Translate

Friday, March 14, 2014

Kajang O Kajang: Kipas vs Kelapa Muda dan Teropong Bambu: Mana yang lebih berbisa?

Suddenly, Kipas menjadi senjata ampuh calon PKR di Kajang dan Bomoh yang dikatakan dihantar DSAI ke KLIA menjadi cerita panas.

Di mana sahaja calon PKR dalam  PRK Kajang berada, "kipas klasik" di tangannya selalu sahaja terbuka. Entah benar disebabkan oleh cuaca panas dan jerebu entah tidak kerana kipas klasik itu lajimnya akan menggangu pergerakan pembawanya. Tiba tiba sahaja ia menjadi "perhiasan" PRK di Kajang bagi calon PKR itu.

Di atas pentas, kipas itu sentiasa terbuka dan berkibar bagaikan TARIAN KIPAS sedang dipersembahkan. SL tak pasti samada ini sudah menjadi sebahagian dari kebiasaan DSWA sejak sekian lama. Bagaimanapun, ia lebih ketara dalam PRK Kajang. Apakah kipas klasik ini mampu menjadi senjata ampuh atau satu strategi yang bekesan dalam PRK Kajang?

Kelapa muda pula telah "diterbangkan" dengan pelbagai bancuhan oleh pereka gambar dengan photoshop. Nampak jelas sebagai satu lelucun dan jenaka murahan yang mampu menyakitkan hati ahli keluarga yang terlibat dalam MH370. 

DSAI, dalam FMT, tidak menafikan bahawa dia telah menghantar "bomoh kelapa muda dan teropong bambu" ini. Apa muslihatnya?. Dia hanya mempersoalkan kenapa pihak berkuasa membenarkan "bomoh kelapa muda dan teropong bambu ini melakukan ritualnya di KLIA. Tetapi yang DSAI lupa bahawa dia yang menghantarnya dan adakah pihak berkuasa tahu dan faham ritual itu SEBELUM ianya dipersembahkan?.

Kajang O Kajang.. Antara KIPAS dan Kelapa Muda plus Teropong Bambu, mana agaknya yang lebih berbisa? KEDUA DUANYA DIHANTAR DSAI. SATU DI KAJANG, SATU DI KLIA.

Tuesday, March 11, 2014

PRK Kajang...

DATIN PADUKA CHEW MEI FUN CALON BN DALAM PRK KAJANG.
GOOD LUCK.

Sunday, March 9, 2014

Kajang O Kajang.. Kanker Politik Pakatan Merebak Di Kajang

DSAI di Kajang. Sudah Dingin (Gambar Malaysian Insider)
Malaysian Insider mempaparkan bahawa DSAI sah tidak akan bertanding di PRK Kajang. Sebahagian penyokong fanatik DSAI tetap menaruh harpan dan keyakinan beliau akan tetap bertanding.

Teori Pengarah Strategi PKR, Rafizi, yang menegaskan bahawa Anwar di Kajang adalah penyelesaian kepada "kemelut PKR" dan kepimpinan Selangor ternyata meleset dan tidak mampu direalisasikan walau dengan apa juga pendekatan regresi.

Istilah baru DSAI, "Langkah Kajang", kelihatan semakin kabur dan tidak bergerak ke hadapan. Langkah itu kini tidak lebih dari dua perkataan yang menyerupai mimpi kepagian dan "over shoot". Game Over.. coins yang dimasukkan ke slot Kajang ini hangus.

Berikutan dengan keputusan mahkamah penyokong fanatik DSAI mula mengeluarkan statment yang sudah tidak menghirau implikasinya. Penghinaan terhadap mahkamah semakin jelas dan ketara. Lebih parah lagi apabila sebilangan mereka mengaitkan hukuman terhadap DSAI oleh mahkamah dengan kehilangan Pesawat MAS MH370 ke Beijing. Mereka hilang pertimbangan sehingga rasa hormat dan simpati terhadap ahli-ahli keluarga penumpang dan crew sudah tidak dihiraukan. 

Sesungguhnya Hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, adalah keputusan Mahkamah Rayuan dan bukannya keputusan pihak kerajaan. Dalam keadaan ini sekalipun, DSAI tetap mendakwa bahawa keputusan Makamah Rayuan itu adalah "arahan tergesa-gesa". Seolah-olah dia sendiri telah hilang arah dan putus asa. Dia nampak bahawa permulaan "Langkah Kajangnya" tidak akan menuju "memory lane" yang bersinar. Ianya tersekat dan terhenti. Putrajaya baginya semakin jauh untuk dijejaki.

