Translate

Tuesday, September 16, 2008

KINI JANJI KU TUNAI SUDAH...

"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
"We have the numbers to defeat BN,"
Barangkali berjuta kali DSAI mengucapkan perkara ini sejak Mac, 2008. Esok, lusa, lusa ulat, minggu ini, minggu depan, bulan ini, bulan depan, tahun ini , tahun depan.... DSAI masih mampu mengungkapkan perkataan ini. You have the numbers BUT you dont have the figures...so what..useless..meaningless..without the figures, the numbers are just worthless.

Saya menyusun perkataan DSAI ini mengikut susunan warna "pelangi" supaya ianya kelihatan indah. MEJIKUHIBINIU-merah, jingga, kuning hijau, biru, nila, dan ungu. Warna pelangi. Indah dan dipuja kerana dongengnya mengatakan bahawa di hujung pangkal pelangi tertanam harta karun berupa emas. Sesiapa yang bisa menemui pangkal pelangi pasti akan hidup mewah dan hartawan sepanjang hayatnya.

Kiranya dua pelangi kelihatan, orang tua-tua saya mengatakan bahawa Puiteri dari kayang dan bidadari sedang bermain-main di halaman istana bersama kekasihnya dan dayang-dayang istana.

Bertapa indahnyapun ucapan DSAI dan gaya dan krismanya sebagai "great communicator" namun apa yang diungkapnya hanyalah seindah pelangi. SEMUANYA FANTASI DAN ILUSINASI YANG KOSONG.
Saya telah berjanji pada diri saya. Kini saya tunaikan janji saya... Saya mohon maaf kerana saya menunaikan janji saya pada diri saya sendiri dengan menggunakan lesen yang dianugerahkan oleh YB. DATO SERI ANWAR IBRAHIM... Saya tak tega..tapi Janji Tetap Janji

Bahawa sahnya pada hari ini 16 September, 2008, DSAI telah gagal menunaikan janjinya. janjinya pada hari ini, 16 September, 2008, DSAI akan menjadi PM dan menggantikan/menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Dengan dengan ini DSAI telah menganugerahkan lesen untuk saya (hanya dalam kontek janji 16 September atau 916 dan BUKAN yang selainnya). Dengan lesen ini saya mengatakan bahawa:- (juga berwarna pelangi)..

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAI IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

"ANWAR IBRAHIM PEMBOHONG"

Sekian terima kasih.

Monday, September 15, 2008

JANJI TETAP JANJI


Kurang 12 jam lagi 16 September, 2008 menjelang. Saya dan senjaliza mengucapkan Selamat Hari Malaysia. Hari ini Senjaliza memasukkan Bendera Malaysia dalam Backdrop Senjaliza sebagai memperingati Hari Malayisa yang ke 45. Semoga keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan akan terus dinikmati oleh seluruh masyarakat negera ini.

Kurang 12 jam juga janji Yang Berhormat Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Ahli Parliment Permatang Pauh dan Penasihat PKR ditentukan. Ini janji beliau yang diungkapkan sejak Mac, 2008. Apapun yang ingin anda katakan saya, saya sudah berjanji pada diri saya bahawa kiranya janji itu tidak ditunaikan maka "saya mendapat lesen saya untuk mengatakan DSAI berbohong". Ini hanya berkaitan dengan janji "916" itu sahaja dan tiada kena mengena dengan soal dan perkara yang lain. Katalah apa yang anda nak kata, saya bakal mendapat lesen itu. Dan lesen itu dikurniakan DSAI sendiri buat saya dengan tidak menunaikan janji 916.. Anda tidak patut marah. dan tidak boleh marah kerana saya ada lesen khas pemberian DSAI...
Bacaan Lanjut....
Perang psikologi Anwar tutup pembohongan

Sunday, September 14, 2008

PERPADUAN JANGAN SEKALI-KALI DIPERLEKEH.


