Translate

Tuesday, April 21, 2009

Amarah Perjuangan Pakatan.

1. Di Perak, DAP dan Ngeh sedang sebok “menarik hidung” Speaker DUN, V. Sivakumar mengarahkannya menurut kehendak DAP. Ngeh sedang sebok sebab kerajaan BN akan mengambil-alih Sidang. Dia mesti sebok dengan usaha-usaha menghalang. V.Sivakumar sudah gagal menghalangnya. Dia mesti sebok menjadi wira walaupun belatinya tinggal kurang dari “simple majoriti”. Dia mahu juga menghalang. Kalau gagal tittle EXCOnya dan rakan-rakan akan gugur.
.
(Gambar: YB. Karpal Singh, Pengerusi DAP, mengatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim telah banyak melakukan "kebinasaan dan harus meletakkan jawatan)
.
2. Di Selangor Eli baharu saja kembali dari “naik hajjah” dari Kelantan. Dia menemui Tuan Guru YAB Nik Azizi Nik Mat sebagai tanda kesyukuran kerana dilepaskan dari dosa “berbogel” dan melakukan “perbuatan orang dewasa di luar pagar”. Eli juga adalah “ikon” DAP yang memakai bintang “mata lebam”, lambang PKR. Jambangan bunga dari Ronnie Liu (DAP) barangkali masih tersimpan di kamar sepinya dalam “jar”. Barangkali, airnya barangkali sudah mula ditawan nyamuk Aides.
.
(Gambar: YB Elizabeth Wong, Exco Pelancongan dan ADUN Bukit Lanjan Selangor. Dia sudah "naik hajjah di Kelantan, Serambi Mekah").

3. Di Pulau Pinang, khasnya di Penanti, Lim Guan Eng sedang mengatur skel silat dan langkah pahlawannya, memberi amaran yang amarah, bahawa calon PKR hendak calon yang tidak seperti UMNO yang mempertahan hak Bumiputera dan Melayu. Guan Eng mahu Calon yang menggantikan Fairus mestilah ikut telunjuk Ketua Menteri DAP. DSAI sudah mula kecut. Dulu Karpal Singh, Singh Is King” dan “Celaka” sudah petah menegaskan bahawa Pakatan Rakyat perlu kepimpinan baru dan dinamik @ Pro DAP, yang lain dari Anwar Ibrahim. Katanya Anwar sudah banyak melakukan “kebinasaan” di Negara ini. Guan Eng Menolak Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Hasyim sebagai calon menggantikan Fairus. Dia, Zahrain, dituduh Guan Eng bersikap seperti menyebelahi UMNO. Apakah DSAI akan bertarung habis-habisan dengan “reformasinya” dalam Pakatan Rakyat sendiri yang sudah mula menampakkan menolakan ideanya dan ideologinya? Atau Anwar hanya berguna dan berfaedah kepada DAP pada musim pilihanraya sahaja sebagai “pemecah belah” undi Melayu dan tukang “rrrrooobahhh?
.
(Gambar: YB Zulkifli Nordin, Seorang Peguam, Lulusan Victoria Uni, New Zealand, juga Ahli Parliment, PKR, orang pilihanya tidak mendapat peluang menjadi EXCO. Apakah kerana tidak mendapat dokongan DAP?).
.
4. Di Sabah DAP nampak menguatkan genggaman. Mereka ke hulu ke hilir “posing” di hadapan bangunan-bangunan dan parit-parit yang masih dalam pelaksanaan atau bermasalah kerana tekanan ekonomi. Mereka bertindak sendiri sendiri, seolah-oleh PKR tidak wujud di bumi Negeri Di Bawah Bayu ini. Mereka juga tidak risau malah perlu lupakan SAPP yang lebih condong kepada kepimpinan PKR dan menjadi saingan mereka. Gambar posing DAP ini banyak kelihatan dalam blog http://www.sabahkini.net/. Atau barangkali DAP tidak tahu Pejabat Perhubungan PKR Negeri kerana Ketua Perhubungannyanya barangkali ada di Permatang Pauh atau berada di mana-mana kerana “perlu menegaskan sesuatu” atau merencana wacana mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dato Seri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak. Sedang PKR Sabah yang diketuai DSAI berantakan dan tidak mampu ditadbirnya. Di Penang saja DSAI sudah dicabar. Karpal juga sudah mencabarnya. Orang-orang setianya juga dicabar dan diketepikan di Selangor demi ELI, “ikon” DAP. Di mana sebenarnya Pejabat Perhubungan PKR Sabah?..