Jika janjinya untuk QUIT POLITIC  jika gagal mengganti kerusi DS Najibsebagai PM selepas PRU13 ditutupi dengan BLACK 508, apakah tidak benar bahawa antisipasinya kepada keutusan mahkamah rayuan mengenai Sodomi II coba ditutupinya dengan PRK Kajang?

Kepada sebilangan mereka yang coba mengaitkan flight MAS MH370 yang gagal mendarat di Beijing, dengan hukuman lima tahu penjara oleh Mahkamah Rayuan terhadap DSAI, pls...hentikan menyakiti hati dan menyinggung perasaan ahli keluarga penumpang yang berada dalam penerbangan tersebut dan krew penerbangan. Fahamilah, apapun yang terjadi kepada MH370 itu, ianya adalah di tangan Allah SWT.

MH370 tiada langsung kaitannya dengan PRK Kajang dan lima tahun penjara yang dijatuhkan terhadap DSAI. Hendaknya ia dihetikan dari menjadikannya kanker politik Pakatan di Kajang yang semakin merebak dan sukar diubati.

Sunday, February 23, 2014

Kajang O Kajang II: Mampukah Ia Menyelesai Kemelut Pakatan?

Datin Paduka Chew Mei Fun mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia. LIHAT di sini
Kajang O Kajang, PRK Kajang, telah memperlihatkan kepada umum mengenai pendekatan, formula dan ramuan Ketua Umum PKR-KUP menyelesaikan kemelut dalaman kepimpinan PKR. Kemelut kepimpinan PKR ini mesti diselesaikan KUP dengan apa juga kos. Wang rakyat bagi mengendalikan PRK Kajang dan harga bagi mantan ADUN Kajang Lee Chin Cheh untuk meletakkan jawatan yang baru sahaja dimenanginya dalam PRU13 yang lalu sudah tidak lagi penting. Yang penting ialah survival politik Pakatan khasnya di Selangor dan di Malaysia amnya.
Chew Mei Fun adalah juga Mantan Setiausaha Parliment Kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia dari 2004 ke 2008; dalam 2009 setelah dolantik sebagai Senator, beliau dilantik sebagai  Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat 
Kajang O Kajang diharapkan KUP mencuba untuk mengalihkan pandangan umum mengenai Tsunami yang melanda tembok kepimpinan PKR. Pendedahan demi pendedahan mengenai badai Tsunami ini tidak mampu dibendung melalui spinning isu politik. Media terus menelanjangkan satu persatu. Malah penyakit lama yang masih menyeksa terus saja dibongkar.

Kajang O Kajang. Tiada KEMARAAN KUP yang perlu dibendung oleh BN dalam konteks PRK Kajang. Jika nawaitunya untuk mengambil alih Tampuk Kerajaan Selangor sebagai Menteri Besar, Khalid Ibrahim sudah membayangkan untuk ingin kekal sebagai Menteri Besar. Jika KUP itu menang dalam PRK Kajang, belum pasti ianya sebagai satu keadaan yang bergemarlapan bagi DAP setelah mengambil kira style kepimpinan KUP yang mengkehendakkan konsep "toe the line" atau pecat. Apakah pula DAP yang akan memaksa KUP supaya "tole the DAP line"?.. Apakah kemenangan KUP di Kajang sebenarnya adalah penyelesaian kepada Selangor Saga?..

Jika Anwar mengambil alih jawatan MB Selangor, ke mana Khalid Ibrahim nak diletakkan? Adakah dia bersedia diletakkan lebih junior dar Azmin Ali? Apakah Azmin Ali akan berpesta setelah KUP jadi MB? Apakah kegusaran DAP dan penyokong-penyokongnya lenyap bila "toe the line" berkuasa? Semua ini akan kekal sebagai kemelut dan Tsunami yang mengancam Pakatan apapun keputusan PRK Kajang.

Datin Paduka Chew Mei Fun, calon BN dalam PRK Kajang bukanlah halangan yang mudah untuk dihadapi KUP. Mengatakan bahawa pengundi Kajang bertuah diwakili KUP hanyalah satu momokan politik. Realitinya jika ingin memperkasakan kemajuan, pembangunan dan kesejateraan rakyat diutamakan, sesuatu kawasan itu adalah lebih wajar diwakili pemimpin kerajaan, khasnya Wakil Rakyat Kerajaan Persekutuan, BUKAN oleh Wakil Rakyat Pembangkang.

