Ehud Barak tak pernah kata 1Malaysia meniru 1Isreal. Akan adakah utusan DSAI ke Israel supaya Israel mengutuk Malaysia kerana meniru 1Israel?
1. “It’s not that I’m oblivious to it, or unaffected by it, but you have to just get on with life.”. Demikian jawapan DSAI bila ditanya oleh Gideon Racman dari Financial Times. Media asing memang terkenal dengan sokongan mereka terhadap Pembangkang kepada Kerajaan Malaysia. Hatta, biarpun bukan DSAI sekalipun sebagai Ketua Pembangkang, mereka tetap juga akan menyokongnya kerana mereka memang lebih pro Pembangkang dan itu sifat dan naluri mereka.
2. Dalam isu 1Malaysia yang cuba dikatakan DSAI sebagai meniru 1Israel, awal-awal lagi kita faham sikap manusia "putar alam". Rakyat Malaysia sudah sedar bahawa DSAI adalah pemimpin yang sudah luntur dan pudar di negara sendiri. DSAI sedar bahawa tindakannya yang melobi dan bersahabat dengan kuncu-kuncu Israel telah memudarkan sokongan rakyat terhadap perjuangannya. Lalu, DSAI "putar alam" bawa 1 Malaysia tiru 1Israel!!. Cepatlah menunding jari kerana memanglah dia "Pakar Tunding Jari".
3. Rakyat tahu bahawa 1Malaysia berbeza dengan 1Isreal. Tirupun TIDAK cuma secara kebetulan kedua-duanya menggunakan "1". Anehnya persamaan ini pun dapat digunakan oleh Pakar Tunding Jari dan Putar Alam untuk menyibok dengan menjadikannya isu politik dan ramuan politik. Rasanya isu itu hanya akan memakan dirinya kerana selama ini, dialah yang bertindak dan melakukan banyak perkara yang menjadikan dirinya akrab dengan kuncu-kuncu Israel.
4. Rakyat Malaysia dapat lihat dan menilai sendiri bahawa Israel dan Ehud Barak secara peribadinya tidak pernah mengatakan 1Malaysia meniru 1Isreal. Tetapi DSAI sebok menyala-nya mengatakan Najib menirunya. Tak payah explainlah! Satu Malaysia dah faham nawaitu DSAI!
5. Dalam kontek 1Malaysia yang dikaitkan dengan 1Israel ini, anda kenalah faham....bila "gambler" politik kehabisan modalnya mulalah dia "sesat perkataan" dan "lali politik". Perkara yang BUKAN isu dianggapnya ISU BESAR. Nak tutup Sodomi dengan menggunakan "selimut antarabangsa" bukannya mudah. Ibarat "menutup bangkai ikan jerung dengan lampin bayi". Cerita begini, ayam tak akan patuk. itik pun tak akan sudu. Hanya putar alam dan pencacai sahaja yang meradunya!
2 comments:
Salam..
Mana boleh kutuk.. Kena pujuk Israel supaya puji 1Malaysia.
Bila pujian di buat, ia akan 'dinampakkan' seolah2 1Malaysia sealiran dengan OneIsrael.
Ala..macam W.Bush puji Islam Hadhari dulu, kita dapat lihat pandangan pembangkang bila ada pujian dari 'Syaitan Besar' tentang satu2 agenda dari kerajaan.
Salam SL, tidak menjadi kesalahan seandainya seseuatu panduan itu mendatangkan kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat jelata, waima panduan itu datang dari musuh-musuh Islam.... Apakah 1 Malaysia mendatangkan mudarat kepada rakyatnya ?
Post a Comment