5. Apakah keadaan ini meyakinkan kita sebagai rakyat Malaysia yang inginkan keharmonian, kesinambungan kemajuan dan pembangunan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang terpacu laju pemodennanya di Asia Tenggara? Apakah bukan kerana “krisis” politik yang diterjah DSAI dalam Negara ini melalui pekikan “Makhal Shakti” (bukan Sangkakala) menyahkan pelaburan. Manakala tiupan “Malaysian Malaysia” menyebabkan keharmonian yang terbina sejak 51 tahun lebih, goyah dan ekonomi Negara menjadi ‘perlahan”?

6. Media asing juga dijadikan medan bagi melepaskan “geram” kerana kegagalan segala gagasan 916, dan gagasan ke Puterajaya dan seumpamanya. Bermacam isu-isu yang sonsang dalam media antarabangsa. Kembalinya “Mahathirisma, Korupsi, Kroni, Kapal Selam”, “Altantuya” dan seumpamanaya menjadi hiasan dada akhbar antarabangsa. Apakah mereka lebih tahu dari kita yang berada di tanahair yang kita cintai ini mengenai hal dan kejadian sebenar atau “Penjajah yang teringin sangat untuk kembali” di bumi Malaysia ini setelah peluang terbuka melalui DSAI. Dalam masa yang sama DSAI dan orang-orangnya menafikan bahawa dia bersekongkol dengan orang tertentu di peringkat antarabangsa dan Barat.

7. Hatta dari keadaan ini maka kita harus melihat sejarah dan kejadian yang nyata dalam Negara kita sendiri. Lihatlah kejayaan kita dan sekeliling kita. Apakah kejayaan kita selama ini adalah hasil dari pekikan “rrrobbbahah” atau "refomasi" sambil merosakkan harta awam?. Apakah usaha kita untuk mempertahankan jambatan harmoni ini perlu dipersoal. Apakah kita telah menghalang rakyat kita untuk maju? Apakah kita perlu dan terlalu perlu mempersoal hak sedangkan kita telah menunjukkan perkongsian kuasa yang nyata. Apakah amaran yang amarah dari Guan Eng di Penanti satu perkongsian kuasa yang luhur?. Apakah pengongkongan V. Sivakumar di Perak satu sanjungan kepada Masyarakat Malaysia berketurunan India. Apakah mereka hanya mempercayai pemimpin yang hanya mengikut telunjuk mereka dan mengenepikan soal-soal nasional dan Negara Malaysia?. Keinsafan dan masa akan menjawabnya.
.
Baca lagi yang ini........

Sunday, April 19, 2009

SPEAKER DUN PERAK, V.SIVAKUMAR PATUT LETAK JAWATAN

Tindakan Gantung Tugas Setiausaha Dun Tidak Sah
By: Ramjit

(Gambar: Mungkin Tindakan Timbalan Speaker DUN Perak, YB. Yee Yit Foong, terpaksa meninggalkan Kerajaan Pakatan kerana tidak mahu mengikut telunjuk)

IPOH, 18 April (Bernama) --Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menggantung tugas Abdullah Antong Sabri sebagai Setiausaha DUN Perak seperti yang dilaporkan media hari ini adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan, kata Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Perak Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.Beliau berkata jawatan Setiausaha DUN Perak adalah jawatan pegawai tadbir dan diplomatik (PTD) Gred M52 yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri melalui waran perjawatan yang ditandatangani oleh Menteri Besar Perak."Proses pelantikan dan pengisian jawatan itu memerlukan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Selepas itu selaku SUK kerajaan negeri Perak dan bagi pihak kerajaan negeri, saya akan mengeluarkan surat rasmi pelantikan Setiausaha DUN Perak."Dengan ini dimaklumkan bahawa pihak JPA mahupun kerajaan negeri atau saya tidak ada mengambil sebarang tindakan ke atas Abdullah," katanya di sini, Sabtu.
.
Sehubungan itu, Abdul Rahman berkata Abdullah kekal sebagai Setiausaha DUN Perak yang sah dan berkuasa mengikut bidang kerja dan tugas-tugas yang ditetapkan."Ini juga bermakna tindakan menggantung Abdullah sebagai mana yang dilaporkan media dibuat oleh Speaker V. Sivakumar adalah tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan," katanya.
SELANJUTNYA..........
(Gambar: Lihatlah siapa yang mengemudi kemelut politik perak khasnya tindak-tanduk Speaker. V. Sivakumar yang berbaju batik kanan sekali kelihatan terlalu kerdil dan sebagai pelakun tambahan sedang Ngeh di tengah-tengah bagai pemegang watak utama).