Perpaduan yang menjadi teras kejayaan bagi kita membina negara ini tidak harus sama sekali diperlekehkan. Dunia telah mengiktiraf kejayaan kita membina negara “multiracial” ini ke satu tahap yang membanggakan dan kini kita nikmati kemakmurannya. Sebarang usaha dan tindakan yang dilihat sebagai ancaman kepada perpaduan ini wajib kita tentang habis-habisan.

Ada pihak yang berusaha menyemai bibit-bibit perpecahan dengan berusaha menonjolkan imej dan induktrinasi yang berselindung di belakang tabir keadilan dan hak asasi. Namun ternyata dengan jelas bahawa kumpulan yang sebegini hanyalah mempromosi tsunami yang bakal merobohan jambatan perpaduan dan harmoni yang selama ini kita bina atas titik peluh dan rintih pedih para pejuang kemerdekaan.

Tsunami itu sendiri adalah malapetaka yang dasyat. Kenapa masih ada di antara kita yang harus berbangga dengan berlakunya Tsunami, seperti Tsunami politik. Istilah ini sendiri tidak sesuai digunakan oleh mana-mana pihak yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Hari ini kita bebas berpolitik dan bersuara. Pun begitu, kita mesti akur dan menerima hakikat akan adanya batas, norma dan had yang perlu kita pelihara dan hormati. Hakikatnya “kebebasan yang mutlak” itu tidak wujud dan tidak baik. Kebebasan tanpa had, batasan dan ultra akan menjadi ancaman kepada perpaduan rakyat negara kita yang sememangnya mempunyai ciri-ciri yang “fragile”. Musuh-musuh kita telahpun mengenali ciri-ciri yang fragile ini. Kuasa asing terutama penjajah dan musuh kita sudah pasti akan menggunakan kekuatan dan kekuasaannya untuk mengambil kesempatan melemahkan kita semua.

Musuh-musuh kita ini bisa saja menjadi musang yang berbulu ayam. Sementara kita dapat dipergunakan untuk melemahkan Negara kita sendiri, pasti mereka akan menawarkan habuan dan bantuan yang mengalpakan namun bersalutkan darah dan airmata anak-anak dan generasi kita. Mereka pasti akan memanipulasi segala kelemahan dan kesempatan yang ada di hadapan mereka untuk melihat kita berpecah belah dan akhirnya lemah.

Apabila kita lemah kita pasti akan berpaut pada segala kesempatan yang ada untuk memperkuatkan asas dan foundasi kita untuk kelihatan dan muncul sebagai pejuang. Kali ini kita akan menjadi pejuang kepada suku kita, bangsa kita, ugama kita dan para pengikut kita yang fanatik terhadap kepimpinan kita. Kita akan mula berpuak-puak dan akhirnya kita bakal merobohan perpaduan dan keharmonian rakyat dan negara kita yang kita telah bina berabad lamanya dalam jangka waktu yang pendik. Kala itu, negara kita akan lemah. Lalu kita “menyesalpun sudah tidak berguna lagi”. Kita berpecah. Akhirnya kita semua mudah untuk diperkotak katik dan dijajah semula.
.
Jangan kita terhantuk baru kita terngadah.

Atas dasar inilah kita dan para pemimpin kita, politikus semua wajib mengelak dari menggunakan isu-isu yang mengancam keharmonian. Berpolitik dengan menggunakan isu suku kaum hanyalah mungkin memenangkan kita buat sementara dan jangka pendik. Namun kehancuran yang akan diakibatkan oleh kemahuan yang ultra, dengan mudah membuat kita alpa dan cenderung ke arah menafikan had-had dan batas batas kebebasan. Kita alpa bahawa kehancurannya bersifat jangka panjang atau kemungkinan kekal buat selama-lamanya. “Memutihkannya semula tidaklah semudah menghitamkan yang putih”.