Penggunaan PRK Kajang sebagai "road to Putrajaya" tidak lebih dari impian 16 September dan cerita "I have the number" (merujuk kepada 30 MP dari Sabah dan Sarawak seketika dahulu). Ianya hanya satu ilusi politik yang cuba mengubah presepsi rakyat tentang politik Malaysia. Akhirnya impian itu tidak lebih dari keinginan melampau untuk cuba menjatuhkan Kerajaan tanpa melalui proses demokrasi yang sebenar-benarnya.

Di pihak pembangkang, Kajang O Kajang, akan dijadikan medan untuk menjadikan Kerajaan kelihatan hodoh di mata rakyat. Di pihak Kerajaan ianya akan cuba mengetengahkan transformasi yang ditakuti KUP. Kedua-dua pihak akan mendedahkan kepincangan kepimpinan masing-masing. Spinning fakta semakin menjadi displin harian sepanjang PRK Kajang.

Kerajaan sudah sedar bahawa PRK Kajang ini tidak akan dibanjirkan dengan wang rakyat sekali lagi. PRK BUKAN lagi satu medan bagi mencurahkan wang rakyat melalui projek. Walaupun ini merupakan alternatif bagi Pembangkang untuk memaksa pihak kerajaan untuk menawarkan jutaan habuan pembangunan, tetapi menyedari taktik ini satu taktik yang lapuk, juga di Kajang O Kajang, ianya tidak mungkin berlaku.

Media sosial sudah semakin rancak menelanjangkan isu Khalid-Azmin. Kali ini ianya menjadi masalah tiga segi, Anwar-Khalid-Azmin. Media sosial sudah bertanya bagaimana Khalid menyelesaikan bagaimana Khalid menyelesaikan hutangnya di luar mahkamah. Azmin pula sudah mula mempertahkan dirinya dari serangan dalaman dari kepimpina PKR sendiri, khasnya kumpulan yang lebih condong kepada kepimpinan Khalid..

Apakah Kajang O Kajang, PRK Kajang sudah cukup berupaya dan bertenaga menutup KEMELUT PKR?.

Umum melihat, yang pasti ialah KUP akan berhadapan dengan Datin Paduka Chew Mei Fun . Laluan KUP menjadi sukar dan tidaklah semudah yang disangkakan dan diungkapkan KUP selama ini. Tentangan sengit pasti berlaku. Kini Kajang O Kajang pastinya menjadi everybodies game now.. Kemenangan boleh saja memihak kepada mana-mana calon.

Friday, February 21, 2014

Kajang O Kajang: Ramuan Cancer Politik.

PRK Kajang, Kajang O Kajang, tidak seperti cerita Bangau O Bangau. Kajang O Kajang adalah satu pilihanraya yang dipaksakan kepada rakyat menggunakan wang rakyat dan satu pembajiran berganda... Kajang O Kajang adalah permainan politik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Masalah dalaman PKR perlu diselesaikan dengan formula politik yang mahal. Cancer Politik PKR Selangor khasnya telah mencapai tahap puncak dan malignantnya bakal merebak mengancam Pakatan. Azmin Ali dan Khalid Ibrahim berhentap mahu menjadi "kepala". Di lain sudut, Saiful Bukhari bersedia menghunus kerisnya menegakkan kebenarannya yang sekian lama ditunggunya. Dia tahu, isu DNA yang menjadi sandaran utama keputusan Sodomi II, satu kontrovesi yang menjamin ia dapat menegakkan yang hak dari yang bathil. Ungkapan Peguam Utama tertuduh mengenai "persetujuan secara mutual" sudah menampakkan gambaran jelas walaupun penghakiman mendapati "keraguan" satu elemen untuk membuat keputusan tidak memihak pendakwaan.

Transformasi DS Najib amat membimbangkan Pakatan. Dalam keadaan politik yang tidak stabil, gagasan transformasi telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Pertumbuhan ekonomi negara tetap mencapai pertumbuhan 4.7 peratus walaupun negara-negara maju mengalami kemelesetan ekonomi yang mengancam pertumbuahan ekonomi banyak negara di pelusuk benua. Inilah yang tambah merisaukan Pakatan.