1. Tindakan Speaker DUN Perak itu menunjukkan bahawa dia sudah tidak lagi "fit" untuk melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada beliau sebagai "speaker" yang memerlukan tindakan yang bebas dari pengaruh "politiking" terutama yang bermuslihat. Speaker tidak boleh bertindak menyebelahi satu pihak.

2. Barangkali inilah yang menyebabkan Timbalan Speaker DUN Perak meninggalkan DAP dan menjadi "BEBAS" yang menyokong Barisan Nasional.

3. Kecelaruan DUN Perak banyak dipengaruhi oleh tindakan Speaker yang ternyata jelas dimanipulate oleh Ngeh and Ngo. Ini disokong oleh beberapa kenyataan yang mengatakan bahawa Speaker berkenaan "dilacurkan" apabila beberapa salinan transcript "teks perbincangan" yang mengarah dan mengarah speaker tersebut menjalankan tugasnya mengikut kehendak mereka atau dia "dipecat". Bolehkah dia dipecat oleh kumpulan DAP? Andainya boleh, bermakna Kerajaan BN sekarang di Perak boleh juga memecat Speaker?

4. Kita tegaskan di sini (meminjam kata-kata favorite DSAI), kiranya Speaker sudah tidak lagi mampu melaksanakan tugasnya dengan mengikut norma-norma kebertanggungjawaban ke atas DUN dan terpaksa mengikut telunjuk segelintir YB yang menakut-nakutkan beliau, adalah wajar bagi V. Sivakumar meletakkan jawatan sebagai Speaker DUN Perak.

PRINSIP dan Udang Di Sebalik Batu.

1. Elizabeth melepaskan jawatan itu dengan hati yang amat berat. Pilu hatinya menitiskan airmata walau tidak sesungai. Satu jawatan yang bukan mudah dicapai dan digenggam oleh seorang wanita muda yang masih membujang dan sihat fisikal dan tubuh badannya. Kita berbohong jika itu satu perkara yang mudah baginya. Namun "Prinsip" tidak terbeli dengan wang ringgit dan pangkat jika ianya satu prinsip yang tulin.

2. Bila Eli melepaskan jawatannya, bukan sahaja Eli berkata mengenai "prinsip" malah sahabat dan rakan taulannya juga bercakap soal "prinsip" dan "pemimpin yang berpegang pada prinsip" yang mengaku satu kesilapan telah dilakukan atau "terlakukan" kerana itu tindakan Eli perlu "ditabek". TERDENGAR DAN TERBACA oleh umum "..dia meletakkan jawatan demi prinsip perjuangan dan kebertanggungjawaban terhadap merakyatkan perjuangan rakyat....". Inilah prinsip Eli. salah satu prinsip kepimpinan dalam Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Kononya!

3. Lihatlah kini. Eli kembali menerajui Exco Pelancongan Negeri Selangor dan DUN Bukit Lanjan setelah MB. Selangor TIDAK RELA melihat Eli pergi. Ramai lagi ADUN-ADUN lain yang belum di beri taraf EXCO, namun bagi MB Selangor yang pernah tergelincir lidahnya semasa PRK Ijok suatu waktu dulu dengan merayu pengundi supaya "mengundi Barisan Nasional", Eli juga yang yang tidak direlakannya pergi. Kenapa? ..Persoalan yang berlegar di ruang legar pentas politik PKR yang sukar dirungkai rakyat biasa. Apakah sukar kita memahami keluh rintih "Jejak Kasih"?

