Translate

Monday, August 4, 2008

DI HUJUNG MEGA DI SUDUT SENJA

Kenapa di dada tanah ini
di sudut senja
Masih ada urusan jual beli janji
Sikuda kepang yang tak kuasa berlari
tersepit di celah paha
seorang lelaki yang bergelar pemimpin
yang menumpang kasih


Kenapa di dada tanah ini
Di hujung mega
Masih ada emosi
Si anak kuda ragam
yang tak mampu berdiri tanpa jati diri
terselit di tengah-tengah para elit
tapi buta seba-serbi
pun celik habuan kemewahan raja jamrud
dari sumber yang mengalir tak pasti
tanpa distinasi

Di hujung mega di sudut senja ini
Para pahlawan harus kembali
pun ada keris sakti atau patah hulunya
Namun langkah dan gegak gempita
Kita turuni lurah, kita daki gunung kencana
Perjuangan agama, bangsa dan tahanair
Yang terbina di atas ratna mutu manikam
Akan kita dirikan
Di halaman nusa
Di dada bumi tercinta ini
Demi anak-anak tercinta
para marahen.

LIZA
Di Kaki Kinabalu.
4 Ogos 2008

MENGINTAI PERTEMUAN DENGAN PAK LAH

Aduan kepada BPR masakini kurang berkesan kerana sikap BPR yang “main selamat”. Kadang-kadang pengadu kepada BPR tidak terjamin dilindungi walaupun piagam dan pledge BPR bahawa identiti pengadu akan dilindungi dan dijamin kerahsiaannya.

Jadi saya membayangkan dan mengintai peluang bertemu Pak Lah sebagai pemimpin yang mampu menggegar tulang belulang BPR. Saya perlu bersedia dengan beberapa perkara yang saya pasti tak mampu hurai kesemuanya di sini, di ruang kecil ini.

Bagi saya menyatakan sesuatu perkara yang benar kepada Pak Lah adalah satu tanggungjawab dan sebagai langkah menyelamatkan kepimpinan Negara dari diheret oleh sebilangan pemimpin khasnya pemimpin UMNO, ke lembah kelemahan, kehinaan dan menjadi momokan parti lawan.

Saya akan katakan pada Pak Lah bahawa jutaan projek yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera Sabah hanyalah pada nama sahaja. Yang untung adalah para macai yang tidak setia kepada perjuangan BN. Malah sebahagian besar hasil keuntungan dirasai oleh para kutu yang mengatur pelincir yang bukan berasal dari Sabah, tetapi dari Sarawak dan Kuala Lumpur sendiri. Oleh itu banyaknya peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan untuk Sabah tidak menjamin bahawa rakyat Sabah akan merasai kemakmuran dan pembangunan dalam ertikata yang sebenarnya. Jumlah peruntukan yang besar bukan menjadi ukuran bahawa Kerajaan Persekutuan dapat memajukan Sabah. Senarai projek yang dimaksudkan akan saya senaraikan buat tatapan Pak Lah.

Dalam erti kata yang lain, makin besar peruntukan pembangunan ke Sabah maka makin besar habuan untuk para macai dan para kutu. Benarlah seperti kata Pak Gapur, Yang Berhormat MP Kalabakan, Jumlah peruntukan untuk pendidikan ratusan juta ”tapi mana perginya wang itu. Tidak ada?”. Seperti kata Pak Anifah, Yang Berhormat MP Kimanis " apa guna tinggal di rumah bonglow kalau tidur di tepi tandas".

Oleh itu andaian bahawa peruntukan besar dari kerajaan pusat adalah faktor penentu pembangunan Negeri Sabah adalah andaian yang tak tepat kiranya pihak berkuasa tidak diteluskan. Walaupun begitu terima kasih dari CM tetap ada. Bak kata pepatah “anda berbudi saya berbahasa, ada yang memberi ada yang merasa”.