Bayangkan kalau Aidilfitri hanya untuk orang Islam, Chrismas hanya untuk Penganut Kristian, Depavali hanya untuk penganut Hindu, Gong Xi Fa Chai untuk orang-orang Tionghua dan sebagainya; tanpa kita sertai bersama; tanpa kita hormati bersama. Generasi kita akan menyesali tindakan kita kerana mereka terpaksa menangisi kerharmonian yang telah kita runtuhkan. Manakala keamanan masa itu barangkali telah pupus telahpun ditelah zaman.

Iraq, Bosnia Herzagovina, USSR, Rowanda, Palestine, Heiti, Selatan Thailand dan Selatan Filipina sudah cukup kita jadikan sempadan. Hendaknya kita mesti merenung jauh dan bertanya diri kita. Apakah yang diri kita inginkan demi “mendaulatkan” negara kita untuk masa depan negara dan generasi kita?.

Elakkanlah mengungkit dan menyelungkar isu kaum, agama dan kepercayaan (adat resam) jika sebenarnya kita cintakan keamanan dan Negara kita-Malaysia. Jika kita gagal, kita tidak lebih dari musuh generasi kita sendiri.

Friday, September 12, 2008

Raja Petra ditahan bawah ISA

RPK-Raja Petra Kamaruddin
Pengendali Blog "Malaysia Today"
12
Sep
08
Malaysiakini 12 September 2008
Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), kata isterinya Marina Lee Abdullah. Menurutnya, 10 anggota polis datang ke rumah mereka di Sungai Buluh pada kira-kira jam 1.10 tengahari tadi untuk menahannya.
Ketika Malaysiakini menghubunginya pada jam 1.25 tengahari, anggota polis masih berada di rumahnya. Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui.


Wednesday, September 10, 2008

LESEN SAYA AKAN SAH 17 SEPTEMBER, 2008.

DSAI telah berjanji kepada rakyat Malaysia khususnya dan dunia amnya bahawa PR akan menggantikan BN selewat-lewatnya 16 September, 2008. Ini akan berlaku dengan melompatnya seamai 30 atau lebih PM BN ke PR. Tiada syarat yang dinyatakan DSAI mengenai peristiwa pada tarikh keramat itu malah berkali-kali DSAI mengulangi 16 September 2008 BN akan jatuh sebagai kerajaan Malaysia dan PR akan mengambil alih sebagai Harapan Baru Untuk Rakyat Malaysia.
Saya awal-awal berjanji pada diri saya kiranya pada tarikh 16 September, 2008, janji itu meleset dengan apa jua alasan sekalipun saya tetap menggunakan lesen saya yang saya perolehi dengan berakhirnya 16 September 2008 iaitu "DSAI BERBOHONG".

Sunday, September 7, 2008

LESEN UNTUK MELONTARKAN KATA "PEMBOHONG"

YB Dato'Seri Anwar Ibrahim dan Ybhg. Datuk Datin Puan Seri.
DSAI "Tunggu dulu..selewat-lewatnya 16 September, 2008...."

16 September-Hari Malaysia
Bersamaan Tarikh Menentukan Kebenaran Kenyataan DSAI.

Sabah merdeka melalui Malaysia pada 16 September, 1963. Sabah telah meredeka selama 45 tahun setelah bergabung dengan Malaya atau Tanah Melayu, Sarawak dan Singapura membentuk Malaysia. Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos, 1957. Tarikh 31 Ogos bagaimanapun diangkat sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia walaupun banyak di persoalkan sejak akhir-akhir ini setelah sekian lama tidak dipersoal langsung. Malah tarikh itu menjadi tarikh kebanggaan majoriti rakyat Malaysia di segenap pelusuk negara termasuk rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak sejak berpuluh-puluh tahun yang lampau tanpa banyak persoalan.

Selewat-lewatnya 16 Sepember, 2008, adalah tarikh yang telah ditetapkan dan dijanjikan oleh YB. Dato’Seri Anwar Ibrahim sebagai tarikh menerima kemasukan seramai 30 atau lebih Ahli-Ahli Parliment Barisan Nasional untuk “melompat” ke Pakatan Rakyat. Sekaligus membentuk kerajaan baru yang menjadi Harapan Baru Untuk Malaysia. Tarikh hangat ini hanya tinggal kurang dari 9 hari lagi untuk mendapat atau memberi “jawaban” kepada “curiousity” majoriti rakyat Malaysia. Tarikh ini menentukan bahawa DSAI “berbohong” atau bercakap benar.