Misi Pakatan merampas Putrajaya melalui demonstrasi telah mencapai tahap memualkan. Rakyat sedar demonstrasi mengambila alih pucuk pimpinan negara di Negara-negara Timur Tengah telah gagal membentuk kemakmuran dan kesejahteraan rakyatnya. Kemusnahan di Timur Tengah cukup memberi tauladan berguna kepada rakyat Negara bernama Malaysia. Rakyat Malaysia lebih bijak dan berwawasan.

Mudahkah bagi seorang ADUN yang memenangi PRU melepaskan jawatannya dengan hanya mengunakan sekeping surat yang bernilai kurang dari 10 sen tanpa ganjaran yang setimpal?

Kajang O Kajang tidak berjaya merobah kedudukan Kerajaan Selangor. Ia tetap membentuk Kerajaan. Pakatan tetap akan berusaha, samada Anwar menang atau Kalah di Kajang, untuk mempastikan PAS tidak menjadi MB Selangor. Agenda siapa ini?. Sudah pasti bukan agenda Kerajaan Barisan Nasional.

Kajang O Kajang adalah agenda Anwar untuk mengubati Cancer Politik PKR khasnya dan Pakatan Amnya. Khalid Ibrahim sudah semakin jelas tidak mampu membawa Selagor ke tahap negara yang sesuai dan selari dengan visi Nasional samada di mata Anwar maupun kepimpinan Pakatan. Rakyat menjadi saksi. Anwar sudah membayangkan ketidakmampuan Khalid Ibrahim di Kajang O Kajang.  Azmin Ali menyedari hakikat ini. Usaha Khalid Ibrahim mempertahankan kedudukannya dengan membunuh karear dan kekuatan Azmin Ali semakin memuncak dalam isu  "pembuangan" Azmin dan kuncu-kuncuya dalam PKNS. 

Anwar dan PKR khasnya dan Pakatan anya tidak mampu kehilangan Azmin. Azmin adalah "bendahari cum arkib" yang menyimpan khazanah baik dan buruk Anwar. Anwar mesti menjadi penyelamat keadaan. Anwar harus berada di tengah Azmin dan Khalid sebagai Doktor politik yang mengubati cancer politik malignant yang menghancam hidup PKR dan Pakatan.

Bagaimana kedudukan PAS?. Tentu sekali Lim Kit Siang akan mengatakan 'rujuk kepada keputusan Pakatan'. Pakatan adalah senjata cum alat ampuh DAP. Dengan perkataan Pakatan, DAP melalui kepimpinan Pakatan sudah pasi akan berjaya menutup pendirian kepimpinan PAS. Mat Sabu akan pasti menjadi lidah dan jurucakap kepada kemahuan dan agenda DAP. Anwar akan menjadi striker kepada kemahuan DAP...

Kajang O Kajang, DAP pasti menjadi tunjang Anwar bagi memenangi PRK Kajang. PAS hanyalah bonus.

Walaupun Pak Lah mengatakan yakin bahawa BN berpeluang memenangi PRK Kajang namun semakin ramai mengatakan "advantage" bagi Anwar kerana kawasan itu kawasan urban dan dimenangi PKR dalam PRU 13. Apapun PRK Kajang tetap membazirkan wang rakyat. Apakah pembajiran dan PRK Kajang ini sebagai langkah Pakatan membazirkan wang rakyat? 

Bukankah penjimatan wang rakyat itu dapat dielakkan jika Pakatan bertindak dengan meletakkan wakil rakyat PAS sebagai MB Selangor? Bukankah PAS memiliki majoroti yang lebih besar di DUN Selangor berbanding PKR? Tetapi kepada BUKAN PAS yang menjadi pilihan sebagai MB?

Kajang O Kajang... Mungkin ada bangau putih tersenyum melangkah ke Bank-Bank walaupun bukan di swiss...




Wednesday, February 12, 2014

Lim Kit Siang: Pernah Kredit Kepimpinan Negara?

Apabila kedudukan Indek Kebebasan Media Malaysia jatuh ke tangga 145 dari tangga 122 dalam pengkategorian 179 Negara oleh Reporters Without Border (RSF), Lim Kit Siang sudah mula bangun menunding jari ke arah Perdana Menteri Malaysia DS Najib Tun Razak... shame! shame!.