Apa rasionalnya memberikan kelulusan kepada projek yang belum ada sehingga puluhan tahun?. Ada lagi lojiknya skim “padi muda”. Jual sebelum padi berbuah, atau memperdagang ikan yang masih berenang di laut dalam. Contohnya projek "unqualify roads" yang dianugerahkan kepada Kekal Mewah Sdn Bhd untuk tempoh 20 tahun?. Projek belum ada, kelulusan sudah ada. Jadi ini bakal mengundang projek diada-adakan untuk qualify pembayaran dalam tempoh 20 tahun. Natijahnya, anak-anak kita yang masih belum lahir sudah merasai implikasi dari ketidak telusan.

Selain itu saya akan minta Pak Lah mengeluarkan arahan supaya siasatan kepada jual beli tapak tanah bagi projek Syarikat Perumahan Negara di Sabah. Kenapa kerajaan tetap dan ringan tulang untuk bersetuju membeli tapak itu dengan harga yang jauh lebih mahal dari harga pasaran. Apa rasionalnya?

Selepas itu SPN pula membeli projek rumah yang sudah disiapkan oleh pemaju swasta yang tak laku di Telipok kemudian tak terjual kerana program “rumah mampu beli” bertukar menjadi “rumah tak mampu beli” kerana harganya melonjak. Kenapa melonjak? Kerana amalan “pungli berlaku di Sabah dengan berleluasa di peringkat atasan atau pengurusan. Siapa? Serbanesa Sdn Bhd proxy SPN di Sabah? atau angkara siapa?.

Bercakap pasal Serbanesa SDN BHD, ada projek perumahan di Sabah di kawasan antara Telipok-Menggatal yang dianugerahkan kepada swasta. Syarikat swasta berkenaan hanya baru melaksanakan penyediaan tapak, bayaran puluhan juta sudah dibuat oleh Serbanesa SDN BHD(SSB) kepada syarikat swasta berkenaan. Nilai kerja yang disiapkan hanyalah beberapa ratus ribu sahaja. Naujjubillah. Antara sebabnya yang terdengar oleh saya di senja ini ialah menyelamatkan projek SMK Tambolion yang gagal dilaksanakan oleh Syarikat milik Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud, rakan karib Pengerusi SSB yang diambilalih oleh syarikat swasta tersebut.

Saya akan tanya Pak Lah, kalaupun mantan Pengerusi SSB tidak lagi memegang jawatan itu, bolehkah dia lari dari siasatan BPR?. Saya akan nyatakan kerisauan saya kepada Pak Lah bahawa harga umah SPN itu melambung kerana adanya ‘pungli” dari Pengerusi SSB dahulu bukan sahaja kerana harga bahan binaan yang meningkat. Jadi BPR tak ada kuasa lagikah membongkar dan menyelungkar kes itu?. Saya juga risau Wang SPN dari pinjamana tabung EPF untuk perumahan itu akan jadi “wang angin” seperi hembusan bayu di blue mountain, Gunung Kinabalu, di belakang rumah saya.

Akhirnya saya akan meminta pendapat Pak Lah. Adakah dia kan merestui kepimpinan seperti Mantan Pengerusi SSB@Ketua UMNO Bahagian Kota Belud@Tim. Menteri Petani@ADUN Tempasuk untuk menerajui UMNO Bahagian Kota Belud?

Saya akan berpaling menyusuri jalan pintas Ranau-KB ke Kudat bersama anak-anak, bertanya pada para sahabat, kaum Ibu dan Puteri di Kota Belud. Benarkah mereka sepenuh hati menerima kempimpinan orang seperti disebutkan memimpin mereka dan menjamin kepimpinan Bahagian KB serta tempat disandarkan masa depan anak-anak bangsa Kota Belud?

Saya sesungguhnya sedih kerana erti demokrasi hampir dikaburi dengan wang kertas bagi membeli kemerdekaan orang-orang yang lemah. Hadis Nabi SAW bahawa kemiskinan hampir mengkhafirkan umat terserlah tanpa dijadikan pedoman bagi ummah di akhir zaman ini. Cuma hembusan bayu nyaman dari Gunung Kinabalu menyejukan hati saya. Saya akan menanti dan mengintai peluang bertemu Pak Lah. Biarlah titisan airmata seorang wanita menceritakan segala-gala dan melembutkan hati Pak Lah. Biarlah masyarakat tahu bahawa tangan yang menghayun buai bisa "menawan" hati pemimpin seperti Pak Lah.