4. Bila Eli kembali, dia di sambut dengan "warna warni". Jambangan bunga "dari taman sari yang dipetik tangan-tangan halus bidadari semasa senja sedang berlabuh" dihadiahkan Ronnie Liu (DAP) terpapah kadang terjinjing di sisi Eli. Namun Eli tetap tersenyum lebar. Rambutnya fesyen baru. Agaknya akan ramailah yang akan tiru potong rambut baru seperti orang tukar fesyen "kacamata" bila Sarah Palin bertanding Naib Presiden USA dulu?. Eli bagai tak sabar kembali duduk di kerusi empuknya.

5. Ronnie Liu (DAP) sendiri sedang menghadapi tuduhan melindungi "sindiket pelacuran di Lembah Klang" setelah cuba menghalang pihak Polis dan para Pegawai Majlis Perbandaran memeriksa satu hotel yang disyaki menjadi sarang kegiatan "membogel dan menjual tubuh badan" secara informal (tapuk-tapuk) dan haram.

6. Sejak awal ramai yang menganalisa kes Eli. Ramai yang membuat kesimpulan bahawa gambar bogel itu satu perkara yang lain. Perkara lain yang lebih diberikan perlu "ketegasan' (meminjam perkataan pilihan DSAI) ialah perkara tersirat yang telah berlaku, dilakukan dan dipraktikkankan secara amali sehingga timbul kes disebalik tabir "gambar bogel" Eli. Halal dan haramnya tidak banyak dipersoal seperti amalan makan makanan haram (misalnya daging babi).

7. Kembalinya Eli telah mengguris perasaan sebilangan ADUN PKR, khasnya YB Zulkifli Nordin yang tidak mendapat layanan sehebat Eli. Apakah kerana Eli ada backing dari DAP manakala YB. Zulkifli Nordin diragui DAP akan menyokong parti lain?
.
8. Kembalinya Eli sendiri telah memecahkan prinsip, malah telah memadankan sendiri prinsip yang dulu cuba dirintisnya di Malaysia. Prinsip itu runtuh bagai Istana pasir diselinapi air obak yang sedikit berbaur airmata Eli!. Andainya ini asas "ketegasan" perjuangan, perletakkan jawatan TMB I Pulau Pinang harus mengikuti landasan "ketegasan" itu. Jika tidak, ketegasan yang sekali lagi ingin "ditegaskan" (sekali lagi meminjam perkataan pilihan DSAI) hanyalah dilihat seperti "prinsip udang di sebalik batu". Apakah batu ini sekeras batu seperti Batu yang diwakili Tian Chua sehngga sukar ditembusi ADUN-ADUN lain dari PKR?..
.
Melindungi pelacuran....Baca dan tontolah video link beikut:-

Saturday, April 18, 2009

JANGAN DOLAK DALIK LAKSANA PERUBAHAN.

Imej ini:

(Saya memohon dengan sesunggunya memohon ehsan-"belated", untuk mengunapakai imej ini. Mohon ya sabahat blogger pilihan-anda.blogspot.com. Sungguh kreatif). Terima kasih.


Dengar baik-baik cakap Pak Nuwar. Dengarlah...eh eh bacalah...

"....Saya tegaskan kini bukanlah masanya mendendangkan halwa telinga politik. Jika mahukan Perubahan, laksanakannya, jangan lagi berdolak dalik. Pastikan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan dan maklumat tidak disekat serta suara yang berbeda tidak dibungkam...."-DSAI.

Melihat akan perkara yang ditegaskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim ini, maka akan bertambah dan melambunglah pertumbuhan ekonomi dan negara kita. Barangkali. Nah! lihatlah di Amerika, bila Presiden Barack Obama "mengakhiri "khidmat" kem Guantanamo di Cuba, maka harapan ekonomi Amerika dan pertumbuhan ekonomi Amerika telah melambung dari kemelesetan.. Ajaib!.

