DAP tidak bergolak ?

Inilah kebijakansanaan komunis dlam DAP mengkucarkacirkan parti Melayu, supaya lemah dan mudah mereka menguasi, seandainya mereka berjaya menguasai kerajaan, maka DAPlah yang paling kuat untuk memerintah...

Adakah Melayu-Bumiputera sedar ahalusnya peranan subersiv komunis dalam DAP ?