Saturday, August 2, 2008

KETUA BAHAGIAN SAYA, KETUA BAHAGIAN ANDA

Mesyuarat Pemilihan Bahagian UMNO semakin hangat. Di Jelutong 17 cawangan dibubarkan dan 50 orang ahli UMNO mengisyitahrkan meninggaklan UMNO gara-gara mesyuarat cawangan yang kalut, kusut dan kabur. Ini cerita Pulau Pinang namun Sabah tidak kurang hebat.

Pada dasarnya mesyuarat pemilihan bermatlamat untuk memperkuat dan memperkukuh organisasi, tapi dalam konteks pemilihan UMNO, ianya bertujuan untuk memantapkan cengkaman kepimpinan yang ada dan memusnahkan saki baki penentang sebaik mungkin. Matlamat mengukuhkan parti, jauh sekali dari amalan UMNO, khasnya di peringkat bahagian.

Di Sabah di Bahagian Blue Mountain, UMNO Kinabalu, tak banyak karena. Kepimpinan Datuk Masidi Manjun tidak banyak masalah. So, saya tidak banyak berfikir yang berat-berat. Masidi seorang yang berpendidikan, bijak dan mempunyai pengalaman dan ilmu tentang selok belok pentadbiran dan pakar dalam pengurusan kerajaan. Syabas YB Tuan Haji Masidi.

Di Kota Belud, di Kaki Gunung Blue Mountain, Kinabalu, Bahagian UMNO kalut. Ketuanya Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani adalah pemegeng rekod dunia, sebagai pembantu menteri yang paling tidak berpendidikan, tidak ada ilmu dan pengetahuan tentang pengurusan kerajaan. Dia tidak berpendidikan tetapi "pemegang sijil Ijazah Master yang PALSU. Hanya faham sepatah dua patah bahasa Inggeris dan tidak dapat keputusan kredit bahasa Malaysia dalam SRP @ PMR. Namanya Musbah Jamli yang tidak pandai bermuasabah.

Mula bangun dengan projek PPRT yang tidak bina rumah tapi supply beruti papan dan tiang, tapi buat tuntutan rumah lengkap PPRT. Dapat kayu balak dari USO atas sokongan Salleh tapi tipu Uso dan rakan-rakan kongsi terduduk dan hisap jari. Rumah di Hilltop dua unit, di The Peak tempat simpan "pemain simpanan", dan dua unit di Kingfisher. Satu macam Istana dan tempat landing Heli dan yang satu dibeli dari Saidi Suari dengan duit TUNAI; bersebelahan rumahnya saja tempat menyorok barang-barang dari usaha "kabur dan kalut" namun sah dari sumber yang haram. Beunit-unit lagi bakal dimiliki dari SPN-Syarikat Perumahan Negara atas nama proxy. Inilah ketua Bahagian anda. Ketua UMNO yang kalis BPR (buat sementara). Dia jauh berbeza dengan ketua Bahgian saya, Yang Berhormat, Yang Mulia, Datuk Haji Masidi Manjun.

Dari berita yang saya tercium; sayapun macam Sdr. KAW, mana-mana cawangan yang tidak calonkan Ketua bahagian yang ada, Musbah Jamli, akan ditangguh, kemudian disogok dengan RM. Bila tidak mampu juga disogok, dibiarkan gugur macam di jelutong.

Kota Belud perlukan seorang "pemimpin" BUKAN "penempel". Anda semua di Kota Belud adalah pemegang rekod dalam sejarah politik Sabah dri rekod Ketua Menteri, TYT, Menteri Kewangan, Speker DUN Sabah. Kini anda juga pemegang rekod dua Pembantu Menteri. "Pembantu Menteri JKR" dan "Pembantu Menteri Petani". Kota Belud pemegang rekod ketua Pemuda UMNO yang "babau"dan "Penempel Ketua Bahagaian" yang kerdil dan pak turut dan pak tunduk. Kehidupan MJ kini menipu "minyak diesel untuk Nelayan" jual ke Industri. Authoriti diayak-ayaknya.