Ada pelbagai kemungkinan dan andaian akan berlaku dari pemansuhan ISA. Di Sabah, apabila saja tahanan ISA, Pemimpin Darul Islam, dibebaskan maka beranglah sebahagian "manusia". Kes membakar Bendera Sabah di Lahad Datu dilakukan oleh mereka yang hanya mahu "bersuara besar" kerana khuathir "tidak kedengaran". Mereka secara sengaja melakukan probokasi terhadap pihak keselamatan dengan "keberangan" sehingga berang di pintu pagar Balai Polis Lahad Datu Sabah dengan harapan mereka akan ditangkap pihak polis. Maka polis tangkaplah.

Sayapun teramat suka bila ISA dimansuhkan tetapi ianya BUKANlah faktor yang terlalu significant untuk "perubahan" terutama dalam membenteras korupsi, kronisma, penyalahgunaan kuasa. Bukan juga sebagai "critical success faktor" kepada perubahan terutama pertumbuhan ekonomi dan perubahan positif pembangunan fisikal.

Terkadang timbul pula keraguan yang agak kecil di hati kecil saya. Bilamana ISA telah dimansuhkan maka akan ada pula golongan yang akan mengambil kesempatan melakukan jenayah dengan sewenang-wenangnya tanpa memikirkan keselamatan rakyat dan negara secara umum. Ini akan pula diburukkan apakala ada pihak tertentu yang cuba memberi ransangan dan mengenyit mata kepada pihak tertentu bagi menguji kepakaran dan kecekapannya "mentelaah" undang-undang. Misalnya seorang pencuri yang benar-benar mencuri akan tidak mengaku bersalah sehingga didapati bersalah melakukannya "in the court of the law".

Tidak kurang penting juga kita tegaskan di sini supaya "jangan ada yang berdolak dalik fasal "bentuk kerajaan" seperti 916 dan "kabinet banyangan". Jangannnn. Siapa pula composer dendangan halwa politik di telinga rakyat ni...? Siapa nak jawab.. jawablah di sini.
Selanjutnya....

Friday, April 17, 2009

BILA ULAR TEDUNG MELILIT ARNAB...

Apabila mahkamah memutuskan bahawa keputusan Speaker DUN Perak, Sivakumar, menggantung MB. Negeri Perak, YAB. Dr, Zambry dan yang lain-lain, LKS bingkas dengan mengatakan bahawa keputusan mahkamah itu adalah "defective, null and void". Alasannya, bukan speaker yang gantung tetapi Jawatankuasa Tatatertib yang dipengerusikan oleh speaker. Agaknya LKS sengaja tidak mahu faham bahawa keputusan Mahkamah itu hakikatnya adalah ke atas "keputusan menggantung" ADUN-ADUN itu adalah tidak sah hatta walaupun dibuat oleh Jawatankuasa itu......

Lalu kita akan menyalahkan ular kerana kita melihatnya melilit arnab sedangkan ular itu diletakkan bersama-sama oleh tuan "pet" tersebut dalam kadang yang sama....

Bagaimanapula kiranya LKS dan lapan orang MP pembangkang digantung untuk tidak menghadiri persidangan perliment 1 tahun oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, dan AJK yang dibentuknya. Agaknya jawab LKS "...Mokery...mokery mokery..... atau Parliment kelas dunia" yang berdengung sehingga sampai ke Vienna atau di New York.

Bila ada pihak yang cuba jadi champion @ juara tetapi dalam masa yang sama jadi juara dan pakar juru belit, rakyat biasa yang innocent terus jadi mangsa dan merana.

Thursday, April 16, 2009

Japlin - Update..

Japlin tak perlu letak jawatan Adun, Pembantu Menteri

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman hari ini, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Japlin Akim tidak perlu meletak jawatan Adun dan Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah kerana belum dibuktikan bersalah. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berkata demikian mengenai kedudukan Japlin yang ditahan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu bagi membantu siasatan kes politik wang.

UPDATE II.

Tak Perlu Rombakan Kabinet-Musa Aman

.......Musa turut mengulangi kenyataannya bahawa kedudukan Japlin sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Usukan tidak akan terjejas berikutan keputusan Lembaga Disiplin dan beliau sudah pun berjumpa Japlin untuk membincangkan perkara itu. "Dia disiasat saja... siapa pun boleh disiasat. Tapi dia belum dikenakan apa-apa pertuduhan oleh mahkamah, jadi tiada apa-apa tindakan perlu diambil terhadapnya," katanya ketika ditanya mengenai kedudukan Japlin dalam Kabinet.........