“Hari ini secara resminya kita ada 82 kerusi parliment”-DSAI.
“yang tak resmi”-Hadirin
“Yang tak resmi..tunggu dulu”..DSAI- diikuti tepukan gemuruh dalam satu perhimpunan selepas PR berjaya menafikan BN 2/3 majoriti kerusi di Parlimen.


Tunggu dulu selewat-lewatnya 16 September 2008. Soalnya, adakah DSAI menjadi “kalis isu moral” sekiranya janjinya tidak menjadi kenyataan?

Penganalisa Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Mohammad Agus Yusof menyatakan bahawa DSAI tidak akan dapat merealisasikan impiannya menjadi PM menjelang tarikh itu. Kemungkinan ianya dapat direalisasikan kemudian kiranya BN gagal mengadakan refomasi yang dapat mengembalikan keyakinan rakyat. Ini sekaligus bermakna sekiranya pucuk pimpinan BN berjaya merekacipta reform yang mampu meyakinkan dan mengembalikan keyakinan rakyat, maka janji DSAI itu akan tinggal janji. Maka benarlah “bahawa janji politik sama seperti tiada janji langsung”.

Bagi saya, DSAI hanya melakukan “hearsay” bahawa seramai 30 MP BN akan melompat ke PR terutama mereka dari Sabah dan Sarawak dan sebahagian dari Semenanjung Malaysia yang kononnya “muak” dengan pucuk pimpinan UMNO khasnya Pak Lah plus menantunya, Khairy Jamaludin, dan Pak Najib. Namun majoriti MP dari Sabah dan Sarawak berkata sebaliknya. Secara lojiknya siapa yang berkata benar? Para empunya diri atau “hearsay”?.

Tarikh 16 September, 2008 bagai memberi kita “lesen” kelak untuk berkata siapa sebenarnya “pembohong”. Seperti tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari yang dihormati sekalian, sayapun tertunggu-tunggu. Kita akan lihat nanti.

Saturday, August 30, 2008

KEBEBASAN MEDIA

Kebebasan Media
Tun Dr. Mahathir Mohamad: chedet.com

1. Selepas pengumuman Barisan Nasional kalah di Permatang Pauh pemberita datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana dan mendesak supaya saya adakan satu sidang akhbar.

2. Dalam sidang akhbar itu saya secara terus terang berkata sidang akhbar tidak berguna kerana mereka tidak akan dibenar melaporkan jawapan-jawapan saya melainkan yang boleh diputar supaya ternampak saya menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

3. Seperti yang saya jangka laporan yang dibuat berlainan dengan apa yang saya perkatakan.

4. Ditanya berkenaan dengan penurunan harga minyak, saya jawab yang ini ada kaitan dengan Permatang Pauh. Kita patut ada lebih banyak pilihanraya kecil supaya harga minyak dikurangkan lagi.

5. Yang dilapor ialah saya berkata penurunan harga minyak adalah baik untuk rakyat. Itu sahaja.

6. Saya juga ditanya tentang apakah perancangan saya selepas Permatang Pauh. Apakah saya akan kembali ke UMNO?

7. Saya ingatkan mereka bahawa saya keluar UMNO dengan bersyarat. Saya akan mohon kembali ke UMNO jika Dato Seri Abdullah tidak lagi menjadi presidennya, iaitu jika dibenar.

8. Apabila saya kembali saya akan turun padang dan bekerja keras untuk menarik balik bekas-bekas penyokong UMNO dan BN yang telah sokong parti lawan dalam Pilihanraya Umum ke-12.