UMNO Kota Belud akan menjadi UMNO BAHAGIAN YANG MENGHARAP EHSAN kiranya tidak berlaku perubahan. UMNO Bahagian perlukan kepimpinan DINAMIK yang dapat membantu mengukuhkan UMNO Malaysia dalam masa UMNO berhadapan dengan krisis ini. Kiranya anda terus memilih pemimpin yang "sokong membawa rebah", UMNO akan terus lemah dan wajarlah Pakatan Rakyat berbangga dan mendabik dada sebagai peneraju yang serba boleh dan berdepan dengan pemimpin yang kalut. Kiranya keadaan berterusan anda lebih baik berpindah keahlian ke Kinabalu. Besar padang Ranau saya tadahkan dek kecilnya tapak tangan menyambut kedatangan anda dari Hotel Perkasa setelah menikmati udara nyaman di taman Negara Kinabalu, di kaki Blue Mountain. Selamat Datang, Aloha, Mabuhai, Sawadee, Pesorong kam, Ke UMNO Kinabalu. Ponsikou.

Special Thank to KAW and Deep throat for your hand in edition

Thursday, July 31, 2008

MINYAK UNTUK NELAYAN DISELEWENGKAN

LKIM dedah 250,000 liter petrol diseleweng
ALOR STAR: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mendedahkan antara 150,000 hingga 250,000 liter diesel dan petrol bersubsidi yang diperuntukkan kepada nelayan di negeri ini diselewengkan setiap bulan.

Pengarah LKIM Kedah, Mohd Noor Had, berkata jumlah itu adalah antara tiga hingga lima peratus daripada keseluruhan lima juta liter diesel dan petrol yang diperuntukkan kerajaan untuk industri itu di Kedah setiap bulan. Beliau berkata, minyak yang diseleweng itu sama ada diseludup ke luar negara atau dijual kepada pihak industri oleh nelayan untuk mencari keuntungan segera. "Walaupun jumlah itu dilihat kecil, ia masih perlu dibendung untuk mengelak kerugian pada pihak kerajaan dan nelayan sendiri," katanya kepada pemberita selepas majlis bersama media di sini, kelmarin.

Beliau berkata, LKIM bersama agensi penguat kuasa lain seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan terus memantau keadaan itu. Mohd Noor juga berkata dalam tempoh dua bulan lalu, LKIM menyenaraihitamkan 95 nelayan yang didapati menyelewengkan diesel dan petrol subsidi, sekali gus menyebabkan mereka terbabit tidak lagi berpeluang menerima bahan bakar bersubsidi. Katanya, nelayan terbabit terdiri daripada 33 pemegang kad pintar e-petrol dan 62 pemegang kad e-diesel. "Kerajaan memberi insentif ini untuk meringankan beban mereka, tetapi disalah guna hingga tindakan terpaksa diambil.

"Mereka boleh menikmati semula kemudahan subsidi itu jika rayuan diterima, namun ia bergantung kepada bentuk rayuan yang dibuat," katanya. Beliau juga berkata semua nelayan yang disenarai hitam sebelum ini pernah ditahan oleh pihak penguat kuasa KPDNHEP, Agensi Penguat Kuasa Maritim Malaysia, Polis Marin dan Unit Pencegah Penyeludupan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20080730233953/Article/

Friday, July 18, 2008

IPOH TIMUR: "..Tan Sri Speaker. POINT OF ORDER of no point...read my mind..."

Tan Sri Speaker, Pak Amin: Apakah "reading someone's mind juga menjadi tugas speaker?

Sejak BN kehilangan majoriti 2/3 kerusi diparlimen, ramai yang meramalkan bahawa Dewan Parliment Malaysia pasti akan sentiasa gawat dan panas. Awal-awal lagi orang mengingatkan Speaker, Pak Amin, agar mengambil cukup vitamin untuk menghadapi cabaran dan provokasi yang bakal mengujinya, terutama dari pihak pembangkang yang sememangnya akan berusaha sedaya upaya mencari dan menghidu kelemahan pihak kerajaan untuk dibogelkan, samada kesalahan dan kelemahan lepas, terkini atau yang diramalkan.