BERITA HARIAN ONLINE...

Tuesday, April 14, 2009

DSAI PUN TAHU...

Gambar-Demonstrasi di Thailand BERJAYA memiskinkan Negara Thai dan Masyarakatnya. Industri pelancongan Thailand lumpuh dan merudum kerana angkara Taksin yang pernah menjual harta utama Thailand tanpa membayar cukai ingin jadi Perdana Menteri semula. Taksin berjaya berperang menggunakan "Perang Lisan". Taksin yang disabitkan rasuah mendapat sokongan Barat lalu "menonton dari jauh" kemurkaan yang dilemparnya kepada rakyat Thailand. Apakah kita belum belajar dari kegetiran hidup ini. Apa untungnya "Rakyat Thailand" dapat menggagalkan Sidang Kemuncak ASEAN di Pattaya?.

DSAI pun tahu bahawa dia tidak dapat dan tidak mampu merobah tahap hidup masyarakat India dan Cina di Malaysia dengan mudah dan sekelip mata. Bagaimanapun, DSAI faham bahawa Masyarakat India dan Cina amat memerlukannya dan PKR selagi DSAI dapat memecahbelahkan masyarakt Melayu dan Bumiputera Malaysia. Selagi DSAI berkompromi untuk menyerahkan hak Bumiputera dan Peribumi khasnya hak Orang Melayu dan Islam, selagi itu DAP dan HINDRAF tetap sayang DSAI dan DSAI perlu dilayan, dibelai supaya merasa disayang dan disanjung.

Hindraf juga tahu dan faham bahawa mereka tidak dapat merobah taraf hidup masyarakat India yang sedang bergelomang kemiskinan dengan mudah. Hindraf hanya tahu bahawa Hindraf dapat meniupkan dan menghidupkan api kemarahan masyarakan India terhadap kerajaan BN dan MIC, walaupun yang mampu merobah tahap hidup masyarakat India ialah kerajaan BN. Pihak yang telah berusaha membantu masyarakat India pada tahap kini sehingga ramai yang menjadi korporat, Peguam dan Doktor ialah Kerajaan BUKAN Hindraf. Hindraf hanya berjaya meniupkan dan membangkitkan semangat melawan masyarakat India. Hindraf hanya memperalat kaum India supaya benci MIC dan BN dan menentang mereka dengan apa cara sekalipun.

Hindraf berjuang dengan menggunakan "kata-kata" , menggunakan "lisan", menggunakan "sentiment", menggunakan "agama" dan menyuntikkan soal "hak" yang Hindraf tahu dan sedar bahawa Hindraf sendiri tidak mampu memberikannya. Namun Hindraf perlu sokongan DSAI agar perang "lisan" Hindraf berkesan dan didengar oleh masyarakat India.. Dengan demikian DSAI akan dan mesti disokong Hindraf. Kebajikan masyarakat India sebenarnya diletakkan ke belakang dan diketepikan oleh Hindraf dan DSAI. Kebajikan masyarakat India biar diserahkan bulat-bulat kepada kerajaan BN dan MIC itu tugas mereka. Kalau BN dan MIC gagal lebih baik kepada mereka. Mudah bagi mereka "manipulate" dan meniupkah "makkhal Sakhti".

Tugas Hindraf dan DSAI ialah menang perang lisan dan rampas kerajaan!!. Kebajikan dan kemiskinan rakyat berketurunan India belakang kira...DSAI dan Hindraf tidak kisah semua ini. Mereka hanya kisah dan perlu tahu ialah masyarakat India teutama yang berugama Hindu dan yang miskin mesti sokong mereka, mesti sokong PKR, mesti sokong Hindraf dan terpenting orang India MESTI benci MIC dan BN, Orang Cina mesti Benci MCA dan BN; dan mesti sokong Hindraf dan PKR supaya BN dan MIC dapat dikalahkan dan DSAI dapat kuasa. DSAI jadi Perdana Menteri. DSAI sudah lama teramat mengidam "PM". DSAI sudah sampai tahap tak perduli yang lain asalkan dapat jadi PM. Lalu dia akan Puas?.