RSF meletakkan Malaysia dua lebih terkebawah berbanding Myanmar. Seolah olah situasi kebebasan Media di Myanmar lebih memakmurkan rakyat Myanmar dari kebebasan Media di Malaysia.

Sejak bila Lim Kit Siang memuji Pucuk Kepimpinan Negara Malaysia? Pernahkah Lim Kit Siang mengutuk kepimpinan Singapura? Pernah kah Lim Kit Siang menyanjungi kepimpinan Negara Myanmar?

Lim Kit Siang mengimpikan DAP (BUKAN Pakatan Rakyat dalam tulisannya) untuk mengambil alih Putrajaya. Bilakah Lim Kit Siang memuji pembangunan Putrajaya?

Lim Kit Siang sering menyuarakan "Penyatuan Kebangsaan" sebagai langkah ke arah negara yang harmoni. Tetapi dalam masa yang sama dia mengutuk hak dan keistmewaan bumiputra yang terjamin dan termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Bolehkah Lim Kit Siang menegakkan keadilan dengan mengenepikan dan menafikan hak yang memang hak golongan tertentu?

Nak tanya sikit Uncle Lim ini.. Apakah pada pandang uncle ini bahawa Index Kebebasan Media oleh RSF ini menjadi kayu pengukur bagi kemakmuran, kemajuan, kesejahteraan, kemajuan ekonomi sesebuah negara dan rakyatnya? Uncle Lim  ini agaknya hanya melihat dengan mata yang celik sebelah! lalu dia hanya nampak Putrajaya dan DS Najib!

BTW.. Apa kata Uncle Lim mengenai pembunuhan dan membakaran rumah masyarakat Rohangay di Myanmar? Bolehkah Indek Kebebasan Media menjamin keadilan untuk mereka?

Biara Majlis Peguam "Sengek sebelah"

 "Majlis Peguam berpendapat demonstrasi NGO melibatkan penyembelihan ayam dan melumur darahnya pada sepanduk dengan gambar pemimpin politik tertentu termasuk rujukan kepada peristiwa 13 Mei secara tersurat atau tersirat adalah satu bentuk mengapi-apikan dan mengancam ketenteraman awam....... "Majlis Peguam menyeru mereka yang berada dalam posisi kepimpinan untuk mempamerkan kepimpinan." Christopher Leong, Presiden...... Berkecuali? adil?
Sekian lama Majlis Peguam diletakkan di tengah kritikan umum kerana pandangan, tindakan dan kritikan mereka sering TIDAK menggambarkan imej yang sepatutnya dipamerkan oleh Majlis ini yang menganggap insitusi mereka professional, adil dan berkecuali. 

Sejak "Walk for Justice" yang dianjurkan dan disertai oleh golongan yang menganggap diri mereka "professional", pandangan umum sudah mula meranum dengan pandangan "sengek sebelah" terhadap mereka. Sejak itu pendirian mereka tidak berubah. Malah sesama mereka sering menghadapi krisis kepimpinan dan krisis pendirian.

Sejak demonstrasi Bersih kemudian demonstrasi blackout 505, anxiety rakyat Malaysia meningkat. Kerugian ekonomi golongan pengusaha meningkat, ancaman terhadap keharmonian meningkat, ancaman terhadap hubungan kaum meningkat, ancaman ke atas ketenteraman awam meningkat. Kesedaran umum juga meningkat bahawa DEMONSTRASI ITU LEBIH MERUGIKAN. Demonstrasi di Negara-negara Timur Tengah menjadi tauladan kerana hingga ke saat ini bayang kemajuan dan kemakmuran tidak menampakkan wajah di negara-negara Timur Tengah itu. Apakah ada peningkatan ke tindakan dan pendirian Majlis Peguan Malaysia ke arah negara yang progresif dan makmur?

Majlis Peguam, sebelum menyeru mereka yang berada dalam posisi kepimpinan (kepimpinan negara) untuk mempamirkan kepimpinan seharusnya melihat dalam diri mereka, cermin diri. Sudahkah mereka menjunjung keadilan dan prinsip berkecuali (tidak memihak) di mahkota kebenaran?

Majlis Peguam.... "janganlah membasuh kentut tapi berak tidak"..

Apa komen Majlis Peguam sebelum ini terhadap "Onedeful Malaysia" oleh Teresa Kok? 