Sedapat mungkin mereka juga akan berusaha menyelimuti apa jua kebenaran kerajaan. Sebaik mungkin, mereka menyemarakkan sentimen yang mampu mengaburi mata rakyat bahawa BN yang mempunyai 140 kerusi lemah, selemah-lemahnya dan PR yang mempunyai 82 kerusi itulah yang kuat dan telus dan perlu disokong bila mengajak rakyat memberontak!.

Majoriti rakyat Malaysia tahu bahawa BN akan terus menjadi kerajaan sebelum menjelang PRU13. Tidak akan ada MP BN seramai lebih 30 melompat PR. Ini kenyataan dan sebuah hakikat dan orang-orang PR yang rasional sendiri menerima hakikat ini walaupun DSAI memainkannya dengan semangat berkobar-kobar.

MP PR menyuarakan isu mewujudkan parliment kelas 1 tetapi PR menjadi dalang kepada Kumpulan Orang Kurang Upaya-OKU, jadi berupaya dan berdaya datang menunjukkan perasaan mereka di bangunan parlimen; anak kepada tahanan ISA merayakan harijadinya di bangunan parlimen; Mr Sharibu, ayah kepada mendiang Altantuya, membuat penampilan di parlimen dan memperkecilkan Malaysia. Apakah ini parlimen kelas 1 yang PR khasnya LKS katakan dan idamkan?

Anehnya bila ada gerakan “ops padam” mencegah dari kemungkinan berlaku huru-hara di jalan menuju ke bangunan parlimen, Lim Kit Siang memberontak, LKS kata, speaker “speaks too much” apabila menegaskan langkah itu adalah untuk mencegah dari berlakunya sebarang kemungkinan yang mengancam keselamatan.

LKS juga megatakan bahawa speaker juga patut “read his mind”-LKS’ mind. Too much of LKS. Seolah-olah dialah satu-satunya manusia yang betul, benar dan “perfect”. Baru ahli dari 82 kerusi, BUKAN 140, berlagak macam dia yang pegang parlimen. Sehingga pihak keselamatan yang menjaga keselamatan termasuk dirinya dilihat sebagai memberikan halangan dan kesukaran!. Tidakkah LKS sedar bahawa perbuatannya itu diperhati rakyat dan rakyat pandai merasa bosan apabila yang benar diremehkan.

LKS adalah juga yang mengetengahkan idea “1st class dan world’s parliment” . Bagaimanapun, dalam banyak keadaan dia bagaikan “penyalak “ kepada kerajaan dan “pemarak” atau fire starter kepada sahabat pembangkang lain sehingga keadaan dewan kecoh. Ini menyebabkan taraf parliment seperi turun kelasnya akibat tindak tanduk dia sendiri. Selaras dengan kata speaker bahawa LKS yang cenderung gunakan peraturan mesyuarat tetapi LKS juga yang memutar belit peraturan mesyuarat.

Kiranya LKS merasakan masanya terbuang bila apa yang dikatakannya tidak diambil kira, sepatunya dia juga perlu merasakan bahawa masa orang lain juga terbuang apabila terpaksa mendengar hujahnya yang remeh dan membuang masa.

Apa yang jelas kepada kita ialah LKS nampak berjaya dalam isu memperalat ketua pembangkang, YB. Datuk Seri Hajjah Dr Wan Azizah Ismail - DSWA untuk bercakap mengenai kemahuan, kehendak, desire dan aspirasi DAP dan LKS sendiri berbanding aspirasi Pakatan Rakyat per se. Nampak jelas semasa DSWA membuat kenyataan akhbar mengenai usul undi tidak percaya terhadap PM dan jemaah menterinya. LKS terlalu menonjol walaupun tindakannya sekadar mengulangi apa yang sudahpun diperkatakan DSWA.

Apakah LKS juga mahu menguasai PKR dan Ketua Pembangkang? Atau PKR sememangnya sedia diperalat LKS agar DAP menguasai PKR? dan mengangguk bila disuruhnya mengangguk?

Dari tindak tanduk ini, rakyat perlu memikirkan sedalam-dalamnya bahawa tempat LKS sudah tampak tidak akan pernah sesuai berada di kerusi kerajaan samada dalam masa terdekat atau mendatang.

Sunday, July 13, 2008

Who is the real sultan?