9. Saya juga jelaskan yang kerja ini memerlukan masa. Kalau kepimpinan bertukar pada Jun 2010, tidak ada masa untuk pulih parti sebelum Pilihanraya Umum ke- 13.
10. Semua ini tidak sedikitpun dilapor dalam mana-mana akhbar atau televisyen. Inikah yang dikatakan kebebasan media yang dijanjikan oleh Dato Seri Abdullah?

READ MORE....
SENJALIZA.
Melupakan pengorbanan dan jasa pemimpin seperti Tun adalah satu yang malang bagi UMNO. Menafikan kebenaran yang Tun katakan adalah sesuatu yang malang buat Negara.

Friday, August 29, 2008

MASIH BERBALAH, MASIH BERPECAH?

Pertandingan dan pemilihan UMNO Bahagian di Sabah masih hangat dan sampai ke tahap berbalah. UMNO yang mencanangkan "Pengukuhan Perpaduan Nasional" dan "merapatkan kesepaduan ahli-ahli" nampaknya tidak menampakkan "Kepimpinan Melalui Tauladan" yang mampu dibanggakan oleh kalangan ahli-ahli. Dari utara negeri Sabah, Pantai Barat, Pedalaman Atas dan Pedalaman Bawah, suara mengkritik, merendah-rendahkan malah menghina sesama pemimpin dalam parti kedengaran semakin lantang di kedai-kedai kopi dan tempat awam.

Khabarnya, hanya beberapa Ketua Bahagian yang tidak mendapat tentangan: Datuk Hajiji Mohd. Noor di Bahagian Tuaran, Datuk Anifah Aman di Kimanis, Datuk Haji Lajim Haji Okin di Beaufort, Datuk Haji Masidi Manjun di Kinabalu dan Datuk Ghapur Haji Salleh di Kalabakan. Pun begitu untuk pertandingan merebut jawatan yang lebih rendah dari ketua bahagian, percakaran terus berlaku. Oleh kerana penamaan calon masih berjalan, pengesahan belum dapat dibuat.

Dalam keadaan UMNO sedang tenat; dalam keadaan UMNO menghadapi saat-saat genting; UMNO Sabah masih kucar-kacir. Di peringkat cawangan berlaku perselisihan dan perbalahan; di peringkat bahagian lebih bercakaran. Tidak perlu kita sembunyikan di bawah permaidani bahawa politik wang berleluasa, janji-janji manis bertaburan para calon menjadi semakin pemurah material dan senyuman buat sementara. Ianya berlaku dan berleluasa.

Pada saat ini, pihak lawan dan musuh UMNO tentunya akan menanguk di air yang keruh. Mereka tentunya "lebih senang" melihat UMNO berpecah. Mereka tentunya akan mengatakan bahawa UMNO adala parti berbalah sesama sendiri dan hidup beresam "survival of the fittest". Sedang UMNO berbalah, mereka tentunya akan "mempromo" dan mendabik dada bahawa mereka adalah "jaguh" perpaduan dan pilihan rakyat yang lebih ideal dan mampu menyatukan pelbagai kaum dan agama dari pelbagai parti; sedang UMNO satu parti, satu ideolgi dan secara majoritinya satu bangsa dan agama; tapi berbalah.

Apakah kerana perbezaan agenda (peribadi?) membawa kepada perebutan kuasa ini? Apakah tanpa memegang jawatan dalam Bahagian sesorang pemimpin atau ahli itu tidak mampu memberikan khidmat dan bakti kepada agama, bangsa dan tanahair?. Apakah kerana pengujudan "camp" dan "team" dalam UMNO Sabah maka UMNO retak menanti belah? Tepuk dada tanya selera..

Pada saat genting dan kritikal bagi UMNO ini, pemimpin UMNO perlu berkorban, menguatkan kesepaduan dan merapatkan barisan pemimpin dan kepimpinannya. Kalau kesedaran ini tidak berlaku, terutama musim ini, UMNO akan gagal dan digagalkan oleh pemimpinnya sendiri. Andainya trend ini terus menjadi amalan, saya khuatir, UMNO akan menjadi parti yang "self destruck". Tunggu dan lihatlah..