Tuesday, February 11, 2014

Memelihara Keharmonian. Tanggung jawab siapa?

“Abdul Rahman (Dato Abdul Rahman Dahlan, MP P-169. Kota Belud) was telling a pack of lies when he alleged that the DAP had “since 2008... relentlessly attacked the position of Malays and Islam” and had even “insulted” the Yang diPertuan Agong and Islam, for these allegations and lies are completely untrue,” - Kit Siang

Perbuatan Teresa Kok berkait isu paparan sempena CNY 2014, Onederful Malaysia awal-awal lagi mendapat reaksi rakyat Malaysia yang rata-rata mengecamnya kerana menyinggung sensitiviti perkauam dan agama. Sukar ditolak bahawa perbuatan Teresa Kok menjadi ancaman kepada keharmonian kaum di Malaysia.

Dato Abdul Rahman Dahlan, MP P.169-Kota Belud, selaku Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, awal-awal lagi telah memberi reaksi bahawa perbuatan Teresa Kok itu telah menyentuh soal sensitiviti rakyat bumipuera Malaysia, khasnya bangsa Melayu yang berugama Islam.

Apakah perbuatan Teresa Kok mempaparkan "Onederful Malaysia" merupakan perbuatan MEMELIHARA KEHARMONIAN RAKYAT MALAYSIA yang bercorak majmuk?

Lim Kit Siang muncul membela anak buahnya, Teresa Kok, dengan berusaha membutakan mata dan hati penyokongnya dalam nada dan senikata yang berlainan. Dia membela dan cuba menghalalkan perbuatan Teresa Kok. Bertindak seolah-olah dialah HAKIM mengatakan bahawa apa yang dikatakan oleh MP Kota Belud, Dato Abdul Rahman Dahlan, mengenai perbuatan Teresa Kok UNTRUE.

Jelas, LKS menyokong perbuat Terasa Kok. Seolah oleh menggalakkan masyarakat Malaysia melakukan apa yang telah Teresa Kok telah lakukan. APAKAH INI PERBUATAN MEMELIHARA KEHARMONIAN?

Siapa yang lebih layak berbicara mengenai soal PEMELIHARAAN KEHARMONIAN kaum di Malaysia... antara Lim Kit Siang dengan Abdul Rahman Dahlan?



JELMAAN RASISMA

BUKAN SAHAJA TAMPAR TAPI SEBAT
Pena lebih tajam dari pisau. Demikian peribahasa. Paparan pemimpin senior DAP yang sering menggambarkan dirinya sebagai "senior MP" telah menghampiri tahap paparan yang menghasut. Sebagai pemimpin senior dalam parti yang sekian lama diselimuti dengan fahaman rasisma dan sikap chauvanisma, paparan Teresa Kok sudah pasti lebih menyemarakkan lagi fahaman rasisma dan sikap chauvanisma, bkan sahaja di kalangan ahlinya, malah memberikan kesan pelbagai yang negatif terhadap setiap yang merayakan CNY dan masyarakat Malaysia yang majmuk amnya.

Hasutan yang berbentuk perkauman sudah pasti menjadi ancaman terhadap perpaduan negara dan ancaman terhadap perpaduan ini sukar ditolak sebagai ancaman terhadap keselamatan negara.

Kes rogol, Penganut agama Islam yang meminum arak (di tempat awam) menerima hukuman "SEBAT". Mengedar dadah seringan-ringannya biasanya dihukum dengan sebat sebagai pengajaran kerana berkait dengan isu keselamatan negara.

Dapatkah ditolak bahawa paparan Teresa Kok yang berbentuk video di youtube (lebih dari paparan pena) lebih tajam mengancam perpaduan kaum dan keselamatan negara?

Isu keselamatan negara bukanlah isu remeh. Kenapa saranan TAMPAR terhadap perbuatan diperlekeh perpaduan Rakyat Negara yang menjadi tunjang keselamatan negara? Bukankah SEBAT adalah pengajaran kepada ancaman soal KESELAMATAN NEGARA.

Apakah TAMPAR lebih berat dari SEBAT? Apakah lebih wajar Teresa Kok dihukum SEBAT jika didapati perbuatannya mempaparkan ONEDERPUL Malaysia lebih bahaya dari perbuatan rogol, meminum arak di tempat awam dan menyalah gunakan dadah?

Mana yang lebih pedih Tampar atau Sebat?