Sunday July 13, 2008

KUALA LUMPUR: Will the real Sultan of Sulu please stand up. Over the past few weeks, several individuals have come forward claiming to represent the Sulu sultanate and giving their views on Sabah’s long-standing illegal immigrant problem.

Sultans aplenty: Dr Hiew showing the birth certificate issued by the Sultanate of Sulu to The Philippines, Saturday. The sultanate, no longer a legal entity, existed before the European colonisation of the Philippines and Sabah in the 19th century, ruling parts of Mindanao, Sabah and the islands of the Sulu Sea. Following the Federal Government’s announcement of a crackdown on Sabah’s illegal immigrants, an individual identifying himself as Sultan Esmail D Kiram II, claiming to be 34th Sultan of Sulu, urged Malaysia to take a humane approach in dealing with the problem.

He echoed the Philippine government’s suggestion that Malaysia grant permanent resident status to Philippine citizens who had been staying in Sabah for a long time.On Friday, soon after DAP advisor Lim Kit Siang’s claim that the Sulu sultanate had been issuing birth certificates to illegal immigrants from the Philippines in Sabah, three people approached The Star claiming to represent another person claiming to be the Sulu sultan.

The three – Datuk Seri Putra Eddy T. Sulaiman, Datuk Seri Wilfred J. Kulungan and Datuk Seri Harry Lye Kok Heng – handed in a statement from Sultan Rodinood Mohamad Julaspi Kiram II, which said he was not the one behind the issuing of birth certificates to illegal immigrants in Sabah. Putra Eddy’s business card states that he is the sultan’s adviser and personal secretary while Wilfred and Lye are the sultan’s financial adviser and associate respectively.

In January, Sultan Rodinood, who claims to be the 29th reigning “Sultan of Sulu and North Borneo”, was quoted in Manila as saying that he was claiming territorial rights over Sabah and was willing to take his case to the World Court.Three years ago, Sultan Rodinood asked Malaysia to pay his sultanate US$20bil (RM75bil) in compensation for getting the Philippine government to drop its claim for Sabah. Yesterday, Kota Kinabalu MP Dr Hiew King Cheu handed in a letter at the Karamunsing police station in Kota Kinabalu asking the Sabah Police Commissioner to investigate the issuance of the birth certificates by the Sulu sultanate. To add to the confusion, there is a website (www.topix.com/forum/news/weird/TANTCGDQKOM7L0769) where people are asked to vote who they think is the “legitimate Sultan of Sulu”.

The names listed are Sultan Ibrahim Barjin, Sultan Esmael Kiram III, Datu Udah, Sultan Rodinood Julaspi, Sultan Aydal Aliuddin, Sultan Ibrahim Pulalon, Datu Muedzul-Lail Kiram, Aliuddin Haddis Pabila, Akijal Attih and Sultan Fuad Abdullah Kiram I. Yet another claimant to the throne is Sultan Jamalul D Kiram III, who was “crowned” the 33rd sultan in 1986.


The Star online

LEBIH BAGUS TAK USUL KALAU TAK ADA BELAH BAHAGIAN.

Lihatlah wajah mereka. "Benarkah mereka tidak boleh dipercaya?"


Niat Pakatan Rakyat untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dan anggota kabinetnya sudahpun ditunaikan oleh YB. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail - DSWA, Ketua Pembangkang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat-PKR. Dalam sidang akhbarnya, beliau diapit mantan ketua pembangkang Lim Kit Siang dari DAP dan YB Kamaruddin Jaafar dari PAS. Tuan Guru Nik Aziz, Karpal Singh dan Ustaz Haji Hadi tidak hadir.

DSWA berkata, usul itu mengikut peraturan Mesyuarat 18 (1) dan (2) yang berbunyi: "Bahawa Dewan yang mulia ini mengambil ketetapan tidak percaya terhadap kepemimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia dan jemaah menteri beliau dalam menjalankan urus tadbir negara disebabkan terhakisnya keyakinan rakyat terhadap integriti kerajaan.