Monday, April 13, 2009

Penangkapan ADUN Usukan; PRK lagi?

Datuk Japlin Akim, ADUN Usukan, Kota Belud dan Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya Sabah.

Dari Sabahkini...
PENANGKAPAN Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah (Sebenarnya Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerjaraya), Datuk Japlin Akim oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung lebih lapan aduan kes rasuah terhadapnya baru-baru ini menunjukkan tanda-tanda akan berlaku pilihanraya kecil Usukan.

Japlin yang ditangkap bersama seorang kontraktor telah diawasi sejak setahun lalu oleh SPRM tidaklah mengejutkan setelah umum mengetahui beliau dijatuhi hukuman gantung keahlian selama tiga tahun oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana didapati bersalah mengamalkan politik wang.

Baca lanjut dalam Sabahkini....
http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=1132:pilihanraya-kecil-usukan&catid=41:jenayah&Itemid=56

Rekod keterlibatan pemimpin UMNO dalam politik wang sejak tertubuhnya Jawatankuasa Badan Desiplin UMNO bagaikan tidak menggerunkan sebahagian pemimpin UMNO. Ianya masih berterusan. Bila Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO kini, terlepas dari menerima hukuman, ramai yang sudah tidak meyakini Badan Desiplin UMNO ini malah terdapat pihak yang mahukan agar Badan ini dibubarkan saja.

Suatu waktu dulu, Tan Sri Isa Samad pernah memenangi Jawatan Naib Presiden dan memperolehi undi terbanyak. Selanjutnya beliau dilantik Menteri Wilayah Persekutuan. Bagaimanapun Tan Sri Isa kemudiannya terpaksa meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden UMNO dan juga Jawatannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan setelah didapati bersalah oleh Jawatankuasa Badan Desiplin UMNO kerana telah mengamalkan politik wang. Anehnya, dalam kes Isa ini, tiada seorangpun penerima wang dari Isa atau agennya telah dikenakan hukuman. Seolah-olah amalan menerima "wang politik dari politik wang" oleh para perwakilan dibiarkan menjadi tradisi "haram" yang dihalalkan atau digalakkan lantaran tidak dikenakan apa-apa tindakan!!.

Japlin Akim, ADUN Usukan dan Pembantu Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah, dijatuhi hukuman gantung selama tiga tahun oleh Badan Desiplin UMNO setelah disabitkan terlibat dengan "politik wang". Bukan itu sahaja, Japlin bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga. Dia juga ditahan oleh Suruhanjata Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan mengenai aduan awam ke atas beliau.

Japlin dan sesiapa sahaja tidak boleh menyalahkan orang lain atas kejadian yang menimpanya. Dia yang melakukannya. "Berani Buat Berani Tanggung". Apapun konsekuen dari perbuatannya yang menyalahi undang-undang dan peraturan hendaklah dihadapinya secara gentleman. Orang lain tak buat salah. Orang lain berangkali lebih bersalah bila menyembunyikan perbuatan salah. Bagaimanapun, setakat ini, saya beranggapan bahawa dia masih "innocent until proven guilty".

Amalan politik wang oleh Japlin sudah cukup untuk dia dilucutkan jawatan Pembantu Menteri, seperti kes Isa Samad dahulu, kecuali ada pihak yang cuba mengekalkannya juga merestui dan menghalalkan perbuatan rasuah dan politik wang. Apakah jawatan Japlin sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian P.169 dan ADUN N.8.Usukan juga terpaksa dia lepaskan?

Nampaknya, kiranya hukuman terdahulu diselaraskan atau diambil sebagai precedence", jawatan Pembantu Menteri Kerja Raya terpaksa dikosongkan dan kemungkinan pilihan raya kecil Usukan akan terpaksa diadakan demi menepati tuntutan "gagasan tranformasi" Perdana Menteri yang baru dan usaha serius kerajaan membenteras amalan rasuah. Persoalan yang mungkin menjadi tanda tanya umum, apakah Musa Aman, sebagai pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah akan akur dengan tuntutan gagasan Perdana Menteri atau main pilih-pilih langsat lagi...