Walaupun pada dasarnya, usul tidak percaya adalah untuk menentukan samada keyakinan dan kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan terhakis dan perlu diturunkan, namun sidang akhbar dan strategi mengemukakan usul itu bagaikan tidak meyakinkan akan berjaya. Malah LKS sendiripun membayangkan bahawa strategi itu akan gagal menurunkan kerajaan. Sekaligus memberi isyarat bahawa usul itu hanyalah sebagai ujikaji semata-mata. Tiada belah bahagian atau undi diadakan dan hanya sekadar untuk perbincangan.

Dato Seri Najib awal-awal mengakui bahawa Speaker mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak usul itu, tetapi timbul persoalan bagaimana Speaker hendak menerima usul itu jika tiada peruntukan berbuat demikian dalam Peraturan Mesyuarat. Andainya diterima sekali pun, pembangkang akan tewas kerana tidak mempunyai cukup majoriti di Dewan Rakyat.

Andainya inilah senario yang terbentang di hadapan kita, maka benarlah bahawa isu yang diwar-warkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai sokongan dan 30+ MP Barisan Nasional, termasuk dari Sabah dan Sarawak hanyalah mainan politik semata-mata. Tidak ada 30+ MP BN akan melompat ke perahu PR bermakna DSAI berbohong sebohong bohongnya.

Dengan demikian, usul yang dikemukakan oleh DSWA hanyalah berupaya membongkar pekung di dada DSAI. Apakah maknanya semua ini kepada penyokong PR? Apakah jeritan dan rintihan “turun” dengan uniform baju merah di Studium Melawati sekadar pesta gila-gila?

Terpenting, apakah tarikh 16 September hanya akan bakal dirayakan sebagai Hari Malaysia tanpa janji manis DSAI?. Semua ini harus menjadi perkiraan rakyat kerana rakyat negara ini sudah cukup menderita oleh permainan politik. Perpaduan yang menjadi tunggak kekuatan Negara Malaysia seolah-olah dijadikan bahan lelucuan sejak dari gelombang kuning hingga ke gelombang merah.

Bukankah natijah usul seperti ini, kiranya tidak serius dan gagal, menjurus dan mengundang kepada suburnya keraguan dan krisis keyakinan rakyat kepada PR dari kepimpinan Pak Lah dan para wajirnya? Atau apakah ianya semata-mata dikemuka bagi menjamu selera LKS yang terlalu sangat berkobar semangatnya membuat usul tidak percaya seperti sikapnya yang selama ini memang tidak percaya kepada kerajaan?. Dia agak kelihatan solah-olah menjadikan DSWA sebagai “parrot” kepada kemahuannya. Ini bakal menentukan wibawa PR tercalar atau sebaliknya dalam masa mendatang terutama menjelangnya PRU13.

Rakyat dan negara ini tidak mungkin mudah dipaling-paling dan dibuat pertaruhan selama-lamanya.

Tamadun Akan Musnah Jika Fitnah Berleluasa-Shafie Haji Afdal

Fitnah memfitnah akan melumpukan Negara-Shafie

KOTA BHARU: Tamadun Malaysia yang dibentuk menerusi perpaduan masyarakat berbilang kaum sejak 51 tahun lalu, akan musnah dalam sekelip mata jika fitnah dan hasutan yang disebar melalui laman blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tidak dihentikan.

Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kemusnahan itu akan berlaku jika rakyat menerima bulat-bulat apa yang disampaikan menerusi blog dan SMS tanpa meneliti sama ada ia benar atau sebaliknya.

"Masyarakat hari ini bukan saja terpengaruh dengan Barat, malah laman blog dan SMS kini menjadi ruang kepada pihak tertentu menyebarkan fitnah dan hasutan untuk kepentingan dan agenda mereka.

"Kalau masyarakat tidak berhati-hati, ia boleh menghancurkan tamadun negara 51 tahun lalu kerana terlalu terpengaruh dengan unsur fitnah yang disebarkan. Saya bimbang, tindakan tidak bertanggungjawab itu akan mempengaruhi pemikiran masyarakat.

"Fitnah-memfitnah perlu dihapuskan kerana boleh melumpuhkan pengurusan dan pentadbiran kerajaan," katanya merasmikan program Jiranku Keluargaku 2008, di sini, semalam.

Dari Berita Harian
13 Julai, 2008.